Bab 14

Romance Series 15713

AIRAA memandang sekeliling kawasan ruang tamu sebelum duduk di salah satu sofa yang berwarna putih. Hampir semua barang yang berada di dalam rumah itu berwarna putih. Mungkin Tengku Zainab meminati warna tersebut.

Sudah sebulan dia menetap di rumah itu dan seperti biasa hanya layanan dingin yang dia dapat daripada Tengku Ayie. Lelaki itu juga selalu pulang lambat ke rumah. Entah sampai bila suaminya akan berkelakuan seperti itu. Hanya depan keluarga sahaja mereka akan bermesra.

Fikirannya mula teringat dengan beberapa hari yang lalu ketika dia mahu menunaikan solat subuh berjemaah bersama Tengku Ayie.

"Awak, jomlah kita solat subuh berjemaah." Airaa yang sudah siap memakai telekung itu memandang Tengku Ayie yang masih diulit mimpi. Risau dan takut jika lelaki itu terlepas waktu subuh.

"Hmmm, solatlah dulu. Janganlah kacau, saya nak tidur ni."Tengku Ayie memusingkan badannya dan membelakangi Airaa. Penat bekerja masih belum hilang lagi. Dia balik ke rumah pun pada jam satu pagi. Sibuk dengan kerjanya dan juga mahu mengelak daripada bertembung dengan isterinya.

"Awak bangunlah solat sama-sama. Kita tak pernah solat sama-sama. Jom..." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, sebiji bantal sudah melayang tepat ke arah wajahnya.

"Tak boleh senyap ke? Membebel je dari tadi. Orang dah tak nak solat berjemaah dengan dia. Maksudnya tak naklah. Aduh, semaklah macam ni!" Dengan perasaan geram, Tengku Ayie turun dari katil dan menuju ke pintu bilik. Pintu dibuka tapi langkahnya terhenti.

"Kalau nak solat, solat sendiri. Tak payah nak ajak-ajak orang. Saya pun boleh solat sendiri," tutur Tengku Ayie sebelum menutup pintu. Dia menuju ke bilik tetamu.

Airaa tersentak dengan kata-kata Tengku Ayie. Kenapa suaminya bersikap seperti itu? Dia hanya mengajak lelaki itu untuk solat berjemaah. Buat perkara yang wajib, bukannya perkara yang tidak baik. Solat berjemaahkan lebih banyak pahalanya berbanding dengan solat sendirian.

Tidak sempat dihalang, air matanya mengalir tanpa dipinta. Tanpa dipinta? Ya, tanpa dipinta ia mengalir di pipi kerana terkesan dengan sikap suaminya. Baru sebulan berkahwin, bantal sudah melayang ke wajahnya. Mungkin bulan depan lagi tangan lelaki itu yang sampai ataupun surat cerai.

Dia melepaskan keluhan kecil selepas mengingat kejadian itu.

"Eh, akak tengah buat apa tu?" tanya Tengku Arin sambil menuruni tangga satu per satu. Dari tingkat atas lagi dia memerhati kakak iparnya itu.

"Tak buat apa-apa pun. Akak bosan, tak tahu nak buat apa sekarang ni. Adik tak pergi kelas ke hari ni?" soal Airaa sambil memberikan sedikit ruang untuk adik iparnya itu duduk. Apa salahnya sekali-sekala berbual dengan adik iparnya sendiri. Nanti pula dia dicop sombong, yalah sebulan tu dia asyik terperap saja di dalam bilik. Tapi ada lah juga dia membantu Tengku Zainab dan bibik memasak di dapur untuk sarapan dan makan malam.

"Hari ni adik tak ada kelas. Adik pun bosanlah akak." Tengku Arin tanpa segan silu melentokkan kepalanya di bahu Airaa. Airaa membiarkan sahaja. Faham dengan sikap manja adik iparnya itu.

"Habis tu kita nak buat apa sekarang ni?"

"Hah, adik ada idea," jerit Tengku Arin.

"Adik, janganlah jerit macam tu. Terkejut akak. Apa idea adik tu?"

"Kita keluar nak? Shopping ke? Akak minta izinlah dengan Along. Cakap yang kita nak keluar sekarang. Mesti Along bagi tu. Please akak," rayu Tengku Arin. Dia terus memeluk Airaa ketika kakak iparnya itu menganggukkan kepala.

"Akak cepatlah minta izin dekat Along."

"Amboi, tak sabar nampak," tutur Airaa diiringi dengan ketawa. Suka dia melihat Tengku Arin seperti itu. Comel. Telefon yang berada di atas meja dicapai. Nombor suaminya didail. Menanti untuk diangkat.

"Assalamualaikum, awak?" Aira sedikit gugup. Takut nanti suami mengamuk. Amboi Airaa! Suami kau tu mana pernah mengamuk. Eh, pernahlah siapa kata tak pernah. Sampai kena baling dengan bantal lagi.

"Waalaikumsalam, nak apa?" Dingin saja percakapan lelaki itu. Tengku Ayie meletakkan pennya di atas meja lalu tangan mengurut dahinya. Stres sebab banyak sangat kerja.

"Saya nak minta izin dekat awak. Adik ajak saya keluar jalan-jalan. Boleh tak?" Jantung Airaa berdetak dengan kuat bila suaminya diam. Takut kalau tak diizinkan.

Tengku Ayie melihat jam tangan yang berjenama Rolex. Jam sudah menunjukkan waktu tengah hari, masa untuk lunch.

"Hmmm."

Airaa menjarakkan telefon daripada telinganya lalu melihat skrin tersebut.

"Awak?" Airaa sedikit risau bila tidak mendengar suara suaminya.

'Alah, janganlah macam ni! Aku dahlah bosan dekat rumah. Minta-mintalah dia izinkan aku,' gumamnya dalam hati. Siapa tak bosan asyik duduk je dalam rumah.

"Keluarlah, tak ada siapa pun yang kesah," balas Tengku Ayie dengan tenang sambil tangan mula membuat kerja yang tergendala tadi.

Airaa tersentak mendengar kata suaminya. Ayat 'tak ada siapa pun yang kesah' meresap masuk ke dalam hatinya. Betullah, tak ada siapa pun yang kesah kalau dia mahu keluar.

"Oh, okey. Teri..." Belum sempat Airaa berkata, talian sudah dimatikan. Mungkin dia sibuk kut. Airaa hanya membuat andaian sendiri untuk tidak berfikiran negatif. Dia memandang semula Tengku Arin dengan senyuman palsu yang terlukis di bibir.

"Dia dah izinkan akak keluar dengan adik. Jom kita siap sekarang," ujar Airaa sebelum menaiki tangga.

Tengku Arin mengikuti Airaa dari belakang. Dia hairan melihat senyuman kakak iparnya itu. Tapi niatnya untuk bertanya tentang hal itu hanya disimpan di dalam hati.

**********

"AKAK, adik nak tanya sikit. Boleh tak?" tanya Tengku Arin sebelum memandang Airaa yang sedang minum itu. Sudah lama dia mahu bertanya tentang hal itu. Sejak Airaa menjejakkan kaki ke rumah mereka.

"Boleh. Nak tanya banyak pun tak apa," kata Airaa sambil meletakkan gelasnya yang hampir separuh. Mereka masuk ke dalam restoran untuk menghilangkan penat serta mengenyangkan perut mereka. Agak lama mereka berjalan mengelilingi mall tersebut.

"Along layan akak okey tak? Akak, jangan salah faham pula. Adik bukan nak masuk campur dalam urusan rumah tangga akak," ujar Tengku Arin dengan harapan agar Airaa tidak terasa dengan kata-katanya itu.

"Maksud adik?" soal Airaa. Dia faham dengan pertanyaan itu tapi dia takut kalau Tengku Arin dapat tahu bagaimana cara layanan Tengku Ayie terhadap dirinya.

Serba salah pula Tengku Arin untuk memberitahu Airaa mengenai Tengku Ayie. Tapi dia mahu agar wanita yang duduk bersamanya itu dapat mengubah sikap abangnya. Cukuplah ketika waktu dahulu saja, Tengku Ayie bersikap panas baran. Kalau tidak, habislah semua orang akan diamuknya.

"Adik? Akak tanya ni, jawablah." Risau Airaa dengan Tengku Arin yang hanya mendiamkan diri sedangkan gadis itu yang memulakan perbualan mereka.

"Seben... sebenar... sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?" Tegas saja ayat itu kedengaran di telinga Tengku Arin tapi lain pula pada Airaa. Dia rasa ada sesuatu yang disembunyikan oleh adik iparnya itu. Dia mesti tahu tentang itu walau bagaimana sekalipun.

"Sebenarnya dulu Along bukan macam tu. Ada sesuatu yang berlaku sampailah Along jadi panas baran," tutur Tengku Arin dengan lancar. Cukup kuat untuk dia dengar namun tidak kedengaran oleh orang lain dalam restoran itu.

"Apa yang jadi dekat dia?"

"Ada dua benda yang jadi dekat Along."

Tengku Arin menunjukkan dua jarinya kepada Airaa. Sebenarnya dia tidak mahu menceritakan hal itu tapi dia terpaksa. Dalam masa yang sama, dia risau tentang kakak iparnya itu.

Airaa mendiamkan diri untuk mendengar penjelasan Tengku Arin. Sememangnya dia mahu tahu apa yang membuatkan suaminya menjadi seperti itu. Sebagai seorang isteri, tidak salahkan untuk dia tahu semua itu.

"First..."

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience