Bab 25

Romance Series 15713

SESEKALI matanya memandang ke arah tempat duduk pemandu. Keadaan dalam kereta itu senyap daripada mereka berdua masuk sehinggalah sekarang. Tiada perbualan kecuali lagu-lagu yang berdendang dari corong radio.

Airaa memandang Tengku Ayie sambil jari dimainkan satu sama lain. Nak cakap ke tak?
Tapi kalau tak cakap, nanti lelaki tu fikir yang bukan-bukan tentang hal semalam.

"Ehem."

"Awak, pasal semalam... terima kasih tau. Saya memang macam tu kalau dengar bunyi guruh ataupun kilat. Menggigil satu badan. Dan maaf sebab saya terpeluk awak. Saya takut sangat masa tu sampaikan tak sedar yang saya dah terpeluk awak." Airaa merasakan pipinya mula membahang bila menyebut perkataan 'terpeluk'. Dia bukannya sengaja mahu memeluk Tengku Ayie.

"Tak apa. Saya tahu awak tak sedar semalam. Cuma, lupakan je apa yang jadi semalam. Benda tu berlaku diluar kawalan kita berdua. Oh ya, sejak bila awak ada penyakit Astrafobia?" Mata Tengku Ayie tetap fokus dengan pemanduannya. Sesaat pun wajah isterinya tak dipandang. Masih berperang dengan perasaan sendiri.

"Memang daripada kecil lagi saya takut dengan bunyi-bunyi macam tu. Kalau dulu, mama yang selalu tenangkan saya sampailah saya boleh tidur. Nampaknya saya kenalah belajar macam mana nak tenangkan diri nanti."

"Kenapa pula?" tanya Tengku Ayie. Wajah Airaa dikerling sedikit.

"Tak ada apa," balas Airaa sambil melempar senyuman kepada suaminya.

Suasana dalam kereta itu kembali sunyi apabila perbualan mereka telah berhenti. Airaa menoleh ke arah tingkap seraya mengeluh perlahan. Sampai bila mereka akan bersikap seperti ini? Terasa suasana yang agak canggung sedikit. Namun satu lagu kedengaran di corong radio.

Adakah dia sudah berpunya,
Jika belum ada,
Inginku berkenalan dengannya.

Zalikha, Zalikha, Zalikha,
Kaulah gadis jelita,
Bilaku berjalan sebelah,
Terasa rusuk bergetar.

Zalikha, Zali...

Tik!

Airaa mengalihkan pandangannya ke radio kereta. Ada tangan yang mematikan suara radio tersebut. Tangan siapa lagi kalau bukan tangan suaminya.

"Lagu tu kan sedap. Kenapa awak matikan radio tu?" Airaa memuncungkan bibir ke arah radio itu. Suka hati je dia nak matikan.

"Lagu tu memang tak sedap langsung," jawab Tengku Ayie dengan wajahnya yang ketat.

'Eleh, kata tak sedap tapi lagu tu juga yang kau guna untuk lamar Zalikha,' desis hati Tengku Ayie.

'Tak sedap konon. Cakap je lah sebab ada nama Zalikha. Radio ni pun satulah, dalam banyak-banyak lagu, lagu tu juga yang kau nak pasang. Bencilah macam ni.'

Airaa menyilangkan tangan ke dada sebelum mengalihkan pandangan ke tingkap. Sakit hati dengan kata-kata sendiri dah juga lagu tu.

Airaa teringatkan dengan apa yang Tengku Arin pernah ceritakan kepadanya sewaktu mereka keluar berjalan-jalan.

"Dulu, Along ada girlfriend. Nama dia Zalikha."

"Zalikha?"

"Ya, Zalikha. Dia orang dah lama kenal masa zaman universiti lagi. Along ada juga bagitahu dekat adik yang dia suka sangat dengan Zalikha sebab  Zalikha tu pakai tudung, lemah lembut dan macam orang kata, wanita melayu terakhir."  Ramcak Tengku Arin bercerita tanpa sedar dengan perubahan pada wajah Airaa.

Airaa menilik pakaiannya dari atas  dan bawah. Mungkin sebab ni Tengku Ayie masih tidak dapat menerimanya lagi. Dia yang tidak memakai tudung dan nampak sosial. Tapi pakaiannya tidaklah menjolok mata kaum lelaki. Cuma, dia belum bersedia untuk memakai bertudung.

"Akak, kenapa ni? Adik ada tersalah cakap ke?"

"Eh, tak adalah. Jadi, apa jadi lepas tu?" tanya Airaa. Bukan dia tidak dengar apa yang Tengku Arin katakan tadi itu. Namun dia cuba untuk keraskan hati.

"Along terus lamar Zalikha jadi girlfriend dia. Lepas tu, Along selalu bawa Zalikha jumpa dengan mummy sebab mummy nak ajak Zalikha berbual. Mummy pun apa lagi gembiralah dia bila dah dapat kawan. Tapi lepas je kejadian di mana kereta abang Akimi terbabas, Zalikha terus menghilangkan diri."

Air di dalam gelas yang tinggal sedikit diminum. Untuk menghilangkan rasa dahaga.

"Kenapa pula?"

"Tak tahu. Banyak kali cuba Along call tapi tak dapat. Sampailah satu hari tu, dia dapat mesej daripada Zalikha. Zalikha kata dia nak jumpa Along dekat taman yang selalu dia orang pergi. Along pun pakai baju yang Zalikha bagi dan bawa satu kotak cincin. Dia kata nak melamar terus Zalikha jadi isteri dia. Kami sekeluarga pun setuju dengan harapan Zalikha akan terima Along. Tapi sangkaan kami meleset."

Tengku Arin menghembus nafas berat. Kepala digelengkan dengan perlahan.

"Apa yang jadi lepas tu?" soal Airaa dengan kerutan di dahinya. Perasan ingin tahunya semakin bertambah.

"Along pulang dalam keadaannya yang marah sangat. Masa tu dia tak nak pun bercakap dengan adik dan mummy. Daddy je yang boleh dekati Along."

Tok! Tok! Tok!

Airaa tersentak apabila terdengar bunyi ketukan pada cermin kereta. Matanya terpaku melihat Tengku Ayie. Oh, baru dia tahu yang mereka sudah pun sampai rumah. Dia segera membuka pintu kereta sebelum mengekori suaminya dari belakang.

**********

"ADA apa-apa lagi ke awak nak beli?"

"Kenapa, awak dah tak sudi ke nak temankan saya? Tak apalah kalau macam tu. Awak baliklah dulu. Saya boleh jalan seorang diri tak pun saya ambil je mana-mana lelaki yang ada dekat sini," bebel Amira sambil mulut muncung sedepa.

Baru saja dia ingin melepaskan rindunya pada Tengku Iskandar tapi lelaki itu sudah banyak songeh. Mereka baru berada di tingkat satu. Satu barang pun belum beli lagi.

"Wah, cik adik kita ni. Kalau berani buatlah macam tu. Hari ni juga saya bawakan Tok Kadi. Lepas tu, kita kahwin terus depan lelaki yang awak nak ambil tu," balas Tengku Iskandar. Dah ada tunang tapi perangai macam tak ada. Lepas tu pula, ada hati nak ambil lelaki lain.

Amira memandang tunangnya yang sudah bergerak laju ke hadapan. Orang nak merajuk, dia pun nak merajuk juga. Habis tu siapa nak pujuk kalau dah dua-dua merajuk?

Dengan segera Amira menghampiri Tengku Iskandar. Dia sanggup menurunkan ego semata-mata untuk lelaki itu.

"Sorrylah awak. Saya janji dah tak buat lagi. Maafkan saya, ya. Janganlah merajuk lagi nanti buruk muka awak tu. Nanti tak ada siapa nak kahwin dengan awak. Please," rayu Amira dengan mencantumkan kedua-dua belah tangannya. Berharap lelaki itu akan cair dengan dirinya. Sudahlah dia tak tahu macam mana mahu memujuk lelaki itu. Lelaki bila merajuk, dia orang nak apa sebenarnya?

Niat Tengku Iskandar terbatal untuk merajuk apabila melihat wajah comel milik Amira. Ikutkan hati, mahu saja dia membawa gadis itu untuk jumpa dengan Tok Kadi terus. Namun gadis itu masih mempunyai keluarga.

"Eh, saya tak jadilah nak merajuk macam ni." Tangan yang disilang ke dada dileraikan.

"Kenapa pula? Awak cair ke bila tengok muka saya yang comel ni?" Amira tersenyum  nampak gigi. Lelaki itu nampaknya sudah cair dengan dirinya.

"Taklah."Suara Tengku Iskandar menjadi serius. Suka dia melihat wajah Amira yang sedikit berwarna merah itu. Tinggi gadis itu hanya paras hidungnya saja.

Berkerut dahi Amira. Dia betul tidak faham dengan maksud lelaki itu.

"Kalau bukan sebab tu, sebab apa?"

" Sebab..." Tengku Iskandar mendekati badan Amira. Semakin dia mendekat semakin menjauh gadis itu melangkah ke belakang.

"Se.. sebab apa?" Tergagap-gagap Amira menyoal. Janganlah lelaki itu buat hal di sini. Sudahlah ramai yang menyaksikan drama mereka.

"Sebab bidadari saya ada dekat sini. Depan mata saya. Ops! Bakal bidadari saya. Mungkin dalam beberapa bulan, beberapa minggu atau tinggal berapa hari je mungkin status tu akan bertukar. Betul tak, sayang?" soal Tengku Iskandar sambil menepuk perlahan kepala Amira yang berbalut dengan tudung.

Perkataan 'sayang' ditekan. Tengku Iskandar menahan diri daripada tersenyum. Apabila senyumannya sudah tidak dapat ditahan lagi, dia mengambil keputusan untuk membelakangi gadis itu.

Amira hanya mengemam bibirnya. Aduh, kenapalah tunangnya itu mahu membuat pickupline di tengah-tengah mall tersebut. Wajah yang berwarna merah itu ditundukkan. Tidak mahu lelaki yang berada di hadapannya itu melihat dirinya.

"Eh, haramlah. Mana boleh dekat-dekat, nanti ada orang ketiga." Amira sengaja menjauhkan diri. Dada Tengku Iskandar ditolak dengan laju.

Tengku Iskandar hanya memandang gadis itu dengan pelik.

"Orang ketiga? Siapa? Pemusnah hubungan kita ke?" tanya Tengku Iskandar seraya kening diangkat tinggi.

"Ya. Nak tahu tak siapa?"

Tengku Iskandar hanya mengangguk. Dia mahu tahu siapa yang bakal memusnahkan hubungan di antara dia dan Amira.

"Syaitan."

Tengku Iskandar menepuk dahi. Ingatkan siapalah tadi, rupa-rupanya syaitan. Amira ketawa sambil menekup mulutnya apabila melihat riak wajah tunangnya itu. Dapat juga dia menipu lelaki itu.

Amira terus beredar memuju ke sebuah butik kecil. Dia tidak tahan melihat mata Tengku Iskandar. Mata lelaki itu berwarna hazel. Cukup membuatkan hatinya berdebar.

Tengku Iskandar mengejar gadis itu dari belakang. Terpaksalah dia menemani bakal isterinya itu walaupun sebenarnya dia tidak mahu.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience