Bab 21

Romance Series 15713

"AKAK, semalam Along ada datang sini."

Tengku Arin memerhati tingkah kakak iparnya yang memasukkan baju ke dalam beg. Dia duduk di sebuah sofa yang disediakan oleh pihak hospital di dalam wad tersebut. Setelah dirawat selama dua hari, akhirnya Airaa dibenarkan pulang.

"Dia buat apa datang sini?" Airaa memberhentikan tangannya daripada melakukan kerja. Tengku Arin dipandang.

"Mestilah nak lawat isteri kesayangan dia. Semalamkan, Along tidur dekat sini. Akak sebenarnya beruntung tau dapat Along tu. Sweet sangat." Tengku Arin memejamkan mata. Membayangkan betapa sweetnya Tengku Ayie.

'Sweetlah sangat. Kalau perangai sweet tapi mulut tak bertapis, tak ada guna juga. Buat sakit hati je,' kutuk Airaa dalam hati.

"Sekejap, adik cakap yang Along tidur sini? Dekat mana pula dia tidur?"

Tengku Arin hanya menganggukkan kepalanya.

"Ya, Along tidur dekat katil akak. Maksudnya, akak dengan Along kongsi satu katil. Akak tak perasan ke semalam?"

Airaa mengalihkan pandangannya ke arah katil. Air liur ditelan melihat katil yang bersaiz single itu.

'Katil tu kecil kut takkan kita orang muat dekat situ.' desis hatinya. Pipinya berubah menjadi merah dan panas.

"Yalah, akak baru perasan. Patutlah akak semalam rasa tak selesa," bohong Airaa walaupun semalam dia tidur mati.

"Eh, doktor bukan bagi akak minum ubat tidur ke semalam? Untuk bagi akak rehat. So, macam mana akak boleh perasan pula?" soal Tengku Arin. Dia sengaja mahu mengusik Airaa yang sudah membahang itu.

"Eh, jomlah kita balik. Akak dah rindu dengan masakan mummy. Tak sabar nak rasa." Cepat-cepat Airaa menukar topik. Kang, sekali lagi dia dirawat di hospital itu disebabkan usikan adik iparnya sendiri.

"Rindu dekat mummy ke dekat Along ni?" Tengku Arin memincingkan matanya sebelum senyuman lebar terlakar di bibir.

"Adik dah-dahlah tu. Malulah akak macam ni. Dah jom, kita keluar." Airaa keluar dari wad tersebut. Dia meninggalkan Tengku Arin dibelakang.

"Airaa!"

Airaa menoleh ke belakang tatkala namanya dipanggil.

"Sofea?"

"Ya, akulah ni Sofea, Tengku Sofea. Sampai hati tak ingat kawan sendiri," balas seorang gadis yang mengatakan namanya Tengku Sofea.

"Ya Allah. Wei, cantiklah kau sekarang. Kau buat apa dekat sini?" Airaa terus memeluk sahabat lamanya itu. Sahabatnya semasa belajar di universiti dahulu. Dia, Amira dan Tengku Sofea juga agak rapat.

"Well, i'm doctor Sofea. Aku kerja dekat sini. Kau buat apa dekat sini? Amira mana, tak nampak pun?"

Belum sempat Airaa menjawab, Tengku Arin sudah memanggilnya. Tengku Arin memandang seorang gadis yang berada di hadapan kakak iparnya itu.

"Akak."

"Lah, ni adik kau ke,Airaa? Kau kata kau tak ada adik. Hai, nama akak Sofea, kawan Airaa."

"Arin, adik ipar kak Airaa."

Membulat terus kedua-dua mata milik Tengku Sofea. Airaa dipandang dengan wajah yang terkejut. Airaa dah kahwin? Biar betul!

"Wei, kau dah kahwin? Sampai hati tak jemput aku pun. Dengan siapa kau kahwin?" Tengku Sofea sudah tidak sabar untuk tahu dengan siapa Airaa berkahwin. Yang dia tahu, Airaa memang tak ada kawan lelaki.

"Hmmm..."

Tiba-tiba telefon milik Tengku Sofea berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

"Sorrylah aku kena angkat call ni sebab ada kecemasan. Tak apa, nanti kita jumpa kalau aku ada masa free tau. Okeylah, aku pergi dulu. Bye," kata Tengku Sofea sambil meletakkan telefonnya ke telinga.

Airaa hanya mengangguk.

"Jom adik, kita balik."

Tengku Arin mengikuti langkah Airaa sehingga ke tempat letak kereta.

**********

SEBULAN kemudian...

Airaa melangkah ke arah sebuah kafe untuk bertemu dengan Amira dan Tengku Sofea. Ini merupakan perjumpaan mereka yang kedua selepas saja dia keluar daripada hospital. Dan juga genap dua bulan Airaa dengan Tengku Ayie berkahwin.

Tengku Ayie masih saja dengan wajahnya yang ketat dan dingin namun alhamdulillah ada perubahan yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Dia tidak lagi balik dengan lewat ke rumah seperti selalu.

Airaa mendekati meja yang berada di sebelah kiri berdekatan dengan cermin. Nampaknya Amira dan Tengku Sofea sudah memesan minuman mereka.

"Assalamualaikum, sorry lambat sampai. Dah lama tunggu ke?" tanya Airaa sambil melabuhkan punggung di sebuah kerusi berhadapan dengan Amira dan Tengku Sofea.

"Tak adalah, kita orang pun baru sampaikan, Amira?" soal Tengku Sofea kepada Amira.

Amira hanya mengangguk sambil menyedut air minumannya. Dia baru saja pulang daripada berjumpa tunangnya, Tengku Iskandar. Setelah menerima panggilan daripada Airaa, terus saja dia datang ke kafe itu.

"Okeylah kalau macam tu bagi aku order dulu. Nampak muka kau ni macam banyak soalan yang kau nak tanya, kan?"

Airaa mengangkat tangan untuk memanggil pelayan kafe tersebut. Selesai saja Airaa memesan makanan dan minuman, dia terus diasak oleh Tengku Sofea dengan bertanya beberapa soalan.

Antaranya...

"Bila kau kahwin?"

"Kenapa kau kahwin?"

"Dekat mana kau kahwin?"

"Kenapa tak jemput aku masa kau kahwin?"

"Dan yang paling penting, siapa suami kau?"

Amira yang menunduk bermain telefon pun terus mengangkat kepala memandang Tengku Sofea. Banyak pula soalan makcik ni. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala. Mahu menjawab tapi bukan dia yang disoal.

"Sabar boleh tak," pinta Airaa sambil memandang Tengku Sofea. Minuman dia pun belum sampai lagi.

"Alah, kau ni sama je dengan Amira. Suka sangat berahsiakan. Nak merajuklah macam ni," ujar Tengku Sofea dengan memuncungkan bibirnya.

"Ai, aku pun kena sekali?" tanya Amira. Kening diangkat.

Dengan terpaksanya Airaa menceritakan semuanya dari A hingga Z. Sampailah dia memberitahu mengenai nama Tengku Ayie.

"Nama dia, Tengku Ayie Idlan Bin Tengku Mustafa."

Tengku Sofea menekup mulutnya yang terbuka luas akibat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Airaa itu. Betul ke apa yang dia dengar tu?

"Tengku Ayie Idlan?" Kuat suara Tengku Sofea bertanya.

Beberapa pelanggan di dalam kafe tersebut terus memerhati meja mereka. Tengku Sofea yang sedar tentang itu laju saja meminta maaf disebabkan suaranya yang terlalu kuat.

"Kau ni, perlahanlah sikit. Jangan over sangat. Untuk soalan kau tadi, yes. Tengku Ayie Idlan."

Tengku Sofea terus beralih kerusi ke kerusi yang bersebelahan dengan Airaa. Dia memandang wajah Airaa dan Amira bersilih ganti. Dia seakan tidak percaya dengan kata-kata sahabatnya itu.

"Wei, kau bukan minat teruk ke dekat dia? Crush kau kut."

"Memang pun crush dia dari dulu tapi tak teruklah. Aku minat tapi tak obses sangat dekat dia."

Amira menjamu sedikit makanan yang sudah sampai di atas meja. Senyuman diberikan kepada pelayan itu tanda berterima kasih. Dia memandang sekeliling kafe tersebut. Banyak juga pelanggan yang datang.

"Wow! Mesti kau bahagikan dengan dia. Yalah, kau dah dapat dia. Bila kau nak bagi kita orang anak bu... aduh! Sakitlah Mira," adu Tengku Sofea sambil memegang kepalanya yang diketuk oleh Amira menggunakan telefon.

"Kau ni. Dah nama pun dia orang kahwin paksa, kau rasa bahagia ke? Boleh tak kau fikir logik sikit?" Tegas Amira menyoal sebelum beralih memandang Airaa. Dapat dia lihat wajah Airaa yang sudah berubah.

Kini Tengku Sofea menendang kaki Amira sambil mengisyaratkan mata bermaksud 'Kau tengok apa yang kau dah buat?'

"Sorry, Airaa. Aku tak bermaksud pun nak cakap macam tu. Aku minta maaf, ya. Aku tak sengaja." Amira menggenggam tangan Airaa tanda minta maaf. Dia rasa bersalah bila berkata seperti itu. Dia tak dapat kawal apa yang terkeluar dari mulutnya.

"Tak apa, aku tak terasa pun. Eh, jomlah makan. Nanti sejuk pula makanan ni. Aku dahlah tak suka makan makanan sejuk." Airaa segera melarikan topik yang mereka bualkan. Bukan dia tidak nampak wajah bersalah Amira lagi-lagi Amira berada di hadapannya.

"Baiklah, tuan puteri. Apa kata, lepas ni kita pergi shopping nak? Dah lama kita tak shopping sama-sama." Tengku Sofea memberikan cadangan.

"Boleh juga tu. Aku rasa ada nak belilah nanti. Nanti kita pergi mall tu." Jari Airaa menunjuk ke arah sebuah mall yang baru dibuka. Mall tersebut berada di hadapan kafe itu saja.

"Boleh je," balas Amira.

Mereka menghabiskan makanan mereka terlebih dahulu sebelum bergerak ke mall tersebut.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience