BAB 65

Romance Series 26775

"ZAHLIA right?"

Natasha pamer wajah bersahaja tatkala menatap wajah kecut perut itu. Cantik! Tapi cantik yang bisa menjemukan mata.

Zahlia mengangguk perlahan. Tak sangka pula dia bisa ketemu isteri Kayden di situ. Memang tak dinafikan, betapa cantik dan bersihnya wajah itu. Wajah yang bisa bikin lelaki gila dan perempuan cemburu!

Natasha duduk di tepi meja dan Zahlia pula berdiri tepat di hadapannya. Tadi dia menyuruh Kayden keluar sebentar kerana ada hal yang ingin diselesaikan dengan Zahlia. Hidayah juga 'diusir' dari situ.

Zahlia menelan liur.

"Ye"

Kening Natasha terangkat. Tangan disilang ke dada.

"Ye? Tadi you panggil suami I apa? Tuan kan? So you patut panggil I puan. I tak sama taraf dengan you. You pekerja, I isteri boss you"

Zahlia mendongkol geram. Sakit hati dengan sikap bongkak Natasha.

"Ye puan. Maafkan saya"

Mahu tak mahu, Zahlia terpaksa menurut.

Natasha berdehem, membetulkan suara. Wajah Zahlia didekatkan dengan wajahnya.

"Wangi" ulas Natasha lantas menjauhkan wajahnya semula.

Zahlia senyum penuh bangga. Memang dia wangi. Suami kau je yang bodoh tolak aku!

"Mesti you rasa you akan berjaya goda suami I dengan pakai macam ni.." Natasha mengkritik penampilan Zahlia yang dianggap biadap. Tak malu punya perempuan! Jangan haraplah dia akan kalah dengan perempuan macam Zahlia.

"Err saya rasa awak salah faham"

"Puan! Address me with that" Natasha mencelah dengan perasaan bongkak. Sengaja dia pamerkan kuasa vetonya agar Zahlia tahu dia bukannya perempuan yang senang diperbodohkan.

Sekali lagi Zahlia menelan liur. Sikap bongkak dan angkuh Natasha menjengkelkannya.

"Puan.. Saya rasa puan dah salah faham.."

Natasha gelak sebelum sempat Zahlia menghabiskan ayatnya.

"Dengar sini ye Zahlia"

Zahlia tatap wajah serius Natasha. Kini Natasha tak lagi duduk. Dia sudah berdiri menghadap Zahlia.

"I tahu apa yang ada dalam fikiran perempuan macam you. I bagitahu you satu benda. Company ni memang atas nama suami I, tapi segala keputusan I yang buat. Kalau I tak sukakan mana-mana staf dia atau ada staf dia yang cari pasal dengan I, semudah tu je I suruh husband I pecat staf tu. I'm sure enough you don't dare to be a part of that right?"

Seriau Zahlia menerima ancaman berbaur ugutan itu. Sejauh itukah Natasha berkuasa?

"Dan kalau mana-mana staf dipecat dari company ni, memang susahlah dia nak cari makan kat luar. Tahu kenapa?"

Zahlia menggeleng kepala.

"Patutlah you bertindak sesuka hati!" tempelak Natasha dengan wajah keruh.

"Half of the company in Malaysia is under my husband's. Jangan sampai you kena blacklist.."

Dan kali ini, Zahlia benar-benar ketakutan. Kenapa dia tidak pernah terfikir akan perkara itu?

"So if you don't want to have any trouble, I suggest you mind your own business and get your hand off of my husband!"

"Awak.. maksud saya, puan. Okey, saya faham. Saya takkan buat macam tu lagi. Maafkan saya puan"

Senyuman lebar merekah di wajah Natasha. Butang baju Zahlia yang ditanggalkan diperkemaskan.

"Good. Now why don't you go back to your partition and do your work to make sure this company is in good position. Don't you think?"

Cepat-cepat Zahlia mengangguk.

"And one more thing. Mulai esok, jangan pakai baju macam ni. Berlambak orang jual baju dan kain merata tempat. Tak payah nak tunjuk seksi you kat sini. Kalau you berani langgar arahan I, you tahulah nasib you!"

"Baik puan.."

"Okey, keluar sekarang! I need a moment with my husband"

"ZARINA, don't let anyone enter in one hour. I ada urusan dengan husband I"

Di sebalik pintu bilik, Natasha menitipkan pesan kepada Zarina yang merupakan setiausaha suaminya.

Zarina angguk menerima arahan tersebut. Entah urusan apa yang ingin diselesaikan, dia tidak mahu masuk campur. Apatah lagi setelah melihat wajah masam Zahlia yang keluar dari ofis Kayden sebentar tadi. Pasti gadis itu kaw-kaw dileteri oleh Natasha. Padan muka! Zarina memang tak pernah berkenan dengan Zahlia sejak sebulan lalu dia masuk kerja.

Pintu ofis tertutup. Langkah kaki diatur mendekati suaminya yang duduk di kerusi. Duduknya di atas riba si suami.

"Puas?" tanya Kayden, memaksudkan tindakan Natasha ke atas Zahlia sebentar tadi.

"Well, not really!" balasnya dengan senyuman menggoda. Leher Kayden dipaut manja.

"Hmm, habis tu? Apa lagi yang sayang tak puas hati? Sumpah, takde apa-apa pun yang berlaku antara kami. Dia tiba-tiba jatuh.."

"Ye ye. Tasha tahu. Sakitlah mata ni tengok aksi 18sx tu"

Saja Natasha bergurau.

"Heyy!!" gumam Kayden lantas menggeletek pinggang isterinya. Kalau dia nak buat aksi tersebut, dia buat dengan Natasha. Bukan dengan Zahlia atau mana-mana perempuan.

Natasha ketawa. Geli dengan tingkah si suami.

"Abang! Gelilah! Sorry, sorry!" ucap Natasha dalam tawanya.

"Tak sayang mulut ea cakap macam tu?" gerutu Kayden lantas memberhentikan tingkahnya.

"Abang berani main mata dengan dia, awas! Tiada ampun"

"Ye abang tahu. Mana ada abang main mata. Main dengan sayang je" Suara Kayden kedengaran nakal. Serentak itu, tangannya meraba remote di tepi dan menekannya. Jendela di dalam bilik automatik berlabuh bagi menutup segala kegiatan mereka.

"Nakal!" bisik Natasha. Geram benar dengan fiil Kayden.

Tergelak Kayden dengan bicara itu.

"Tadi sayang cakap apa dengan Zahlia?"

"Tasha warning dia.."

"Warning apa?"

Bukannya Kayden tidak tahu. Dalam ofisnya memang sudah lama dipasangkan CCTV. Melalui CCTV itulah dia dapat menyaksikan segala yang berlaku. Bukannya apa, dia risau jika Zahlia bertindak mencelakakan isterinya.

"Warninglah! Berani dia nak goda abang, kaw-kaw Tasha kenakan dia! Jangan ingat Tasha takut.."

Kayden gelak. Salah satu sikap Natasha yang digemarinya. Isterinya seorang wanita yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Bukan menggunakan kekasaran atau menyerang tak tentu pasal, tetapi hanya melalui percakapan yang teratur, sekelip mata saja Zahlia takut kepadanya. Itulah tanda wanita anggun penuh bijak. Ya, itulah Airis Natasha. Isterinya yang tercinta!

"I know you're good in this. So abang takut nak macam-macam. Because I know you are smart"

Natasha senyum kemenangan. Dia memang bijak. Makanya semudah itu Kayden berada dalam genggamannya.

"Tapi Tasha masih tak puas hati pasal Zahlia"

Berkerut dahi Kayden. Apa lagi ye? Hmm dia risau!

"Kenapa sayang?"

"Berani dia nak goda suami Tasha. Dia tak tahu ke Tasha lagi menggoda dan menggiurkan?"

Senyuman sinis tersungging di wajah Kayden. Fikiran nakalnya mula menguasai.

"Then show me"

Natasha membeliakkan biji mata.

"Here?" Natasha hampir tak percaya.

"Come, follow me!"

Tubuh Natasha ditarik mengikutinya. Dia baru teringat akan satu tempat rahsia di dalam bilik ofisnya. Tempat dia selalu menghabiskan masa jika bergaduh dengan Natasha sebelum ini.

MENAPAK ke dalam bilik itu membuatkan dia ternganga. Bilik yang cukup luas dengan sebuah katil queen, televisyen yang dilekapkan ke dinding dan ada dua buah bilik lagi. Agaknya itu bilik mandi dan tandas.

Yang paling dia tak sangka, foto perkahwinannya turut menghiasi dan memenuhi segenap ruang kamar tersebut.

"Ni bilik apa?"

"Bilik rahsia!" sahut Kayden lantas menanggalkan tudung di kepala Natasha.

"Bilik rahsia? Pelik" gumam Natasha.

"Apa yang peliknya?"

Tubuh Natasha dibawa ke birai katil. Mereka duduk di situ sambil saling berpandangan.

"Macam mana bilik ni ada dalam bilik ofis abang? Haaa you did something behind my back?"

Natasha mengecilkan mata. Selama perkahwinan mereka, dia tidak mengetahui kewujudan bilik tersebut. Dah macam bilik tidur gamaknya!

"Apa pulak cakap macam tu? Memang abang sengaja reka bilik ni untuk rehat. Masa kita kawen dulu, kita kan selalu gaduh. Jadi kat sinilah tempat abang rehatkan minda dan jiwa" akui Kayden penuh jujur. Tidak pernah lagi dia membawa mana-mana perempuan ke dalam bilik tersebut. Natasha adalah insan pertama.

"Ohh abang habiskan masa kat sini dengan perempuan-perempuan simpanan abang dulu ke?"

Wajah Natasha serius.

Kayden mengeluh.

"Takdelah sayang! Belum ada sesiapa lagi masuk ke dalam bilik ni. Sayang orang pertama"

"Boleh percaya ke ni?"

Kayden tergelak. Tubuh Natasha ditarik duduk di atas ribanya. Perut Natasha diusap.

"Abang kan dah janji? Abang takkan buat apa-apa yang buat Tasha susah hati. Lagipun abang dah ada tanggungjawab besar lepas ni"

Luahan gemersik itu entah kenapa terasa begitu sayu. Lirikan matanya pula bikin Natasha tersentuh. Dia tak bisa larikan diri lagi. Kata-kata Kayden dipercayai dengan sepenuh hati.

Natasha sentuh wajah suaminya. Bibirnya jatuh pada sepasang mata itu. Kemudian beralih pula ke bahagian pipi.

"I wanna show you something" bisik Natasha ke cuping telinganya.

"Show me then" bisik Kayden lantas menggigit telinga kanan Natasha.

Lantas, Natasha menanggalkan dress labuh miliknya. Yang tersisa hanyalah pakaian dalam saja.

Kayden senyum nakal. Tangannya naik meraba belakang Natasha lantas ditanggalkan pakaian dalam tersebut.

"More sexy!" bisiknya penuh ghairah. Laju saja bibirnya mendarat ke arah buah dada Natasha.

Natasha puas dengan apa yang ditunjukkan. Yang pasti, dia tidak akan mahu kalah di hadapan Zahlia. Baik dari layanan zahir, mahupun tuntutan batin! Dan walaupun dengan keadaannya yang berbadan dua, dia masih mampu memuaskan suaminya!

"Bilik ni kedap bunyi" bisik Kayden nakal.

Natasha tertawa kecil. Dia faham maksud Kayden.

LEBAR senyuman Hidayah melihat insan di hadapannya. Mereka bertemu beberapa bulan yang lalu di universiti namun harus terpisah kerana Farah terpaksa berhenti belajar gara-gara kekangan wang.

Namun tidak disangka kawannya itu bekerja di bawah arahan Kayden. Wahh, memang sudah jodoh barangkali!

"Bila kau masuk sini?" tanya Hidayah. Mereka ketika itu sedang duduk di pantri. Hidayah masih menunggu Natasha. Tadi Natasha ada mengirim pesanannya untuk menunggu kerana ada urusan yang harus diselesaikan.

"Sejak aku quit dari kampus"

"Kesiannya.."

"Ala takde apalah! Aku kerja ni sebab nak kumpul duit untuk sambung belajar balik. Kau kena tunggu aku tau?"

Hidayah angguk. Nasib mereka tidak serupa. Untungnya dia masih punya Natasha dan Kayden yang siap menghulur bantuan tiap saat. Sedangkan Farah harus berusaha sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa. Pernah juga dia menyuarakan hasrat untuk membantu tetapi Farah menolak. Segan katanya.

"Hari tu aku nak tolong. Kau tak nak"

"Aku seganlah. Lagipun kau pun nak guna duit kan?"

"Anggap jelah kau buat pinjaman dengan aku. Nanti dah ada duit, kau bayarlah balik"

Cepat-cepat Farah menggeleng. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa. Lagi-lagi dia dan Hidayah baru saja kenal.

"Takpelah. Aku nak usaha sendiri"

"Okey, nanti ada apa-apa kau bagitahu aku tau?"

Farah angguk.

"Kau buat apa kat sini?"

"Ohh teman kak ipar aku. Husband dia kerja sini"

"Siapa husband dia?"

"Ohh dia.."

Bunyi notifikasi telefon Farah bertalu-talu masuk. Perbualan mereka terganggu.

"Amboii! Busynya kawan aku ni. Boyfriend erk?" usik Hidayah.

Farah tergelak. "Bukanlah! Ni haa, kau tengok"

Pesanan WhatsApp ditunjukkan kepada Hidayah. Tercengang Hidayah membaca mesej-mesej tersebut. Bibir diketap. Amarah terkumpul. Gerahamnya bergerak-gerak. Berani benar mereka mengusik dan mengutuk Natasha.

"Siapa punya kerja ni?"

"Kau checklah siapa admin dia. Kat bahagian info group tu"

"Zahlia. Weyy siapa tu?"

"Dia tu perempuan paling gedik dan perasan cantik kat ofis ni"

"Cantik ke?"

Hidayah buat mimik muka menyampah.

"Cantik lagi aku!" puji Farah sambil tergelak.

"Siapa masukkan kau dalam group ni?"

"Tak tahulah! Tapi katanya group ni untuk pekerja baru masuk. Senang nak mengata bos katanya"

Amarah Hidayah hampur meletus. Wah wah wah! Hebat ye si Zahlia ni! Pakat-pakat buat kenduri dalam group WhatsApp! Takpe. Kau tunggu je!

"Tapi aku tak nak terlibat. Baik ada out je dari group ni!"

"Ehh jangan!" Hidayah menghalang. Telefon direbut kembali dari tangan Farah.

"Kenapa pulak?"

"Tolong aku boleh tak?"

Kening Farah terangkat.

Wajah Hidayah penuh harapan. Dengan bantuan daripada Farah, dapatlah dia kumpulkan bukti untuk kenakan mereka yang berada di dalam group tersebut. Simpan dulu, nanti dah cukup baru dia tunjuk pada Kayden!

Ini Hidayahlah! Takde siapa boleh usik abang dan kakak iparnya!

happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience