Bab 4

Romance Series 15713

"YANG sulung nama Ayie dan Arin pula bongsu," kata Tengku Mustafa yang memperkenalkan anak-anaknya kepada Encik Aizhar.

Tengku Ayie menyalam tangan Encik Aizhar dan Airil dengan senyuman nipis di bibirnya.

"Panggil uncle Aizhar je. Yang ni isteri uncle, aunty Zahra. Ni anak sulung uncle, Mohammad Airil Syafik. Ini tunang dia, Hanis. Dan anak bongsu uncle pula nama dia, Siti Airaa Syazah. Mus, kau perasan tak jumlah anak kita sama," ujar Encik Aizhar diakhiri dengan ketawa.

"Iyalah Har tapi aku tak nampak anak bongsu kau tu. Dia tak ikut datang sini ke?"

"Ada, hah tu pun dia." Tunjuk Encik Aizhar saat melihat figura anaknya.

Secara automatik, Tengku Ayie mengalihkan kepala untuk mencari siapa gerangan yang disebutkan itu. Dia tersentak melihat gadis tersebut.

'Dia?' jerit Tengku Ayie dalam hati.

'Dia? Omg!' Separuh menjerit hati Airaa ketika melihat lelaki yang juga melihatnya.

Dengan cepat dia berjalan dan menuju ke tempat Puan Zahra. Dia duduk bersebelahan dengan mamanya.

"Lamanya pergi tandas," kata Puan Zahra dengan nada yang perlahan. Takut orang lain terdengar perbualan mereka.

"Ramai orang tadi, sebab itulah Airaa lambat."

Puan Zahra hanya menganggukkan saja.

Tengku Mustafa perasaan tentang Tengku Ayie yang asyik memandang Airaa. Tidak lepas pula mata Tengku Ayie memandang wajah cantik gadis itu.

"Janganlah pandang anak dara orang macam nak tembus. Nanti apa kata bapa dia pula," tutur Tengku Mustafa dengan perlahan dan hanya didengari oleh Tengku Ayie sahaja.

Dengan pantas, dia melarikan pandangannya ke arah lain. Ke arah pantai dan laut yang sedikit bergelora seperti hatinya saat memandang wajah manis gadis itu. Namun perasaan itu laju ditepis agar tidak menimbulkan perasaan lain di dalam hatinya. Cukuplah dengan perasaan 'BENCI' saja yang ada. Janganlah ada perasaan yang lain lagi muncul.

"Untunglah kau tak lama lagi ada menantu. Nanti jangan lupa jemput aku, ya." Tengku Mustafa mula bersuara bila keadaan menjadi senyap.

"Insya-Allah, nanti aku jemput kau. Kau cakap macam kau tak ada anak pula. Ni anak kau, takkan tak ada pasangan lagi?"

Siapalah yang tidak berkenan dengan anak Tengku Mustafa yang kacak dan cantik itu. Orang buta saja yang tidak dapat menilainya.

Tengku Mustafa memandang wajah-wajah anaknya. Hanya Tengku Arin yang tersenyum manakala Tengku Ayie menundukkan kepala ke bawah. Dia faham dengan perangai anak sulungnya itu.

"Macam mana kalau tak ada jodoh lagi. Kalau adapun malas nak dicari. Aku bukan apa. Biasalah bila dah tua ni mestilah nak main main dengan cucu. Siapa saja yang tak teringin nak main dengan cucu, kan?"

Tipulah kalau orang tua seperti dia tidak menginginkan cucu kandung untuk bermain-main. Dengan usia mereka yang semakin meningkat, entah dapat atau tidak mereka melihat cucu nanti.

Tengku Ayie yang minum air mineral setelah lama menunduk itu terus tersedak bila daddynya bercakap perihal cucu. Anak belum kahwin lagi dah sebut tentang cucu. Hmmm, boleh murung seminggu ni.

"Along okey tak? Itulah, lain kali baca bismillah."

Tengku Zainab menghulurkan tisu kepada Tengku Ayie. Dia hanya menganggukkan kepala.

Tersengih-sengih Tengku Mustafa memandangnya. Dia tahu tentang perasaan anaknya itu terhadap perempuan. Bukan saja Tengku Mustafa malahan termasuk Tengku Zainab dan Tengku Arin. Tetapi dia tidak menyangka bahawa luka yang dulu di dalam hati anaknya itu belum terubat.

**********

PADA pukul lapan malam, selesai sahaja makan malam bersama keluarga Tengku Mustafa, Airaa meminta diri untuk balik ke biliknya. Tiba-tiba saja kepalanya terasa sakit sedikit.

"Nak akak teman Airaa pergi bilik tak?" tanya Hanis yang risau tentang keadaan Airaa. Airaa asyik memegang kepalanya.

"Tidak apa. Sakit sikit je. Mungkin kurang tidur ataupun penat. Airaa nak naik atas dulu. Nanti bagitahu papa dengan mama, ya."

Airaa bangun dari kerusinya sambil memandang papa dan mamanya yang rancak berbual dengan Tengku Mustafa di meja sebelah.

Mereka makan malam di restoran yang bersebelahan dengan hotel itu. Nak cari restoran yang sedap ada tapi tulah jauh. Terpaksalah restoran yang dekat-dekat dengan hotel je.

Apabila pintu lif sudah terbuka, laju saja Airaa meloloskan dirinya ke dalam perut lif itu. Dan menekan nombor untuk menuju ke tingkat biliknya.

Tiba-tiba sahaja ada satu tangan yang menghalang pintu lif tersebut daripada tertutup. Dipandang tangan itu sebelum lif tersebut terbuka semula.

Tengku Ayie masuk ke dalam lif sebelum menekan nombor yang sama. Suasana di dalam lif agak sepi kerana hanya mereka berdua yang berada di situ. Airaa memandang dinding lif yang memantulkan wajah Tengku Ayie.

"Dah puas tenung?" tanya Tengku Ayie dengan senyuman sinis. Bukan dia tidak kenal siapa gadis itu. Gadis yang melanggar dirinya tadi petang.

Dia perasan yang Airaa sedang memandang dirinya. Tidak tahu dari mana dia dapat keberanian untuk menegur gadis itu.

Airaa menundukkan kepalanya memandang lantai. Alamak, kantoilah pula tapi sah memang dia lah orang tu.

TING!

Airaa mendongakkan kepala untuk memandang nombor sama ada dia sudah sampai atau belum ke tingkat biliknya.

Lif terbuka sebelum seorang lelaki berbadan tegap yang memakai jaket masuk ke dalam lif tersebut.

Airaa memegang kepalanya yang terasa sakit. Sakit apabila terhidu minyak wangi daripada lelaki itu. Lelaki itu seperti mandi minyak wangi sehinggakan mengeluarkan bau yang sangat wangi. Namun bau itu membuatkan kepala Airaa semakin berdenyut dengan kuat.

Tengku Ayie memandang Airaa yang berada di sebelahnya dengan hairan.

'Dah kenapa asyik pegang-pegang kepala je dari tadi ni?' gumamnya dalam hati.

"Eh, kenapa ni? Sakit kepala ke?"

Airaa tidak mengangguk dan tidak juga menggelengkan kepala. Dia hanya memegang kepalanya. Sakit. Itu yang dia rasakan pada masa itu. Lif sudah sampai ke tingkat yang dituju.

Airaa yang mahu keluar dari lif itu hampir terjatuh. Nasib baik Tengku Ayie sempat memegang lengannya. Airaa tidak perasan yang itu ialah Tengku Ayie. Dia hanya membiarkannya saja.

"Nombor bilik berapa?"

"300," jawab Airaa dengan mata yang terpejam sambil tangan menghulurkan kunci bilik.

Tengku Ayie memapah Airaa sampai ke bilik gadis itu lalu membuka pintu. Tanpa dia sedari, pintu bilik tersebut sudah tertutup. Dia membaringkan Airaa yang sedang memegang kepala itu. Dia tidak tahu kenapa dia beria mahu menolong Airaa sedangkan gadis itu bukan sesiapa pada dirinya.

"Ada ubat sakit kepala tak?" tanya Airaa seraya memejamkan mata.

"Ada. Kejap, saya nak ambil dulu dalam bilik. Tunggu ya," pinta Tengku Ayie sebelum keluar.

Airaa mengurut pelipisnya sambil memejamkan mata. Kalau ada mamanya, bolehlah dia meminta tolong untuk urutkan. Namun mamanya masih berada di bawah. Tak pernah-pernah dia sakit kepala seperti ini.

Tengku Ayie masuk semula ke bilik itu semula dengan plastik ubat di tangan. Dia membangunkan Airaa lalu mencapai gelas kosong. Dituangnya air mineral ke dalam gelas sebelum diberikan kepada Airaa berserta ubat sakit kepala.

Selesai sahaja minum ubat, Airaa dibaringkan semula. Kepalanya berdenyut dengan perlahan. Namun tidak seperti tadi lagi. Melihat Airaa yang sudah baring dengan mata yang sudah tertutup, dia melangkah pergi. Dia pasti yang Airaa sudah terlelap.

Pintu bilik dibuka dari luar. Tengku Ayie memandang siapa yang membuka pintu tersebut.

"Kau buat apa dalam bilik adik aku ni!"

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience