Bab 8

Romance Series 15713

"AIRAA, pengantin lelaki dah sampai," kata Amira dengan teruja setee masuk ke dalam bilik pengantin bersama Zahirah iaitu Maksu kepada Airaa.

"Betul ke, Maksu?" tanya Airaa kepada Zahirah. Apabila melihat anggukan tersebut, jantung Airaa terus berdetak dengan laju.

"Jadi, apa Airaa nak kena buat sekarang ni?" Tambahnya lagi bila mendengar suasana di ruang tamu yang bising. Bunyi gelak tawa para lelaki.

"Nak buat apa lagi, keluarlah. Dah jom keluar, dia orang dah tunggu tu." Dengan pantas Amira menarik tangan Airaa.

"Sekejaplah. Maksu, okey tak tudung dengan muka Airaa ni?" Airaa memusingkan badannya untuk menghadap Zahirah.

"Dah okey dah. Jomlah kita keluar."

Airaa hanya mengangguk. Tangan dibawa ke dada. Dapat dia rasa degupan jantungnya yang laju. Rasa nak pengsan je.

'Huh, gementar,' bisiknya dalam hati.

Mereka pun keluar dari bilik pengantin dan menuju ke ruang tamu. Ramai tetamu yang mengeluarkan telefon masing-masing untuk menangkap gambar pengantin perempuan.

Airaa dapat merasakan wajahnya menjadi merah dan membahang. Tak pernah-pernah orang tangkap gambar dia. Selalu juga orang tangkap gambar dia tapi tak seramai orang yang hadir dekat majlis itu.

Malu?

Ya, kini perasaan itu mula bersarang di hatinya. Ditambah lagi dengan Tengku Ayie yang juga menoleh ke arahnya. Argh, malunya. Macam nak masuk bilik je, lepas tu sorok muka bawah bantal.

Lain pula dengan pengantin lelaki, Tengku Ayie. Bila dia memandang Airaa, pandangan mereka bersatu. Jantung berdegup kencang melihat Airaa yang bertudung.

'Asal jantung aku ni berdegup kencang pula? Wahai jantung, janganlah kau buat hal dekat sini,' monolognya dalam hati.

'Tak, Ayie. Kau jangan sesekali buka hati kau untuk dia, okey? Dia yang buat daddy kau hilang kepercayaan dekat kau. Dan sebab perempuan juga hati hancur, Ayie.' Ada satu suara yang membisik pada telinga kirinya. Suara yang seakan-akan menghasut dia untuk tidak membuka hati kepada bakal isteri.

'Tak boleh juga kalau macam tu, Ayie. Kau mesti buka hati untuk dia. Kau pun ada perasaan dan ada nafsu. Kau lelaki. Kau takkan boleh tahan punya. Lagipun, sekejap lagi dia akan jadi isteri kau yang sah.' Kini telinga kanannya pula yang mendengar bisikan itu. Suara yang memberikan dia perintah dan amaran.

Argh! Dia buntu sekarang ni. Kenapa bisikan itu seolah-olah mengawal dirinya? Otaknya tidak dapat mentafsir suara itu dari mana. Bisikan itu membuatkan kepalanya sakit.

"Kau okey tak ni? Sampai berpeluh satu badan," bisik Tengku Iskandar kepadanya. Dia mengelap peluh di wajah Tengku Ayie. Entah apa yang difikirkan oleh sepupunya itu sampai berpeluh satu badan.

Tengku Ayie tersedar lalu mengangguk tanda okey.

"Nervous sikit je."

"Okey, sekarang ni semua dah ada?" tanya Tok Kadi dengan kuat. Huh, satu rumah boleh dengar.

"Semua dah ada, Tok," jawab Tengku Mustafa yang duduk di sebelah Tengku Ayie. Tangannya menepuk belakang badan seraya melemparkan senyuman lebar kepada Tengku Ayie.

Encik Aizhar berjabat tangan dengan Tengku Ayie seperti yang dipinta oleh Tok Kadi.

"Tengku Ayie Idlan Bin Tengku Mustafa."

"Ya, saya," sahut Tengku Ayie. Dia menelan air liru dengan perlahan. Mata memandang ke arah bakal bapa mentuanya.

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Siti Airaa Syazah Binti Muhammad Aizhar dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 ringgit tunai."

**********

LAFAZ ijab sudah dilafazkan dan kini tinggal lafaz kabul yang dinanti daripada pengantin lelaki. Tengku Ayie menghembuskan nafas perlahan sebelum melafazkannya.

"Aku terima nikahnya Siti Airaa Syazah Binti Muhammad Aizhar dengan mas kahwinnya RM 300 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah."

Dengan sekali lafaz sahaja, Airaa menjadi isteri kepada Tengku Ayie yang sah. Alhamdulillah, akhirnya akad nikah tersebut berjalan dengan lancar.

Airaa memandang Puan Zahra sebelum tubuh itu dipeluk dan dicium. Sedih. Dia pasti dia akan berjauhan dengan mama dan papanya nanti. Sudah tiada tempat untuk dia bermanja nanti. Air mata mengalir di pipinya.

"Airaa dah jadi isteri orang. Lepas ni, Airaa kena ikut cakap suami, ya. Tak boleh lawan. Nanti boleh jadi derhaka dan berdosa. Ingat pesan mama ni. Ada masalah bawa berbincang, jangan lari, ya nak," pesan Puan Zahra. Bahu anaknya itu diusap-usap. Tepi kepala Airaa dicium dengan lama. Sayu hatinya melihat anaknya yang sudah bergelar isteri orang itu.

Airaa mengangguk sebelum beralih kepada Tengku Zainab. Disalam serta dicium tangan tua tu.

"Alhamdulillah, Airaa dah jadi menantu mummy. Terima kasih. Mummy harap rumah tangga Airaa dengan Along akan sampai syurga. Ingat masalah takkan selesai kalau tak berbincang antara satu sama lain. Kalau ada apa-apa, boleh bagitahu mummy." Tengku Zainab juga memberikan pesanan kepada anak menantunya itu. Berharap agar Airaa dapat mengubah sikap Tengku Ayie.

Sekali lagi Airaa mengangguk.

Selesai melakukan solat sunat nikah, Tengku Ayie menghampiri Airaa untuk menyarungkan cincin serta pembatalan air sembahyang. Dia duduk berlutut menghadap Airaa. Cincin yang diberikan oleh Tengku Zainab diambil sebelum diperhatikan bentuk cincin tersebut. Cincin yang bertakhtakan berlian di atasnya. Tengku Ayie menyarungkannya ke jari manis gadis itu dengan perlahan. Dia hanya diam tatkala melihat tangan Airaa mula menggeletar.

Airaa menyalam tangan Tengku Ayie lalu dicium. Satu perasaan yang sukar untuk dia ungkapkan dan perasaan yang tidak pernah hadir dalam hatinya sebelum ini. Tak pernah sekali dia mencium tangan lelaki yang bukan mahram baginya. Dan itu pertama kalinya.

Dia terkaku bila dahinya terasa disentuh. Mata dipejam sambil menikmati saat-saat tersebut. Mungkin kali ini saja dia dapat ciuman tersebut.

Kilauan cahaya daripada telefon pintar dan juga kamera menyebabkan masa seolah-olah bergerak dengan lambat. Ciuman di dahi itu terlerai tatkala seseorang bersuara.

"Kalau kamu tunggu cahaya kamera tu padam, sampai esoklah kamu berdua macam tu," usik Tengku Mustafa sambil diiringi dengan ketawa. Begitu juga dengan yang lain. Masing-masing terhibur.

Bila melihat pengantin yang sudah tersipu malu, mereka mula bergerak meninggalkan ruang tamu untuk makan makanan yang sudah disediakan.

"Awak jangan risau. Saya takkan layan awak sama macam lelaki layan isteri dia dalam novel kahwin paksa. Saya akan layan awak lain daripada yang lain. Malah layanan saya bertaraf lima bintang," bisik Tengku Ayie sambil tersenyum sinis.

'Awak belum kenal siapa saya, Airaa Syazah. I do what I say.' kata lelaki itu dalam hati.

Air liur ditelan secara terpaksa. Terkaku Airaa bila mendengar bisikkan tersebut. Dirinya terasa seperti menanti hukuman mati.

'Alamak, ini warning ke apa?' desis hati Airaa.

Senyuman manis cuba dilontarkan kepada lelaki itu. Tapi sia-sia sahaja bila dia mendapat jelingan maut daripada Tengku Ayie. Disabarkan hati untuk mendiamkan diri saja. Memang prinsip seorang Airaa Syazah, diamkan diri dan tak banyak cakap.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience