PELUANG KEDUA (Tajuk sementara) Tengku Ayie Idlan - Seorang lelaki yang membenci kaum wanita. Sifat benci tersebut muncul tatkala dia kehilangan seorang abang angkat dan kekasih hati. Kekasihnya yang akan berkahwin dengan orang lain. Hati siapa yang tak sakit bila ditinggalkan kerana lelaki lain? Selepas itu, sesuatu telah terjadi menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan seorang gadis yang dia tidak kenali. "Awak ingat kita kahwin sebab cinta ke, hah? Awak ingat saya boleh tidur dengan perempuan yang saya tak sayang, tak cinta? Dalam mimpi mahupun realiti, saya takkan terima awak." - Tengku Ayie Idlan Siti Airaa Syazah - Seorang gadis yang manja, ceria dan peramah dengan orang lain. Namun itu semua hilang selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki untuk menutup malu kedua-dua pihak. Berkahwin dengan lelaki itu adalah keinginan dirinya. Tapi dengan cara mereka berkahwin, dia pasti lelaki itu akan membenci dirinya. "Apa yang awak akan buat kalau perasaan kita berdua berubah satu hari nanti? Awak dah jatuh cinta dekat saya tapi saya pula bencikan awak."- Siti Airaa Syazah. Tatkala mereka sudah mencapai kebahagian, datang pula orang ketiga. Datangnya tanpa diundang, meruntuhkannya tanpa dipinta. Kepercayaan yang dibina telah pun runtuh disebabkan satu kejadian yang telah berlaku. "Mama, siapa lelaki tu?"- Siti Airaa Syazah "Bagi abang peluang kedua untuk pulihkan hubungan kita."- Tengku Ayie Idlan "Kakak aku jadi macam tu disebabkan dia! Dua tahun aku kehilangan orang yang aku sayang! Sekarang ni, aku nak dia pula yang rasa macam mana kehilangan orang yang tersayang. Manusia tak manusia, tetap aku akan bunuh." Berjayakah Tengku Ayie mengembalikan kepercayaan itu? Mampukah Airaa mempercayai suaminya semula? Dapatkah orang ketiga itu membalas dendam?
Update 06 December 2024
2023-09-19
baru hbis Marathon. 2 hri jga bca... best sgt novel ni menarik jln ceritanya. byk liku2 ujianya utk mcpai bhagia...tahniah author.. slmat bkarya. good luck n tq
2021-08-01
best, btw jemput singgah baca novel saya Road To Happiness, thanks
2021-06-14 1 Replies
Yeyy..happy ending..Airaa dpt baby boy...congrats Miss Suzana...teruskan berkarya tau..tq so much cite yg menarik..ai tunggu next novel