LAMA Amira sujud di atas sejadah. Air matanya berlinang, hatinya rasa terhimpit. Pelbagai perkara sedang berlegar-legar dalam fikirannya. Tak satupun mampu dilerai dengan baik.
Sedaya-upaya dia berusaha menerima Rafik tetapi hatinya tak mampu. Dia tersepit antara tanggungjawab sebagai isteri dan kebahagiaan sebagai seorang insan biasa.
Selama perkahwinan mereka, Rafik tidak pernah mengasarinya. Lelaki itu sangat santun dan melayaninya dengan baik. Meski dia senang dengan keadaan itu, hatinya masih penuh dengan keraguan. Makanya suatu hari itu, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Sofya di tempat kerjanya. Ternyata gadis itu bekerja di salah sebuah restoran di Shah Alam.
Ketika itu, hatinya belas melihat keadaan Sofya yang tidak terurus. Bibirnya pucat dan tubuhnya cengkung. Tidak dipastikan puncanya apa, namun yang jelas Sofya pasti sedang menahan kesakitan. Dia seorang doktor. Jadi sangat mudah untuknya mengenal seseorang hanya dari keadaan mereka.
Rentetan peristiwa itu, hatinya semakin yakin dengan keputusan yang bakal dibuat. Dia tidak akan menoleh ke belakang lagi. Untuk menyesalinya, itu juga tidak mungkin berlaku.
Dia harus berdepan dengan Rafik dan menyelesaikan semuanya dengan segera. Jika terlambat, dia sendiri pasti menyesalinya. Bunyi enjin kereta di halaman rumah menandakan kepulangan Rafik. Segera dia menanggalkan telekung dan menyarung tudung ke kepala.
Sebelum melangkah keluar dari kamarnya, sebuah dokumen ditarik keluar dari laci. Merenung nasib sendiri dengan keluhan termuntah berat. Hatinya berdebar.
"Kau kena kuat Amira! Allah dah susun cantik perjalanan hidup kau. Percaya pada Dia"
Penuh yakin dia mengungkapkan itu.
"CERAI? You're filing for a divorce?"
Seakan tak percaya tetapi itulah kebenaran yang tertera di hadapan matanya. Wajah Amira yang tenang ditatap dengan riak kurang puas.
Dokumen penceraian diletak elok di atas meja. Dengan nafas dideru perlahan, dia mengangguk kepala tanda mengerti. Tiada guna untuk terus menahan seseorang yang tak sudi bersamanya. Dia juga tak mahu jika terus menyeksa hati wanita yang sudah mencuri hatinya. Amira berhak bahagia, namun mungkin bukan dengannya.
"Tapi kenapa?"
Soalan itu diajukan kepada Amira dengan harapan dia bakal ketemu jawapan yang sesuai dan memuaskan hati.
"Kita hidup bermula dari penipuan. Biarlah kita akhiri dengan kejujuran. I tak boleh teruskan hubungan ni. Tolong jangan tanya lagi"
Air mata yang mula mengalir dikesat perlahan. Terlalu sukar melenturkan hati keras seorang Amira. Namun dia faham. Dia juga sudah letih ditekan dan didesak dari banyak pihak. Mungkin perpisahan adalah cara terbaik mereka untuk mencari kemahuan hati.
"Okey, I akan turuti kehendak you" putus Rafik akhirnya. Maaf Razif, aku tak mampu nak pertahankan dia!
Tenang benar Amira menerima keputusan tersebut. Tetapi kenapa hatinya sedih?
Dari duduk, Amira bangkit. Baru saja nak mengatur langkah, derap kakinya berhenti kembali. Wajah tenang Rafik ditatap.
"Kahwini Sofya. Apa yang you buat pada dia, sesuatu yang takkan boleh dimaafkan. Bertanggungjawablah atas kehancuran yang you dah cipta Rafik! Baru I akan pandang you sebagai lelaki terhormat"
Usai menuturkan itu, cepat-cepat Amira bergerak ke kamarnya. Segala beban sudah terlepas. Hati, kau pasti kuat!
Tak terkutik tubuh Rafik di atas sofa itu. Ayat terakhir Amira masih tergiang-ngiang di cupingnya. Adakah kerana Sofya, perpisahan mereka terjadi? Atau memang tiada tempat untuknya di hati Amira? Baru kali ini dia rasa sukar melembutkan hati seorang wanita!
SELESAI menerima bungkusan tersebut, Natasha meletakkanya di atas ranjang. Pelik benar dia. Sejak tiba dari tadi, dia diberi layanan eksklusif. Bilik yang diinapnya sekarang adalah Premium Suite. Kamar tersebut sangat luas dan besar. Bahkan segala keperluan di dalam kamarnya sangat lengkap. Suis elektrik semuanya hanya menggunakan suara saja. Tidak perlu dia sibuk-sibuk menekan suis. Dengan arahan dari suara, semuanya menunduk kepadanya.
Kenapa dia mendapat layanan seperti ini? Pasti bayarannya mahal. Sudahlah dia ketinggalan purse di rumah. Alahai!
Tadi, seorang staf hotel yang memperkenalkan diri sebagai Balqis menghantar beberapa helai pakaian kepadanya. Anehnya, pakaian tersebut sangat pas di tubuhnya. Apabila ditanya, Balqis hanya mendiamkan diri.
Natasha lihat jam antik di dinding. Sudah pukul 9 malam. Dia benar-benar mengantuk dan keletihan. Makanan yang dihantar terus kepadanya sebentar tadi tak terusik. Entah kenapa dia tak boleh menelan makanan tersebut.
Dia masih marahkan Kayden. Satu pesanan mahupun panggilan tidak dibuat. Kayden memang tidak sayangkan dia lagi! Memang sengaja tidak mempedulikan dia dan bayi mereka. Sedihnya! Dia marahkan Kayden tetapi pada masa yang sama, dia memerlukan lelaki itu. Dia rindukan suaminya. Arghh!! Bencilah dengan perasaan ni!
Sempat juga dia menelefon Hidayah sebentar tadi bagi bertanyakan keadaan Marisa. Menurut Hidayah, Marisa sudah tidur sejam yang lalu selepas makan dan mengambil ubat. Suntikan juga telah diberikan kepadanya. Syukurlah, Natasha menghela nafas lega.
Berkali-kali Natasha menguap. Tak tahan benar dia. Laju saja dia berbaring di atas tilam yang empuk itu. Bibirnya mengorak senyuman lebar. Empuknya! Wajarlah Premium Suite!
Sekejap saja, matanya terkatup. Dia sudah terlelap!
PINTU KAMAR terkuak luas. Melihat sang isteri yang terlena bak anak kecil, hatinya mengongoi pilu. Natasha memeluk tubuh sendiri, barangkali menahan kesejukan.
Suhu air-conditioner diubah semula. Biar sejuknya tak terlalu terasa sangat.
Balqis mengekor dari arah belakang.
"Kenapa dia tak makan?" tanya Kayden tatkala melihat beberapa hidangan masih elok di atas meja bulat.
"Mungkin puan kenyang" sahut Balqis pula.
"Nope! Dia tak makan dari tengah hari" ujar Kayden. Teringat dengan omongan Emir. Natasha tak makan dari tengah hari. Sengaja menyeksa perut sendiri atau isterinya memang tak punya selera.
"Kemaskan makanan ni. Buat dengan senyap. She is sleeping soundly" arah Kayden dengan suara serius namun nada yang terkawal. Punggung dihenyak di atas ranjang, bersebelahan isterinya.
Balqis mengangguk. Troli yang ditolak diletakkan ke tepi. Penuh hati-hati dia mengemas meja agar tidak membuat sebarang bunyi. Usai dengan itu, dia pamit untuk keluar. Kayden angguk.
"Larilah ke mana pun sayang. Sampai lubang cacing pun abang akan jumpa"
Dahi Natasha dikucup. Emir telah menceritakan segala-galanya kepada dia. Hampir juga dia nak kalah pada ego Natasha. Tetapi dia tak bisa lelap jika tiada Natasha di sebelah. Gara-gara itulah, dia sanggup ke hotelnya dan mengejar Natasha. Sebelum itu, dia baru perasan isterinya tertinggal dompet di rumah. Setelah mendengar cerita Emir, cepat-cepat dia menelefon pihak hotel untuk membenarkan Natasha menginap dengan percuma. Yelah, dia kan pemilik hotel tersebut!
"Degil kan? Susah payah bawak diri sampai ke sini. Kalau dengar penjelasan abang kan senang! Hishh! Nasib baik sayang!" omel Kayden dengan perasaan berbuku dalam hati. Geram pula dia dengan sifat degil dan ego isterinya itu. Bertindak tanpa berfikir!
Kayden mengeluh. Marah-marah pun dia sayang! Nasib badan..
Tubuh dibaringkan di atas ranjang. Melihat ligatnya Natasha tidur sehingga tak sedar kehadirannya, dia mengambil kesempatan tersebut untuk memeluk tubuh kecil itu. Rindunya!!
Berkali-kali dia mengucup dahi dan pipi itu. Tak lama kemudian, dia juga terlelap.
NATASHA tersedar tatkala ada tangan sedang melingkari pinggangnya dari arah hadapan. Perlahan-lahan dia mencelikkan mata dan kaget melihat wajah kacak Kayden sedang lena di sebelah.
Spontan, matanya terbeliak lalu dia bangkit dari tidur dan terjerit kecil. Kayden kaget dan cepat-cepat sedar.
"Haa sayang! Kenapa? Nak beranak dah ke?" soal Kayden setelah duduk di atas ranjang.
"Apa abang buat kat sini?"
Kayden senyum mendengar panggilan tersebut. Itu bererti hati Natasha sudah sedikit lembut.
"Abang tidurlah! Alaa dia ni!" rengek Kayden lantas menyambung baringnya.
"Tahulah! Tapi macam mana boleh masuk dalam bilik ni?"
Tampang Natasha cemberut. Tak puas hati dengan sikap Kayden. Mana-mana dia pergi, lelaki itu tampak berkuasa!
"Nantilah abang cerita! Abang ngantuklah!"
"Tak nak! Bangunlah!" Natasha menggoncang tubuh suaminya yang sudah terlelap.
Kayden tak memberikan respon. Natasha geram. Dipukul belakang suaminya dengan penuh perasaan.
"Fine! Tidurlah sampai esok. Orang nak check-out!"
Nada itu kedengaran marah dan merajuk. Kayden tergelak. Dia memusingkan badan dan menyambar lengan Natasha. Sekejap saja, tubuh kecil itu berbaring menghadapnya.
"Kenapa suka nak marah-marah ni?" Hidung mancung Natasha ditarik. Pucuk hidung itu dicium.
"Janganlah! Takde mood nak buat aksi 18sx!" gerutu Natasha dengan muncung sedepa.
Meletus tawa Kayden.
"Kenapa ni sayang? Tak habis lagi ke marah tu? Hmm??"
Natasha mengetap bibir. Mata sengaja dijegilkan di hadapan suaminya. Wajah pula sengaja diketatkan. Biar Kayden tahu, dia tak main-main soal ini!
Sekali lagi, Kayden mengekek. Tak tahan benar dia melihat wajah comel itu.
"Gelaklah lagi!" getus Natasha seraya menumbuk dada bidang suaminya.
"Auchh! Sakitlah sayang" adu Kayden, namun hanya berpura-pura. Pelukan di pinggang diperketatkan.
"Janganlah peluk!" Natasha tolak tubuh Kayden.
"Nak peluk jugak!" Kayden tak mahu beralah.
"Degillah! Annoying tau tak?" adu Natasha. Suaranya tenggelam timbul, antara dengar atau tak.
"Tahu. Abang annoying. Cakaplah apa pun, abang tak kisah!"
Natasha diam. Dia merasakan perutnya sakit tatkala pelukan Kayden terlalu ketat.
"Perut Tasha sakit!" rengeknya manja.
Cepat-cepat Kayden melonggarkan pelukan. Bimbang juga dengan keadaan isterinya itu. Tak lama lagi nak masuk lapan bulan. Cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar, mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
"Masih marahkan abang lagi ke?"
Natasha masih diam. Wajahnya tunduk. Marah memang marah, namun perasaannya lebih kepada rindu.
"Abang mintak maaf. Abang salah sebab hukum sayang dengan melebih-lebih. Abang tak patut buat sayang macam tu. I was wrong too"
Ikhlasnya ungkapan itu bikin hati Natasha tersentuh. Hangat bibir Kayden menyentuh dahinya.
"Abang cuma rasa yang sayang patut rasa apa yang abang rasa. When we love somebody that much, we tend to worry so much. I'm sorry sayang. Sayang tak patut lalui semua ni. Mungkin Tasha betul. Abang cuma membalas dendam untuk balas rasa sakit ni"
Bicara Kayden dihadam sebaik mungkin. Ego dan kedegilan Kayden tunduk lantaran rasa sayangnya pada si isteri. Namun Natasha masih tak berpuas hati.
"Kenapa pergi Indonesia tak bagitau? Punyalah macam orang gila kita cari dia. Ingatkan Emir pun tak tahu. Tak sangka kan.."
Kayden gelak. Emir memang pengikut setianya. Segala arahan dituruti tanpa protes.
"Abang tak suruh dorang bagitahu. Abang ada kerja kat sana sayang. Ada pihak pelabur nak bekerjasama dengan company abang. So I chose to go there, sekaligus menghukum sayang dengan cara tu"
"Kenapa ada dua phones? Biasanya orang yang ada dua telefon ni adalah orang yang senyap-senyap simpan orang lain!" tempelak Natasha dengan perasaan mendongkol geram.
"Eee dia ni!!" Kayden geram. Rasa nak makan-makan pipi itu.
"Jawablah! Jangan tipu orang lagi!"
"Tak sayang! Abang kan dekat Indonesia. Sim kita mana sama dengan dorang. Jadi abang belilah sim baru. Tapi phone tu memang dah lama ada. Cuma untuk urusan kerja. Nombor yang satu lagi untuk peribadi.."
Natasha diam memikirkan logiknya. Yelah, mungkin Kayden benar. Dia saja yang terlalu ikut perasaan.
"Intan tu siapa? Kenapa pulak dia hantar mesej macam tu? Sakit hati tau tak?!"
"She is my business partner sayang. Tak lebih dari tu. Pasal mesej tu, dia cakap dia terlanjur mesej macam tu. Dia cuma nak ambik kesempatan untuk peribadi. Tapi abang tak layan pun. Abang dah sound dia. Dia cakap, yang dia tengok abang macam ada masalah. Dia assumed maybe masalah rumah tangga. Sebab tu dia mesej macam tu"
Tampang Natasha masam. Dia tak suka jika ada orang ketiga dalam hubungan mereka.
"Spend days with you! Bencilah!" gerutu Natasha, teringat akan mesej tersebut.
"Kami memang ada keluar tapi bukan berdua. Kami berenam. Keluar pun atas urusan kerja"
"Dah tu panggilan hon tu apa?"
"Kan abang cakap, dia sengaja buat macam tu"
"Kalau dia Indonesian, kenapa mesej macam orang Malaysia?"
"Sebab dia memang Malaysian tapi stay dan kerja kat Indonesia. Parents dia duduk sana. Dia dah lama duduk Indonesia"
"Amboi, banyak ea abang tahu pasal dia!"
Nada berbaur cemburu.
Kayden gelak.
"Semua orang tahu pasal dia sayang. Bukan abang sorang je"
Wajah Kayden ditatap. Tampang itu boleh dipercayai. Dia yakin, Kayden tak menipu.
"But still, Tasha tak nak abang ada apa-apa hubungan dengan dia walaupun atas urusan kerja! I can trust you, but not her!"
Kayden sudah mengagak perkara itu sebenarnya inti dari sesi soal siasat mereka. Lantas dikeluarkan telefon dari kocek seluar. Nombor Qamarul dihubungi. Sekejap saja, panggilannya bersambung. Loudspeaker sengaja di on.
"Macam mana dengan yang aku arahkan tu?"
"Beres bos. Lepas ni mana-mana company kita takkan ada hubungan dengan company mereka lagi"
Wajah Natasha mendadak berubah. Benar ke apa yang didengarinya?
happy reading guys?
Share this novel