AMIRA berjalan menuju ke meja solek untuk mengambil telefonnya. Telefon dibelek sebelum dia menelefon seseorang. Telefon didekatkan pada telinga kanannya.
"Hello," sapa si pemanggil.
Amira menjauhkan telefon daripada telinga dan memandang skrin telefon.
"Ai, betullah ni nombor telefon Airaa tapi kenapa suara lelaki pula?" soalnya dengan perlahan.
"Assalamualaikum, Airaa?"
"Waalaikumussalam, Airaa tengah tidur. Ni Ayie yang jawab," balas Tengku Ayie yang sedang memandu. Dia yang mengangkat panggilan daripada Amira sebab Airaa masih dengan tidurnya.
"Sorry sebab ganggu. Kau orang dah balik KL ke?" tanya Amira sambil membetulkan kedudukannya di atas katil. Hari ini dia cuti disebabkan Puan Zahra masih berada di kampung.
"Tak apa. Kita orang dalam perjalanan ni. Ada pesanan ke yang boleh saya sampaikan dekat Airaa?"
"Tak ada. Cuma suruh dia call saya nanti. Okey, itu je. Assalamualaikum."
"Okey. Waalaikumussalam."
Sejurus saja panggilan dimatikan, Amira menelefon seseorang lagi. Sekelip mata saja panggilan itu terus dijawab.
"Assalamualaikum, bidadari hatiku. Ada apa call ni? Saya baru je keluar dari mahkamah. Jangan kata awak rindukan saya, Cik Amira," usik Tengku Iskandar dengan menekankan perkataan 'Cik Amira'. Tak sah kalau tak diusik tunangnya itu.
Belum sempat Amira menjawab salam, Tengku Iskandar sudah bertanyakan soalan kepada dirinya.
"Waalaikumussalam, encik Lawyer. Tak payah nak mengada sangatlah. Nak termuntah saya dengar. Saya call awak pun sebab saya bosan, tak tahu nak buat apa. Tapi kalau awak sibuk...," ujar Amira seolah-olah berjauh hati.
"Alolo, merajuk pula dia. Kenapa tak call je kawan rapat yang selalu dengan awak tu?" Tengku Iskandar membuka pintu pejabatnya. Briefcase diletakkan di atas meja sebelum butang kotnya dibuka.
"Dah tapi suami dia yang angkat. Ayie kata Airaa tengah tidur." Amira memuncungkan mulutnya. Tanda dia betul-betul tengah bosan sekarang ni.
"Aik, pelik tu."
"Apa yang peliknya? Awak... jangan fikir bukan-bukan eh."
"Macam mana saya tak terfikir bukan-bukan kalau dah tidur tengah hari ni. Mesti dia orang..." Belum sempat dia berkata, Amira sudah memintas.
"Tengok tu, suka sangat fikir macam tu. Hish, tak sukalah dengan awak ni. Untuk pengetahuan awak, dia orang dalam perjalanan balik KL." Nasib baik dia sempat halang kalau tak memang dah tak suci dah telinga dia.
"Eleh, tak suka konon tapi nak juga kahwin dengan saya. Awak jual mahal lagi, saya cari yang lain biar awak tahu langit tu tinggi ke rendah." Ketawa Tengku Iskandar kedengaran.
"Cubalah cari kalau berani. Saya jamin tak ada yang suka dekat awak sampai tua."
Suasana sepi menyelubungi mereka. Menenangkan hati masing-masing.
"Awak, nanti kita pergi jumpa dia orang boleh tak? Rindulah dekat Airaa. Dah lama tak jumpa. Boleh kan?" pinta Amira dengan meleret.
"Cakap macam tak pernah jumpa setahun. Padahal dah jumpa semalam dekat kampung. Masih rindu juga ke? Kita yang tunang dia pun dia tak rindu."
"Awak! Sudahlah," rengek Amira sambil menekup mukanya yang membahang kerana malu. Siapa je yang tak malu bila diusik?
"Yalah, nanti kita jumpa dia orang. Dahlah saya nak sambung buat kerja ni. Bye. Take care. Love you. Assalamualaikum," ucap Tengku Iskandar namun talian masih belum diputuskan. Dia mahu mendengar balasan daripada Amira.
"Take care too. Bye. Waalaikumussalam."
Talian diputuskan.
Tengku Iskandar berasa hampa.
"Heh dia ni, tak balas pun love aku. Tak apa, awak tunggu lepas kita nikah, eh." Tengku Iskandar tersenyum nakal. Tangan kembali memulakan kerjanya.
**********
AIRAA menggeliat bila tidurnya terganggu. Dia menggesel-geselkan matanya sebelum terbuka. Terkejut dia saat wajah Tengku Ayie menyapa pandangannya. Dapat dia rasakan hembusan nafas suaminya. Badan seakan-akan terkaku. Mana taknya bila bangun saja, dah ada depan mata.
"Dah bangun?" Tengku Ayie bertanya dengan soalan yang pastinya dia sudah tahu. Sudah terang lagi bersuluh.
Airaa hanya mengangguk sebagai balasan. Satu perasaan yang menghalang dirinya daripada bercakap iaitu malu. Malu bercakap dengan suaminya sendiri.
"Kita dah sampai," kata Tengku Ayie sebelum keluar daripada kereta lalu menepuk kepalanya dengan lembut.
'Apa yang kau dah buat ni? Kau tahu tak, kau buat macam tu seolah-olah kau dah mula nak terima dia? Jangan sampai kau termakan dengan kata-kata semalam sudah.'
Airaa yang masih di dalam kereta itu tidak tahu mahu berbuat apa. Dia malu. Malu sangat! Kenapalah sikap suaminya seperti itu? Ni yang bertambah sayang ni.
'Awak ingat kita kahwin sebab cinta ke, hah? Awak ingat saya boleh tidur dengan perempuan yang saya tak sayang, tak cinta? Dalam mimpi mahupun realiti, saya tak akan terima awak.'
Setiap masa, kata-kata itu akan menghantui dirinya. Dia mengeluh perlahan.
"Berhenti berharap, Airaa. Kau kena terima kenyataan yang dia takkan terima kau. Tapi kenapa cara layanan dia macam tak ada apa yang berlaku?" Airaa menyoal kepada dirinya sendiri. Sedikit keliru dengan sikap Tengku Ayie yang selalu berubah-ubah. Kadang serius, kadang macam orang yang tak ada perasaan. Segala kadanglah.
Dia keluar lalu menuju ke arah suaminya yang sedang memunggah bagasi dari bonet kereta milik lelaki itu.
"Kenapa tak kejutkan saya tadi dekat rumah mama? Boleh je saya ambilkan." Airaa memandang suaminya. Nanti dia dikata 'MENYUSAHKAN' oleh suaminya.
"Abang Airil yang tolong ambilkan," bicara Tengku Ayie sebelum masuk ke dalam rumah. Airaa ditinggalkan di belakang.
Sempat juga dia mengingat pesanan daripada Airil sewaktu mengambil baju isterinya tadi. Airil yang sudah pulang terdahulu untuk menghantar kertas kerjanya.
"Aku nak cakap sikit dekat kau ni." Airil melangkah mendekati Tengku Ayie.
"Ada apa abang nak jumpa Ayie ni?" Senyum tetap ada walaupun lelaki di hadapannya pernah naik tangan. Dia memanggil Airil 'abang' sedangkan mereka sebaya iaitu 29 tahun.
"Aku nak pesan sikit dekat kau. Kau tolong jagakan adik aku tu. Dia satu-satunya adik yang aku ada. Aku rasa kau pun tahu macam mana sayangnya aku dekat dia." Sempat lagi matanya mengerling ke arah Airaa yang sedang tidur.
"Insya-Allah. Saya akan jaga Airaa macam mana abang jaga dia. Itu janji saya."
"No. Aku tak nak kau jaga dia macam mana aku jaga dia. Aku nak kau jaga dia lebih daripada aku. Tapi kalau kau dah tak boleh nak jaga dia, tolong lepaskan dia. Jangan buat dia sakit hati. Aku taknak tengok dia sakit. Kau sakitkan dia, maksudnya kau sakitkan hati keluarga aku."
Tengku Ayie hanya mengangguk perlahan.
"Insya-Allah, kalau hati Airaa sakit disebabkan saya, abang tumbuk je muka saya," kata Tengku Ayie. Terselit sedikit gurauan pada kata-kata.
Mereka berdua tergelak. Selepas berjabat tangan, Tengku Ayie meminta izin untuk pergi ke rumah Tengku Mustafa. Kenderaan pacuan empat roda itu bergerak di atas jalan.
"Eh, Along bila sampai? Tak dengar pun bunyi kereta."
Tengku Ayie dan Airaa segera merapati Tengku Zainab. Mereka mengucup tangan wanita yang sudah berumur itu.
"Baru je tadi. Penatlah mummy. Ni daddy dengan adik mana, tak nampak pun?" tanya Tengku Ayie sambil memandang sekeliling ruang tamu. Sunyi saja.
"Daddy dekat pejabatlah, banyak kerja katanya. Adik dah pergi kelas macam biasa. Along naiklah atas dulu. Bawa Airaa sekali."
"Hmmm." Tengku Ayie terus melangkah ke arah biliknya. Meninggalkan Airaa bersama mummynya.
"Airaa naik dulu ya, mummy," pamit Airaa lalu mengikuti langkah suaminya yang sudah menaiki tangga.
Tengku Zainab mengangguk sebelum beredar ke dapur. Dia mahu membuat makanan untuk makan petang nanti.
TBC
Share this novel