Bab 28

Romance Series 15713

"PETANG nanti, Amira dengan Iskandar nak datang rumah kita. Awak bagitahu dia orang ke yang kita pindah hari ni?" tanya Airaa sambil memasukkan barang dapur ke dalam troli. Dia hanya memilih barangan dapur manakala Tengku Ayie menolak troli. Nampak sweet je!

"Ya, saya yang ajak dia orang makan dekat rumah kita. Nanti awak masaklah banyak-banyak. Si Iskandar tu bila dia makan, memang takkan berhenti selagi makanan tak habis."

Airaa ketawa sambil mengangguk kepala. Dia menjadi bersemangat apabila suaminya menyebut 'rumah kita'. Nasib baik tak sebut bilik kita. Kalau tak, dekat sini juga dia nak bersorak.

Airaa ligat memasukkan beberapa bahan masakan ke dalam troli. Fikirannya ligat berfikir makanan apa yang patut dia masak.

Selesai saja membeli barang dapur, mereka kembali ke rumah. Pintu rumah dibuka sebelum Tengku Ayie masuk sambil menjinjit beberapa beg plastik menuju ke dapur. Airaa turut mengekorinya dari belakang.

"Aduh!" adu Tengku Ayie seraya menepuk dahinya. Dia terlupa satu benda.

"Kenapa?" soal Airaa. Dahi dikerutkan.

"Saya lupa nak ganti balik langsir dekat depan tu. Saya tengok tadi dah berhabuk."

"Saya nak ambil langsir baru dekat atas dan awak pula ambil tangga dekat luar." Tambah Tengku Ayie lagi. Jatuhlah maruahnya apabila orang nampak langsir rumahnya yang berhabuk. Lagi-lagi orang itu Tengku Iskandar. 10 tahun akan datang pun belum tentu malu itu akan hilang.

"Okey," balas Airaa.

Tengku Ayie terus menaiki tangga lalu menuju ke stor tingkat atas. Rumah tersebut mempunyai tiga bilik. Bilik Tengku Ayie, bilik Airaa dan stor.

Airaa pula mencari tangga di kawasan luar rumah. Setelah menjumpai, dia mengangkat tangga tersebut masuk ke dalam. Tangga tersebut diletakkan betul-betul di bawah langsir. Dia memandang tangga rumah. Mungkin lelaki itu lama lagi hendak turun.

'Apa kata aku tolong dia bukakan langsir ni. Senang sikit kerja dia. Masa pun dapat dijimatkan.' desis hatinya.

Tanpa menunggu lama, Airaa terus menaiki tangga tersebut dengan satu per satu. Dia takut kalau tersilap langkah, dia akan jatuh ke bawah.

"Airaa!"

Mendengar jeritan daripada Tengku Ayie, membuatkan dirinya tidak stabil. Akhirnya dia terjatuh disebabkan tidak dapat menstabilkan diri.

Buk!

Tubuh Airaa jatuh ke bawah. Namun dia tidak merasakan kesakitan pada badannya. Dia tahu walaupun dia menaiki tangga tersebut tidak terlalu tinggi, tapi kesakitan patut dia rasa.

Airaa membuka matanya dengan perlahan-lahan. Jantungnya berdenyut dengan laju. Tidak menyangka kejadian tersebut bakal berlaku. Dia terkejut disebabkan ada sepasang mata yang sedang melihat. Mata mereka bertaut.

Airaa tidak pernah terfikir bahawa Tengku Ayie bakal berlari ke arahnya. Lelaki itu berlari semata-mata untuk menyelamat dia daripada terjatuh. Dia terharu dengan sikap lelaki itu.

Terasa payah untuk Airaa mahu menelan air liur.  Dia sedang berada di atas dada bidang suaminya sendiri. Macam manalah dia boleh terjatuh dekat dada lelaki itu? Mlaunya dia.

Nafas Tengku Ayie menjadi tidak teratur disebabkan pandangan mata Airaa. Dia pasti siapa saja yang memandang mata itu, pastinya akan cair. Buktinya, dia merasakan masa bergerak dengan perlahan.

Dia terkaku dengan tindakan yang dia sendiri lakukan. Sanggup berlari demi menyelamatkan isterinya. Kerana apa? Kerana perasan prihatin ataupun sayang pada gadis itu?

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

"Allahu-Akhbar."

**********

"AWAK, kita salah masa ke datang sini?" soal Tengku Iskandar kepada tunangnya yang berada di samping. Tangannya naik untuk menutup kedua-dua belah mata daripada melihat benda yang tidak sepatutnya dilihat. Dengan statusnya yang masih belum berkahwin lagi. Allahu-Akhbar.

Amira pula mengalihkan badannya ke belakang. Tidak mahu melihat pasangan yang berada di atas lantai itu. Hanya Tengku Iskandar yang masih melihat seraya tangannya diletak pada mata namun masih boleh melihat melalui celah-celah jari.

Tersentak Airaa dan Tengku Ayie dengan kehadiran mereka. Pantas saja Airaa berdiri sebelum membetulkan baju dan rambutnya. Tengku Ayie juga begitu. Pipi mereka berdua menjadi merah disebabkan hal itu.

"Awalnya kau orang sampai? Kata nak datang pukul 7, ni baru pukul 5," ujar Tengku Ayie sambil mengerling jam yang berada di tangannya.

Tengku Iskandar tersenyum nakal melihat pasangan suami isteri itu. Boleh pula buat kerja siang-siang ni.

Airaa menundukkan wajahnya kerana malu. Siapa saja yang tidak malu apabila kena serbu seperti itu? Dengan salam yang tidak ada, main masuk saja sesuka hati.

"Kenapa tak boleh ke datang awal? Ke ganggu aktiviti kau orang tadi?" Kedua-dua keningnya diangkat. Tangannya mencekak pinggang.

"Aduh!" Tengku Iskandar mengusap lengannya yang dicubit oleh Amira. Nasib baik berlapik kalau tak. Percuma dapat dosa.

Amiraa memberikan jelingan maut kepada Tengku Iskandar. Ke situ pula soalan pakcik tua ni.

"Kita orang saja nak datang awal. Nak tolong apa yang patut," balas Amira mewakili tunangnya. Memang itu pun niat mereka datang awal. Tapi tak sangka pula dapat tayangan yang lain macam.

"Kenapa kau tak telefon aku dulu yang kau nak datang awal?" soal Airaa kepada Amira. Dia mempersilakan pasangan belum berkahwin itu duduk di sofa.

Tengku Ayie meletakkan semula tangga ke tempat asalnya sebelum dia duduk di samping sepupunya. Amira duduk bersebelahan dengan Airaa di sofa yang lain.

"Eh, dah banyak kali aku telefon kau tapi kau je yang tak angkat. Sebab tulah kita orang datang je."

Airaa menganggukkan kepala. Mungkin telefonnya masih di dalam beg tangan.

"Kita orang baru je balik dari beli barang dapur tadi. Kau orang berbuallah dulu. Saya nak pergi dapur dulu, nak kemas apa yang patut," pamit Airaa sebelum menuju ke dapur. Sempat dia melihat Amira yang menggerakkan mulutnya seperti 'tunggu aku'.

Dua orang lelaki itu mengangguk dengan serentak.

"Awak, saya nak pergi tolong Airaa. Saya pun nak tolong apa yang patut," pinta Amira kepada Tengku Iskandar.

"Pergilah sana."

Amira terus berlalu menuju ke dapur untuk membantu Airaa. Ya, akhirnya dapat juga nak membawang.

Tengku Iskandar memandang Tengku Ayie dengan senyuman nakal. Sekarang dia ada topik mahu mengenakan sepupunya itu.

"Eleh, tak suka konon duduk dekat rumah. Menipu je kerja kau. Dah suka cakap suka. Ego tu jangan tinggi sangat, takut hati tu jatuh ke dalam lubuk cinta yang paling dalam," sindir Tengku Iskandar.

Tengku Ayie memandang tajam sepupunya itu. Ada juga yang makan penumbuk ni kang. Dia bukannya sengaja buat macam tu. Sudah isteri dia mahu terjatuh, takkan dia biarkan saja.

"Kau jangan nak memandai-mandailah. Apa yang kau nampak tu, bukan macam yang kau fikir? Fikir positiflah. Aku buat macam tu sebab tak nak dia jatuh. Kang jatuh, aku juga yang susah," jelas Tengku Ayie. Dia menahan hatinya yang sedang bergelora akibat pandangan mata isterinya.

Tengku Iskandar mencebikkan bibirnya. Ular sawa betul sepupunya itu. Suka sangat putar belitkan cerita. Mahu tapi ego. Dah ada depan mata pun masih juga tak nak mengaku.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience