"ALONG pergi mana tadi? Dah banyak kali daddy call tapi tak angkat," kata Tengku Mustafa yang menunggu kedatangan anak sulungnya itu. Dia memeluk tubuh sambil berdiri di atas tangga.
"Sorry. Tadi Along ada meeting dengan client sebab tu Ayie senyapkan telefon. Kenapa daddy call Ayie banyak kali?" soalnya sambil membelek telefonnya. Banyak juga Tengku Mustafa dan juga Tengku Arin menelefonnya.
"Isteri Along ada dekat hospital. Demam panas."
"Demam panas?"
Tengku Mustafa hanya mengangguk. Dia duduk di sofa yang berhadapan dengan Tengku Ayie.
"Tapi doktor kata tak teruk sangat. Mungkin dia penat sangat jalan dengan adik semalam. Macam tak kenal dengan perangai adik tu. Selagi dia tak tawaf satu mall, jangan haraplah dia nak balik rumah. Dan bapa mentua Along ada tadi."
Tengku Mustafa melihat Tengku Ayie yang merungkaikan tali lehernya. Dia mahu menduga anaknya itu. Adakah anaknya itu takut dengan besannya, Encik Aizhar ataupun lebih takut kepada Airil?
Tengku Ayie yang masih khusyuk menanggalkan tali lehernya itu terhenti. Perlahan-lahan dia memandang Tengku Mustafa.
"Dia orang datang jumpa Airaa? Airil?"
"Yalah. Dah anak dia orang sakit, datanglah. Airil? Kenapa tanya? Takut?"
Tengku Ayie mendiamkan diri daripada menjawab soalan daddynya itu. Gila tak takut dengan abang iparnya itu! Dahlah garang, ganas lagi.
"Dia tak ada tadi. Dia pergi outstation uruskan syarikat bapa mentua Along." Tengku Mustafa memandang Tengku Ayie yang sudah berdiri menuju ke tangga.
"Ni Along nak ke mana?" Kening diangkat.
"Nak masuk biliklah daddy. Along penat sangat ni. Esok-esok jelah kita bincang. Okeylah, good night, daddy," balasnya sambil menaiki tangga.
"No. Daddy nak Along pergi hospital sekarang. Now, no more excuses. Kalau tak daddy bagitahu abang ipar kamu tu," ugut Tengku Mustafa.
Tengku Ayie mengeluh dengan perlahan.
"Nak buat apa Along pergi sana? Along tak sakitlah, daddy. Jangan paksa, please. Kalau daddy sakit, daddy pergilah sendiri."
"Pergilah. Kesian adik tu dekat sana. Dia sendiri yang kena temankan Airaa. Airaa pun mungkin tengah cari Along. Dah pergi sana."
Tengku Mustafa menunjukkan ke arah pintu. Anak siapalah yang degil sangat ni? Tak makan saman betul.
Tengku Ayie hanya pasrah lalu menyambungkan langkahnya ke atas. Dahlah penat tak hilang lagi. Macam-macamlah daddy ni.
"Hah, nak pergi mana lagi tu?" jerit daddynya.
"Nak tukar bajulah daddy. Kan daddy yang suruh Along pergi hospital," ujar Tengku Ayie sebelum kelibatnya hilang dari pandangan Tengku Mustafa.
Tengku Mustafa tersenyum lebar. Akhirnya anaknya itu mendengar cakapnya juga.
**********
TENGKU AYIE mengusap-usap tengkuknya selepas memberhentikan kereta di hadapan hospital. Teringat dia seketika dengan ayat Tengku Iskandar semasa di dalam bilik pejabatnya tadi pagi.
"Kalau kau takut dengan kejadian 3 tahun yang lepas itu akan berulang balik, kau ikutlah cakap aku ni. Confirm kau takkan kecewa lagi."
"Give her chance. Kalau kau rasa dia dah betul-betul sayangkan kau, barulah kau bukakan hati kau tu untuk dia. Tapi dia akan pergi sendiri kalau dia tak sayangkan kau. Believe me, bro. Kalau dah jodoh takkan kemana, kan."
"Ya, aku kena bagi dia peluang. Tapi aku akan ceraikan dia kalau dia tak sayangkan aku. Sebelum tu, aku perlu uji dia dulu sama ada dia sayangkan aku atau tak. Perempuan bukan boleh percaya. Kadang nak kan duit lelaki aje." katanya seorang diri.
Dia menutup pintu kereta sebelum membelek telefonnya untuk mengetahui bilik wad isterinya daripada Tengku Arin. Kaki melangkah ke arah wad yang menempatkan Airaa.
'Tiada sebab untuk kau tak cintakan isteri kau, Ayie. Dia berhak dapatkan sayang dan cinta daripada kau. Hati kita Allah yang pegang. Cuba kau bayangkan, kalau kau dah letak dia dekat hati kau tapi kau tak ada tempat dekat hati dia sebab apa. Sebab Allah dah tawarkan rasa cinta tu dalam hati dia. Kau tak menyesal?' bisik satu suara di telinga kanannya.
'Kau nak kesah apa, Ayie? Kau tak ingat ke sebab perempuanlah, kau hilang abang yang kau sayang. Dan sebab tu jugalah hati kau hancur. Kau dah macam orang gila masa tu. Dan sekarang kau nak bukakan pulak hati kau? Hah kau tak takut ke nanti cinta kau bertepuk sebelah tangan?' Kini telinga sebelah kirinya pula yang mendengar bisikan tersebut.
Tengku Ayie menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menutup telinga menggunakan kedua-dua tangannya. Haih dah meremang ni bulu roma semua. Rasa seram bila dengar bisikkan macam tu lagi-lagi bila dekat hospital.
Dia melajukan langkahnya sebelum selamat masuk ke dalam wad. Tengku Arin yang bermain telefon di atas sofa itu didekati.
"Tepi sikit Along pun nak juga duduk."
"Eh Along bila sampai? Adik tak perasan pun." tanya Tengku Arin sebelum memberikan ruang kepada abangnya.
Tengku Ayie memejamkan matanya. Mengantuklah pula.
"Baru aje. Tepilah sikit Along nak tidur dah ni."
"Apa ni Along. Ni tempat tidur adiklah. Shuuu...shuuu."
" Kalau ni tempat tidur adik, jadi Along nak tidur dekat mana?"
Tengku Arin memandang sekeliling wad tersebut untuk mencari tempat untuk Tengku Ayie tidur.
Ting!
Dia dah jumpa tempat tidur untuk abang sulungnya itu.
"Along tidurlah sebelah kak Airaa. Katil tu besar kut. Pergilah sana."
Tengku Ayie terus mencelikkan matanya lalu memandang adiknya.
"Tak naklah. Kak Airaa adik tu kan demam, janganlah kacau waktu rehat dia. Okey."
"Along ni tak sweetlah. Suami jenis apa ni? Along tahu tak yang kak Airaa tu tunggu Along datang sini. Dah pergi sana. Kalau tak, adik report dekat daddy atau uncle Aizhar. Tak pun dekat abang kak Airaa, Airil. Hah berani ke?" soal Tengku Arin sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
"Okay, fine. Tapi kalau jadi apa-apa jangan salahkan Along, tau." Dia naik ke atas katil Airaa selepas mendapat anggukan daripada Tengku Arin. Dengan perlahan-lahan dia mendekatkan diri dengan belakang tubuh Airaa.
Airaa mengeliat sebelum memusingkan tubuhnya menghadap Tengku Ayie. Tengku Ayie terus menutup kedua-dua matanya. Takut kantoi dengan isteri sendiri. Bila merasakan sudah tidak ada pergerakan lagi, Tengku Ayie membuka matanya.
Wajah isterinya dipandang. Dia menyelitkan rambut yang menutupi wajah Airaa ke telinga. Saat itu perasaan ganjil mula terbit di dalam hati. Perasan yang dia sendiri tidak mengerti apa maksudnya.
Dia berasa tenang saat melihat wajah itu. Kadang dia tidak faham mengapa dia harus membenci dan bersikap kasar kepada kaum hawa. Tetapi percakapannya nampak sopan.
Tengku Ayie menarik Airaa ke dalam pelukkannya dan melabuhkan satu kucupan di dahi isterinya.
'I'm sorry.'
TBC
Share this novel