BANGLO empat tingkat di Country Heights Damansara yang tersergam indah diperhati dari jarak jauh. Lama dia menunggu di dalam kereta dan memerhati keadaan sekeliling. Cermin mata dibuka dengan keluhan berat termuntah.
Hatinya masih mendongkol geram dengan pengakuan Ariffin. Dia tak boleh membiarkan Ariffin bebas dari situ. Jika tidak, nama dan integritinya bakal tercemar. Untuk membantu Ariffin, dia rela merisikokan kerjayanya sendiri. Dan kini lelaki tua itu malah mahu mengkhianatinya.
Selagi dia belum mendapat apa yang diinginkan, selagi itulah dia tidak akan berhenti. Puas dia merangka rancangan selama ini. Namun ada saja yang mengekang rencananya. Argh!! Kali ini, dia tidak akan berdiam diri. Nampak gayanya, dia juga yang harus turun padang!
Zaid melihat Kayden di anjung rumah bersama Natasha. Entah apa yang dibualkan, asyik keduanya bergelak tawa. Mendidih hatinya melihat Kayden mengucup dahi Natasha. Kemudian, lelaki gah itu masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Natasha.
Dahinya mengerut. Mana dia pergi?
Senyuman sinis memekar di wajah. Peluangnya terbuka luas. Namun dia tak boleh terburu-buru. Begitu ramai bodyguard Kayden mengawasi dan menjaga sekeliling rumah. Jika dia memecah masuk sekarang, pasti nyawanya jadi taruhan. Dia harus menunggu waktu yang sesuai untuk menjayakan rancangannya.
KELUAR dari mahkamah, kaki melangkah lemah menuju ke kereta. Tiba di kereta, tubuhnya bersandar di pintu. Entah kenapa hatinya rasa sedih. Jiwanya meruntun. Ingin ditangisi, namun air matanya seolah-olah sudah kering.
Sungguh dia tidak mengerti kemahuan hatinya sendiri. Dia yang inginkan perpisahan ini, namun kenapa dia yang merasa sakitnya?
Sebentar tadi, sudah terlafaz cerai talak satu yang dibuat oleh Rafik. Suara lelaki itu tampak bergetar. Lama dia merenung wajah Rafik. Sungguh pun wajah lelaki itu tampak tenang, rautnya jelas terukir seribu kekesalan.
Amira mengeluh. Segala-galanya sudah berakhir. Selepas ini, dia harus memulakan hidup baru seperti sebelumnya. Namun apa bezanya? Sewaktu masih bergelar isteri kepada Rafik, dia tetap merasa peritnya kesunyian. Tawa kecil terdengar sumbang di bibir itu.
"Amira.."
Lantas dia menoleh tatkala namanya meniti di bibir itu.
Rafik berdiri di hadapannya. Wajahnya tampak sugul.
"Thanks sebab lepaskan I" ucap Amira dalam nada mendatar. Entahkan ikhlas atau tidak, dia juga bingung.
Rafik mengangguk-angguk. Sungguh tiada sekelumit kekesalan pun pada wajah itu.
"You happy I lepaskan you?" tanya Rafik dalam nada serius. Penuh sinis berbaur sindiran.
Amira tergelak kecil. Gembira? Dia sendiri pun tak tahu!
"You tak happy ke? Lepas ni you dapat bersama dengan Sofya. I takkan jadi penghalang kepada hubungan you dengan dia. Dan paling penting, I takkan berdosa sebab bersubahat dengan maksiat yang you buat dengan dia"
Raut wajah Rafik kelihatan tegang. Semudahnya Amira menghancurkan hatinya yang sudah berkecai. Kesakitan itu terasa berganda-ganda!
"I tahu, you cintakan Sofya. You kawen dengan I selama ni sebab arwah Razif yang suruh. Bukan atas dasar cinta. I tak nak perkahwinan yang mementingkan sebelah pihak. So untuk menjawab soalan you, yes! I happy. You pun happy kan?" ujar Amira dengan riak gembira. Senyumannya memekar di wajah.
Rafik berdecit. Derap kaki diatur mendekati Amira. Tangannya terletak elok di dalam poket seluar.
"No, I'm not happy!" desis Rafik dengan wajah serius. Tatapan matanya menentang anak mata Amira. Lama dan mendalam.
Senyuman Amira mati. Tubuhnya mengeras. Pandangan Rafik tak mampu ditewaskan.
"I'm not happy!" ulang Rafik lagi lantas menjarakkan diri. Setapak demi setapak, langkahnya kian jauh dari Amira.
Tiba di hadapan kereta Nexus miliknya, dia berhenti. Wajah itu ditatap lagi buat kali terakhir.
"Tapi I harap you akan selalu happy dengan keputusan ni!"
Sejurus selepas itu, dia memboloskan diri ke dalam kereta. Membelah keriuhan dan kesesakan jalan raya, Amira ditinggalkan dengan penuh kebingungan. Tanpa sedar, air matanya mula membanjiri wajah. Baru kini dia sedar, dia sebenarnya kejam. Atau lebih tepat lagi, dia menjunjung keegoan di sebalik kekejaman!
