PANGGILAN dimatikan. Serentak itu, mata mereka bertemu. Ada sinar cahaya dalam pandangan mata keduanya. Rasa rindu pula terlalu menggunung.
"Masih tak percayakan abang?"
"Kenapa abang putuskan hubungan tu?"
Pulak dah! Hmm, memang sukar ye nak memahami kehendak dan perasaan seorang wanita!
"Sebab Tasha ke?" tanya Natasha lagi. Adakah dia rasa bersalah kerana bertindak sejauh itu?
"I'll do anything for you"
"Abang marah tak?"
"No. Abang tahu perasaan Tasha. Sakit hati dan cemburu kan? So abang kenalah mengalah. Kalau dua-dua masih tak nak kalah, susahlah!"
Natasha senyap. Bagaimana dia hendak melupakan lelaki ini? Segala kemahuannya dituruti. Meski Kayden digeruni banyak orang, namun hanya dia yang bisa menundukkannya!
"Okey, I trust you" ujar Natasha. Letih juga kala harus jauh-jauh terus dari suaminya.
Melebar senyuman Kayden. Suka hati dengan jawapan tersebut.
"Suka! Suka!" tempelak Natasha tatkala melihat senyuman itu.
Kali ini, Kayden gelak pula. Mana tak sukanya?!
"Abang dah dapat balik teddy abang. Mestilah abang suka!"
"Teddy? Ohh jadi Tasha gemuklah?!" getus Natasha sambil menjegilkan matanya.
Pecah tawa Kayden mendengar bicara itu. Gemuk-gemuk pun dia suka!
"Alaa gemuk pun sebab abang!" usik Kayden dengan senyuman nakal tersungging di wajah.
"Ohh jadi betullah Tasha gemuk?!"
"Ehh mana ada sayang! Sensitif betullah isteri abang ni"
Dahi Natasha dikucup.
"Nanti kalau Tasha betul-betul gemuk, abang mesti dah tak nak kat Tasha lagi"
"Kenapa cakap macam tu? Abang setia sampai mati tau? Gemuk ke kurus ke, tetap abang sayang!"
"Yelah tu!"
Natasha menjuihkan bibir.
Tak tahan Kayden melihat bibir manja itu. Dikucup lama sebagai tanda melepas rindu.
"Abang, Tasha tak tahanlah" adu Natasha.
"Kenapa sayang?" Kayden cemas. Risau jika tingkahnya membuatkan Natasha sakit.
"Tasha kan dah sarat. Tasha tak tahan kalau abang..."
Kayden senyum. Pipi Natasha dicium.
"Iye, abang faham. Takpe. Abang akan kawal diri lepas ni sampai sayang habis pantang"
Walaupun dia juga tidak tahu sejauh mana kekuatannya menahan diri, namun dia harus mencuba. Kasihan Natasha harus menjadi tempat pelepas keinginannya!
"Abang kena cuba tau? Lawan sakit tu. Jangan biarkan dia kawal abang"
Kayden angguk bersama senyuman di wajah.
"Sayant nak stay sini lagi ke? Atau nak balik rumah kita?"
Rambut Natasha diselak ke belakang. Bibirnya singgah di leher itu.
"Abang, Tasha tak bayar lagilah. Dorang suruh check-in terus. Abang ada bawak cash tak? QR ke? Nanti abang bayar erk? Tasha lupa nak bawak duit"
"Aik, macam mana ni?! Check-in tempat mewah tapi tak bawak duit. Masalahnya abang pun tak bawak duit ni"
Sengaja Kayden menipu bagi melihat reaksi comel itu.
"Haa? Abang biar betul?! Habis tu macam mana nak check-out? Nanti dorang lapor kita pada polis macam mana?"
Hampir nak tergelak Kayden melihat wajah cemas itu. Risau benar isterinya padahal itu adalah hotel miliknya.
"Nak buat macam mana? Terpaksalah kita jadi kuli dorang untuk bayar hutang"
Wajah Kayden tampak kecewa.
"Abang call Emir. Tak pun Dayah. Suruh dorang bawak purse Tasha. Tak pun..."
"Sayang, kenapa cemas sangat ni?"
"Gila tak cemas! Hotel mewah kot! Paling-paling pun kalau semalam dalam beribu jugak. Aduhh!!"
Kayden tertawa. Tak mampu menahan rasa lucunya. Natasha nampak lugu!
"Gelak kenapa?"
"Sayang, tak fikir ke macam mana abang boleh masuk dalam bilik ni? Biasanya pekerja hotel takkan semudah tu bagi orang luar masuk dalam bilik kita melainkan..."
Kayden angkat kening. Wajah Natasha ditatap lama.
"Melainkan??"
Agak lama juga Natasha mengambil masa untuk berfikir. Hotel yang mewah dan sebahagian perabotnya diperbuat daripada emas. Semalam ketika dia di kaunter pendaftaran, pekerja hotel memberi kebenaran untuknya menginap tanpa sebarang kad pengenalan dan pembayaran.
Anak matanya berkalih ke wajah Kayden yang penuh senyuman. Barulah Natasha tersedar akan sesuatu. Dia menepuk dahi.
"Ni hotel abang" ujar Natasha setelah dapat mencantumkan teka-teki tersebut.
Kayden tertawa kecil. Pucuk hidung Natasha dicuit.
"Bingo!" sahut Kayden.
"Kenapa Tasha tak tahu?"
"Laa Tasha tak pernah tanya pun! Lagipun, sebahagian hotel di Malaysia ni memang abang punya. So kalau nak stay free sini setahun pun takde masalah"
"Amboi!!" getus Natasha saat Kayden mempamerkan riak bangga.
"So Tasha tak perlu bayar ke?"
"Tak perlu sayang! Dorang tahu siapa sayang"
Natasha angguk kepala. Tubuhnya kembali memeluk tubuh si suami. Rindunya pada Kayden terlalu menggunung. Rasa seperti tak mahu dilepaskan pelukan itu.
"I love you" ucap Kayden lalu mengucup dahi Natasha. Walaupun dia tahu Natasha takkan membalas ucapannya, namun dia tidak kisah.
Baginya, isterinya juga mencintainya. Hanya kerana dia belum bisa mengungkapkan itu.
TERMENUNG jauh Opah dan Tokwan menerima berita tersebut. Air mata sudah kering, nak menangis pun sudah tak sanggup. Anak yang dibuang jauh-jauh kini telah pergi selamanya.
Entah apa salah mereka kerana harus menerima hukuman itu. Jauh dari Kamal, namun dalam hati mereka masih berharap agar Kamal mahu kembali ke sisi mereka. Namun kini tidak mungkin perkara itu terjadi. Kamal telah menemui penciptanya. Mereka hanya mampu redha dan berdoa agar Kamal aman di sana.
"Saya redha bang. Sumpah saya redha dan ikhlas" ucap Opah dengan tangisannya.
Tokwan menggenggam erat jemari isterinya. Sedaya upaya dia menyalurkan kekuatan buat sang isteri.
"Abang pun redha dan ikhlas. Berapa banyak pun dosa dia pada kita, abang dah ampunkan dunia akhirat. Dia anak kita. Selama-lamanya akan tetap jadi anak kita"
Tangisan Tokwan dan Opah berselang-seli memecah kesunyian di kamar itu. Kamar yang pernah menjadi kamar tidur Kamal. Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Tiada lagi senyuman dan suaranya yang menyapa gegendang telinga.
"Ni abang dah bagitau ke kat Pak Jalal? Orang masjid? Kita nak kebumikan nanti. Nak buat tahlil"
"Saya dah bagitahu tadi. Nanti ada lah tu dorang datang. Tolong apa yang patut. Mayat pun masih kat hospital sana. Katanya nanti Ib yang bawak balik sini"
Opah mengangguk. Seakan tak percaya dia bakal menerima kedatangan Kamal dalam bentuk mayat! Dulu Kamal disambut dengan wajah penuh kebencian. Kini hanyalah wajah sedih dan duka yang menyambut kedatangannya.
"Kita ampunkan segala dosa dia ye? Abang tak pernah benci dia. Abang cuma kecewa. Jauh di hati abang, abang selalu berharap agar dia kembali pada kita"
Meruntun hati Opah mendengar kata-kata tersebut. Sebagai seorang ibu, dia lebih terluka dan merana. Kamal satu-satunya anak mereka. Dan kini mereka telah kehilangannya buat selama-lamanya.
"Saya dah lama ampunkan dia bang!" rintih Opah lantas memeluk suaminya.
"Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk dia di atas sana"
"PAK CIK jangan nak buat hal ye? Saya sanggup risikokan kerja saya semata-mata nak tolong pak cik. Sekarang pak cik nak serah diri pada polis dan mengaku diri tak gila?!"
Zaid mencemuh. Dalam hati, berbakul sumpah seranahnya untuk Ariffin. Dasar orang tua tak guna! Tahu macam ni, aku biarkan je kau meringkuk dalam penjara! Arghh menyusahkan betullah!
"Aku nak bertaubat! Aku dah tak nak berpura-pura lagi. Aku dah sedar kesalahan aku. Aku nak anak aku kembali pada aku.." Ariffin mengongoi. Segala dosa dan kesalahannya pada Natasha selama ini takkan mampu terampunkan. Terlalu banyak kemusnahan dilakukan hanya untuk kepentingan diri.
Zaid berdecit. Ceh, bertaubat!
"Pak cik tahu tak, aku sukakan Tasha! Sebab tu aku sanggup tolong pak cik dalam hal ni"
Tersentak Ariffin mendengar pengakuan itu. Wajah tegang Zaid dipandang. Wajar sajalah lelaki itu sudi membantunya di dalam hal ini. Rupa-rupanya..
"Dan sekarang pak cik nak musnahkan segalanya? Aku takkan benarkan!"
"Heyy kamu dah gila ke?! Tasha dah kawen. Suami dia.."
"Ya aku tahu. Suami dia Kayden. Orang terpengaruh, orang besar. So apa masalahnya?!"
"Kamu cari masalah dengan dia! Kamu nak dia bunuh kamu ke?"
Mencerlung mata Ariffin menentang pandangan itu. Dia tak boleh biarkan perkara itu berlaku. Yang ada, Natasha dan cucunya yang akan menjadi mangsa.
Bicara Ariffin disambut tawa oleh Zaid. Berdekah tawanya dengan wajah yang tiba-tiba berubah keruh.
"Sebelum dia bunuh aku, aku hentam bini dia dululah! Ha ha ha" Zaid gelak besar. Sudah lama dia menginginkan wanita itu. Natasha selalu tak bagi peluang kepadanya. Dia rasa tercabar.
"Heyyy!!" Ariffin menjerit lantas berdiri di hadapan Zaid. Wajahnya bengis, benci mendengar setiap patah perkataan dari bibir itu.
"Pak cik takkan dapat keluar dari sini. Aku akan pastikan pak cik ditahan lama. Sebab aku akan palsukan keadaan kesihatan pak cik yang semakin teruk kerana rindukan arwah isteri"
"Kau jangan berani nak buat macam tu!"
Ariffin memulas kolar baju Zaid. Matanya mencerlung tajam.
Zaid menolak tubuh tua itu dengan kasar sehingga terjatuh ke bawah. Puas hatinya melihat dahi Ariffin berdarah gara-gara terkena bucu meja.
"Kalau aku tak dapat Natasha, cukuplah aku tinggalkan satu kenangan manis untuk dia!"
Sinis Zaid mengorak senyum di wajah. Derap kakinya meninggalkan Ariffin di situ.
"Tak!! Jangan! Zaid, jangan apa-apakan anak aku. Dia mengandung! Zaid!!"
Jeritan Ariffin hanya sia-sia. Zaid sudah terlebih dahulu mengunci pintu dari luar.
Air mata Ariffin mengalir laju. Dia harus selamatkan Natasha tetapi bagaimana?
"Ya Allah! Ya Allah!!"
BERITA yang dibawa oleh Kayden mengejutkan Natasha. Sukar pula dia nak mempercayainya. Namun sudah tertulis ajal Kamal secepat itu. Walaupun dia hanya bertemu Kamal sekali, namun dia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya dia mengenali gerangan orang tua kandung Kayden.
"Tasha mintak maaf sebab Tasha takde masa abang terima berita tu"
"Takpe sayang! Abang anggap itu dugaan.."
"Abang sedih ke?"
Riba Kayden tempat Natasha berlabuh. Leher Kayden dipaut.
"Mestilah abang sedih. Dia kan ayah kandung abang, walaupun hubungan kami tak baik.."
"Kita doakan je yang terbaik untuk dia"
Kayden angguk. Nota kecil beserta baju yang ditinggalkan oleh Kamal diberikan kepada Natasha.
Berkerut dahi Natasha membacanya. Hatinya turut rasa sedih.
"He bought this for our twins!" ujar Natasha dalam sebaknya. Melihat baju-baju tersebut, dia tahu Kamal punya rasa teruja untuk menyambut kelahiran cucunya.Sayangnya, dia tak punya kesempatan itu.
Kayden angguk kepala. Nota itu yang membuatkan hatinya sedih. Tak sempat dia nak memperbetulkan hubungan mereka, Kamal sudah menghadap Ilahi.
"Abang kena redha. Ikhlaskan ayah"
"Ya sayang. Abang tahu"
"Mayat ayah masih kat hospital?"
"Ye. Lepas ni abang tuntut. Lepas tu hantar kampung. Kebumi dekat sana"
"Tasha ikut boleh?"
"Tasha kat rumah je ye? Lagipun sayang sarat sangat. Abang risau. Kat rumah, banyak bodyguard yang jaga. Lagipun ada Mak Yah, Hidayah yang boleh tengok-tengokkan sayang. Abang pergi tak lama. Lepas kebumikan ayah, abang balik"
Natasha memuncungkan bibir.
"Kenapa ni sayang?"
"Hmm tak ada apa"
"Rindu abang ke?"
Kayden senyum nakal.
"Taklah!" Cepat-cepat Natasha mencelah. Padahal dalam hati dia mengiyakan kata-kata tersebut.
"Ohh yelah! Sianlah kat abang. Takde orang rindu. Hu hu"
"Mengada erk?"
Hidung mancung Kayden ditarik.
"Abang pergi kejap je. Lepas tu abang baliklah. Kalau sayang kat rumah dan tiba-tiba rasa nak bersalin, kan ada Mak Yah yang boleh tengokkan. Kalau kat kampung, semua orang sibuk uruskan jenazah ayah.."
"Yelah Tasha faham. Jangan lama-lama tau?"
Kayden senyum sambil mengangguk. Entah kenapa hatinya mula rasa terganggu. Namun ditepis jauh-jauh perasaan itu. Dia yakin, semuanya akan baik-baik sahaja.
"Shall we?" tanya Kayden setelah mereka berdua bersiap.
Laju Natasha mengangguk.
Derap kaki keduanya berjalan keluar dari kamar. Ada banyak urusan yang harus dilakukan hari itu. Semoga yang baik-baik saja Ya Allah!
Share this novel