"KENAPA datang tak bagitahu abang? Terkejut tengok sayang datang dengan Dayah"
Tak disangka, dia menerima kejutan seawal pagi dengan kedatangan Natasha dan Hidayah sebentar tadi. Gara-gara itu, Natasha salah faham akan apa yang telah berlaku. Untung saja semuanya sudah diselesaikan.
Kayden sudah siap memakai baju. Dia duduk di atas katil sambil memerhati gelagat Natasha yang masih memakai pakaian dalamnya. Belum sempat dress tersarung ke tubuhnya, lengannya disambar oleh Kayden. Mereka baring semula di atas katil.
"Kenapa?" tanya Natasha dengan riak terkejut. Dia juga tidak menyangka akan melihat 'pemandangan indah' tersebut. Setelah pertemuan dengan Amira berakhir, dia mengajah Hidayah ke ofis untuk ketemu Kayden. Saja nak buat kejutan, alih-alih dia yang menerima kejutan!
Kayden mengangkat kening, tak faham dengan soalan isterinya.
"Tasha tak boleh datang ofis ke? Kalau Tasha tak datang, takdelah Tasha tengok aksi 18sx tadi"
Natasha memuncungkan bibir. Kesempatan itu diambil oleh Kayden untuk mengulum bibirnya.
"Itu baru aksi 18sx. Jangan sampai abang ajak round kedua" Kayden tayang wajah nakal.
"Ee siapa takut?!" Natasha seakan mencabar.
Kayden gelak. Dahi Natasha dicium. Geram benar dia dengan keghairahan isterinya itu.
"Kan abang dah cakap. Takde apa-apa berlaku. Abang tak tahu pulak dia tiba-tiba jatuh"
"Yelah!"
Kayden gelak lagi.
"Kenapa ghairah semacam je tadi? Macam setahun tak 'makan' abang!" getus Kayden. Bingung memikirkan aksi lincah dan ghairah Natasha sebentar tadi.
"Tapi abang suka kan?"
Kayden mendekatkan wajah mereka bersama.
"Abang puas. Tapi abang tak berani nak lebih-lebih. Sayang kan tengah pregnant.."
Natasha senyum.
"Ye Tasha tahu. Tasha saja je nak lebih-lebih. Ini peringatan untuk abang yang isteri abang lebih bijak memuaskan abang daripada 'santapan' luar! Bear that in mind!"
Bibir Kayden disasar dengan agak ghairah. Biar Kayden tahu jika dia bisa menguasai dan membuatnya gila serta hilang akal.
"I know. No one serves me better than you!"
Natasha angguk. Dia bangkit dari baring lantas memakai semula dress berwarna biru itu.
"Macam mana perjumpaan dengan Amira? Is she okay?"
Kayden sudah duduk di sebelah isterinya.
Terdengar keluhan berat dari bibir mungil itu. Kayden menatap wajah cantik itu. Dalam diam, dia sangat mengagumi isterinya. Dia benar-benar mengambil berat akan orang-orang kesayangannya. Tangan Natasha diraih lalu dikucup.
"Dia macam tak okeylah bang! Tasha risau.."
"Dia ada cakap apa-apa ke?"
"Dia tak tahu nak buat apa. Abang tahu tak, Mira cakap dia kesian dekat Sofya. Dah bagi semua dekat Rafik, si Rafik tu pulak nak tinggalkan dia"
Cerita Natasha menarik minatnya. Ada jugak ye jenis lelaki seperti itu? Siapa yang lebih kasihan dalam perkara ini? Kalau menurut dia, pastilah Amira. Kasihan gadis itu. Kena kawen dengan cara penipuan, lepas tu kena hadap pulak dengan perempuan simpanan suami sendiri.
"Dia lebih kesiankan Sofya berbanding dirinya sendiri. Tasha rasa macam nak nangis dengar luahan dia" adu Natasha. Kenapalah dia tak boleh nak membezakan Razif dan Rafik sebelum ini? Jika dia tahu, pasti akan ditentangnya perkahwinan mereka.
"Anggap jelah tu ujian untuk mereka. Kita sebagai orang terdekat cuma mampu berdoa untuk dorang. Tapi abang harap sangat sayang takkan bertindak melebih-lebih dalam hal ni. Ni masalah rumah tangga dorang" Kayden menitipkan nasihat.
"Ya bang. Tasha faham. Tasha ingat tu"
"Baguslah!"
"Tasha nak kena baliklah bang. Lama agaknya Dayah tunggu Tasha"
"Tak nak balik dengan abang ke?"
"Masih pagi ni. Abang kan balik petang. Tasha nak kena uruskan Marisa.."
Mendengar nama Marisa, Kayden jadi tak puas hati. Dia berharap sangat agar Natasha takkan memikirkan soal adik tirinya itu. Namun siapalah yang mampu nak menghalangnya? Isterinya sangat degil!
Natasha sudah bersiap hendak pergi namun dia dipanggil kembali oleh suaminya.
"Kenapa bang?"
Kayden mengeluh.
"Boleh tak sayang jangan paksa diri sangat?"
"Maksudnya?"
"Marisa! Kenapa sayang nak kena jaga dia? Shiha kan ada. Abang bayar dia tau?"
Wajah Natasha cemberut. Dia tak mahu bertekak dengan Kayden mengenai perkara ini.
"Abang, Marisa masih keluarga Tasha. Tasha tak boleh nak tinggalkan dia macam tu je. Arwah mama Miranda dah takde. Papa pulak macam tu.." keluh Natasha. Sebak dia memikirkan nasib ahli keluarganya. Kini Marisa cuma punya dia. Takkan dia nak lepas tangan hanya gara-gara dendam lama?
Kayden kaget mendengar Natasha memanggil Miranda sebegitu. Sebelum ini, isterinya hanya menyebut nama saja.
"Abang tahu. Hmm yelah! Tapi jangan paksa diri sangat tau? Kena ingat. Abang masih perlukan Tasha, bukan Marisa atau Amira je"
Kayden beralah. Jika terus berdebat, alih-alih mereka akan bertekak. Dan jalan penyelesaian takkan ada penghujungnya. Lagipula, kenapa Marisa harus terus dijaga? Dia bukannya lumpuh atau koma. Shiha pulak ada di sana untuk merawatnya. Hmm,kadangkala dia tak faham arus pemikiran isterinya.
"Tasha nak jalan dah ni.."
Tangan kekar Kayden diraih lalu dikucup. Sebelum berlalu, Kayden tinggalkan ciuman di bibir itu. Entah kenapa terasa berat hatinya hendak melepaskan Natasha pergi.
TINGGAL dua kilometer saja lagi nak sampai rumah, kereta dipandu Hidayah dilanggar dari arah belakang. Hidayah dan Natasha cemas. Kereta dipandu semakin laju namun sekali lagi kereta mereka dilanggar.
Tak sempat nak berbuat apa-apa, kereta tadi melanggar dari arah penumpang, tepat ke arah Natasha duduk.
Natasha berpaut pada pemegang. Matanya terpejam. Perut yang mengeras diusap perlahan dengan helaan nafas dihembus berkali-kali. Ketakutan mula beraja tatkala pemandu kereta tersebut seolah hilang akal dengan melanggar bahagian tempat duduknya.
Hidayah kaget. Berkali-kali dia menjerit namun tiada siapa menolong. Tangisannya bergema melihat dahi Natasha berdarah.
"Akak!!"
"Jangan stop Dayah! Kita dah nak sampai.."
Bicara Natasha difahami. Pedal ditekan, kelajuan dipertingkatkan. Dalam hati, tak putus-putus dia berdoa untuk keselamatan mereka.
Tiba di hadapan pagar rumah, sebuah bungkusan dicampakkan tepat di depan kereta. Masing-masing kaget. Hidayah tak berani nak memberhentikan kereta. Masuk saja ke dalam rumah, beberapa pengawal berlari ke arah mereka setelah digamit oleh Hidayah.
"Apa dah jadi? Kenapa puan berdarah?"
Hidayah hanya menggeleng. Dia memapah Natasha masuk ke dalam rumah. Badannya menggigil. Hampir saja mereka mengalami kecelakaan sebentar tadi. Siapa punya angkara?
"Dayah, ni bungkusan yang kami jumpa depan tu tadi" ujar Eric lalu menyerahkan bungkusan tersebut kepada Hidayah.
Berketar-ketar tangan Hidayah tatkala bungkusan bertukar tangan. Hatinya berdebar. Apa isi di dalam bungkusan ini?
"Dayah.."
Suara Natasha kedengaran lemah. Hidayah menoleh. Kaget melihat Natasha pengsan.
"Akakk!!"
"BOS"
"Ada apa-apa maklumat?"
"Belum bos"
Omongan Emir menggoncang hatinya. Berdiri di hadapan Emir, leher itu dicekik. Wajahnya kemerahan. Amarahnya meletus. Ada yang nak merasai mati agaknya hari ini!
Setelah menerima panggilan daripada Hidayah, dia bergegas pulang dalam keadaan bergetar. Kebimbangan terhadap keselamatan Natasha dan bayi mereka mendesak dia bertindak di luar kawalan. Tiang lampu di halaman rumah dilanggar gara-gara fokusnya melayang.
"Bos..." Eric menghalang.
Kayden menjeling tajam. Eric mematikan langkah.
"Jangan jumpa aku selagi kau tak dapat apa-apa maklumat. Kalau kau kena ambik masa sebulan, setahun, kau buat! Tapi jangan muncul depan aku selagi tak dapat apa-apa maklumat! Kalau tak, nyawa sebagai gantinya!"
Sejurus selepas itu, Kayden melepaskan Emir. Terbatuk-batuk Emir memegang leher sendiri.
"Keluar!" arah Kayden dengan suara keras.
Emir dan Eric menurut.
Kayden mendekati ranjang. Sayu hatinya melihat Natasha terbaring di situ. Mujurlah dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Hanya terkejut dan luka di dahinya bukan luka yang serius.
"Abang.."
Suara itu kedengaran lemah.
Kayden pantas mendekati.
"Sayang.."
Air matanya mengalir. Pantas sajalah hatinya tak tenteram melepaskan Natasha tadi. Ada sesuatu yang buruk berlaku rupa-rupanya.
"Kenapa abang nangis?"
Natasha senyum. Kaget melihat tangisan suaminya. Tangannya naik menyeka mutiara jernih itu.
Kayden tak dapat menahan emosi. Lantas didakap erat tubuh isterinya yang masih berbaring itu.
"Tasha tak apa-apa.."
"Abang takut"
"Shhh" Natasha mengusap belakang Kayden dengan lembut. Dia tahu dan faham akan perasaan suaminya.
"Abang tak boleh hilang Tasha dan baby kita"
"Tasha tahu"
"Abang cintakan Tasha"
"I know that"
Suasana senyap. Kayden diam. Matanya terkatup rapat. Badannya masih menggigil. Emosinya berkecamuk dalam diri. Dia benar-benar belum bersedia untuk kehilangan Natasha.
"Abang penat?"
"Hmm"
Tangisan Kayden masih kedengaran.
"Tidurlah ye?"
"Sayang jangan pergi mana-mana"
"Tasha janji!"
BUNGKUSAN yang diterima dipandang dengan wajah bengis. Sehelai kain putih dengan beberapa tompokan darah dan tulisan ditinggalkan di situ.
Kayden mengerut dahi. Siapa yang berani membuat onar dengannya? Musuh yang mana? Dia tahu dia banyak musuh tetapi dia tak boleh menuduh melulu.
"Masa kau akan tiba!"
Tulisan itu dibaca serentak dengan getaran di jiwa. Kayden mengeluh berat. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Matanya terpejam.
Kamal ke? Tak mungkin! Menurut Emir, mereka sudah menjejaki Kamal di serata tempat namun tiada hasil. Kamal benar-benar menghilang. Daniel? Lagilah mustahil. Lelaki itu masih di dalam penjara. Justeru siapa?
"Abang.."
Kayden mencelikkan mata. Dia memanggung kepala. Hidayah tersenyum hambar lantas duduk di hadapannya. Wajahnya tampak pucat. Jelas riak ketakutannya terpampar.
"Sorry kalau Dayah tak mampu nak lindungi kak Tasha"
Ada riak kesal pada wajah itu.
"Takpe. Kau dan Tasha dah selamat. Itu yang penting"
"Dayah ada jenguk akak tadi. Dia masih lena"
Kayden angguk. Pening dia memikirkan kejadian hari ini. Nampaknya, Natasha harus diiringi dengan pengawal ketika hendak keluar ke mana-mana. Kini, bukan nyawanya yang menjadi taruhan. Sebaliknya, nyawa Natasha dan bayi mereka dipertaruhkan.Ya Allah! Kayden meraup wajah.
"Peliklah! Kereta tu macam sasarkan akak sorang"
Kata-kata Hidayah menyentakkan Kayden.
"Maksud Dayah?"
"Masa kami on the way balik, dia asyik serang tempat akak duduk. Nampak macam dia nak cederakan akak"
Omongan tersebut bikin Kayden tak senang duduk.
"Kau nampak orang dalam kereta tu? Kereta apa dia pakai?"
"Cermin kereta dia tinted gelap. Dayah tak nampak langsung muka dia. Kalau tak silap, kereta dia kereta Wira Sedan warna coklat"
Kayden terkelu. Petunjuk itu masih belum cukup untuk mengesan pelaku sebenarnya.
"Mungkin kereta tu kereta curi"
Kayden mengerut dahi. Dia tak faham bicara gadis itu.
"Kalau dorang nak buat jenayah, takkanlah nak guna kereta sendiri kan? Kalau kereta curi, susah nak kesan dalam sistem. Lagipun dorang mesti kenal abang. Yelah, abang kan orang terpengaruh. So kalau menurut Dayah mungkin ni kerja musuh abang"
Masuk akal juga pendapat Hidayah. Tetapi dia masih tak mampu nak fikir pelakunya. Musuhnya terlalu ramai jika dibandingkan dengan teman.
"Apa-apa pun, lepas ni kalau Dayah atau kak Tasha keluar, abang akan suruh Emir atau Eric temankan"
Hidayah ternganga. Takkan sampai ke tahap itu?
"Tapi bang..."
Jelingan tajam Kayden mematikan bicara Hidayah. Tahulah dia bahwasanya dia tak boleh nak membantah atau membangkang!
"KAU dah makan ubat?"
Melihat anggukan daripada Marisa, bibir itu tersenyum manis. Syukurlah, walaupun Marisa tak mahu bercakap dengannya, memberi respon saja sudah mencukupi.
Tadi bangun saja dari lenanya, dia tak nampak kelibat Kayden. Orang pertama yang ada dalam fikirannya adalah Marisa. Bimbang benar dia jika Marisa belum makan.
"Aku takutlah Mar!" rintih Natasha. Tanpa sedar, dia mula membuka cerita kepada gadis itu.
"Tadi ada orang serang aku dan Dayah. Badan aku menggigil. Aku tak boleh bayangkan kalau ada apa-apa jadi pada aku"
Cerita Natasha menyentakkan Marisa. Wajah keruh itu ditatap. Jelas ketakutannya terpancar di situ.
"Aku tak tahu aku boleh bertahan sampai bila. Tapi aku harap dengan masa yang masih ada ni, kita berdua boleh perbaiki hubungan kita" adu Natasha sambil menahan sebak. Bergetar suaranya tatkala mengucapkan itu.
Marisa tersentak. Melihat Natasha yang sudah lencun dengan air mata, hatinya sebak. Perlahan-lahan, tangannya naik mengesat air mata itu.
Natasha kaget. Perlakuan Marisa di luar jangkaannya. Dia pandang wajah itu yang sedang menggeleng kepala. Marisa turut menangis.
"Jangan tinggalkan aku"
Kata-kata Marisa bikin dia terpempan. Tak mampu menahan sebak, kedua mereka saling berpelukan.
Share this novel