"BABE, are you okay? Kenapa ni? Kau tak sihat ke?"
Natasha bertanya di hujung talian. Gusar hatinya menerima berbelas panggilan daripada Amira. Dia sebentar tadi sibuk menguruskan Marisa. Gara-gara itulah dia terlepas panggilan dari sahabat baiknya itu.
Kedengaran tangisan Amira di hujung talian. Dahi Natasha mengerut. Serta-merta dia bergerak ke balkoni bilik dan duduk di sana. Perut yang mengeras diusap perlahan.
"Babe??" panggil Natasha lagi. Risau hatinya dengan fiil Amira. Jarang dia melihat Amira selemah itu.
"It's over! It's all done and over!" rintih Amira lagi. Fikirnya dengan melepas tangisan dan berkongsi rasa dengan Natasha mampu mengurangkan bebannya, namun kenapa hatinya semakin terseksa?
"Heyy babe! What happened? Apa yang dah berakhir? Jangan buat aku risau"
"Babe, aku dah berpisah dengan Rafik!"
"What?!"
Berita tersebut menyentakkan Natasha. Baru beberapa hari yang lepas Rafik menemuinya untuk berkongsi masalah rumah tangganya. Kini Amira pula membawa berita yang satu itu. Apa sudah jadi?
"I need you! Aku tak kuat"
"Okey! Kau kat mana sekarang?"
Natasha bergerak menuju ke almari. Tudung ditarik keluar.
"Aku dalam kereta. Luar mahkamah"
"Okey, aku jumpa kau. Kat cafe. Kau boleh drive?"
"Okey.."
"Sabar okey? Kejap lagi aku datang"
Panggilan dimatikan. Natasha menyarung tudung ke kepala. Seketika, perutnya kembali mengeras. Kesakitan itu berselang-seli dengan rasa nyilu. Nafas dihela perlahan. Setelah kembali tenang, langkah diatur kembali.
Kamar Marisa tempat kakinya menuju. Terkuak pintu kamar, dia lihat Marisa sedang duduk di luar balkoni. Didekati gadis itu.
"Mar.." serunya. Serentak itu, tangannya naik ke atas bahu Marisa.
Marisa menoleh. Senyuman hambar dihadiahkan buat si kakak.
"Kenapa duduk sini?" tanya Natasha lantas duduk bersebelahan dengan Marisa.
Seperti biasa, Marisa tetap membisu. Natasha faham. Tak pula dia merungut atau memaksa.
"Aku nak keluar lepas ni. Nak jumpa Amira kejap. Dia ada masalah.." cerita Natasha tanpa dipinta.
Marisa masih tekun mendengar.
"Dia bagitahu aku yang dia dah bercerai dengan suami dia"
Marisa tersentak. Dia pernah ketemu Amira sebelum ini. Dia boleh nampak jika Amira adalah sosok wanita yang baik dan tahu agama. Lelaki yang menyuntingnya pasti sangat beruntung. Tetapi kenapa dia bercerai?
"Dulu dia yang selalu nasihat aku pasal banyak benda. Sekarang dia pulak yang mengalaminya. Betullah kan, dunia tu berputar" desis Natasha dengan senyuman kecil. Tak menyangka takdir menulis yang sebaliknya. Dulu dia fikir dialah manusia yang takkan pernah menemui bahagia. Namun lihat apa yang jadi sekarang. Takdir berkata sebaliknya. Justeru dia tetap bersyukur di atas setiap yang Allah kurniakan.
"Aku percaya, bahagia sentiasa ada buat hati yang berharap. Selagi ada harapan, selagi itulah kita hidup. Macam tu jugak dengan kau. Percaya pada Dia, pasti Dia beri sesuatu yang kau tak pernah jangka" Natasha menyelitkan nasihat. Harapannya agar Marisa hidup bukan saja di hadapan matanya, tetapi hidup di dalam hati.
Marisa diam. Hampir saja air mata itu tumpah, namun cepat-cepat dia tahan.
"Kau rehatlah. Tadi lepas makan ubat kan? Aku nak keluar kejap. Nanti aku suruh Shiha tengokkan kau"
Natasha bangkit. Baru saja nak melangkah, tangannya disambar oleh Marisa.
"Kak..."
Dan panggilan itu bikin hatinya tersentak. Pandangan berkalih. Riak tak percaya menghiasi wajah. Satu-persatu air mata mulai menuruni wajah.
"Kakak..." panggil Marisa lagi. Suaranya bergetar. Tangisannya pecah.
Tak menunggu lama, keduanya berpelukan dalam rasa penuh syukur. Tangisan keduanya berselang-seli.
"Maafkan Mar! Maafkan Mar! Mar banyak dosa pada akak sekeluarga"
Akhirnya kata maaf terpancul jua dari bibir itu. Ketulusan dan kesudian Natasha menjaganya telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya. Kini dia sedar, betapa dia memerlukan sosok seorang kakak seperti Natasha di dalam hidup.
Natasha angguk laju. Sedu-sedan masih jelas kedengaran.
"Iye, akak maafkan Mar! Kita mula semuanya semula ya?"
Marisa mengangguk setuju. Dia mahu menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Meskipun hayatnya mungkin tidak lama, dia hanya mahu menyempurnakan hidupnya dengan lebih indah.
SEMUANYA sudah diluahkan. Perasaan yang seharusnya rasa tenang, kenapa bertimpa-timpa rasa kesedihannya? Adakah kerana dia tidak ikhlas?
Ya Allah! Apa sudah jadi pada hatinya? Kenapa masih mengharap pada lelaki itu?
"Kenapa kau baru cerita dengan aku? Hmm??"
Natasha menggosok tangan Amira. Kemudian jemarinya digenggam.
"Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku..aku keliru, bingung.. perasaan aku bercampur-baur!"
"Apa yang kau rasa lepas berpisah dengan dia?"
Soalan itu membisukan Amira. Sejujurnya dia juga tak punya jawapannya. Dia takut untuk berasa bahagia kerana tiada lelaki itu di dalam hidupnya lagi. Namun untuk terus terseksa, hatinya tak rela. Jadi apa jawapan yang dia ada??
"Kenapa tak bincang elok-elok? Rafik dah berterus-terang kan? Lagipun dia mengakui salah dia. Kenapa kau nak terus hukum dia?"
Anak mata Amira menikam tepat ke dalam mata Natasha.
"Kau pun nak salahkan aku?" Amira mengongoi.
"Bukan tu maksud aku. Aku cuma.." jeda Natasha. Wajah keruh Amira dipandang.
"Ye aku salahkan kau! Kau tak fikir panjang. Kau hukum dia dengan perpisahan ni. Normallah, semua orang buat silap. Tapi dia dah mengaku kan? Dia salah sebab jebak kau dalam perkahwinan yang kau anggap penipuan. Dia salah sebab masih berhubungan dengan Sofya. Dia salah sebab tipu kau. Tapi kau pun salah sebab tak bagi dia peluang untuk betulkan keadaan. Sebaliknya, kau mintak perpisahan ni. Kau happy ke sekarang?"
Kata-kata Natasha menjerat dirinya sendiri. Dia terkedu dan tersedar dengan ego yang dicipta sendiri.
"Kau selalu kata yang aku ego. Tapi kau tak rasa ke kau jugak sebenarnya sedang menyanjung tinggi keegoan kau?"
Tersentak Amira dengan bicara itu. Dia ego? Tetapi sejak bila?
"Kau tak nak bahagia ke? Kalau nak, kau kena bagi ruang dan peluang pada hati kau sendiri. Peluang untuk terima kelemahan orang lain. Dan peluang untuk baiki keadaan.."
Linangan air mata semakin deras menuruni wajah. Tak tertanggung akan rasa sakit ini. Dia yang mencipta jurang, dia juga yang merasa sakitnya.
"Aku tak tahu nak buat apa! Aku perlukan masa"
"Okey. Kau masih dalam tempoh iddah. Bila-bila masa je kau boleh rujuk kembali dengan dia. Tapi kau kena yakin dengan hati kau sendiri. Dan aku harap, Rafik takkan tutup peluang tu"
Amira angguk. Faham dengan bicara sahabatnya.
"Thanks babe. Kau selalu ada untuk aku"
"Anytime for you"
Amira senyum. "Kay tahu ke kau datang jumpa aku?"
"Aku dah WhatsApp dia. Tapi dia tak baca lagi. Agaknya dia masih drive"
"Dia pergi sorang ke? Dia pergi mana? Biasakan dia dengan Emir"
"Ayah dia meninggal baru-baru ni. So dia kena balik kampung untuk uruskan jenazah arwah. Dia tak bagi aku ikut sama. Yelah, dengan keadaan aku macam ni. Dan dia memang tak bagi Emir atau sesiapa teman dia. Emir dan yang lain jaga rumah je.."
"Habis tu, kau ke sini sorang-sorang ke?"
"Ehh taklah! Tu Eric. Dia yang temankan"
Natasha pandang Eric yang duduk tidak jauh dari mereka. Sengaja dia bagi Emir untuk tetap di rumah saja. Nak keluar sendiri, Emir tak benarkan. Jadi dia suruh Eric temankan dia.
"Dah macam golongan raja pulak kan? Banyak benar protokol dia" getus Amira seraya tergelak kecil. Senang hatinya kerana beban rasa kurang.
Tawa itu disambut oleh Natasha. Nak buat macam mana? Arahan daripada Kayden harus dituruti. Dia serik bermasam muka dengan Kayden lagi.
hi im back! ? baru update, kiki ada hal bbrpa ari ni. happy reading guys ☺️?
Share this novel