BAB 71

Romance Series 26775

KAYDEN sudah buntu. Matanya terpejam. Sudah seluruh rumah digeledah namun usaha mereka hanya sia-sia. Natasha hilang entah ke mana. Tiada tanda-tanda dia diculik dan kenderaan tidak dikenali pula tidak ada yang keluar masuk. Justeru ke mana Natasha menghilang?

Dia yakin Natasha ada di dalam rumah. Hanya saja dia bersembunyi dan tidak ingin ditemui. Namun atas alasan apa? Apakah kesalahannya?

Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 10 pagi dan sampai sekarang tiada apa-apa berita mengenai Natasha.

"Kamu berdua bergaduh ke? Takkan tak selesai lagi?" tanya Mak Yah yang tiba-tiba teringat akan cerita Natasha semalam.

Kayden mencelikkan mata. Wajah dipanggung memandang riak Mak Yah yang risau itu.

"Kay dah janji nak jelaskan semuanya dengan dia. Tapi dia dah hilang dari semalam"

"Tak nak buat report polis ke bang?"

Hidayah pula memberi pendapat. Risau juga dia dengan kehilangan Natasha secara mendadak itu.

"Belum 24 jam lagi. Dan, Tasha bukannya diculik. Takde tanda-tanda dia diculik.."

"Habis tu, kak Tasha sembunyi dalam rumah ni? Macam mana abang yakin? Dah geledah satu rumah kan?"

Kayden diam. Dia juga buntu. Ke mana lagi dia harus mencari Natasha? Jelas mereka memang ada masalah! Jika tak, masakan Natasha menghilang seperti itu? Sedangkan semalam Natasha kelihatan gembira menyambut kepulangannya. Atau adakah Natasha sudah menghidu sesuatu? Kayden cemas! Jika benar dugaannya, bererti Natasha sudah salah faham!

"Emir.."

Suara lemah dari tepi anak tangga menyentakkan semua. Masing-masing menoleh ke arah suara itu.

Kayden bangkit dari duduk. Melihat wajah pucat itu, dia rasa bersalah sangat-sangat. Matanya juga kembang. Jelas menunjukkan dia menangis semalaman.

"Puan"

Emir menyahut dengan riak terkejut. Dari mana dia muncul?

"Siap dalam setengah jam. Saya nak keluar" getus Natasha lantas bergerak ke arah lif. Suaranya mendatar saja.

Emir hanya mengangguk. Tanda faham dengan arahan yang diterima.

Kayden mendekati si isteri yang tampak sengaja mencuekkan dirinya. Namun belum sempat Natasha dihampiri, isterinya sudah masuk ke dalam lif yang sudah bergerak ke atas.

Kayden mengeluh. Serba-salah pula dengan sikap Natasha. Bagaimana dia hendak menjelaskan duduk perkara sebenar jika Natasha enggan berdepan dengannya?

TIBA di depan kamar mandi, dia sengaja melepaskan pakaiannya di hadapan Kayden yang sudah masuk ke dalam kamar. Wajahnya cemberut menatap wajah tegang Kayden. Sengaja pula dia membiarkan dirinya tanpa seurat benang.

Kayden menelan liur melihat tubuh Natasha yang menggiurkan. Gerahamnya bergerak-gerak, menahan gelojak yang kian mendesak.

"Sayang.."

Belum sempat Natasha didekati, isterinya sudah meloloskan diri ke dalam kamar mandi. Tombol pintu dipusing berkali-kali namun berkunci dari dalam. Kayden mengeluh. Sebu dengan sikap Natasha yang berubah secara tiba-tiba itu.

Lama dia menanti di luar. Bibir diketap, tangan disilang ke dada. Emosinya kian tak teratur. Lenggok tubuh Natasha bermain-main di fikirannya. Arghh! Jiwanya merana. Dia kepinginkan itu.

Tak senang tingkahnya oleh Natasha. Dari tegak berdiri, dia beralih duduk di kerusi. Pun begitu, dia masih rasa tak selesa. Kembali berdiri di depan pintu kamar mandi sambil memikirkan kesalahannya kepada Natasha.

Apa yang telah dilakukannya kali ini? Kenapa Natasha yang manja semalam tiba-tiba berubah dingin? Dia tidak mengerti.

Pintu kamar mandi terbuka luas. Kayden melihat Natasha keluar dengan hanya bertuala tipis. Bahagian badannya terdedah kelihatan putih dan bersih. Mendesak hatinya ke arah itu.

Derap kaki Natasha diekori sehingga ke wardrobe room. Dia melihat saja Natasha menukar pakaian di hadapannya. Wajah itu tampak serius.

"Hello?" Kayden berdehem.

Natasha masih beriak seperti tadi. Sibuk memakai dress labuhnya tanpa mempedulikan si suami yang tak henti-henti menatapnya.

"Hey sayang?! What's wrong?"

Tangan Natasha disambar. Mereka saling menatapi antara satu sama lain.

Kayden tersentak tatkala Natasha menolak kasar tangannya. Raut wajah itu seolah-olah mempamerkan kebencian yang tiada taranya.

Natasha ke laci tudung. Ditarik keluar tudung shawl berwarna hitam. Kembali melimpasi Kayden, langkahnya mati. Kayden menarik tubuhnya rapat ke sisi. Tanpa bicara, bibirnya ditindih oleh si suami.

Natasha berusaha melepaskan diri dari Kayden namun Kayden lebih pantas menahan tangannya. Kini Natasha sudah terkunci elok dalam dakapannya.

"Let me go!" bentak Natasha.

Kayden enggan mengalah. Dicempung tubuh itu sehingga ke ranjang. Sekejap saja, dia kembali menyambung kerjanya yang tertunda sebentar tadi. Gelojaknya begitu memaksa apatah lagi setelah membayangkan tubuh Natasha sebentar tadi.

"Lepaslah! Let me off!"

"Kenapa ni? Hmm? Tak boleh ke abang nak bermanja dengan isteri sendiri?"

Suara Kayden separuh merayu, berharap agar Natasha menuruti kehendaknya.

Melihat Natasha yang tidak melawan, laju saja bibir dan leher itu dikucup. Namun sekali lagi, Natasha menolak.

"Tasha!!"

Kayden sudah meradang.

"Seks takkan selesaikan semua masalah ni!!"

Natasha menghambur kemarahan dengan wajah serius. Benar-benar dia menatap wajah Kayden.

Automatik, tingkah Kayden terhenti. Wajah Natasha ditatap lama. Cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata tersebut.
Perlahan-lahan, dia bangkit dari menindih tubuh tersebut. Keluhan beratnya jelas kedengaran. Tangan bercekak pinggang. Hampir meletus tawanya dengan bicara si isteri. Seks?! Sebelum ini, elok saja mereka berhubungan. Kenapa sekarang mahu mempertikaikan? Jelas ada permasalahan antara mereka yang belum lagi selesai.

Natasha bangun dari katil dan membetulkan pakaiannya. Tak mempedulikan Kayden, laju saja dia memakai tudung di kepala. Usai menyiapkan diri, dia berjalan menuju ke pintu.

Namun langkahnya terhenti tatkala tangannya disambar oleh Kayden.

"Kenapa ni? What did I do?"

Mata bertembung mata. Satu inginkan penjelasan, satu lagi hanya ingin kabur dari situ!

"Ask for yourself!" bentak Natasha dengan kerlingan tajam. Sedaya upaya dia berusaha meleraikan tangan Kayden namun tidak berhasil.

"Jawab dulu!"

Kali ini, riak Kayden sudah berubah serius.

"I dah lambat. Nak bercakap dengan orang yang berpura-pura macam you, cuma menbazirkan masa I!"

Kayden tersentak mendengar panggilan yang sudah berubah itu. I, you??

"Hold on! Abang tak faham. Kenapa kita kena gaduh ni? Cuba jujur dengan abang"

Natasha melirik senyuman sinis. Berdebat dengan orang seperti Kayden hanya membuang masanya. Untuk melihat wajah Kayden, dia jadi muak!

"You left me! You were not around!!"

Emosi yang terpendam kian dilepaskan.

"Abang cuma pergi untuk.."

"Indonesia?"

Bicara itu membuatkan Kayden tersentak. Bagaimana dia tahu?

"Sayang? Emir bagitahu ke?"

