Bab 56

Romance Series 15713

TENGKU AYIE menapak masuk ke dalam rumah Tengku Mustafa. Selepas saja solat subuh berjemaah di surau hospital, dia terus pulang ke rumah daddynya. Dia balik ke rumah sendiri pun tidak ada yang akan membuatkan sarapan untuk dirinya. Mahu pergi ke hospital tapi takut akan bapa mentuanya.

Terbuka saja pintu, wajah pembantu rumah tersebut kelihatan. Mak Jah memberikan ruang untuk Tengku Ayie masuk.

"Mak Jah, siapa yang datang tu?" tanya seseorang dari bahagian dapur.

Tengku Ayie hanya memandang Tengku Zainab yang baru keluar dari dapur itu. Dipandang wajah wanita itu dengan mata yang kuyu. Dia penat dan mahu berehat sekejap.

"Along..."

Tidak sempat Tengku Zainab mahu bersuara, Tengku Ayie sudah memintas.

"Sorry, mummy. Along naik dulu, nak rehatkan badan," pamit Tengku Ayie sebelum dia bergerak menuju ke tingkat atas.

Sampai di tingkat atas, biliknya dituju dengan langkah yang perlahan. Pintu bilik dikuak seraya matanya memerhati ruangan bilik tersebut. Serta merta haruman yang Airaa selalu gunakan memasuki rongga hidungnya.

Perlahan-lahan kakinya menapak masuk lalu menghampiri katil yang bersaiz king itu. Kunci kereta diletakkan di atas meja lampu. Dia baring di atas katil sebelum lengan kanan diletakkan di dahi. Manakala tangan kirinya berada di atas perut.

Lama dia mendiamkan diri. Tiba-tiba dia teringatkan perbualannya dengan Airaa pada dua minggu yang lalu. Di mana perbualan mereka di bawah rembulan malam.

FLASHBACK

Perlahan-lahan Tengku Ayie melangkah menuju ke kolam renang atau lebih tepat lagi mahu mendekati Airaa. Isterinya yang sedang khusyuk memandang bulan seraya memeluk tubuh.

Tubuh Airaa terus dipeluk dari belakang. Bahu wanita itu terhinjut apabila terasa dipeluk. Tengku Ayie hanya tersenyum nipis melihat isterinya itu.

"Abang ni, terkejut Airaa tau," kata Airaa sebelum menepuk tangan Tengku Ayie yang berada di pinggangnya.

Tengku Ayie diam seraya mengeratkan lagi pelukan tersebut. Dagunya diletakkan di bahu Airaa. Matanya turut sama memandang bulan.

"Abang buat apa dekat sini? Tak tidur lagi?"

Tengku Ayie menggeleng kepala.

"Abang tengah cari pengarang jantung abang. Sayang ada nampak tak dia?" soal Tengku Ayie sambil mengintai dari tepi kepala isterinya. Dia melihat ada senyuman lebar yang terukir di bibir wanita itu.

"Ada. Pengarang jantung abang tu cantik dan comel, kan. Dia dalam pelukan abang sekarang ni."

Tangan Tengku Ayie yang berada di pinggangnya diusap perlahan. Belakang badannya disandarkan pada dada bidang milik lelaki itu. Terasa nyaman apabila berada dalam pelukan tersebut. Nasib baik gelap kalau tidak pasti suaminya dapat melihat wajahnya yang sudah berwarna merah.

Tepi kepala Airaa dikucup dengan lama. Wangian daripada rambut wanita itu dihidu semahu-mahunya. Sungguh wangian tersebut melenakan dirinya. Tanpa dia sedar, tangannya memeluk dengan erat tubuh Airaa.

"Abang, abang peluk Airaa terlalu kuatlah. Sikit lagi Airaa nak sesak nafas," ujar Airaa dengan bibir dimuncungkan. Hampir saja dia mahu sesak nafas tadi disebabkan pelukan lelaki itu terlalu kuat. Kalau dia tidak bersuara, mungkin lelaki itu sudah menjadi duda.

"Sorry sayang, abang tak sengaja tadi. Sorry."

Tengku Ayie menyesuaikan kedudukan mereka agar tidak seperti tadi. Dia menghela nafas panjang sebelum mengucup semula tepi kepala Airaa.

Airaa merungkai pelukan tersebut lalu berdiri menghadap Tengku Ayie. Dalam kesamaran malam, dia dapat melihat mata lelaki itu memandang dirinya. Akhirnya senyuman tipis diberikan.

"Abang okey?" soal Airaa. Tangannya naik menyentuh pipi suaminya. Entah kenapa dia rasakan ada sesuatu yang berada di dalam fikiran lelaki itu.

"Abang okey je. Cuba penat sikit sebab ada kerja yang tak siap lagi."

Tengku Ayie menarik Airaa masuk ke dalam pelukkannya. Membiarkan wanita itu mendengar degupan jantungnya. Dia memejamkan mata seraya menikmati detik-detik itu.

Airaa membalas pelukan lelaki itu. Diusap perlahan belakang tubuh Tengku Ayie. Terdengar bunyi degupan jantung suaminya yang sama rentak dengan jantungnya.

"Dah tu, kenapa abang dekat sini? Kenapa tak buat kerja abang? Kalau tak siap, jangan salahkan Airaa pula."

Tengku Ayie menghela nafas panjang. Dagunya diletakkan di atas kepala Airaa.

"Macam mana abang nak buat kerja kalau tulang rusuk abang ada dekat sini. Nak buat kerja pun tak selesa. Asyik fikirkan dia je," kata Tengku Ayie sebelum pipi isterinya dikucup dengan laju. Tersengih dia melihat Airaa yang terkaku.

"Hish, abang ni. Ambil kesempatan tau."

Tangan Airaa memukul dada Tengku Ayie. Perlahan saja pukulan. Pipinya yang menerima kucupan itu dikesat.

Tengku Ayie mengeratkan lagi pelukan itu. Tahulah dia yang wanita itu sedang malu. Dia bukan ambil kesempatan tetapi lebih kepada berkasih sayang.

"Mana ada abang ambil kesempatan. Dalam situasi kita sekarang, tak ada istilah ambil kesempatan bila suami nak berkasih sayang dengan isteri. Faham?"

Airaa sekadar mengangguk kepala. Dia tahu tapi sengaja berkata seperti itu tadi. Dia mahu menutup malunya saja. Mata dipejamkan lalu hidungnya menghirup bau badan suaminya. Wangi!

Suasana di antara mereka menjadi senyap. Mereka menikmati detik-detik tersebut. Sememangnya susah untuk mereka meluangkan masa bersama. Tengku Ayie sibuk dengan kerjanya sehingga pulang lewat malam.

"I love you."

Senyap. Tiada sebarang balasan untuk ungkapan itu.

"I love you."

Tengku Ayie menundukkan kepalanya untuk memandang Airaa. Sudah tidurkah wanita itu? Senyap saja dari tadi.

"Hey, dah tidur ke?"

Gelengan diberikan kepada dirinya. Wajah isterinya dipandang. Jelas kelihatan jari wanita itu sedang bermain di dadanya. Tekun mata tersebut memandang dadanya yang ditutupi baju.

"Sayang, I love you."

"Argh!"

Airaa terus memeluk leher Tengku Ayie. Terjerit dia akibat dicempung oleh suaminya. Sudahlah dia belum bersedia. Cuba bayangkan kalau dia terjatuh, tak ke sakit.

"Abang... turunkanlah!"

Kedua belah kaki digoyangkan. Berharap suaminya akan menurunkan dia. Sudahlah sejak kebelakangan ini dia makan banyak, dapat dia rasakan yang badannya agak berat sedikit. Sikit je.

Tengku Ayie masih dengan kedudukannya. Merenung wajah sang isteri di dalam kepekatan malam. Dia tertanya-tanya, bagaimana hatinya boleh jatuh kepada wanita itu. Setiap yang dilakukan oleh wanita itu pastinya membuatkan hatinya terusik. Terusik untuk jatuh cinta dengan lebih lagi.

Airaa menunjukkan wajahnya apabila direnung seperti itu. Dia menjadi malu semula. Malu bila lelaki itu berkata 'I love you' belum lagi pudar malah malunya semakin bertambah. Renungan mata lelaki itu membuatkan dia lemas. Lemas dalam renungan yang penuh dengan cinta itu.

Terjungkit hujung bibir Tengku Ayie melihat isterinya yang nampak malu itu. Malu tapi suka. Mahu tapi malu.

"I. Love. You."

Halus suara itu berbisik di tepi telinga Airaa. Suara itu membuatkan seluruh tubuhnya menggeletar. Bibir diketap rapat apabila mahu tersenyum. Seketika dia berdeham.

"I." Wajahnya masih tidak mendongak.

"Love." Bentuk hati dilukis di dada lelaki itu.

"You." Matanya naik membalas tatapan Tengku Ayie. Membalas renungan tersebut. Suasana sepi menambahkan lagi adegan romantik itu. Bagaikan melepaskan rindu yang terpendam lamanya.

Sekali lagi hujung bibir Tengku Ayie ternaik. Pegangan pada tubuh isterinya dieratkan. Dirapatkan tubuh itu dengan tubuhnya.

"Sayang, abang rasa sejuklah dekat luar ni. Jom kita masuk dalam."

Dia sudah melangkah untuk masuk ke dalam walaupun suhu di luar itu tidaklah seberapa sejuk.

"No! Abang, stop! Airaa tak nak," ujar Airaa dengan kakinya yang digoyangkan semula. Dia tahu bukan sebab sejuk lelaki itu mahu masuk. Ada agenda lain yang mahu dilakukan oleh suaminya.

Terletus ketawa Tengku Ayie ketika melihat wajah isterinya yang sudah mengelabah dalam dukungannya. Dia melangkah ke tingkat atas.

END FLASHBACK

Tersenyum nipis Tengku Ayie apabila mengingatkan tentang hari itu. Disebabkan itu Airaa melayannya mahu tidak mahu. Namun dia bernasib baik apabila dapat memujuk isterinya.

Senyumannya hilang apabila tekak mula rasa mual. Tangan naik menekup mulut. Mata dipejam rapat saat dia ingin muntah. Tengku Ayie terus berlari ke bilik air. Singki didekati. Dia muntah di situ.

Matanya yang terpejam rapat perlahan-lahan dibuka dengan kerutan di dahi. Singki dipandang untuk melihat apa yang dia muntah. Terlihat hanya air luarnya saja yang ada.

Paip singki dipusing lalu menadah tangan. Air tersebut disapukan ke wajahnya. Dia memandang dirinya pada cermin. Nafasnya jelas tidak teratur. Sekali lagi dia mahu muntah dan kepalanya menjadi pening.

Perlahan-lahan Tengku Ayie keluar dari bilik air tersebut. Katilnya dihampiri lalu dibaringkan badannya. Lengan diletakkan di dahi.

Inilah sebabnya kalau dia tidak ada sarapan. Pastinya dia akan muntah. Tapi dia tidak ada selera mahu makan.
Macam mana?

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur. Dia rasa tidur akan menyebabkan rasa loyanya akan hilang.

**********

TENGKU ZAINAB memasuki ruangan dapur. Jelas di meja makan sudah dipenuhi dengan makanan. Hari ini suaminya akan makan tengah hari di rumah.

Mak Jah yang membawa jag air itu dipandang.

"Mak Jah, Along ada turun tak tadi? Dia dah sarapan?" tanya Tengku Zainab kepada Mak Jah. Melihat gelengan daripada wanita itu membuatkan dia menghela nafas panjang.

Dia kenal dengan anaknya yang satu itu. Kalau tidak sarapan, memang bilik air tempatnya. Manakan tidak, Tengku Ayie akan muntah kalau tidak sarapan. Dia ingatkan anak lelakinya itu sudah makan rupanya belum. Hatinya dilanda risau.

"Apa kata Mak Jah tutup dulu makanan ni. Nanti kalau suami saya datang, baru kami makan, ya," arah Tengku Zainab sebelum beredar. Dia menuju ke tingkat atas.

Sesampainya di tingkat atas, bilik anak lelakinya dituju. Di mana lagi Tengku Ayie akan terperap kalau bukan dalam biliknya sendiri. Tombol pintu dipulas. Gelap saja bilik tersebut.

Mata Tengku Zainab tertumpu pada figura yang sedang tidur dengan lengan di dahi. Wajahnya dikerutkan dengan langkah menuju ke katil. Dia melabuhkan punggung di birai katil.

Tangan diletakkan di dahi Tengku Ayie. Panas.

"Along," panggil Tengku Zainab. Cubu untuk bangunkan lelaki itu.

Tengku Ayie mengeliat kecil. Matanya dibuka dengan perlahan untuk memandang siapa yang memanggil. Dipandang mummynya yang sedang duduk di birai katil itu.

"Mummy,"

Kepalanya diangkat lalu direbahkan pada paha Tengku Zainab. Loya yang dia tahan tadi sudah hilang. Pinggang wanita itu dipeluk erat.

"Along demam ni. Kenapa tak sarapan tadi?" soal Tengku Zainab. Rambut anaknya itu diusap perlahan. Wajah Tengku Ayie persis seperti Tengku Mustafa sewaktu muda-muda dulu. Yalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

"Along tak ada selera mummy. Lagipun Along muntah tadi. Kepala pun naik pening lepas tu badan tak larat nak bangun," adu Tengku Ayie dengan nada yang lemah. Wajahnya disembam pada perut mummynya. Dia selesa dengan kedudukan itu.

Tengku Zainab menggelengkan kepala.

"Macam mana tak muntah kalau perut tu tak diisi dulu. Tengok dah demam dah sekarang."

"Mummy..."

Tengku Zainab diam menanti apa yang anak lelakinya itu mahu katakan. Sengaja dia tidak mahu bertanya tentang keadaan Airaa. Dia pasti Tengku Ayie sedang tertekan. Tengok dari raut wajah lelaki itu pun dia sudah tahu.

"I miss her."

Tengku Zainab tersenyum nipis. Dia menunduk kepala memandang anaknya itu.

"Mummy tahu tapi kenapa Along tak jaga Airaa dekat sana?"

Tengku Ayie menggelengkan kepalanya. Dia tidak boleh menjaga Airaa di sana saat ada orang lain yang menjaga wanita itu.

"Tak boleh," jawab Tengku Ayie. Ya, memang tak boleh.

Tengku Zainab mengerutkan wajahnya. Kenapa pula tak boleh? Tengku Ayie suami kepada Airaa.

"Ada orang yang tak suruh Along."

"Siapa?"

Tengku Ayie menarik nafasnya saat teringat akan kata-kata Encik Aizhar. Nampaknya bapa mentuannya itu benar-benar tidak mahu dia beradi di situ.

"Papa," balasnya dengan sepatah. Disembamkan lagi wajahnya pada perut mummy. Air mata lelakinya hampir keluar.

"Mummy percayakan yang Along tak buat benda tu? Sumpah mummy, Along tak buat pun benda tu."

Tengku Ayie mengangkat wajahnya. Dipandang wajah seorang insan yang bergelar ibu kepada dirinya. Yang mungkin mengenali dirinya dari kecil sehinggalah sekarang. Mummynya akan percayakan dia.

Tengku Zainab mengangguk perlahan dengan senyuman manis tipis di bibir. Dipegang pipi Tengku Ayie.

"Mummy percayakan Along. Mummy pasti Along takkan buat benda macam tu. Mummy yang besarkan Along."

Dia percaya dengan anaknya itu. Dia memang kenal dengan sikap Tengku Ayie. Dia yang membesarkan lelaki itu dan pastinya dia faham tentang Tengku Ayie. Dia memang ibu tak guna kalau dia tidak percayakan anaknya sendiri. Jelas di mata anaknya itu sedang menahan sakit.

"Tapi kenapa Airaa tak percayakan Along, mummy. Airaa bencikan Along. Dia dah tak nak tengok muka Along, mummy."

Tengku Ayie mengalihkan pandangannya. Terasa hati dengan sikap Airaa yang tidak mahu mendengarkan penjelasan daripada dirinya. Bukannya susah, pasangkan saja telinga.

"Along tak boleh lemah macam ni. Along kena berusaha untuk bagi penjelasan kepada Airaa. Jelaskan yang Along tak bersalah. Bukannya macam ni. Balik rumah lepas tu terperap dalam bilik sampaikan tak makan. Kalau Along sakit, siapa nak jagakan Airaa?"

Tengku Ayie mendiamkan diri. Faham dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Zainab. Kalau dia sakit, bagaimana dia mahu menjaga Airaa?

"Along dah solat ke ni? Dah mandi?"

Tengku Ayie menggelengkan kepalanya. Dia bangun lalu bersilah di samping mummynya. Sempat wajahnya diraup.

"Dah pergi mandi lepas tu solat."

Tengku Ayie mengangguk perlahan namun masih belum berganjak dari tempatnya.

"Along rindu Airaa," ucap Tengku Ayie dengan sayu. Matanya memandang jari yang bermain antara satu sama lain.

"Sabarlah. Mummy doakan semoga terbuka hati Airaa untuk dengar penjelasan daripada Along."

Tengku Zainab menarik Tengku Ayie masuk ke dalam pelukkannya. Diusap perlahan belakang tubuh itu.

"Thanks, mummy."

Tengku Zainab hanya tersenyum. Sayu hatinya apabila melihat anaknya yang dilanda kesedihan itu. Sebagai seorang ibu, dia juga dapat merasakannya.

"Jangan putus asa."

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience