AINA berjalan perlahan-lahan apabila dia mahu menuruni tangga. Kandungannya yang masuk lapan bulan itu menyukarkan dia untuk berjalan. Pantas saja masa berlalu, dia sudah tidak sabar mahu melihat anaknya.
"Ya Allah, adik! Kenapa tak panggil abang? Kalau terjatuh tadi, macam mana?" soal Aqief dengan tegas sebelum beg dari tangan Aina diambil. Perut dah besar tapi ada hati nak bawa barang lepas tu turun tangga.
Aina mengemam bibirnya dengan rapat. Dia mengelip-ngelipkan matanya tanda dia mahu menangis. Ish, abang jahat!
Aqief terkejut melihat air mata adiknya yang mengalir itu. Mahu saja dia menampar mulutnya sendiri. Dia lupa yang orang mengandung ni sensitif. Dia membawa adiknya turun lalu mereka duduk di sofa.
Melihat tangisan Aina semakin kuat, Aqief terus memeluk tubuh tersebut. Kepala adiknya disembam pada dadanya. Perut Aina yang sedikit besar menyukarkan dia untuk memeluk sepenuhnya.
"Dahlah, abang minta maaf. Abang tak sengaja cakap dekat adik macam tu. Kesian dekat baby, nanti dia ikut nangis juga," kata Aqief. Pelukan dilepaskan sebelum dia mengesat air mata adiknya.
"Abang jahat! Abang marah adik."
Aina memukul dada milik abangnya. Emosinya menjadi tidak stabil.
Aqief menangkap tangan kecil Aina yang memukul dadanya. Tidak padan dengan kecil, tapak tangan itu memukul dirinya.
"Maaf, abang marah adik tadi. Abang marah sebab abang sayang adik. Dahlah jangan nangis lagi. Kesian dekat baby ni."
Bahu Aina terhinjut-hinjut menahan tangisannya supaya berhenti. Air matanya dikesat sebelum dia menganggukkan kepala.
"Aina pun minta maaf sebab degil, tak dengar cakap abang. Lepas ni Aina takkan buat lagi. Janji," tutur Aina. Tangan kanannya di angkat paras bahu untuk menunjukkan yang dia berjanji.
"Tahu pun degil. Lain kali jangan buat lagi. Nak apa-apa, bagitahu abang je. Abang boleh tolong."
Aqief mengusap rambut adiknya sebelum tangannya turun ke perut Aina. Senyuman nipis dilorekkan.
"Tak lama lagi rumah kita ni akan bising. Abang tak sabar nak tengok anak buah abang yang sulung ni."
"Itulah, Aina pun tak sabar. Mesti bising, kan. Suara baby nangis-nangis. Tak sabarnya!" ujar Aina. Kedua belah tangannya digenggam lalu dirapatkan ke dagu. Dia memandang perutnya.
Dia sudah mengemas pakaian dan barang-barang baby ke dalam beg yang agak besar. Senang apabila dia mahu pergi ke hospital nanti. Dia juga sudah berpindah ke bilik bawah disebabkan abangnya yang tidak mahu dia menggunakan tangga.
Suasana di antara mereka menjadi sunyi. Masing-masing mendiamkan diri.
Aina mengangkat wajahnya memandang Aqief yang sedang termenung itu. Sejak kebelakangan ini dia selalu melihat abangnya seperti memikirkan sesuatu.
"Abang, okey tak ni?"
Aqief terus tersedar.
"Okey. Abang okey je, adik janganlah risau,"
Dia tidak mahu merisaukan adiknya yang tengah sarat mengandung itu. Biarlah hanya dia dan Allah SWT saja yang tahu mengenai apa yang dia fikirkan tadi.
"Abang tahukan tak ada rahsia antara kita berdua."
Aqief mendongakkan wajahnya. Memang betul, tidak ada rahsia di antara mereka berdua. Ini untuk mengelakkan diri daripada memendam rasa. Kan lebih baik meluah daripada memendam. Hati pun tenanglah sikit.
"Abang?"
"Abang nak kahwin."
Aina menegak tubuhnya seraya mata dikelip-kelipkan. Abangnya dipandang lama. Dia tidak percaya apa yang lelaki itu katakan. Tidak pernah dia terfikir yang lelaki itu mahu berkahwin. Calon pun tak ada. Tapi kalau kawan perempuan, mungkin....
"Dengan siapa?"
Terlihat Aqief menggaru keningnya. Dia nak kahwin memang sudah pasti cumanya pasal calon isterinya. Pasal tu dia tidak seberapa pasti. Dia sudah lama terpikat dengan gadis itu tapi takut jika pinangannya ditolak. Dia takut jika mereka menjadi kawan akan menimbulkan fitnah. Kan lebih elok kalau dah halal. Maksiat pun dapat dielakkan.
Bercinta selepas nikah lebih indah jika hendak dibandingkan dengan bercinta sebelum bernikah. Tidaklah nanti digelar sebagai penjaga jodoh orang. Buat malu saja.
"Dengan...." Belum sempat dia mahu menghabiskan katanya, Aina sudah memintas.
"Dengan Tengku Arin, kan."
Aina mencuit-cuit lengan abangnya. Melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri, membuatkan tekaannya betul. Oh, cik abang kita dah pandai bercintalah.
Sudah lama dia menunggu untuk mendengar perkataan kahwin dari mulut abangnya. Dia ingatkan lelaki itu tidak berminat dengan mana-mana perempuan.
"Tapi abang takut. Takut kalau dia tolak pinangan abang. Macam yang abang cakap sebelum ni. Abang dengan dia berbeza darjat. Dia..."
"Abang... kalau abang kesah pasal tu, macam mana abang nak halalkan dia. Ingat, darjat bukan sesuatu benda yang boleh membahagiakan hidup kita. Ya, mungkin sesetengah orang akan pilih darjat. Tapi cinta tak kenal semua tu."
Aina menggenggam tangan milik Aqief. Dia pernah rasa macam mana bercinta dengan orang yang berbeza darjat. Sakitnya bila ditentang hebat oleh ibu bapa lelaki tersebut. Namun dah nama pun jodoh, pastinya akan bersatu jua.
"Aina nak abang yakin dengan keputusan abang. Ini soal masa depan abang juga. Solat istikharah, minta petunjuk-Nya. Insya-Allah, Allah SWT akan permudahkan urusan abang. Walaupun Tengku Arin tak suka dan dia benci abang, abang kena ingat, kalau dah jodoh takkan ke mana. Kisah Nabi Adam dan Hawa yang terpisah namun bertemu juga sebab jodoh mereka kuat."
"Nabi Adam dan Hawa dah di takdirkan dari dalam syurga lagi," balas Aqief.
Aina menggeleng kepalanya. Suka tapi cepat putus asa. Kalau macam tu sampai ke tua takkan kahwin.
"Mereka terpisah di bumi. Tapi Nabi Adam berusaha untuk cari Hawa. Takkan abang tak nak berusaha untuk pikat bakal bidadari syurga abang tu?"
Tangan Aqief naik mencubit pipi Aina seraya tersenyum menampakkan gigi putihnya. Geram dengan sikap adiknya yang tidak mahu kalah bila berbual dengannya.
"Eh... dia ni kan."
Aina ketawa apabila pipinya dicubit. Abangnya kalau bergurau mesti cubit pipinya yang tembam itu. Lepas tu pula cubit kuat-kuat.
"Adik memang tak nak kalahkan bila dengan abangnya. Mulut tu ada saja nak bercakap. Nanti jatuh dekat baby baru tahu."
Aqief melepaskan cubit tersebut manakala tangannya sudah turun mengusap perut adiknya. Kata-kata yang keluar dari mulut Aina sedikit sebanyak memberikan semangat kepada dirinya.
"Adik tak marah ke kalau nanti dia tinggalkan abang sebab tak kaya? Lepas tu tak hensem macam pelakon Korea tu, siapa nama dia?"
"Siapa? Nam Joo-hyuk? Hyun Bin? Cha Eun-woo? Atau Hwang In-yeop?" Laju saja Aina menyoal abangnya dengan sengihan di bibir. Ini semua salah baby. Baby yang nak tengok drama Korea sampaikan umi dia dah hafal semua nama-nama hero tu.
Aqief menjegilkan matanya. Bukan main laju lagi sebut nama-nama pelakon Korea. Suruh hafal surah untuk ibu mengandung tak nak. Tak boleh hafal lah, ingatan tak cukup kuatlah. Sabar jelah bila dapat adik macam tu.
"Amboi, kita tanya dia, dia tanya kita pula. Abang tengah serius ni, adik."
Aqief terus menggeletek pinggang adiknya. Dilihat wanita itu cuba mengelakkan daripada tangannya.
"Okey-okey. Abang... dahlah, pinggang Aina sakit ni."
Aina mencuba mengelak daripada abangnya. Air mata hampir menitis apabila dia terasa geli di bahagian pinggang.
Aqief menghentikan perbuatannya. Risau jika adiknya akan sakit pinggang. Kang tak pasal-pasal bawa pergi hospital.
"Abangkan pensyarah. Gaji abang pun mampu tampung kehidupan abang dengan dia. Termasuklah anak-anak abang. Tapi kalau soal rupa... hmmm."
Aina mengetuk perlahan dagunya seolah-olah dia tengah berfikir. Wajah abang direnung lama.
"Nak dibandingkan dengan pelakon Korea, abang kalah tapi kalau dengan pelakon Malaysia, abang menang," ucap Aina seraya menepuk tangan. Suka betul dia mengusik abangnya itu. Waktu malam saja dia boleh bergurau senda dengan Aqief disebabkan pekerjaan abangnya itu.
Aqief ketawa perlahan. Senang hatinya melihat Aina yang galak mengusiknya. Sudah berapa bulan adik iparnya meninggal dunia. Sekarang, baru dia lihat wajah Aina yang tampak ceria.
"Dah, sekarang ni adik pergi masuk bilik. Tidur. Esok nak pergi hospital, kan."
Aina sekadar mengangguk sebelum dia menyalam tangan abangnya. Jam dinding sudah menunjukkan pukul 10 setengah minit malam. Masanya untuk tidur.
**********
AIRAA mengeliat perlahan. Tangannya naik menggosok matanya untuk menghilangkan kantuk. Dia meraba-raba tempat tidur disebelahnya. Kosong.
Airaa terus membuka matanya sebelum mengalihkan pandangannya pada tempat itu. Tengku Ayie masih belum pulang. Jam di atas meja solek dipandang dengan mata yang dikecilkan. Baru pukul 11 malam. Dia ingatkan sudah subuh.
Tok! Tok! Tok!
Terdengar bunyi ketukan pintu, Airaa segera bangun. Dia terpaksa bangun disebabkan tadi dia mengunci pintu bilik tersebut. Mungkin suaminya sudah pulang.
Buka saja pintu, wajah Tengku Arin memenuhi pandangan matanya. Dia menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari figura Tengku Ayie.
"Kenapa adik tak tidur lagi ni?" soal Airaa sebelum tangannya menutup mulut yang mahu menguap.
"Adik dah tidur dah tadi. Tapi ni Abang Is call, dia tanya pasal Along. Dia nak call akak tapi tak ada nombor telefon akak."
Tengku Arin melihat dari celah-celah pintu jika abangnya sudah pulang dari berjumpa dengan klien. Terkejut juga dia apabila Tengku Iskandar menelefon tadi.
"Oh, kenapa dia tanya pasal Along?"
"Dia tanya kalau Along dah balik ke belum. Sebab tu adik ketuk bilik akak."
Airaa mengerutkan wajahnya. Hairan dengan kata-kata Tengku Arin. Tadi Tengku Ayie kata dia dengan Tengku Iskandar yang akan pergi jumpa klien tu. Takkanlah mereka tak naik satu kereta?
"Along belum baliklah. Kenapa Is tanya? Bukan ke dia orang pergi sama-sama?"
Tengku Arin hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Seketika kemudian, telefon bimbit milik Tengku Arin berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Kring! Kring! Kring!
Panggilan dijawab serta ikon loud speaker ditekan.
"Assalamualaikum Arin, Ayie dah balik ke tu?"
"Waalaikumussalam, Along belum baliklah, Abang Is. Kenapa Abang Is cari Along?" tanya Tengku Arin seraya memandang kakak iparnya yang tekun mendengar. Habis hilang segala kantuknya.
Kedengaran Tengku Iskandar mengeluh perlahan. Mendengarkan keluhan daripada Tengku Iskandar membuatkan hati Airaa dipukul kerisauan. Dia berharap tiada benda buruk yang berlaku.
"Macam ni, abang tak nampak dia dari tadi. Padahal kita orang naik satu kereta," jawab Tengku Iskandar dengan nada yang risau.
Airaa dan Tengku Arin berpandangan sesama mereka.
"Abang Is dekat mana sekarang ni? Habis klien tu macam mana? Abang bagi location abanglah."
Lama Tengku Iskandar menyepi. Mungkin sedang memikirkan sama ada mahu memberi ataupun tidak.
"Okey, nanti abang sent location dekat Arin. Tapi ingat, jangan bagitahu Aira pasal ni. Faham?"
Talian dimatikan. Tengku Arin memandang Airaa. Takkan dia mahu membawa kakak iparnya itu keluar malam-malam. Tapi kalau dia tinggalkan dekat rumah, Airaa tidak ada kawan. Sudahlah daddy dan mummynya pergi outstation. Pembantu rumah pula cuti.
"Adik, akak ikut, ya."
Tidak sempat Tengku Arin menghalang, Airaa sudah masuk ke bilik untuk menukar pakaiannya. Sememangnya dia berat hati untuk membawa kakak iparnya itu.
Cukup 10 minit bersiap, mereka turun ke bawah. Pakaian mereka biasa saja. Tengku Arin duduk di tempat pemandu manakala Airaa duduk disebelah tempat duduknya. Dengan bacaan bismillah di yang meniti di bibir, Tengku Arin menghidupkan enjin kereta. Kereta tersebut keluar dari kawasan rumah Tengku Mustafa.
Setelah setengah jam memandu, mereka pun tiba di destinasi tersebut. Terlihat Tengku Iskandar yang sedang menyandarkan pada kereta milik Tengku Ayie. Tengku Arin segera merapati sepupunya itu.
"Assalamualaikum, Abang Is."
Tengku Iskandar terus menoleh. Dia terkejut melihat Airaa yang berada di belakang Tengku Arin. Wanita itu melihat sekeliling.
"Arin, kan abang dah kata. Jangan bagitahu Airaa," bisik Tengku Iskandar yang hanya didengari oleh Tengku Arin. Dia takut jika Tengku Ayie tahu yang Airaa ada bersamanya. Silap hari bulan boleh bengkak matanya.
"Akak sendiri yang nak ikut. Lagipun Arin tak sampai hati nak tinggalkan akak dekat rumah. Daddy dengan mummy pergi outstation. Bibik pula balik kampung," jelas Tengku Arin.
Tengku Iskandar mengurut pelipisnya. Balik saja dia dari tandas tadi, figura Tengku Ayie sudah tidak terlihat. 10 minit dia mencari tapi tiada juga. Terpaksalah dia sendiri yang berjumpa dengan klien tersebut. Namun selepas saja perjumpaan dengan klien tersebut, dia tidak senang duduk. Sebab itulah dia menelefon Tengku Arin.
Dia tidak sangka pula yang Airaa akan ikut bersama. Kalau dia tahu, dia tidak akan memberi locationnya kepada mereka.
"Habis tu Abang Is dah cuba cari Along? Call dia ke?"
Tengku Arin turut memandang sekitar kawasan tersebut. Tempat letak kereta itu hanya disimbahi oleh lampu jalan. Hanya lampu hotel saja yang terang memandangkan hotel tersebut 24 jam.
"Dah, abang dah cari satu kawasan ni. Call dia pun dah tapi dia tak jawab."
Tengku Iskandar meraup wajah. Dia betul-betul buntu sekarang ni. Tempat mana lagi dia mahu mencari sepupunya itu. Dia tidak rasa lelaki itu jauh daripada tempat tersebut kerana kereta Tengku Ayie masih berada di situ.
Ting!
Airaa tersentak apabila telefonnya berbunyi yang menandakan ada mesej yang masuk. Aplikasi WhatsApp dibuka. Matanya laju melihat siapa pengirim mesej itu.
Abang
- No.456
Berkerut kening Airaa apabila membaca mesej yang dihantar oleh suaminya. Nombor? Nombor apa itu? Dia menunjukkan nombor tersebut kepada Tengku Arin dan Tengku Iskandar. Dia betul-betul tidak faham dengan nombor tersebut.
"Hah? Nombor apa ni?" soal Tengku Arin dengan wajah yang dikerutkan. Dia sendiri pun tidak faham.
Tengku Iskandar mendiamkan diri. Matanya terpandangkan hotel yang berada di hadapan mereka. Tidak mungkin Tengku Ayie berada di hotel itu. Dia cuba berfikiran positif. Kakinya melangkah ke hotel tersebut. Entah mengapa hatinya mahu pergi ke sana.
Mata Airaa melihat Tengku Iskandar yang berjalan menuju ke hotel 24 jam itu. Hatinya dijentik satu rasa yang dia sendiri tidak tahu. Takut, risau, sedih, semuanya bercampur.
Dia terus menarik tangan Tengku Arin untuk mengikuti langkah Tengku Iskandar. Dia tidak tahu mengapa hatinya berkata akan terjadi sesuatu buruk.
Tanpa kata, mereka menaiki lif bersama-sama. Mereka hanya mendiamkan diri. Tengku Iskandar sudah arif dengan hotel tersebut memandangkan dia selalu tidur di situ selepas berjumpa dengan klien.
Mereka tiba di tingkat empat. Tengku Arin mengusap tangan Airaa. Dia juga risau dengan abangnya dan berharap tiada apa-apa buruk yang terjadi.
Airaa memejam mata.
'Ya Allah, kuatkanlah aku jika sesuatu buruk berlaku.' doanya di dalam hati.
Tengku Iskandar bergerak laju apabila pintu yang bernombor 456 sudah terlihat di depan mata. Pandangannya jatuh melihat sekeping kad yang terletak di hadapan pintu tersebut.
'Eh, ini kunci bilik. Kunci bilik ini ke?'
Dia kenal dengan sikap sepupunya itu. Penat macam mana pun, Tengku Ayie tidak akan menempah hotel untuk bermalam. Lelaki itu akan pulang juga ke rumah Tengku Mustafa.
Pintu bilik tersebut terbuka apabila Tengku Iskandar mengimbas kad tersebut pada tombol pintu. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam diikuti dengan Airaa dan Tengku Arin. Keadaan bilik yang gelap itu menyukarkan mereka untuk tahu siap yang berada di dalamnya.
Klik!
Airaa terkejut melihat apa yang sedang berada di hadapan matanya. Tangannya naik menutup mulut. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat setelah lampu menerangi bilik tersebut. Dia lagi tidak percaya apabila matanya tertacap pada satu tompokan yang berwarna merah.
"Astaghfirullahalazim, Ayie!" ucap Tengku Iskandar. Dia sangka dengan apa yang dia lihat. Betul-betul menjijikkan.
"Ya Allah, Along!"
Tengku Arin mengundur beberapa langkah ke belakang. Matanya membulat, jelas menunjukkan yang dia terkejut.
"A... a... abang."
Terketar suara Airaa menyebut perkataan abang. Sampai hati lelaki itu melakukan perkara yang terkutuk. Inikah balasan untuk dirinya kerana telah menghindari lelaki itu sejak beberapa hari yang lalu?
TBC
Korang rasa apa yang jadi?
Share this novel