Natasha menggetap bibir. Emir? Oh, jadi dia pun tahu tapi pura-pura tak tahu! Baru dia teringat, Emir kan pengikut Kayden paling setia. Agaknya mati demi Kayden pun dia sanggup!

"Nampaknya I memang dah diperbodohkan oleh orang dalam rumah ni! Hebat permainan you Kayden! Hebat!!"

"Heyy!! Apa I you ni?!"

Giliran Kayden pula menghambur emosi. Dari tadi dia menahan diri dengan tutur bicara isterinya. Dia tak suka Natasha bersikap seperti itu. Pun begitu, suaranya masih tetap lembut.

"Kenapa? You nak I panggil you honey ke? Macam perempuan tu panggil you?"

Kerut dahi Kayden jelas kelihatan. Apa maksud kata-kata Natasha? Dia semakin tidak mengerti. Perempuan mana? Dia tak simpan mana-mana perempuan! Dia ke Indonesia atas urusan kerja!

"Perempuan mana? Sayang merepek apa ni? Mana ada abang simpan perempuan"

Suara Kayden masih seperti tadi. Masih bertahan lembut dan normal. Melihat Natasha diam, tubuh itu diraih kembali. Bibirnya mendarat di seluruh wajah itu.

"I dah cakap, seks takkan membantu untuk selesaikan masalah ni! You ni kenapa? Gila sangat ke nak benda tu??!" jerkah Natasha dengan radang yang kian meletus. Kenapa Kayden suka mengambil jalan sesingkat ini? Fikirnya, seks bisa menyelesaikan semua masalah dan mereka kembali hidup seperti biasa? Tidak! Dia tak sudi disentuh Kayden jika dirinya diperbodohkan semudah itu!

"Natasha!"

Kayden terjerit sedikit. Terhiris hatinya dengan kata-kata tersebut. Salahkah dia menginginkan itu dari isterinya? Mereka pasangan yang sah dan tidak berbuat dosa. Lagipula, hanya Natasha yang bisa membuat dia gila seperti ini!

"Kenapa cakap macam ni sayang? Sayang tahu kan, abang ada sakit tu. Abang tak mampu tahan diri. Sayang penawar kepada sakit abang. Kalau abang gila seks sekalipun, abang tak cari orang lain!"

Suara itu bergetar dengan linangan air mata yang giat memunculkan diri. Ya, dia ada sakit gila seks gara-gara trauma masa kecilnya. Namun dia masih waras dan bisa membezakan dosa dan pahala. Natashalah tempat dia berlabuh segala rasa itu.

Natasha diam. Terbit rasa kasihan pada keadaan yang menimpa diri Kayden. Dia hampir lupa jika Kayden harus terpaksa hidup dengan sakit itu gara-gara traumanya.

"Sayang..."

"Siapa Intan? Dan apa yang you buat di Indonesia?"

Pertanyaan itu benar-benar menyentakkan dirinya. Intan bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Gadis itu hanya rakan bisnes saja. Namun bagaimana Natasha bisa mengetahui semua itu?

"You hairan tengok I marah?! Okey, now I tell you!"

Mata Natasha kemerahan. Entah kerana menangisi nasib diri atau kerana kerana peristiwa ini.

"You tinggalkan I lima hari tanpa sebarang khabar. Mesej dan panggilan I tak direspon. You tahu tak, I macam orang gila cari you. I fikirkan you. Mana you pergi, you buat apa, you selamat ke tak, you dengan siapa. I tanya Emir, I tanya Eric, I tanya semua orang. Tapi semua tak tahu. Little did I know, you fooled me! Orang dalam rumah ni perbodohkan I! Lepas tu, you balik dengan senyuman tanpa apa-apa penjelasan. You tak tahu ke, you dah seksa I selama lima hari. Jadi apa beza you dengan penyerang tempoh hari?! Kalau you rasa I tak selamat keluar dari rumah ni, you patut tahu youlah punca I terseksa Kay! You punca semua!!"

Tangisan Natasha sudah pecah. Hati yang berkecai sulit untuk disatukan kembali. Kali ini, dia merasakan segala kekecewaan yang tak pernah dia rasakan.

"Mungkin you rasa I tak mampu puaskan you dengan keadaan I macam ni. Sebab tu you cari hiburan luar. I takkan halang, tapi lepaskan I!" Nada itu kedengaran serius.

Kayden terpempan. Untuk kesekian kalinya, Natasha menyuarakan lagi permintaan tersebut. Dia tak sanggup. Dia bukan lelaki seperti itu. Dia yang menghamilkan Natasha, maka dia takkan sesekali menyerah. Benihnya sedang bernafas di dalam sana. Kenapa harus sesingkat itu pemikiran Natasha?

"I benci you Kay! I benci you dengan perempuan tu!" ucap Natasha lantas berganjak ke almari. Dikeluarkan bagasi Kayden lantas dicarinya telefon kedua dan passport milik Kayden.

Sesudah menemui barangan tersebut, dia membawanya ke hadapan Kayden. Lantas dicampakkan dengan kasar.

Kayden tersentak. Bagaimana Natasha bisa menemui telefon dan passport tersebut?

"Tu! Bukti you curang dengan I! You nak mengelak apa lagi? I nampaklah mesej you dengan perempuan tu! I boleh terima kalau you nak hukum I. Ye, I mengaku sebab I lawan cakap you. I tak faham perasaan risau you. Tapi bukan ini caranya Kay! You bukan menghukum I, sebaliknya you membalas dendam agar rasa sakit you terbalas! You buat I kecewa dengan arus pemikiran you!"

"Sayang, semua ni salah faham! Abang tak balas dendam. Ye, abang mengaku abang nak menghukum. Tapi cukup takat tu saja.."

"Jangan perbodohkan I lagi! Lepaskan I kalau you ada orang lain Kay! I tak sanggup kena tipu!!"

"Sayang.."

"Stop the fuck calling me that!!" jerkah Natasha tepat di wajahnya.

Langkah dan bicara Kayden terhenti serta-merta. Pertama kali, dia mendengar bicara kasar dari Natasha. Hatinya meruntun pilu.

"Sayang.."

Air matanya mengalir. Natasha sudah jauh. Tak mampu untuk digapai lagi.

DI dalam kereta, Natasha menangis semahunya. Kemarahan yang dihambur kepada Kayden masih belum mampu untuk melenyapkan perasaan sedihnya.

Sungguh dia tak percaya jika hubungan mereka harus berakhir seperti ini. Kenapa sukarnya dia hendak menemui kebahagiaan? Sangkanya, Kayden mampu membahagiakan dia. Namun lelaki itu malah mendustakannya. Sejauh itukah dia dihukum gara-gara kesilapannya?

Bukannya dia tidak meminta maaf. Bertalu-talu pesanan dan panggilan menunjukkan betapa kesalnya dia, namun Kayden tetap dingin dan tidak memikirkan perasaannya. Kata maaf juga sudah dituturkan. Apa lagi yang kurang? Dia memang tidak sempurna tetapi sebaik mungkin dia berusaha menjadi yang terbaik.

Segala keinginan dan kebutuhan Kayden dituruti meski dia merasa tidak adil. Bukan saja cinta dan hati, tubuh juga diserahkan untuk suaminya. Dengan harapan hanya dia yang mampu memuaskan si suami meski dengan keadaan sarat.

Emir memandang Natasha dari cermin pandang belakang. Kasihan pula dia melihat wanita itu menangis. Namun Natasha harus bijak untuk mendengar penjelasan dari Kayden. Melarikan diri takkan mampu menyelesaikan masalah. Namun siapalah dia untuk menjernihkan keadaan?

Setelah menenangkan diri, Natasha menarik nafasnya. Air mata dikesat.

"Kay ada mesej awak?"

"Ada puan" balas Emir dengan segera.

Natasha angguk.

"Dia tanya keberadaan dan keadaan puan" ujar Emir walau tanpa dipinta.

"You bagitahu dia?"

Emir angguk.

Natasha faham. Yelah, masakan Emir mahu mengingkari majikannya.

"Saya bagitahu semua pada bos. Saya tak berani nak menipu"

"I know. You kan pengikut setia dia" Natasha seakan menyindir.

Emir hanya diam.Sedar kesalahan diri.

done utk arini. nanti kiki sambung lagi.. happy reading?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience