"KENAPA you jumpa wife I?"
Raut wajah tegang itu ditatap dengan penuh perasaan. Bibir dikemam rapat. Seakan nak menggigil tubuhnya melihat wajah dihiasi kebengisan itu.
Setahu dia, itulah pertama kali dia melihat wajah itu dipamerkan di hadapannya.
"I tak boleh jumpa dia ke?"
Soalan berbalas soalan. Namun kedengaran lebih sinis.
Rafik mendengus lantas berpaling menghadap jendela. Bagaimana dia nak membuat Sofya faham akan kedudukan dan situasi mereka? Matanya terpejam. Wajah manis Amira yang tersenyum kepadanya bermain-main di benak. Sejak akhir-akhir ini, dia mudah merindui isterinya tika berjauhan. Dadanya berdebar ketika mereka berhadapan, seolah-olah itulah pertama kali mereka berjumpa. Adakah kerana hatinya yang sebelum ini milik Razif, jadi hati itu berdebar tiap kali mereka bertatapan. Atau dia sebenarnya telah jatuh cinta pada isterinya sendiri? Kenapa dia selalu mengemis haknya sebagai seorang suami? Adakah kerana dia rasa tercabar? Atau memang hatinya telah dimiliki oleh Amira secara diam? Arghh! Persoalan yang mencelarukan akal fikirannya!
Belakang tubuh kekar Rafik ditatap dengan pandangan rindu. Sekian lama mereka tidak saling melepas rindu. Dia inginkan Rafik selamanya. Jadi yang kedua pun dia sudi asalkan bisa bersama dengan lelaki itu.
Lantas derap kaki diatur mendekati Rafik. Tanpa segan silu, tubuh itu dipeluk dari arah belakang. Menyalurkan kehangatan cinta buat si pujaan hati dan menyampaikan betapa rindunya dia pada hubungan mereka dahulu.
Namun tanpa diduga, pelukannya ditolak oleh Rafik. Wajah mereka bertemu. Dagunya dipaut oleh lelaki itu. Ada pandangan sirna yang mula kelihatan di sebalik wajah bengis itu. Sudah hilangkah rasanya pada dia?
"Don't cross the line!" hambur Rafik lantas menolak tubuh Sofya ke tengah.
Sofya tersedu-sedan. Kaget dengan penerimaan lelaki itu. Namun tidak menyangka dengan omongan yang barusan didengarinya.
"Don't cross the line?"
Sofya ulang pertanyaan. Riaknya sinis, tidak percaya dengan apa didengari. Dia kini berhadapan dengan lelaki itu.
"Dulu I peluk you, I cium you, you tak tolak pun! And you enjoyed it! Sekarang you cakap apa? Don't cross the line? Me? Cross the line?"
Rafik tidak berkutik. Pandangannya dialihkan daripada terus menjamah raut itu. Sebetulnya, dia tidak tega untuk terus menyakiti hati Sofya. Namun gadis itu terus mendesak meminta sesuatu yang tak bisa dia kabulkan. Entah kerana dia tak cintakan Sofya atau berpunca daripada Amira. Arghh!
"You dah lupa ke? Tubuh ni.."
"Stop it Sofya! I dah cakap kan? I tak pernah sentuh you!"
Sejahil-jahil dia, hatinya masih tunduk pada ajaran iman. Tidak dinafikan, tubuh bogel Sofya pernah menjadi saksi sepasang anak matanya. Namun untuk 'meratah' tubuh itu, imanya masih lagi kuat meski hampir pernah goyah dengan godaan menggiurkan itu.
"You memang tak pernah sentuh I tapi you dah nampak semua! Maruah I dah hilang hanya kerana you!"
Suara Sofya sebak. Air mata sudah menyatu dengan pipi. Menyesal? Nasi sudah pun menjadi bubur.
"Kenapa I jumpa wife you? Sebab melalui dia, I akan dapat hak I.."
"Hak apa? Hak apa Sofya?"
"Hak untuk jadi sebahagian daripada hidup you!" Sofya sudah terjerit.
Jururawat yang baru masuk tiba-tiba kaget dengan suara lantang Sofya. Wajahnya pucat tatkala melihat wajah bengis Rafik. Dia tergesa-gesa keluar setelah mendapat isyarat mata daripada doktor muda itu.
"Kita dah bincang pasal perkara ni kan? There's no such thing like that"
Sofya menderu nafasnya dengan laju. Begitu mudah bagi lelaki seperti Rafik bertutur. Yang menanggung sengsara adalah dia!
"Tapi I tak mampu. I cintakan you Fik.."
Suara itu separuh merayu. Dia berharap agar pengakuannya mampu melembutkan hati lelaki itu.
Cinta? Rafik tersenyum hambar. Hatinya sudah lama mati dengan perkataan itu. Kerana cinta, dia kehilangan segala-galanya. Kerana cinta juga, dia sanggup mengorbankan harga diri dan tampak jelek di mata orang lain.
"I sanggup buat apa saja yang you suruh. But please, don't ask me to leave"
Sofya mendekati Rafik lalu menanggalkan bajunya satu-persatu.
"Benda gila apa yang you cuba nak buat?"
Jerkah Rafik tatkala tubuh badan Sofya hanya tinggal pakaian dalam sahaja.
"Sentuhlah I Fik! I takkan menyesal. Bagilah I layan batin you"
Tubuh kekar itu didakap erat. Bibirnya mula singgah di seluruh wajah Rafik.
Dengan pantas, Rafik menolak tubuh itu. Baju yang bertaburan di atas lantai segera dicapai. Kemudian dicampakkan ke arah Sofya dengan wajah bengis.
"Jangan ajak I berzina! I tak nak tanggung dosa"
Sofya menjuihkan bibirnya, seolah mengejek kata-kata lelaki itu. Zina? Dosa?
"Baru sekarang you fikir pasal dosa? Habis tu, yang sebelum ni apa?"
"Pakai baju you! Jangan sampai i meluat dengan you"
Kata-kata Sofya tidak diendahkan. Sebaliknya, kemarahan yang memuncak dalam diri dihambur di hadapannya.
WAJAH ceria Natasha jelas terpancar tatkala menerima kedatangan Hidayah di situ. Mana tidaknya, dia seronok apabila gadis itu menemaninya. Menurut Hidayah, cuti semester telah bermula. Wahh, bukan main seronok Natasha mendengar cerita itu! Bolehlah dia menghabiskan masa berdua dengan Hidayah. Kayden pula sering sibuk di pejabat sehingga ada masanya dia diabaikan. Namun dia tidak pernah menyalahkan Kayden. Itu adalah tanggungjawab suaminya.
Berbeza pula dengan Kayden. Meski dia senang dengan kehadiran Hidayah, hatinya tetap tak berpuas hati. Sekali lagi, kasih sayang dan perhatian Natasha bakal dikongsi dengan adik sepupunya itu. Tidak! Dia tak sanggup! Kelat saja wajahnya melihat keduanya sudah rancak bercerita. Tak sampai sehari Hidayah di situ, Natasha sudah mengabaikannya.
"Ala monyok je kenapa ni?!"
Wajah Kayden dipicit-picit.
"Dah dapat madu dia, terus lupa yang pertama kat sini. Hu hu"
Nada Kayden kedengaran merajuk saja.
Geli hati Natasha mendengarnya. Dia pamit kerana mahu membiarkan Hidayah berehat di dalam kamar tetamu. Mereka masih punya banyak waktu untuk dihabiskan.
"Gelak! Gelak!" gerutu Kayden dengan wajah masamnya. Langkah kaki berganjak ke kamar tidur mereka. Natasha mengikuti dari belakang.
Kayden berbaring di atas ranjang. Terasa benar hatinya tatkala diabaikan oleh isteri sendiri.
"Ala abang ni! Macam budak-budak"
Hidung mancung Kayden ditarik. Tubuhnya berbaring menghadap si suami.
"Abang jealous ke?"
"Taklah!" Cepat-cepat Kayden menyangkal.
"Oh okay!"
Natasha bangkit dari posisi. Namun lengannya disambar oleh Kayden membuatkan dia kembali berbaring.
"Nak pergi mana?" tanya Kayden.
"Nak jenguk Marisa.."
Kayden mengeluh panjang. Itu satu lagi!
"Kenapa ni bang?"
"Tak sukalah!" rengek Kayden.
"Aikk kenapa pulak?!"
"Kalau tak Marisa, Hidayah" Kayden sudah merungut.
Meletus tawa Natasha. Tidak menyangka Kayden menyimpan cemburu terhadap dua wanita kesayangannya itu.
"Jealous tau tak?!"
"Tadi cakap tak jealous!" perli Natasha.
"Sayangggg!!"
Natasha menyudahkan tawanya. Leher Kayden dipaut. Sengaja dia mengorak senyuman menggoda. Bibirnya memaut bibir si suami.
"Dorang kan adik Tasha. Tasha hargai setiap orang yang penting dalam kehidupan Tasha.."
"Abang tak penting ke?"
"Laa siapa cakap?! Abanglah paling penting dalam hidup Tasha. Tapi Marisa kan tengah sakit? Dia perlukan Tasha. Untuk sokong dia dan bagi semangat pada dia. Dan Hidayah pulak, bukan selalu dia ada dengan kita. Ni pun sebab sem break. Kalau tak, susahlah nak tengok muka dia. Tasha rindu dia.."
Luahan Natasha menyentakkan Kayden. Begitu dalam kasihnya pada dua wanita tersebut meskipun mereka dulu pernah menyakitinya. Syukurlah, Natasha tidak mahu berdendam.
"Abang mesti faham Tasha kan? Sebab abang je orang dalam dunia ni yang faham Tasha macam mana" pujuk Natasha lagi. Kali ini, dia sengaja mendekatkan wajah mereka bersama.
"Iye. Abang faham. Abang mintak maaf. Abang rasa tersisih je. Abang tak nak berkongsi sayang dengan orang lain"
Natasha gelak. "Nakal!"
"Ni baru nakal"
Leher Natasha dikucup dan dihisap. Sengaja dia tinggalkan bekas gigitan di situ.
"Abangg!!" jerit Natasha tatkala sedar akan kelakuan suaminya.
Kali ini giliran Kayden pula yang tertawa.
"I love you" ucap Kayden dalam nada romantis.
"I know. Kita kongsi perasaan yang sama"
Kayden mengeluh. Sejak hubungan mereka baik, Natasha tak pernah mengucapkan kalimat itu. Nampaknya, dia masih belum berjaya menundukkan ego itu.
"Kenapa tak cakap I love you too? Tu kan lebih meyakinkan"
"Oo jadi selama ni abang tak yakin dengan Tasha?"
Sinis. Kayden kecut perut. Sudah! Dia terperangkap dengan kata-kata sendiri.
"Mana ada!"
"Dah tu?"
Melihat kesungguhan wajah itu, Kayden akhirnya mengaku kalah. Dia bukan nak ajak gaduh. Dia cuma nak dengar pengakuan dari mulut itu sendiri.
"Yelah yelah! Hmm"
"Abang ni sensitif lebih dari Tashalah!"
"Haaa merungut!" selar Kayden.
Natasha tersengih. Tubuh Kayden tempatnya berpeluk. Suka rasanya dengan suasana seperti itu.
"Sayang.."
"Hmm?"
Natasha memanggung kepala. Serentak itu, bibirnya menjadi sasaran bibir Kayden. Pelukan dieratkan. Ada rasa yang membuak-buak dalam diri minta dilepaskan.
Ya, dia cintakan Kayden. Namun belum punya kekuatan buat meluah rasa. Tunggulah! Dia pasti punya kesempatan itu suatu saat nanti.
MELIHAT insan yang tampak lemah dan wajahnya keruh itu, fikiran Natasha mula melayang. Entah apa yang merasuki dia sehingga mencarinya sehingga ke rumah.
Dahinya berkerut melihat lelaki itu. Pakaiannya tak terurus. Dirinya tampak lesu.
"Razif?"
Rafik mengangkat wajah lantas tersenyum hambar. Dia tak tahu hendak ke mana. Tetapi teringat akan hubungan rapat antara Natasha dan Amira, dia yakin Natasha saja yang bisa membantunya saat ini.
Namun sebelum itu, dia harus menjelaskan duduk perkara sebenar kepada Natasha mengenai dirinya. Agaknya, Natasha mungkin masih belum mengetahui siapa dia sebenarnya.
"Sayang, siapa tu?"
Bicaranya terhenti tatkala melihat seraut wajah itu. Dahinya mengerut. Pelbagai persoalan mulai bergentayangan di benak. Kenapa dia mencari Natasha di waktu malam begini? Dan di manakah Amira? Atau ada sesuatu yang telah menimpa hubungan mereka?
"Kayden.."
Nama itu diseru perlahan. Dia menapak ke arah Kayden yang mula menjarakkan Natasha daripadanya. Rafik tersenyum kelat. Dia belum gila untuk merebut isteri orang lain sedangkan isteri sendiri masih di rumah. Jika bukan kerana urusan rumah tangganya,masakan dia mahu mencari Natasha di situ?
"Aku datang nak jumpa Tasha"
Kayden mendengus. Berani betul lelaki ni datang mencari isterinya.
"Please. Aku nak mintak tolong Tasha"
"Untuk apa.."
"Abang.." Natasha mencegah. Dada Kayden tempat tangannya singgah.
"Atas urusan apa ye Razif?"
"Pasal hal I dengan Amira. Tapi sebelum tu, I nak mintak maaf. I bukan Razif.."
"Haa?"
Kekeliruan itu buat Natasha bingung. Halnya dengan Amira? Dia bukan Razif? Justeru, siapa lelaki di hadapan mereka sekarang?
"Let me explain" ujar Rafik dengan selangkah ke hadapan.
"Jangan dekat! Muslihat apa kau cuba nak buat ni? Kalau kau bukan Razif, habis tu kau siapa?"
Suara Kayden kedengaran garau dan keras. Sedaya upaya dia memaut bahu Natasha agar tidak mendekati lelaki itu.
Suara keras Kayden memaksa Rafik mematikan langkah. Sungguh, dia tidak berniat jahat. Namun dengan pengakuan seawal itu, kemungkinan besar dia dianggap orang jahat.
"Aku Rafik. Kembar Razif..."
Dan di situlah semua cerita bermula. Tekun benar Natasha dan Kayden mendengar sehingga tak sedar hampir dua jam mereka berada di halaman rumah.
Seakan tak percaya, Natasha terpempan. Tidak diduga jika Razif mempunyai kembar. Sementelah dialah yang paling rapat dengan lelaki itu ketika mereka masih di universiti suatu ketika dulu.
"So kau nak cakap yang kau kembar Razif dan dia arahkan kau untuk kawen dengan Amira?"
Kayden seakan memerli cerita yang dibawa oleh Rafik. Entahlah, dia tak boleh nak percaya. Risau pula kena tipu hidup-hidup oleh lelaki yang tak dikenalinya itu.
"Ya" sahut Rafik ringkas.
"Tanpa cinta? Kau terus terima amanat tu? Tak fikir dua tiga kali? Lepas tu, kau datang sini dan cerita pada kami. Kau ada muslihat apa sebenarnya?"
Kayden sudah menghambur kemarahan. Niat seseorang tidak boleh terus dipercayai. Bimbang hanya akan mengambil kesempatan. Wajarlah dia bimbang kerana dia punya pangkat dan kedudukan. Beribu musuh menunggu peluang untuk menghancurkan dia.
"Sabar. Bagi aku peluang dulu"
"Abang.."
Natasha memberi isyarat mata agar Kayden mampu menahan emosinya. Bimbang jika ada yang terluka di kemudian hari.
"Okey, kalau kau berani tipu aku. Jangan harap kau akan melangkah keluar dari sini dengan selamat"
Ugutan Kayden menakutkannya. Apatah lagi setelah dilihatnya bodyguard Kayden yang banyak mengelilingi rumah. Namun dia memang tidak berniat jahat. Hanya inginkan pertolongan dari Natasha bagi menyelesaikan masalahnya.
Share this novel