Bab 24

Romance Series 15713

DI meja makan, Encik Aizhar duduk di bahagian hujung meja. Manakala Puan Zahra duduk berhadapan dengan Airil. Seterusnya, Akmal dengan Tengku Ayie. Zahirah pula duduk berhadapan dengan Airaa dan Hajah Halima dengan Hanis.

Suasana di meja makan lebih kepada senyap. Tiada seorang pun yang mengeluarkan suara. Masing-masing menjamu selera dengan lauk yang terhidang di depan mata.

Tiba-tiba Akmal bertanyakan sesuatu kepada Hanis. Nasi yang berada di dalam mulutnya ditelan.

"Kak Ngah, Akmal nak tanya sikit boleh tak?"

Semua mata memandang ke arah Akmal terutamanya Airil. Bakal isteri dia kut yang kena soal. Dan biasanya budak itu jarang betul menyoal lagi-lagi bila waktu makan.

Dia memanggil Hanis, Kak Ngah disebabkan Airil yang menyuruh. Kata Airil, mereka bersepupu. Jadi, haruslah memanggil dengan panggilan yang sepatutnya.

Hanis hanya mengangguk dan kunyahan segera ditelan. Bukan selalu dia dapat berbual dengan budak lelaki itu. Mungkin disebabkan Akmal selalu berada di kampung.

"Dalam perut Kak Ngah ada isi tak?"

"Isi?" tanya Hanis semula seraya mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan soalan Akmal.

Akmal menepuk dahinya.

"Maksud Akmal, baby? Ada tak?" soal Akmal. Dia menghiraukan pandangan orang lain terhadap dirinya. Yang dia mahu adalah jawapan daripada Hanis.

Uhuks! Uhuks!

Airil terbatuk tanpa sengaja sebelum dia menekup mulutnya. Menghalang makanan tersembur ke luar. Dia menarik nafas panjang.

Tengku Ayie segera menghulurkan gelas dan disambut oleh Airil. Airil minum dengan penuh rakus disebabkan dia mahu tercekik. Boleh pula Akmal tanya tentang benda tu? Nasib baik dia tidak mati tercekik tatkala mendengar soalan seperti itu.

"Kenapa Akmal tanya macam tu dekat Kak Ngah? Dari mana Akmal belajar semua tu? Cepat bagitahu umi." Zahirah memandang anaknya dengan mata yang dibesarkan. Dia tidak suka dengan soalan Akmal itu. Bukan apa, soalan seperti itu boleh mencetuskan pergaduhan.

"Akmal tanya je. Sebab tadi, Akmal terdengar aunty Zah tanya Cik Su kalau Cik Su dah ada  isi atau belum. Tapi Cik Su cakap tak ada rezeki lagi. Lepas tu Akmal tanyalah Cik Su apa maksud 'isi'. Cik Su jawab baby. Itu je. Umi janganlah marah Akmal." panjang lebar Akmal menjelaskan kepada Zahirah.

Lancar saja mulut budak yang berumur lima tahun itu memberi penjelasan. Yang lain hanya memandang Akmal sambil ketawa kecil. Terhibur dengan kerenah Akmal itu.

"Lepas ni, jangan pandai-pandai tanya, ya. Dah, umi dah tak marah Akmal. Cepat, habiskan lauk tu."

Akmal menganggukkan kepala. Dia akur dengan arahan uminya.

"Kamu janganlah terasa dengan si Akmal ni, Hanis. Umur lima tahun tapi mulut macam orang tua dah. Ada je yang dia nak soal," ujar Hajah Halima kepada Hanis.

Ingat lagi dia bila Akmal mengenakan dirinya  di kampung. Boleh pula Akmal kata dekat Tok Penghulu yang Mak Tok dia ajak kahwin. Petang tu juga dia menjelaskan perkara tersebut dengan Tok Penghulu. Masalah betul bila dapat cucu yang nakal ni.

"Tak apa Mak Tok. Biasalah budak-budak, kan," balas Hanis sebelum memandang ke arah Airil. Wajah lelaki itu sudah berwarna merah. Tahulah dia bahawa lelaki itu masih malu.

Hajah Halima sekadar mengangguk. Wajah Airaa pula dipandang.

"Ni kamu Airaa, belum ada isi lagi ke?"

Uhuks! Uhuks!

Belum sempat Airaa ingin menjawab, Tengku Ayie sudah terbatuk sehinggakan wajahnya menjadi merah. Dadanya ditumbuk perlahan. Airil terus menghulurkan sebiji gelas lalu menepuk perlahan belakang badan adik iparnya.

"Tanya pasal isi je, terus terbatuk. Tadi Airil, sekarang ni pula kamu. Macam-macamlah." Hajah Halima menggeleng kepala. Tanya tentang 'isi' saja, terus kaum lelaki terbatuk. Sensitif sangat ke soalan macam tu?

Riuh meja makan itu dengan ketawa mereka semua ketika mendengar kata-kata Hajah Halima. Mereka menerus makan tengah hari dengan suasana yang senyap.

**********

TENGKU Ayie mengeliat perlahan apabila terdengar bunyi ketukan pintu. Matanya memandang ke arah pintu.

"Airaa, Ayie, siap cepat. Kita solat subuh berjemaah sekali," laung Puan Zahra dari luar. Dia sudah siap dengan memakai telekung. Tinggal menunggu anak dan menantunya turun.

Tengku Ayie yang masih mamai itu ingin bangun tetapi ada sesuatu yang menahan badannya daripada terus bangun. Matanya jatuh memandang pinggangnya yang dipeluk oleh Airaa. Dan itu membuat dia teringat tentang hal semalam.

Mereka yang terpaksa bermalam di rumah itu disebabkan kemahuan Encik Aizhar. Mungkin disebabkan mereka berdua jarang tidur di rumah itu.

Langit sudah hitam menandakan bahawa hujan akan turun. Selepas saja habis berbual dengan Airil dan Encik Aizhar, Tengku Ayie terus masuk ke dalam bilik Airaa atau lebih tepat bilik mereka. Tombol pintu bilik tu dipulas dengan perlahan. Matanya memandang sekeliling. Tak ada sofa maksudnya dia kena tidur dekat lantai.

Airaa yang berada di atas katil dipandang.

"Ada comforter tak? Saya nak buat alas dekat lantai," ujar Tengku Ayie kepada Airaa.

"Sekejap, saya nak cari dulu." Almari dibuka dan tangan Airaa sibuk mencari comforter. Puas dia mencari, comforter tetap tidak dijumpa.

"Awak tunggu dulu, saya nak tanya mama dekat mana dia letak," kata Airaa sebelum menuju ke arah pintu.

"Eh, tak apalah. Nanti dia orang fikir apa pula nanti."

"Tapi takkan awak nak tidur dekat atas lantai. Sejuklah. Apa kata awak tidur dekat katil? Boleh?" Airaa menawarkan katil kepada Tengku Ayie. Dia tidak selesa apabila lelaki itu turut berada di dalam biliknya.

Airaa menuju ke arah katil selepas mendapat anggukan daripada lelaki itu. Selimut ditarik sehingga ke paras leher. Dia melepaskan rambutnya daripada diikat.

Selepas dapat tawaran daripada Airaa, Tengku Ayie terus baring di katil. Matanya dipejam rapat.

DUM!

Tengku Ayie terkejut mendengar bunyi dentuman guruh dan juga kilat. Matanya dibuka sebelum memandang isterinya yang menggigil ketakutan disebalik selimut. Baru saja tangannya mahu menyentuh bahu gadis itu, telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk.

Ting!

Airil
- Tolong tengokkan adik aku tu.
- Airaa ada penyakit Astrafobia
- Dengar je bunyi kilat, dia akan terus menggigil ketakutan.
- Lagi-lagi bila dia dengar bunyi kuat macam tadi tu.

Tengku Ayie
- Okey, nanti saya tengok-tengokkan dia.

Bunyi kilat berdentum sekali lagi. Dia pun turut terkejut mendengarnya. Dia melihat ada sepasang tangan memeluk pinggangnya.

"Hey, kenapa ni? Okey, tak?"

"Tolong jangan tinggalkan saya. Saya takut sangat ni. Jangan tinggalkan saya sendiri. Tolong," rayu Airaa separuh sedar kepada suaminya.

Tengku Ayie sekadar mengangguk walaupun Airaa tidak melihatnya.

"Okey. Saya ada dekat sini sebelah awak ni. Saya janji takkan tinggalkan awak." Tengku Ayie baring menghadap ke arah Airaa agar wanita itu selesa memeluknya. Rambut gadis itu diusap lembut.

'Betul ke, perasaan benci ni dah berubah menjadi cinta?'

'No, Ayie. Terlalu awal untuk kau cinta dan sayangkan dia. Entah-entah dia sengaja je buat macam tu supaya kau jatuh cinta dekat dia.'

Tengku Ayie tidur dalam keadaan hatinya yang sedang tertanya-tanya. Dia membalas pelukan Airaa sambil mengeratkan lagi pelukan itu. Biarlah malam ini, dia merendahkan ego.

Tengku Ayie tersentak apabila Airaa mengeliat perlahan. Peluang itu digunakan oleh Tengku Ayie untuk masuk ke bilik air. Sudah tiba masa untuk mereka menunaikan solat subuh.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience