Bab 42

Romance Series 15713

"AWAK, ramai tak orang datang?" tanya Airaa sambil membetulkan tudungnya. Sesekali matanya memandang Tengku Ayie yang berada di belakang melalui pantulan cermin. Lelaki itu duduk di birai katil.

"Dengar bunyi macam ramai je. Kenapa?" Tengku Ayie berdiri lalu menghadap ke arah cermin. Rambut dirapikan agar kelihatan kemas.

"Saya takutlah."

Tengku Ayie tergelak kecil.

"Awak nak takut apa? Bukannya dia orang zombie, nak makan orang pun. So, tenang, saya ada," balas Tengku Ayie dengan senyuman nakal. Wajah Airaa dipandang sebelum satu kenyitan mata diberikan.

Airaa memutarkan bebola mata ke atas. Orang tengah takut, dia boleh kata tenang je. Sekurang-kurangnya, bagilah kata-kata semangat ke. Ini tak. Ingat kenyitan mata tu boleh buat dia tenang ke? Buat dia takut bolehlah.

"Dah, jom. Nanti kita pergi luar," ajak Tengku Ayie. Tangan disua kepada isterinya.

Airaa bangun daripada duduknya sebelum menghadap Tengku Ayie yang segak mengenakan baju Melayu.

"Tak nak." Dia berjalan menuju ke arah pintu seraya tangan memeluk tubuh. Senyuman lebar terlukis di bibir bila dapat mengenakan lelaki itu.

Tengku Ayie tersenyum sinis melihat tangannya yang tidak dipedulikan Airaa. Kepala diangguk beberapa kali dengan perlahan.

"Jual mahal. I like it."

Dia pantas mengejar Airaa yang berada di luar bilik mereka. Matanya memandang ke ruang tamu. Ramai tetamu yang sudah memenuhi kawasan itu.

"Awak nak pergi ruang tamu atau dapur dulu?" tanya Airaa.

"Saya ingat nak pergi ruang tamulah. Nak tolong apa yang patut. Awak?"

Airaa memandang ruang tamu. Ruang tamu sudah dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Manakala dapur hanya dipenuhi dengan saudara-mara Tengku Mustafa.

"Saya nak pergi dapur. Lagipun ruang tamu tu ramailah."

Tengku Ayie hanya mengangguk. Dia mula bergerak menuju ke ruang tamu.

Airaa pula menuju ke dapur. Dia naik segan bila dipandang oleh beberapa tetamu yang hadir. Mata mereka tetap memandang dirinya yang masih berdiri.

"Airaa, mari sini. Mummy nak kenalkan Airaa dengan mak saudara Along," panggil Tengku Zainab untuk duduk di sampingnya.

Airaa tersenyum melihat tiga orang wanita yang berada di hadapan Tengku Zainab. Dia duduk bersimpuh di sebelah mak mentuanya.

"Ni ke menantu Kak Nab? Cantik orang. Untunglah Kak Nab dapat menantu macam ni," puji seorang wanita kepada Tengku Zainab. Senyuman lebar terlukis di bibir milik wanita itu. Wajahnya ada iras-iras seperti Tengku Mustafa.

"Tengoklah, siapa mak mentuanya?" gurau Tengku Zainab disambut dengan ketawa mereka bertiga.

"Airaa, ni Mak Ngah dengan Mak Lang. Yang tu pula anak Mak Ngah, Syikin." Tengku Zainab memperkenalkan wanita-wanita yang berada di hadapannya.

Airaa terus menyalam dua wanita itu dan sempat juga dia bertanya khabar. Namun apabila tangannya dihulur pada seorang gadis yang bernama Syikin, gadis itu memandang sepi tangannya. Gadis itu nampak tidak berminat untuk bersalaman dengan dirinya.

Tengku Masriani yang perasan tentang itu, laju saja mencubit lengan anaknya. Geram dengan sikap sombong anaknya itu pada orang lain. Sudah banyak kali dia berpesan untuk tidak sombong dengan orang lain tapi anaknya itu tetap degil. Entah di mana silapnya dalam mengajar anaknya yang satu itu.

"Airaa, umur dah berapa?" tanya Tengku Masriani, sekadar untuk menghilangkan rasa janggal di antara mereka. Dipandang wajah Airaa yang menunduk.

"Umur Airaa 25 tahun, Mak Ngah," jawab Airaa. Dia mencuba untuk menyelesakan diri dengan keadaan itu. Melihat renungan tajam daripada Syikin, membuatkan dirinya menjadi tidak selesa. Entah apa masalah gadisnya itu kepada dirinya.

"Oh, samalah dengan Syikin. Untung Airaa, muda-muda dah kahwin. Bukan macam anak Mak Ngah ni, tak ada satu pun lelaki yang datang merisik. Jangankan merisik, berkawan pun tak nak," ujar Tengku Masriani. Sempat lagi dia mengerling ke arah anaknya.

Airaa mengerutkan dahi tanda tidak percaya kata-kata yang keluar dari mulut Nurani. Mustahil tidak ada yang berkenan dengan Syikin. Gadis itu boleh dikatakan cantik tapi sayangnya masih belum menutup aurat. Tipulah kalau ramai lelaki yang tidak tertarik dengan Syikin. Namun dia berfikir, mungkin gadis itu yang tidak mahu berumah tangga lagi memandangkan umur mereka masih muda.

"Syikin, tolong hantarkan botol susu ni dekat kakak kamu. Adam nak menyusu tu." Tengku Masriani menghulurkan botol susu berwarna biru kepada Syikin.

"Malaslah Mak. Mak hantarlah sendiri. Tak pun suruh akak ambil. Anak dia kan yang nak menyusu tu," dalih Syikin seraya melihat jari-jemarinya.

"Kamu ni kan. Mak suruh hantar je, bukannya suruh kau minum. Mak sakit kaki ni kalau tak dah lama mak hantar," bebel Tengku Masriani kepada anak bongsunya. Dia tak tahulah apa nak jadi dengan Syikin ni. Dekat rumah mereka, asyik dia je yang buat kerja. Syikin? Gadis itu dari pagi sampai ke petang terperap dalam bilik saja. Kalau dah lapar, barulah nampak muka dia.

Syikin memutar bebola matanya. Sakit telinga bila mendengar maknya membebel. Dia sebenarnya rajin, cumanya jangan disuruhlah. Itu yang dia malas tu.

"Apa kata mak suruh Airaa yang hantarkan. Nampak macam dia berminat je sebab dari tadi dia tengok mak. Mak suruhlah dia." Kening diangkat. Wajah Airaa yang terpinga-pinga dipandang. Dia perasan mata Airaa asyik memandang dirinya. Terpegunlah tu tengok dia.

"Kamu ni kan..."

"Biar Airaa tolong Mak Ngah. Airaa pun nak berkenalan juga dengan anak-anak Mak Ngah." Airaa menawarkan dirinya untuk membantu. Bukan apa, nak juga dia berkenalan dengan sepupu-sepupu Tengku Ayie.

"Hah, tu mak. Kan Syikin dah kata yang Airaa nak. Mak pergilah bagi. Orang nak tolong kita takkan kita tolak pula." Syikin memberi senyuman yang cukup sinis kepada Airaa. Betullah, kalau kita tolak bantuan orang, maksud kita tolak rezeki. Orang dah bantu, ambil jelah. Senang.

Tengku Masriani hanya menggelengkan kepala melihat anaknya itu. Botol diserahkan kepada Airaa.

"Terima kasih tolong Mak Ngah," ucapnya kepada Airaa.

Airaa mengangguk sebelum menuju ke bilik tetamu. Tengku Arin ada memaklumkan kepada dirinya semalam. Sekiranya ada tetamu yang datang, bilik bersebelahan dengan bilik Tengku Mariam akan gunakan. Senang cerita, bilik itu ialah bilik tetamu.

Airaa masuk ke dalam bilik tersebut setelah mengetuk pintu. Dia melihat seorang wanita duduk di atas katil sambil mendukung seorang bayi lelaki.

Wanita itu mengalihkan pandangannya ke pintu. Tersedar bila pintu tersebut mengeluarkan bunyi.

"Eh, susu Adam dah sampailah," kata wanita itu. Bibirnya melakar satu senyuman.

Airaa masuk lalu memberikan botol susu berwarna biru kepada wanita itu. Wajah wanita itu mirip dengan Tengku Masriani. Mungkin inilah kakak kepada Syikin.

"Ini mesti Airaa, isteri Ayie, kan. Nama akak Syakila. Panggil akak Kila je." Syakila memperkenalkan dirinya.

"Ini anak akak ke?"

"Ya, nama dia Adam. Dah satu tahun umur dia."

Airaa memegang tangan Adam yang lembut itu. Dia ketawa bila Adam menayangkan lesung pipitnya di sebelah kanan. Bayi itu menolak untuk tidak menyusu.

"Dia tak nak menyusulah. Tadi bukan main lagi dia nangis nak susu. Ni mesti nak jalan-jalan. Nakal betul, eh," usik Syakila sebelum matanya memandang Airaa. Gadis itu bermain dengan Adam.

"Airaa nak dukung Adam?"

"Boleh ke akak? Nanti Adam nangis macam mana?" Ragu-garu Airaa ingin mengambil Adam. Baginya, mungkin bayi itu tidak selesa dengan orang lain.

"Tak apa. Cuba je, mana tahu tahun depan Airaa dapat dukung anak sendiri." Botol susu diletakkan di meja sebelah katil. Adam diangkat perlahan-lahan sebelum diberikan kepada Airaa.

Dengan bismillah, Airaa mengambil Adam dengan penuh berhati-hati. Dia berdiri. Belakang badan Adam ditepuk dengan perlahan-lahan. Bayi itu hanya diam. Kedua-dua belah tangannya yang kecil dimasukkan ke dalam mulut. Habis meleleh air liur.

"Kalau Airaa nak tahu, Adam ni sebenarnya tak suka dekat orang lain selain akak, suami akak dengan mak."

"Syikin?" Airaa membawa Adam ke sebuah tingkap. Menghirup udara segar yang masuk ke dalam bilik itu.

"Syikin? Lagilah Adam tak nak. Dahlah pemalas lepas tu mulut dia, ya Allah. Boleh tahan jugalah. Harap Airaa tak jumpa dengan dia hari ni."

'Dah jumpa pun akak,' desis hati Airaa.

Suasana sepi hadir dalam bilik tersebut. Airaa memandang Tengku Ayie yang berbual di bawah sebuah kanopi. Kedudukan tingkap dan kanopi itu membuatkan dia nampak dengan jelas wajah suaminya. Wajah yang selalu bertandang dalam mimpinya.

"Airaa, tolong jagakan Adam sekejap. Akak nak pergi dapur dulu."

"Okey, akak."

Melihat Syakila yang sudah keluar dari bilik itu, dia mencium pipi Adam. Bayi itu tergelak.

"Geramlah saya dengan awak ni, Adam," kata Airaa.

Matanya memandang semula kanopi. Suaminya sudah tidak ada di situ. Ke mana sajalah Tengku Ayie pergi? Matanya tetap mencari figura suaminya.

"Cari siapa?

"Syuhhh, saya tengah cari..." Airaa yang menunduk segera menegakkan badannya. Suara itu dia kenal. Badan dipusingkan ke belakang.

"Cari saya ke?" tanya Tengku Ayie. Kening dijongketkan.

"Tak adalah. Mana ada saya cari awak."

Tengku Ayie memicingkan matanya. Bukan dia tak nampak Airaa yang melihatnya tadi.

"Yalah tu. Eh, Adam pun ada lah." Tengku Ayie memanggil Adam dengan meleret. Tangan disua kepada Adam.

"Dia tak nak dekat awaklah," ujar Airaa apabila Adam memeluk lehernya. Tidak mahu diambil oleh Tengku Ayie.

Tengku Ayie hanya tersenyum melihat Airaa yang melayan Adam. Nampak sifat keibuan dalam diri gadis itu.

"Nak pergi pantai tak?

"Nak-nak. Bila? Sekarang ke?" tanya Airaa dengan teruja.

"Petang nantilah. Majlis pun belum habis lagi. Jom kita pergi dapur, bawa Adam sekali," ajak Tengku Ayie. Tangan Airaa ditarik menuju ke pintu.

"Nak buat apa pergi dapur?" Airaa menghentikan langkahnya.

"Nak buat apalagi, nak makanlah, sayang. Dah, jom." Tangan isterinya dicapai semula sebelum mereka menuju ke dapur. Sekali lihat, mereka seperti sebuah keluarga kecil.

**********

PANDANGAN dihalakan ke laut yang sedikit berombak. Angin petang yang menampar pipinya dan menyedar dirinya daripada mengelamun.

"Buat apa tu?" tanya Tengku Ayie seraya duduk bersebelahan dengan Airaa. Mereka duduk di atas pasir.

"Tak ada. Saja tengok matahari terbenam."

Tengku Ayie hanya mengangguk.

"Nak tahu tak apa yang saya bisik dekat mummy hari tu? Masa akad nikah Abang Airil," kata Tengku Ayie seraya memandang Airaa.

"Apa dia?" Tumpuan diberikan kepada Tengku Ayie.

"Saya kata dekat mummy yang saya dah jatuh cinta dekat seorang gadis. Gadis tu cantik sangat. Yang paling saya suka dekat gadis tu ialah hati dia. Kesabaran dalam hati dia tu buat saya rasa tertarik. Kalau boleh saya nak tatap mata dia 24 jam je. Hati saya ni..." Tidak sempat Tengku Ayie meneruskan ceritanya, Airaa sudah berdiri.

"Awak layanlah cerita awak tu sampai esok. Jangan ganggu masa saya untuk tenangkan fikiran." Airaa berjalan menuju ke pesisir pantai. Dia mengingatkan diri agar tidak menangis. Apa motif Tengku Ayie berkata seperti itu? Dalam lubuk hatinya berharap bahawa dia lah gadis yang diceritakan oleh lelaki itu.

Tengku Ayie segera mengejar langkah Airaa. Janganlah bagi rancangan dia gagal. Hari tersebut sudah tepat untuk rancangannya.

"Kejap. Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni." Tengku Ayie berdiri di hadapan isterinya.

"Nak cakap apa lagi?" dengus gadis itu sambil memeluk tubuh.

"Bagi saya cakap sikit je lagi."

"Hati saya yang penuh dengan ego ni mula runtuh disebabkan gadis tu. Tapi tulah, saya tak pernah nampak semua tu sampailah dia menjauh daripada saya." Sambung Tengku Ayie lagi apabila melihat Airaa mendiamkan diri.

"Lepas tu, mummy pukul lengan saya. Dia kata saya tak boleh jatuh cinta dengan gadis lain selain menantu dia."

Airaa yang mendiamkan diri semakin tertarik dengan cerita lelaki itu disebabkan dia ada terselit dalam cerita tersebut.

"Lepas tu, saya pegang tangan mummy macam ni."

Tengku Ayie memegang kedua-dua belah tangan Airaa. Dia menggenggam dengan erat. Cincin di jari manis itu diusap perlahan.

"Saya kata..."

"Awak kata apa?" Airaa semakin tidak sabar ingin mendengar ayat yang keluar dari mulut Tengku Ayie.

"Saya kata yang saya dah jatuh cinta dekat seorang gadis yang bernama Siti Airaa Syazah Binti Muhammad Aizhar," lafaz Tengku Ayie dengan lancar seperti saat mereka akad nikah dulu. Nama penuh yang meniti di bibir miliknya.

Wajah terkejut Airaa membuat Tengku Ayie tergelak perlahan. Dia mengangguk kepala.

"Yes, that's you. The one and only my wife."

Airaa tidak tahu mahu berbuat apa. Dunia seakan berhenti ketika lelaki itu berkata. Lelaki yang dia suka, menyukai dirinya. Lelaki yang dia sayang, menyayangi dirinya. Dan lelaki yang dia cintai, mencintai dirinya. Lelaki yang penuh dengan sikap ego, benci, dan panas baran itu tunduk disebabkan cinta?

"Saya tak mampu nak tolak perasaan tu bila dia hadir. Perasaan tu hadir sejak kita tak duduk serumah. Di mana saya tak sengaja marah awak. Masa tu, hati saya sakit sangat. Sakit dengan perbuatan saya sendiri. Kalau boleh, saya tak nak benda tu berlaku lagi. Saya minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk balas cinta awak."

Tangan Airaa digenggam kuat bagi menyalurkan rasa cintanya kepada gadis itu. Gadis itu memandang wajah atau lebih tepat matanya. Kata orang, mata adalah jendela hati. Apa yang berlaku di hati pastinya akan terlihat di mata.

Tengku Ayie menarik nafas berat. Perlahan-lahan tangan gadis itu dibawa ke mulutnya sebelum dicium dengan lama. Untuk menggambarkan kata-katanya itu tadi bukan kosong tetapi penuh dengan cinta.

"Betul, awak cintakan saya? Awak tak main-mainkan?" Airaa memandang suaminya yang sedang menunduk. Dia membalas genggaman itu.

"Hari ni bukan April Fool, sayang. Saya tak pernah mainkan perasaan seorang gadis. Saya ikhlas cintakan awak. Awak nak saya buat apa supaya awak percayakannya?"

Airaa menggelengkan kepala. Cukup dengan kata-kata 'saya ikhlas cintakan awak' daripada lelaki itu yang membuatkan dia percaya. Selain perbuatan, kata-kata juga sangat penting. Tiga perkataan sudah cukup untuk menyatakan perasaan.

'Saya cintakan awak.'

Tubuh suaminya terus dipeluk dengan erat. Tidak mahu berpisah lagi. Setelah lama menahan kecewa, akhirnya datang juga bahagia. Airaa mengucapkan alhamdulillah dalam hati.

Tengku Ayie tergamam sebentar apabila tubuhnya dipeluk. Dia membalas pelukan itu seraya mengusap bahagian belakang Airaa. Pelukan dilerai setelah melihat Airaa menangis dalam dakapannya.

"Ya Allah, sayang. Kenapa nangis ni?"

Air mata isterinya diusap. Sakit hatinya melihat air mata yang gugur itu. Baginya, gadis seperti Airaa tidak layak untuk menitis air mata. Dia mengucup kedua-dua mata itu. Seakan menghilang rasa kesedihan.

"Dah okey?"

Airaa mengangguk menandakan dia sudah okey. Dia menangis pun disebabkan terharu dengan sikap Tengku Ayie. Sikap yang dia inginkan saat bersama dengan lelaki itu.

"Terima kasih sebab awak dah balas cinta saya. Saya hargainya. Awak suami saya, dunia dan akhirat." Airaa memeluk semula Tengku Ayie. Terasa tenang berada dalam pelukan lelaki itu.

"Awak nak dengar tak satu lagu yang menggambarkan perasaan saya sekarang ni?" Pelukan bertambah erat.

"Apa dia?" Airaa meletakkan dagunya pada dada lelaki itu.

Tengku Ayie berdeham.

Berada dipelukanmu,
Mengajarkanku,
Apa artinya kenyamanan,
Kesempurnaan cinta...

Berdua bersamamu,
Mengajarkanku,
Apa artinya kenyamanan,
Kesempurnaan cinta...

Mereka berjalan di sepanjang pantai tersebut. Lagu yang dinyanyikan oleh Tengku Ayie menusuk ke dalam hati Airaa. Suara Tengku Ayie yang seperti Rizky Febian itu membuatkan lagu tersebut bertambah sedap untuk didengar.

Tanpa mereka sedari, terdapat sepasang mata yang memerhati pergerakan mereka. Tangan digenggam membentuk penumbuk. Api kemarahannya semakin kuat melihat pasangan bahagia itu.

"Tak apa, aku bagi kau orang peluang untuk bahagia dulu. Bila sampai masanya nanti, kau orang takkan lagi bahagia sebab apa? Sebab aku yang akan hancurkan kebahagian tu dengan tangan aku sendiri." Senyuman yang cukup sinis terlakar di bibirnya. Dia beredar dari situ.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience