TINGKAH Zahlia yang sedang merias wajah di pantri diperhatikan di sebalik pintu. Fokus benar gadis itu dengan kerjanya sehingga tak sedar siapa yang masuk dan keluar.
Hidayah menggigit bibir. Geram pula dia dengan fiil gadis itu.
"Ohh mentang-mentanglah abang aku tak masuk ofis, kau duduk goyang kaki je ea? Kau ni memang nak membangkrapkan abang aku je! Pantri tempat untuk makan dan minum. Kau buat tempat bermekap pulak. Tunggu kau erk"
Objek di dalam plastik hitam itu ditenung. Serentak itu, senyuman nakalnya merekah di wajah. Idea jahatnya muncul bertalu-talu.
Cicak yang sempat dikutipnya tadi dikeluarkan dari dalam plastik. Ee gelinya!
Dua orang staf lelaki masuk ke dalam pantri. Mereka masing-masing membancuh air. Hairan melihat tingkah Zahlia itu. Tak sudah-sudah dengan riasan wajah! Yusuff, salah seorang dari lelaki tersebut tersenyum memerhatikan lagak Hidayah tanpa disedarinya. Persembahan hebat ni!
"Tunggu kau! Aku malukan kau depan dorang. Berapa inci agaknya mekap kau tu ye? Tebal sangat kan?"
Selepas yakin dengan sasaran di depan mata, cicak tadi dilepaskan lalu ditikam tepat ke atas kepala Zahlia. Gadis itu masih belum menyedari kehadiran tak diundang cicak tersebut.
"Zahlia.." panggil salah seorang staf tadi.
"Ye?"
Zahlia memanjakan suara.
Yusuf dan Badrul kurang senang.
"Ada something kat kepala" ujar Badrul.
Cepat-cepat Zahlia memandang wajahnya di sebalik cermin kecil itu. Tatkala melihat cicak elok bersantai di situ, dia menjerit sekuat hati.
"Haaa cicak! Cicak!! Cicak!!!"
Hidayah mengekek sambil menekan perut. Zahlia lari bertampiaran gara-gara seekor cicak.
"Baru padan muka kau! Puas hati aku. Cicak tu penambah hiasan. Biar kau semakin 'cantik'!" Hidayah menjelirkan lidahnya ke arah Zahlia di hujung sana. Terkial-kial gadis itu 'menghalau' cicak tersebut.
"Good job!" getus Yusuff yang sudah berdiri di sebelah Hidayah.
Kening Hidayah bertaut. Dia menoleh. Yusuff senyum sambil mengangkat ibu jarinya.
Belum sempat nak beramah mesra, Yusuff sudah berlalu dari situ. Hidayah hanya memandang dari jauh. Kemudian bahunya diangkat dengan keluhan terdengar dari bibir.
BILIK TIDUR kecil itu tempat kakinya melangkah. Fikirnya, Kayden sengaja menyembunyikan diri di situ hanya kerana inginkan ketenangan atau sengaja menghukumnya.
Namun bayang-bayang Kayden juga tidak kelihatan. Hanya harumannya saja yang mengisi segenap ruang itu.
Natasha berbaring di atas katil. Mengingat kembali pertama kalinya asmara mereka berlabuh di situ, bibirnya mengorak senyuman manis. Tanpa sedar, matanya sudah basah oleh air mata.
"Abang, Tasha rindu. Mana abang pergi?"
Rintihan tersebut hanya didengari olehnya saja. Berkali-kali dia mengucup permukaan tilam, membayangkan Kayden yang menerima kucupan itu.
"Abang hukum Tasha sejauh ni ke? Ni bukan hukuman, ni balas dendam!" lirih suara Natasha.
Sedihnya dia diperlakukan seperti itu oleh Kayden. Jika benar hendak menghukumnya, bukan dengan cara seperti itu. Masih ada cara lain yang lebih berkesan. Hukuman ini umpama hukuman mati!
"Mana abang pergi?"
Sedu-sedan Natasha jelas kedengaran. Dia benar-benar tak sanggup untuk terus berjauhan daripada Kayden. Apatah lagi dengan keadaannya seperti itu, dia sangat memerlukan suaminya untuk sentiasa berada di sisi.
Perut yang mengeras ditahan saja. Nafas ditarik berkali-kali bagi melegakan kesakitan. Sejak akhir-akhir ini, dia sering merasakan false contraction. Menurut misi, itu tanda-tanda hendak bersalin. Tetapi takkanlah secepat ini? Dia baru nak masuk tujuh bulan.
"Baby rindukan daddy jugak ke? Jangan sedih tau? Nanti daddy datang jumpa kita"
Natasha tersenyum hambar. Kenangan pertama kali menjadi isteri Kayden mula bermain di minda.
LIMA TAHUN LALU..
NATASHA hanya mampu mengeluh berat. Jam di dinding dikerling lagi. Sudah pukul 10 malam. Kenapa dia gelisah?
Adakah kerana pengantin lelakinya belum memasuki kamar? Atau dia segan untuk berdua-duaan?
Sebelum ini, dia memang ada bertemu dengan Kayden tetapi hanya sipi-sipi saja wajah itu dalam pandangan. Apa yang diketahuinya, Kayden adalah jutawan muda yang memiliki banyak perusahaan di Malaysia mahupun luar Malaysia. Pendek kata, lelaki yang baru bergelar suaminya itu bukan calang-calang orang.
Pintu kamar terkuak. Natasha tersentap. Langkah kaki kedengaran jelas di cuping telinga. Namun dia tak berani hendak menoleh ke arah pintu yang dibelakanginya.
Air liur ditelan berkali-kali. Pertama kali dia berduaan dengan lelaki, di dalam bilik pulak tu!
"Airis Natasha"
Namanya diseru oleh pemilik suara garau itu. Tetapi ehh?! Kejap! Kenapa rasanya dia seperti pernah mendengar suara itu? Di mana ya?
Tilam katil bergoyang. Tubuh Kayden mendekat dengannya. Jarak mereka terlalu dekat sehingga dia mampu mendengar bunyi degupan jantung lelaki itu.
Gulp! Air liur ditelan lagi. Dia pun berdebar ke?!
"You tak nak pandang muka I ke? Kenapa kena duduk membelakangkan I?"
Gemersiknya suara itu bikin hatinya gundah-gulana. Serius, dia belum benar-benar bersedia untuk berdepan situasi ini.
"Kawen dengan Kayden, lepas tu kamu bagi cucu pada kami. Senang hidup tujuh keturunan!"
Itulah kata-kata Ariffin yang sempat diucapkan kepadanya. Dia mengetap bibir. Nak buat anak dengan lelaki yang tak pernah dikenalinya? Memang kerja gila! Walaupun lelaki itu adalah suaminya yang sah, namun dia takkan menyerahkan mahkota paling berharganya semudah itu!
"You jangan risaulah Natasha! I takkan suruh you layan I malam ni. I bukan lelaki yang suka memaksa"
Mendengar kata-kata itu, hatinya menarik nafas lega. Tetapi bolehkah dia mempercayai lelaki itu?
Perlahan-lahan Natasha menoleh. Ketika itulah mata mereka saling bertemu. Natasha terpana melihat anak mata Kayden yang berwarna biru itu. Tampak indah! Hidungnya mancung, bump nose katakan! Ada lekuk di bahagian dagunya. Keningnya tebal dan tersusun cantik. Badannya kekar dan dia sangat tinggi. Barangkali dalam 189cm. Jauh berbeza dengan dia yang hanya tinggi 157cm itu.
Kayden senyum. Senyuman penuh manis sehingga membuatkan Natasha tak mampu nak mengalihkan pandangan.
Hatinya tertarik melihat wajah isterinya. Dengan rambut ala-ala butterfly cut, pipinya pula sangat montel, dia tampak comel. Namun kecomelan itu tenggelam oleh kecantikan yang dimilikinya. Hidung mancung terletak, lesung pipit di kedua belah pipi, alisnya tebal terbentuk dan susunan giginya pula nampak teratur.
Sekali pandang, dia macam pelakon Indonesia, Pevita Pearce. Tetapi lebih cantik dan putih. Sungguh dia tak menyangka mengahwini wanita yang sudah mengambil hatinya.
"You tak nak mandi dulu ke? Atau you nak mandi dengan I?"
Suara Kayden bernada nakal.
Natasha terpempan. Wajahnya keruh. Gila apa?! Tadi kata tak memaksa. Dasar lelaki memang tak boleh dipercaya! Kalau bukan kerana Ariffin, sudah lama dia melarikan diri dari perkahwinan itu. Namun hanya Kayden satu-satunya tempat untuk dia berteduh dan bebas daripada tekanan keluarganya.Jadi dia harus sabar dan menunggu saat yang sesuai untuk menyelesaikan semua ini.
"Huhh?! Tadi you cakap apa? Sekarang cakap apa?" sindir Natasha dengan riak sinis.
Kayden melepas tawa kecil. Ternyata hati Natasha sukar ditebak dan tidak bisa diperbodohkan! I like!
"I bergurau je. It's okay. We still have time. You wanna head off first?"
Senyuman nakal itu mengerutkan dahi Natasha. Dia nak apa sebenarnya?
"I mean, to the bathroom!"
Tawa dan riak sinis terpancar di wajah lelaki itu. Natasha mengetap bibir. Kayden sengaja mengenakannya!
MATA yang berair dikesat perlahan. Terimbau kenangan tersebut membuatkan hatinya menjerit. Rindunya pada sang suami tak mampu ditahan lagi. Buntunya dia hendak mencari suaminya ke mana.
Sejak dari hari pertama mereka berkahwin, Kayden sedikit pun tak pernah mengasari atau bercakap tinggi terhadapnya. Bahkan dia sentiasa dilayani dengan baik. Segala keperluan, keinginan dan kebajikannya terjaga. Kayden memang melindungi dan menjaganya layaknya seorang isteri, meski dia sentiasa bersikap buruk terhadap suaminya. Sabar benar Kayden melayan segala karenahnya dahulu. Sehingga sanggup mengalah dan tetap setia menantinya berubah.
Ya Allah! Natasha mengongoi di atas tilam. Hatinya pilu diabaikan seperti itu oleh Kayden. Dia silap besar kerana melawan cakap suaminya.
Telefon bimbit direnung. WhatsApp Kayden dibaca. Mesej yang dihantarnya sejam yang lalu belum dibaca. Bahkan masih single tick! Dahinya berkerut. Takkan off data?
'maafkan tasha bang'
'ampunkan tasha'
'tasha menyesal'
'tasha rindu abang'
'jgnlah merajuk lagi'
Itu antara mesej yang dihantar kepada Kayden. Namun tak satu pun dibaca.
Natasha mengeluh. Apa yang harus dilakukannya untuk melembutkan sekeping hati yang sedang merajuk itu?
"YOU kan yang kenakan I?"
Wajah cemberut Zahlia menatap raut selamba yang dipamerkan oleh Hidayah. Elok saja gadis itu makan cekodok buatan Farah. Tak terkutik meskipun dia dijeling tajam oleh Zahlia.
"Apa benda kau merepek ni? Bimbo!" selar Hidayah, masih berlagak biasa.
"Heyy!!"
Zahlia menggumpal penumbuk. Bibir diketap rapat. Mahu saja dia melempang wajah selamba Hidayah tersebut namun tangannya tak kesampaian. Yelah, Hidayah kan setinggi lampu tiang. Dia pula tak setinggi mana.
"I tahu you yang kenakan I! I nampak you gelakkan I"
Kali ini, bicara itu membuatkan tawanya meletus.
"Hey bimbo! Bukan aku je yang gelakkan kau, semua staf kat sini pun samalah! Maksudnya kami semualah yang kenakan kau, kan?" tempelak Hidayah lagi, tak mahu kalah!
Zahlia menahan perasaan. Geram bercampur benci melihat dirinya seakan dipersendakan seperti itu. Dia yakin, Hidayahlah yang mengenakannya sebentar tadi. Tapi siapa dia? Baru kali ini dia melihat wajah itu. Pakai tudung tapi perangai kasar semacam! Tak kena dengan penampilan langsung!
"Kau jangan nak main tuduh sembarangan je! Jatuh fitnah tau? Berdosa besar! Hmm dahlah diri tu.." Hidayah berjeda. Matanya menjamah seluruh wajah serta penampilan Zahlia. Hmm kurengg!! Ni ke nak bersaing dengan kakak aku?! Jauh benar panggang dari api! Nantilah kau, tunggu semua bukti lengkap habislah nyawa kau!
"Kau pakai lagi seksi macam ni, esok lusa entah lipas, entah cacing yang masuk dalam tu! Baru padan muka kau bimbo!" gelak Hidayah. Dalam fikirannya sudah terancang begitu banyak akal jahat. Muahahahhaa...
"You ni kan! I tak tahulah apa salah I dengan you, tapi you dah main dengan api! Tunggulah nasib you!"
Bentak Zahlia lantas berlalu dari situ. Tak dihiraukan mata-mata yang sedang memandangnya.
Bicara Zahlia mengundang tawa di bibir Hidayah. Lidah dijelirkan. Ingat dia takut ke?! Memang taklah!
"Api?! Aku tak takutlah!" jerit Hidayah dari belakang.
Zahlia tak mempedulikan jeritannya. Laju saja dia berjalan dengan heels tingginya itu.
Eihh pedihlah mata tengok!
"Dayah..."
Hidayah berpaling. Kaget melihat mata sembam Natasha. Dia baru lepas menangis ke?
"Akak.."
"Apa jerit-jerit tu?"
Hidayah geleng kepala.
"Nampak bimbo!"
Dahi Natasha berkerut.
"Bimbo?"
"Aah bimbo!"
"Dayah, I know what you mean. Tak baiklah!"
"Takdelah. Menyakitkan hati je tengok dia. Muka cantik tapi bodoh!"
Tanpa sedar, terkeluar juga perkataan tersebut.
Natasha mengerling.
"Dayah!"
Hidayah mengunci mulut rapat-rapat. Natasha sudah marah. Dia tak berani nak berbicara.
"Sorry kak. Dayah tak boleh kawal emosi"
"Dayah kan educated. Sia-sialah belajar tinggi kalau adab dan budi ke laut!"
"Iye kak. Dayah tahu. Sorry"
"Hmm yelah! Lain kali jangan buat lagi. Jomlah balik. Akak penat. Perut ni asyik mengeras je dari tadi"
Hidayah akur. Mereka berjalan sehingga ke kereta.
"Ada abang kat ofis?"
Natasha geleng kepala dengan lemah. Sudahlah diri penat, hati pulak tunjuk protes! Hmm, tak sukalah!
"Laa yeke? Mana abang pergi?"
"Entahlah! Agaknya merajuk betul dia dengan akak" getus Natasha lantas meloloskan diri ke dalam kereta. Hidayah turut sama.
"Takpelah. Takde lamanya dia merajuk tu. Akak kan cinta hati dia. Nanti dia baliklah tu. Jangan sedih-sedih tau?"
Omongan Hidayah ada benarnya. Mungkin rajuk Kayden hanya sementara. Dia yakin, suaminya pasti akan kembali semula ke sisinya.
Share this novel