"NENDA harap bulan depan nenda dapat berita yang perut Airaa ni dah berisi. Bukan apa, nenda nak cicit yang baru. Kalau tak dapat seorang, kembar pun boleh," kata Tengku Mariam sambil ketawa. Tangannya masih berada di perut Airaa. Yang lain turut ketawa.
Tengku Ayie menggaru belakang lehernya. Boleh pula nenda minta yang itu. Cubalah minta nak pergi haji ke, boleh juga. Desis hatinya.
Airaa menahan bibirnya daripada tersenyum. Faham dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Mariam itu. Alahai, nenda ni. Buat lawak pula dia.
"Nab, rasakan bonda. Mungkin berita daripada adik pun ada. Kan, adik?" soal Tengku Zainab kepada Tengku Arin. Bukan dia tak tahu rahsia anak bongsunya itu. Dah pandai berkawan dengan lelaki.
"Berita apa adik?" Tengku Mustafa memandang Tengku Arin. Kening dikerutkan.
"Mana ada berita daddy. Mummy ni, sengaja kenakan adik." Tengku Arin memuncungkan mulutnya. Mummy ni, sikit lagi rahsianya mahu bocor. Orang kata, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Tengku Mustafa menggeleng-gelengkan kepala. Pening kepala dengan perangai ibu dan anak itu.
"Kalau bonda tak sibuk, datanglah rumah kami. Rehatkan diri dekat sana tak pun jalan-jalan. Bawa ayah dengan Saleh sekali," ujar Tengku Mustafa.
Saleh yang terdengar nama disebut laju saja membalas.
"Betul ke ni, Pak Long?"
Melihat anggukan daripada Pak Longnya, Saleh terus menjerit.
"Yes! Mak, Pak Long nak bawa Saleh pergi KL lah. Wah, tak sabarnya."
Tengku Mastura tersenyum melihat anaknya itu. Maklumlah, dah lama tak pergi KL. Asyik duduk dekat kampung je.
Terlukis senyuman sinis di bibir Tengku Ayie.
'Heh, bukan main munafik lagi kau, Saleh. Depan Pak Lang, nama kau Saleh. Bila dekat belakang dia, nama kau Sally.' kutuk Tengku Ayie dalam hati. Dia memasukkan beg bagasi mereka ke dalam bonet kereta. Cuti yang dia pohon selama tiga hari akhirnya habis. Esok dia akan mula berkerja.
Semua keluarga Tengku Mustafa belum pulang ke rumah disebabkan ingin mengucapkan salam perpisahan. Tidak tahu lagi bila mereka akan berjumpa semula.
Airaa memeriksa beg tangannya dengan perlahan-lahan. Takut kalau ada sesuatu yang tertinggal. Susah lagi suaminya mahu mengambil nanti.
Airaa memejamkan mata. Terasa ada sesuatu barang telah tertinggal.
"Awak, saya nak telefon dekat dalam bilik. Saya terlupa nak ambil tadi." Airaa memberitahu suaminya.
"Pergilah ambil tapi jangan lama sangat. Nanti awak tertinggal pula," usik Tengku Ayie. Macam manalah dia nak tinggalkan Airaa dekat sini. Nanti dia juga yang susah sebab menahan rindu dekat isteri sendiri.
Airaa memincingkan matanya. Berani nak tinggalkan dia dekat kampung? Silap hari bulan, lelaki itu yang dimarah oleh abangnya, Airil.
"Saya tahulah."
Airaa bergerak masuk ke dalam rumah seterusnya bilik mereka dituju. Masuk saja, dia terus mencari telefon miliknya. Entah di manalah dia simpan.
"Kau cari ni ke?" soal satu suara dari belakang Airaa. Telefon tersebut diangkat tinggi. Senyuman sinis terbentuk di bibir.
"Syikin? Macam mana telefon saya ada dekat awak? Bukan ke pintu ni berkunci tadi?" tanya Airaa seraya mendekati gadis itu. Pelik, bukankah suaminya mengunci pintu bilik itu?
"Heh, setakat pintu ni, aku boleh bukalah. Apatah lagi, pintu hati Abang Ayie. Senang je tu," balas Syikin. Airaa yang berhenti di hadapannya dipandang.
"Apa maksud awak, Syikin? Saya tak faham."
"Kau faham Airaa tapi kau sengaja buat-buat tak faham. Senang cerita macam ni lah. Aku tak rasa kau orang kahwin sebab cinta."
Airaa mendiamkan diri. Tidak menggeleng mahupun menganggukkan kepala. Dia dengan Tengku Ayie memang tidak boleh bersama ke?
"So, betullah. Kau orang kahwin bukan sebab cinta? Kalau bukan sebab cinta, sebab apa? Tangkap basah?"
"Ke kau yang goda Abang Ayie aku tu?" Tambahnya dengan berbisik di telinga Airaa.
Airaa beristighfar dalam hati. Kalau tidak difikirkan Syikin adalah sepupu kepada suaminya, tentu tangannya sudah sampai ke pipi merah itu. Cakap tak guna otak.
"So, kalau saya yang goda dia pun, tak ada kaitan juga dengan awak . Sekarang ni saya dah jadi isteri dia yang sah."
"Ataupun awak cemburu sebab saya dah dapat dia? Alah, kenapa awak tak goda dia dulu? Kalau tak, mesti awak dah jadi isteri dia. Kesian awak. Harap tak menangislah dekat bucu bilik."
'Hah, ambik kau. Baru puas hati aku,' desis hati Airaa. Melihat wajah Syikin yang bertambah merah itu membuatkan hatinya senang. Jangan main dengan api kalau tak tahan panasnya.
"Kau!" Syikin mengetap bibirnya dengan rapat bagi menahan rasa geram di dalam hati.
"Kau memang perempuan yang tak ada maruah, kan. Kau sanggup gadaikan maruah kau semata-mata untuk lelaki?" balas Syikin dengan tidak puas hati. Memang nak makan penampar aku dah ni.
"Kalau aku perempuan tak ada maruah, kau apa kurangnya. Suka rosakkan rumah tangga sepupu sendiri." Tiada panggilan 'saya awak' bila gadis di hadapannya semakin berani menghina dirinya. Mungkin sebab ini lah tiada seorang pun lelaki yang berkenan dengan perangai gadis itu.
Tidak tahan mendengar kata-kata Airaa, Syikin terus mengangkat tangan dengan tinggi. Mahu menampar isteri sepupunya itu.
Airaa sempat menahan tangan itu daripada sampai ke wajahnya. Gila tak takut. Dia dapat rasakan yang tamparan itu agak kuat.
"Kau jangan berani nak tampar muka aku. Nanti suami aku tak nak pandang muka aku yang lawa ni." Airaa melempar senyuman sinis.
Baru saja Syikin ingin menampar Airaa menggunakan tangan kirinya, suara Tengku Ayie kedengaran.
"Sayang, apa cari telefon lama sangat tu? Tak nak balik ke?" tanya Tengku Ayie sambil mengetuk pintu.
Tangan kanan Syikin dilepaskan. Pintu dipandang. Patutlah suaminya tidak membuka pintu, rupanya pintu itu telah terkunci disebabkan Syikin.
"Ya, sayang dah jumpa telefon. Syikin yang bantu tadi. Kalau tak, mesti saya dah kena tinggal," ucap Airaa seraya membuka pintu. Suaminya dipandang apabila lelaki itu mahu mengetuk pintu.
"Tu lah. Nasib baik barang saya pun ada tertinggal tadi."
"Barang apa tertinggal? Saya tengok tak ada pun."
Tengku Ayie meletakkan tangannya di dada. Mata dipejam rapat seolah-olah menahan sakit.
"Hati saya."
Airaa menjeling Syikin yang berada di belakangnya. Yes, suami kita buat pickupline lah. Eh, sukanya.
"Awak ni. Syikin tengah tengok kita lah. Buat malu je." Airaa memukul lembut dada suaminya.
"Biarlah. Biar dia tahu yang saya ni milik awak," bisik Tengku Ayie. Senyuman lebar diberikan kepada isterinya.
Airaa menekup pipinya yang merah disebabkan suaminya. Lelaki itu pandai membuat dirinya cair. Ni yang bertambah sayang ni.
"Dah, jom kita balik. Saya rindu dekat mama dengan papa. Tak sabar nak jumpa dia orang." Airaa menarik baju Tengku Ayie untuk mengikuti langkahnya.
"Yalah-yalah. Hmmm, Syikin tak nak keluar ke? Kami nak tutup pintu bilik ni." Tengku Ayie berura-ura mahu menutup pintu.
Syikin terus meluru ke pintu mendapatkan abang sepupunya itu.
"Sampai hati abang nak kurung Syikin dekat dalam. Kalau abang nak kurung Syikin sekalipun, pastikan abang ada dekat dalam juga. Barulah Syikin tak takut."
Tengku Ayie menggaru keningnya. Terasa pegangan Airaa pada bajunya semakin kuat. Tidak tahu apa yang mahu dia katakan. Kang salah cakap, ada pula orang yang merajuk.
"Ergh, kami pergi luar dululah. Kesian dia orang tengah tunggu kami." Tengku Ayie berfikir lebih baik dia menyuruh Saleh untuk menguncikan pintu bilik itu.
Tanpa menunggu balasan daripada Syikin, Airaa membawa Tengku Ayie keluar. Dia melepaskan keluhan berat apabila Syikin memanggil suaminya. Itu dia boleh tahan lagi. Tapi yang tak bolehnya bila gadis itu memanggil suaminya dengan panggilan abang.
"Abang!"
Mereka berhenti namun tidak memandang si pemanggil itu.
"Ada tak jawatan kosong dekat tempat kerja abang? Syikin rasa, Syikin nak kerjalah. Ada tak?" soal Syikin dengan senyuman manis walaupun dia tahu sepupunya itu tidak akan menoleh.
"Tak tahulah. Nanti kalau ada jawatan kosong, ab... abang bagitahu Syikin, ya." Tergagap Tengku Ayie saat membahasakan dirinya sebagai abang. Syikin yang berada di belakang hanya dipandang melalui ekor mata.
Airaa meneruskan langkah seraya tangannya menarik baju Tengku Ayie. Hatinya membara disebabkan perkataan abang yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Ya Allah, sayang. Kuatnya awak tarik baju saya." ujar Tengku Ayie sebelum memberhentikan langkahnya. Boleh tahan kuat juga Airaa itu menarik bajunya.
"Jangan cakap dengan saya. Saya merajuk." Airaa memuncungkan mulutnya. Dia bergerak menuju ke Tengku Mariam sebelum menyalam tangan dan memeluk tubuh tua itu.
Tengku Ayie menghembus nafas berat. Sekarang tugasnya ialah memujuk isterinya. Otaknya ligat berfikir bagaimana mahu memujuk gadis itu. Tengku Mariam dihampiri lalu tangan tua itu disalam.
"Jaga cucu nenda tu baik-baik. Nenda sentiasa doakan kebahagiaan cucu-cucu nenda," kata Tengku Mariam.
"Baik, nenda."
Selepas bersalaman dengan saudara-mara, kereta Tengku Ayie dan Tengku Mustafa bergerak keluar dari kawasan rumah tersebut.
**********
"KITA balik rumah mama lah dulu. Lepas tu, baru pergi rumah kita. Boleh tak?"
"Hmmm," balas isterinya. Mata gadis itu tetap memandang hadapan tanpa menoleh sedikit ke arah dirinya.
Haih, takkan merajuk lagi isterinya itu? Aduh, susah betullah nak pujuk perempuan yang merajuk ni. Kalau perempuan merajuk, dia nak apa sebenarnya?
Tidak betah dengan rajuk isterinya, Tengku Ayie memberhentikan kereta. Kereta itu betul-betul berhenti di hadapan sebuah kedai coklat. Dia mengambil telefon dan dompet sebelum keluar dari perut kereta.
Airaa memandang Tengku Ayie yang keluar dari kereta. Lelaki itu memasuki kedai coklat. Tahulah dia yang lelaki itu mahu memujuknya. Dia tersenyum apabila lelaki itu sanggup melayan kerenahnya.
Dilihat Tengku Ayie keluar sambil menjinjit sebuah beg plastik. Kedudukan di dalam kereta diperbetulkan.
Tengku Ayie masuk ke dalam perut kereta. Beg plastik yang dibawah tadi diserahkan kepada Airaa.
Airaa sengaja tidak melihat suaminya. Bukan dia tidak nampak yang beg plastik itu dihulur kepada dirinya. Ditahankan hati daripada mengambil beg plastik itu. Dia masih dalam tempoh merajuk. Tak boleh ambil.
"Tak nak ke? Kalau awak tak nak, biar saya makan sendirilah." Belum sempat Tengku Ayie menyimpan, Airaa sudah merampas beg plastik itu.
"Mana boleh! Tu saya punya. Awak dah bagikan. Mana boleh ambil balik. Tu buruk siku namanya." Airaa merampas beg plastik itu dari tangan suaminya. Dia nak makan coklat dan rajuknya sudah tidak dipedulikan.
"Tadi saya bagi dekat awak, awak tak nak. Jual mahal. Bila saya ambil, awak marahkan saya pula."
Airaa mengendahkan kata-kata daripada suaminya. Yang dia mahu ialah makan. Biarlah lelaki itu berbual sendiri.
Melihat Airaa yang sedang makan coklat itu membuat Tengku Ayie tersenyum. Mungkin gadis itu sudah tidak merajuk lagi. Tidak sia-sia juga dia bertanya kepada Saleh. Maklumlah, Saleh nampak seperti wanita. Jadi, dia berfikir, mungkin sepupunya itu tahu bagaimana mahu memujuk seorang perempuan. Dan lihatlah kesannya daripada cadangan sepupunya itu.
"Sayang dah tak merajuk lagi?" soal Tengku Ayie. Dia suka menyebut perkataan sayang apabila duduk berdua dengan isterinya. Orang kata, panggilan seperti itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
"Merajuk sikit je."
"Merajuk sikit tu pasal apa pula?"
Airaa merenung tajam wajah suaminya. Buat-buat tak tahu pula dia.
"Kenapa Syikin panggil awak abang? Boleh je kan panggil nama. Ni tak, asyik panggil awak abang je," kata Airaa seraya membuka sebungkus coklat lagi. Sakit hati bila mengingatkan tentang gadis itu.
"Lah, itu je?" Tengku Ayie tergelak mendengar kata-kata Airaa. Disebabkan itu saja, isterinya merajuk.
"Awak boleh je panggil saya abang kalau awak nak. Tak ada lah nanti keluarga kita rasa pelik," cadangannya.
"Panggil awak abang? Ish, tak naklah. Buat saya geli je."
Tengku Ayie menggeleng kepala. Itu nak geli ke? Dia bukannya suruh panggil baby ataupun hubby.
"Dengan Airil boleh pula awak panggil dia abang. Dengan saya geli pula."
Airaa mendiamkan diri. Dia sebenarnya belum bersedia untuk memanggil suaminya, abang.
"Saya tak selesa panggil awak dengan panggilan macam tu."
"Saya tak paksa awak. Tapi sampai bila kita nak terus macam ni? Saya pun nak juga macam pasangan lain," tegur Tengku Ayie. Sampai bila mereka akan ber'saya awak'? Takkan sampai mereka dah ada anak nanti.
"Tengoklah macam mana nanti." Airaa memasukkan kembali coklat yang dia mahu makan ke dalam beg plastik. Mood makannya sudah hilang saat topik panggilan suami isteri dibincangkan.
Tengku Ayie melepaskan keluhan dengan perlahan. Dia melihat Airaa yang membelakangi dirinya. Tahulah dia yang isterinya memang tidak suka tentang topik itu.
Suasana di dalam kereta tersebut hanya diselubungi oleh bunyi radio. Masing-masing mendiamkan diri.
TBC
Share this novel