Bab 47

Romance Series 15713

SEMINGGU kemudian...

Tengku Ayie tersengih melihat perbualannya dengan Aqilah. Baru seminggu mereka menjadi kawan, dia sudah selesa dengan gadis itu. Gadis itu selalu mengajaknya lunch bersama-sama.

Aqilah
- You nak ajak I keluar?
- OMG! Okay
- Kalau macam tu kita jumpa dekat restoran yang selalu kita pergi

Tengku Ayie segera menyimpan telefon apabila pintu biliknya dibuka dari luar. Badan disandarkan pada kepala katil. Dia melihat Airaa yang datang mendekati dirinya.

"Awak buat apa? Tak tidur lagi ke?" tanya Airaa. Dia naik ke atas katil sebelum selimut ditarik paras pinggang. Badannya disandarkan pada kepala katil.

"Tak ada buat apa. Saya tengah tunggu awak masuk." Tengku Ayie mula merapati Airaa dan terus memeluk gadis itu dari tepi. Kepala disembam pada perut Airaa.

Airaa tersenyum melihat sikap manja lelaki itu. Tangannya naik mengusap rambut hitam milik Tengku Ayie. Dia suka melayan sikap manja lelaki itu.

"Awak, awak ingat tak esok hari apa?"

Tengku Ayie mengalihkan wajahnya dari perut Airaa. Dia mendongak memandang wajah gadis itu.

"Esok? Esok hari apa, ya?" Dahi dikerutkan.

"Esok hari Isnin," jawab Airaa. Dia berharap Tengku Ayie akan ingat peristiwa di sebalik tarikh tersebut. Senyuman manis diberikan.

Tengku Ayie sekadar mengangguk. Boleh pula dia lupa yang esok hari Isnin.

"Haah, esok hari Isnin kan."

"Awak tak ingat ke?" Suara Airaa kedengaran sedikit kecewa. Mustahil lelaki itu tidak tahu apa peristiwa disebalik tarikh tersebut.

"Ingat." Tengku Ayie tersenyum memandang wajah isterinya. Tangan dibawa naik ke pipi gadis itu.

"Esok hari jadi anak jiran sebelah rumah kita ni, kan. Tadi dia ada bagitahu saya. Dia jemput kita datang rumah dia esok. Kita pergi, nak tak?"

Senyuman Airaa mula mengendur. Hatinya kecewa mendengar kata-kata lelaki itu. Sampai hati lelaki itu tidak ingat dengan hari jadinya. Dia berharap lelaki itu yang pertama mengucapkan selamat hari jadi kepada dirinya.

"Hmmm... betullah tu."

Airaa merungkaikan tangan Tengku Ayie yang memeluk pinggangnya. Badannya tidak lagi bersandar pada kepala katil. Selimut ditarik sehingga paras lehernya. Mata dipejam rapat untuk masuk ke alam mimpi.

Tengku Ayie memandang hairan gadis itu. Takkan merajuk pula? Dia cakap betul kut. Memang esok hari jadi anak jiran mereka.

"Hey, dah nak tidur ke?" Dia mengiring menghadap Airaa sambil merapatkan ruang di antara mereka. Dadanya dan bahu gadis itu bertemu.

"Hmmm."

Airaa tetap memejamkan matanya. Dalam diam, dia selesa bila lelaki itu menghapuskan ruang di antara mereka. Dia suka dengan bau badan Tengku Ayie.

"Tak nak berbual dengan saya dulu ke?"

Tangan kanannya naik memintal rambut Airaa yang tidak terikat. Sesekali dihidu rambut itu. Pandai isterinya menjaga rambut. Wangi.

Airaa mencelikkan matanya dan mengiringkan badan menghadap suaminya. Kepalanya diangkat sebelum lengan Tengku Ayie ditindih. Matanya membalas renungan lelaki itu.

"Nak berbual tentang apa? Saya dah mengantuk ni awak."

"Awal lagilah nak tidur. Apa kata kita bersoal jawab, nak? Awak tanya, saya jawab. Saya tanya, awak jawab. Tiga soalan je."

Airaa sekadar mengangguk. Tangannya naik menutup mulut yang mahu menguap.

"Kenapa awak sukakan saya?" tanya Airaa dulu.

Tengku Ayie tersenyum lebar memandang wajah gadis itu. Ibu jarinya naik mengusap dahi Airaa yang sedikit berkerut. Dahi isterinya itu tidak boleh berkerut lama, nanti cepat tua.

"Mungkin hati saya dah ditetapkan untuk sukakan awak."

Airaa menjeling sebelum mencebikkan bibirnya apabila mendengar jawapan dari mulut lelaki itu. Klise sangat jawapan tu.

"Aip, ingat bagus ke jeling-jeling dekat suami? Memang dah bersedia ke masuk neraka?" perli Tengku Ayie. Mata sengaja dibesarkan.

Airaa menggelengkan kepala sebelum pucuk hidungnya menyentuh dada lelaki itu disebalik baju. Terasa dengan perlian suaminya sehinggakan air matanya mahu mengalir. Dia tak mahu masuk neraka. Tadi tu pun dia jeling-jeling manja je.

Tengku Ayie memandang Airaa yang berada di dadanya. Lah, baru cakap sikit dah nak nangis.

"Alaaa, sayang. Janganlah nangis-nangis macam ni. Cepat kita habiskan soal jawab ni, cepat jugalah kita tidur. Okey, apa soalan kedua awak?"
Tangan kiri Tengku Ayie naik mengusap belakang badan isterinya. Dia mahu meredakan tangisan gadis itu.

"Sabarlah," kata Airaa dengan nada yang marah sambil mengelap air matanya. Hingus yang hampir mengalir segera ditarik.

"Awak, saya nak pergi bilik air. Nak basuh muka."

Belum sempat Tengku Ayie ingin membalas, gadis itu sudah melangkah pergi. Dia menggelengkan kepala. Cengeng betul isterinya itu.

Beberapa minit di dalam bilik air, Airaa pun keluar. Mukanya sedikit basah. Pandangannya jatuh ke arah Tengku Ayie yang tersenyum memandang dirinya.

Dia menaiki katil sebelum menindih lengan lelaki itu semula. Badan sengaja dirapatkan sehingga bibir lelaki itu mengena pada dahinya. Dia memeluk erat lelaki itu.

Tengku Ayie mengucup dahi isterinya dengan lama. Mata dipejam dan pelukan isterinya dibalas. Airaa pergi ke bilik air pun dia dah rindu. Dia tidak dapat bayangkan kalau gadis itu pergi dari hidupnya.

"So, apa soalan yang kedua awak?" tanya Tengku Ayie. Bibirnya masih setia mengucup dahi Airaa.

"Awak masih cintakan Zalikha?" soal Airaa membuatkan kucupan di dahinya terlerai. Tangan kirinya mula melekap di dada Tengku Ayie yang sudah tidak berbaju itu.

Airaa tersenyum nipis. Kuat betul degupan jantung lelaki itu apabila nama Zalikha disebut.

Tengku Ayie menghembus nafas panjang. Dia mengeratkan pelukan tubuh isterinya. Sebolehnya dia mahu mengawal kadar degupan jantungnya itu.

"Cinta pertama awak, susah nak lupakan. Tapi dengan adanya awak, saya dah boleh kikis nama dia dari hati saya. Lepas tu, ukir nama awak pula."

Cair pula dia dengar kata-kata suaminya itu. Namun hatinya sakit mendengar perkataan cinta pertama itu. Dia tahu dia bukanlah cinta pertama lelaki itu tapi dia berharap agar dia menjadi cinta terakhir bagi Tengku Ayie.

"Soalan yang ketiga," Sambung Tengku Ayie.

"Apa yang awak akan buat kalau perasaan kita berdua berubah satu hari nanti? Awak jatuh cinta dekat saya tapi saya pula bencikan awak."

**********

"YOU nak beli apa dekat sini? Dah banyak kedai kita masuk tapi satu pun you belum beli lagi."

Mata memandang setiap ruang di dalam kedai tersebut. Sudah banyak kedai yang mereka masuk tapi satu barang pun mereka belum beli.

"I nak beli hadiah tapi tak tahu nak beli hadiah apa. Boleh tak, you suggest hadiah yang sesuai untuk perempuan. I kurang tahu dalam hal ni."

Tengku Ayie bercekak pinggang memerhati kedai yang berada di sekeliling mereka. Dia pun sudah tidak tahu mahu ke mana lagi.

"Hadiah? Hadiah untuk siapa? Untuk I ke?" tanya Aqilah seraya menegakkan badannya. Sakit di kakinya sudah tidak dipedulikan. Senyuman lebar terbentuk di bibirnya.

"Hadiah untuk my wife lah. Hari ni birthday dia. I ingatkan nak bagilah hadiah dekat dia. Lagipun I tak pernah bagi dia apa-apa since kita orang kahwin," jelas Tengku Ayie. Dia membalas senyuman gadis itu dengan senyuman nipis. Memang betul, dia tak pernah bagi apa-apa barang pun dekat Airaa sepanjang mereka berkahwin.

Aqilah mengetap rapat giginya. Senyuman yang terbentuk di bibirnya perlahan-lahan mengendur. Mendengar perkataan my wife, sudah cukup membuatkan hatinya menjadi panas. Satu hari boleh tak jangan sakitkan hati dia. Heh!

Tiba-tiba dia tersenyum lebar lagi apabila terfikirkan sesuatu. Dia sengaja menjatuhkan dirinya dengan harapan lelaki itu akan menyambutnya. Dan ya, lelaki itu memang menyambut dirinya.

Tengku Ayie terkejut melihat Aqilah yang tiba-tiba mahu terjatuh. Dia pantas menahan dengan tangannya yang memegang pinggang gadis itu.

"You ni hati-hatilah sikit. Kalau jatuh tadi, tak ke kena bawa pergi hospital."

Aqilah mengangguk kepalanya. Dalam hatinya sudah ketawa girang. Plan keduanya hampir selesai apabila melihat tangan lelaki itu memeluk pinggangnya. Mahu saja dia melompat-lompat di situ.

Tengku Ayie cepat-cepat melepaskan tangannya apabila sedar yang dia memeluk gadis itu. Kalau Airaa tahu pasal ni, mungkin dah mengamuk isterinya itu.

Dia membawa Aqilah untuk duduk di kerusi yang disediakan.

"Oh, untuk wife you. Tapi kenapa you tak bawa dia sekali? Tak ada lah you nak pening kepala pilihkan hadiah untuk dia."

"Kalau dia ada sekali, tak jadilah surprise I. Apalah you ni,"

Dia kemudiannya mendiamkan diri sebelum pandangannya jatuh ke wajah Aqilah. Wajah yang hampir sama dengan wajah bekas kekasihnya. Dah nama pun adik-beradik, mestilah wajah dia orang sama.

Aqilah yang perasan dirinya diperhati itu terus mengurut kakinya yang sakit. Tapi tak sakit mana pun. Mukanya sengaja dikerutkan.

"Kaki you sakit lagi ke? Sorry. Sebab I, kaki you sakit macam ni." Tengku Ayie mula melutut di hadapan gadis itu. Matanya memandang pada kaki Aqilah yang sudah berwarna merah.

Dia nak ajak Tengku Iskandar tapi lelaki tu sibuk sikit. Nak ajak Airaa, nanti tak surpriselah pula. Jadi, terpaksalah dia mengajak Aqilah untuk menemani dia.

"Haah, kaki I sakit lagi ni. Boleh tak kita rehat dulu? Sakit sangat ni."

Tengku Ayie sekadar mengangguk. Dia kembali duduk di kerusi panjang yang disediakan. Dia mengeluh perlahan.

"Panjangnya you mengeluh. Kenapa?"

"Tak ada apalah."

Tengku Ayie menundukkan melihat telefon bimbitnya. Telefon tersebut dihidupkan. Terpampang gambar dia dan Airaa yang dijadikan sebagai wallpaper screen itu. Gambar di mana dia mencium kekura tangan isterinya. Mahu saja dia mengulang kejadian itu biar mereka dapat menikmatinya.

"Untung wife you dapat husband macam you. I hope satu hari nanti I akan dapat you. I mean, I akan dapat husband yang sikap dia macam you."

Aqilah merapat ruang di antara mereka. Tangan kanannya naik membetulkan rambut Tengku Ayie. Rambut yang terjuntai di dahi dibawa ke belakang. Dia tersenyum manis kerana plan keduanya sudah berjaya.

"Sorry, I cuma nak betulkan rambut you je," jelas Aqilah apabila melihat riak wajah terkejut lelaki itu.

Tengku Ayie cuma mengangguk sebelum rambutnya dibetulkan dengan sendiri. Dah elok tadi dia kemaskan rambutnya, macam mana pula boleh rosak?

"No, I yang sepatutnya beruntung sebab dapat wife macam dia. You know what, dia gadis yang paling special yang I pernah jumpa. Dia sedikit pun tak ambil hati bila I tak ambil kesah pasal dia. Dia buat hati I kembali tenang dan I dah tak benci dekat perempuan. Dia buat I takut untuk kehilangan dia," kata Tengku Ayie sambil bibirnya mengukir senyuman lebar. Kepala digelengkan apabila bayangan si isteri muncul.

'Oh, really? Kalau dia boleh buat hati you tenang, I akan pastikan yang dia juga boleh buat hati you tak tenteram. Mulut dia tak akan berhenti minta cerai daripada you. I do what I say, Tengku Ayie Idlan.'

Aqilah ketawa dalam hati. Ingat senang-senang je dia nak lepaskan orang dah buat kakak dia jadi gila. Ni Aqilah Zulaikha lah. Apa dia nak buat, dia akan buat. Just wait and see.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience