Bab 15

Romance Series 15713

"LEWAT balik? Ingatkan dah tak tahu jalan balik rumah," kata Tengku Ayie sambil kakinya menuruni tangga satu per satu. Niatnya ingin ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Namun ketika dia hendak turun ke bawah, telinganya terdengar ada orang yang membuka pintu rumah.

Airaa yang membuka pintu rumah itu sedikit terkejut saat terpandang wajah dingin Tengku Ayie. Lelaki itu sedang berdiri di anak tangga yang terakhir. Dia memberi salam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Kenapa lewat balik?" Dengan malas Tengku Ayie bertanya sambil matanya masih memerhati Airaa yang berdiri di depan pintu. Dia tidak ada mood untuk bertanya dengan baik sekarang ini.

Airaa seakan teringat dengan kata-kata lelaki itu sewaktu dia menelefon untuk meminta izin keluar.

'Keluarlah, tak ada siapa pun kesah.'

Ayat tersebut betul-betul masuk ke dalam hatinya. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan kata-kata itu. Mahu saja dia menangis tetapi rasa tak elok pula bila dia menangis dihadapan adik iparnya, Tengku Arin.

"Bukan ke awak ada kata yang tak ada siapa pun kesah kalau saya keluar." Airaa terus mengemam bibirnya. Aduh, boleh pula terlepas cakap. Dia tidak menyangka ayat itu bakal keluar daripada mulutnya. Dia menyalahkan diri sendiri.

Bukan saja Airaa tapi Tengku Ayie juga tidak menyangka isterinya akan berkata seperti itu. Tiba-tiba dia tergelak sinis sambil bertepuk tangan.

"Wow, dah pandai eh lawan cakap suami. Derhaka dekat suami. Dahlah lewat balik. Keluar jam berapa, balik rumah tengah malam. Lepas tu, awak tak reti ke nak tutup aurat? Dosa awak bukan mama dan papa yang tanggung tapi saya yang tanggung. Ingat diri tu sikit. You are not single but married. I'm your husband! Tolong jaga sikit maruah saya kalau awak dah tak reti nak jaga maruah awak.

Saya tak kesah kalau awak nak keluar sampai tahun depan pun tapi saya kesah dengan apa tanggapan mummy dengan daddy pada saya bila nampak awak balik lambat macam ni? Dia orang akan salahkan saya. Dia orang cakap yang saya ni tak reti nak ajar isteri sendiri.

Kalau dah kahwin pun perangai awak masih macam ni, saya tak tahulah macam mana perangai awak sebelum kahwin. Mungkin lebih teruk daripada ini," bebel Tengku Ayie dengan geram bila melihat isterinya itu hanya menunduk memandang lantai.

Dia menunggu gadis itu bersuara. Heh, tadi bukan main lagi menjawab bila ditanya. Sekarang diam pula.

Airaa yang memandang lantai itu hanya menahan tangisannya daripada pecah. Nampaknya suaminya tidak percaya yang dia keluar dengan Tengku Arin.

'Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini agar tidak melawan atau meninggikan suara kepada suamiku. Hapuskanlah rasa bencinya kepada kaum wanita dan tukarkanlah ia kepada rasa menghargai setiap wanita, ya Allah.' Airaa berdoa di dalam hati. Dia memejamkan matanya. Perit untuk dia hadam semua tuduhan daripada suaminya sendiri.

"Kenapa diam? Dah tak ada mulut ke nak cakap. Mana adik? Tadi call kata adik ajak keluar. Mana dia? Batang hidung dia pun tak nampak. Ops, lupa pula yang orang tu mestilah tak nak kena ganggu. Dia kan jumpa buah hati dia. Dah puas jumpa ke atau awak perlukan masa lagi dengan dia? Tak apa, saya bagi kebebasan dekat awak. Take your time." Tambah lelaki itu lagi apabila melihat Airaa mendiamkan diri.

"Awak! Sampai hati awak kata macam tu dekat saya. Hina sangat ke saya ni dekat mata awak, ah? Jangan disebabkan perempuan lain, saya yang tanggung semua ni. Tak terdetik pun dalam hati saya nak curang belakang awak," ujar Airaa dengan sedikit kuat.

Sampai macam tu sekali Tengku Ayie berfikir tentang dirinya. Dia juga ada alasan kenapa dia balik lewat ke rumah. Tapi kenapa lelaki itu tidak sedikit pun mahu mendengar penjelasannya? Marah sangatkah Tengku Ayie dengan dia? Tolonglah bagi sedikit ruang untuk dia bercakap.

Dengan air mata yang mengalir laju, dia terus melangkah menaiki tangga. Dia mengesat air mata sebelum bilik Tengku Arin dituju. Dia tidak rasa sekarang dia harus tidur di dalam bilik suaminya. Biarlah sementara waktu ini dia tidur di bilik adik iparnya.

Airaa yang melintasi dirinya itu dihiraukan. Tengku Ayie meraup rambutnya ke belakang dengan berkali-kali. Dia tahu yang soalannya tadi agak keterlaluan. Tapi... argh, dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia risau kalau terjadi sesuatu kepada gadis itu.

*********

"UMI kemas baju ni nak pergi mana? Tak bagitahu pun Akmal. Sampai hati umi, kan," kata Akmal sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Zahirah yang memasukkan baju ke dalam beg itu diperhati dari tadi.

"Akmal nak ikut umi tak?"

"Umi nak pergi mana? Nak ikut nak ikut. Akmal bosanlah, tak ada kawan nak ajak main," balas Akmal yang tunduk memandang jari yang bermain satu sama lain.

"Umi nak pergi rumah aunty Zah. Rasanya dah lama kita tak pergi ke sana." Zahirah mengusap-usap lengan Akmal. Dia tahu yang anaknya itu bosan duduk di kampung. Dia tidak mahu Akmal dibiasakan dengan bermain telefon.

"Yeah! Bolehlah jumpa dengan Cik Su. Nak main dengan dia. Nak makan dengan dia. Dan boleh jalan-jalan dengan dia kan, Umi?"

"Eh, sukanya dia. Boleh tapi nanti jangan susahkan Cik Su. Nanti Abang Ayie marah sebab Akmal ganggu Cik Su. Umi tak nak tolong Akmal nanti."

"Kenapa Abang Ayie nak marah kalau Akmal ganggu Cik Su, Umi? Kan Akmal masih kecil lagi. Janganlah marah Akmal. Akmal kalau nangis tak boleh berhenti tau."

Zahirah yang menyuruh Akmal agar memanggil Tengku Ayie 'Abang' disebabkan Airaa merupakan sepupu Akmal.

Tergelak Zahirah tatkala mendengar percakapan anaknya itu. Akmal boleh dikatakan budak-budak yang petah berkata-kata walaupun baru berusia lima tahun.

"Sebab Cik Su tu, Abang Ayie yang punya. Akmal dah tak boleh nak manja-manja dengan dia. Faham tak?" Zahirah berharap anaknya itu faham dengan keadaan Airaa yang sudah mempunyai suami. Boleh dikatakan Akmal sangat rapat dengan Airaa berbanding dengan Airil.

"Habis tu Akmal nak manja-manja dengan siapa? Dahlah Akmal tak ada ayah. Tak ada adik, kakak dengan abang," ujar Akmal dengan nada yang sedih. Air mata ditahan.

"Apa cakap macam tu? Umi kan ada. Tak sayang dekat Umi ke?" Zahirah mengusap-usap rambut hitam pekat milik anaknya itu. Warna rambut itu betul-betul mengikut warna rambut suaminya.

"Akmal sayang Umi lah. Tapikan umi, ayah ada dekat mana? Dah lama tak nampak? Ayah tak sayang kita ke?"

"Jangan cakap macam tu sayang. Ayah sayang kita sebab tu dia tak ada dengan kita. Dia cari duit lepas tu kirim dekat kita. Akmal pergi sekolah tu guna duit ayah lah. Dah jangan sedih-sedih. Umi kan ada. Tak hensem dah anak umi ni." Zahirah terpaksa menipu agar Akmal tidak bertanyakan lagi soalan kepadanya. Dia pasti satu hari nanti semua akan rahsia akan terbongkar.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience