"ABANG..." panggil Airaa sekali lagi dengan menatap lelaki yang sedang memegang bahunya. Suaranya kedengaran menggigil lalu bibirnya diketap rapat.
Hanya lelaki itu yang dia harapkan untuk datang membantunya. Dia mahu lelaki yang bergelar suaminya datang membantu dia. Dia takut.
Lelaki itu mengangkat kepalanya. Pandangannya selari dengan pandangan mata Airaa. Dia melihat wajah yang sudah mengalirkan air mata itu. Memandang air mata yang mengalir itu membuatkan hatinya sakit. Betapa tidak berperikemanusiaan apa yang dilakukan oleh si pelaku itu.
"A... bang"
Airaa tersentak tatkala lelaki itu menyeka air matanya. Bibirnya menggigil. Pandangan mata itu dan sentuhan tangan itu mengingatkan dia dengan seseorang. Air matanya mengalir lagi dengan pantas. Bahunya mula terhinjut-hinjut dengan matanya yang dipejamkan.
Adakah itu mimpi atau realiti? Adakah suara hatinya didengar oleh Yang Maha Esa?
Tanpa sedar, dia sandarkan dahinya ke dada milik lelaki itu. Air matanya tidak berhenti mengalir bahkan menitik ke lantai simen itu. Lelaki itu memeluk dirinya lalu dia merasakan ada usapan di belakangnya.
Dengarkah lelaki itu tentang apa yang dia dan Aqilah katakan tadi? Kalau dengar, kenapa lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksinya tentang hal tadi? Allahu-Akbar, dia rasa berdosa sangat.
Setelah beberapa minit, lelaki itu menjauhkan diri. Sekali lagi air matanya diseka. Dia cuba untuk menghentikan air matanya daripada mengalir namun gagal. Tidak tahu mengapa air matanya begitu degil mahu mengalir.
"Dah, janganlah nangis. Kesian dekat baby dalam ni."
Tapak tangan lelaki itu mendarat di atas perutnya lalu diusap perlahan. Bayi di dalam perutnya menendang. Sepertinya bayi itu membalas usapan tersebut. Mungkin bayi itu tahu siapa yang berada di hadapannya.
Airaa tersedu-sedu menahan tangisannya sehinggakan dia terpaksa mengetap bibirnya. Biar air matanya itu berhentikan daripada mengalir.
"Sakit," adu Airaa dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya yang terikat. Sakit. Ketat betul tali itu diikat sehingga pergelangan tangannya menjadi merah dan meninggalkan kesan. Dia nak gerakkan pun sakit.
Dengan pantas tali yang terikat di tangan Airaa cuba untuk dibuka. Namun tidak berjaya. Ikatan itu terlalu ketat sehinggakan tidak boleh dibuka. Poket seluarnya disentuh untuk melihat jika dia ada membawa benda tajam ataupun tiada.
Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar lalu dikeluarkan sebilah pisau lipat yang kecil tetapi tajam. Berhati-hati dia memutuskan ikatan tersebut. Dia tidak mahu wanita itu terluka.
Tangannya beralih pada kedua kaki Airaa. Lagi menyayat hati apabila melihat kesan merah pada bahagian atas buku lali wanita itu. Ikatan itu dengan perlahan-lahan terputus.
Airaa memegang bawa perutnya seraya meluruskan kedua-dua kakinya. Dia mendesis kesakitan.
"Auw!"
Kedua-dua kakinya disentuh. Macam mana dia nak melarikan diri dari tempat itu nanti? Kakinya betul-betul sakit. Dia nak duduk bersila pun tak boleh. Akhirnya dia mengundur ke belakang. Bersandar pada dinding.
Dia mengangkat kepalanya memandang ke hadapan. Tidak menyedari yang lelaki itu sangat dekat dengan dirinya. Terkebil-kebil dia jadinya. Nafasnya juga menjadi sesak apabila dia dapat menghidu bauan wangi daripada lelaki itu.
Dia kenal wangian itu.
Nafas lega dihela. Rupanya lelaki itu membersihkan ruang di sebelahnya. Tubuh lelaki itu berada di hadapannya manakala tangan membuatkan kerja. Mungkin mahu duduk di sampingnya. Dia tenung lelaki itu dengan dalam. Jantungnya berdegup kencang.
Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya. Mahu membuka topeng muka yang menutupi muka itu. Tangannya menggigil saat lelaki itu juga menatapnya. Dia dibiarkan tanpa dihalang oleh lelaki itu. Entah kenapa hatinya penuh dengan harapan yang itu ialah suaminya.
Mata Airaa berkaca-kaca apabila sebelah tali mask lelaki itu dibuka. Dia kuatkan hati untuk terus membukanya. Tiba-tiba air matanya mengalir sekali lagi. Adakah hari itu juga berakhir dengan air mata?
Dia memegang pipi lelaki itu lalu merapatkan dahi mereka. Matanya dipejam rapat sebelum dia menangis teresak-esak.
'Terima kasih, ya Allah,' ucapnya dalam hati.
"Abang..."
"Airaa rindu abang. I miss you so much."
Tangannya naik memeluk leher Tengku Ayie. Terasa tenang bila dia tahu lelaki itu suaminya. Suami yang dia cintai dan kasihi. Tangisannya semakin kuat apabila lelaki itu mengucup dahinya.
Dia rasa berdosa sangat kerana telah menipu suaminya sendiri. Tapi dia buat semua itu bersebab.
"Dah, janganlah nangis macam ni. Abang akan selalu ada dengan sayang. Abang takkan jauh dari sayang."
Tengku Ayie mengusap kepala isterinya. Pada pandangannya, wanita itu jelas ketakutan. Bahkan dia cuba untuk meleraikan pelukan itu, Airaa menggeleng tanda tidak mahu.
Dia menunggu sehingga tangisan isterinya menjadi reda. Entah apa yang dilakukan oleh Aqilah semasa dia belum masuk ke tempat itu. Bibirnya diketap rapat. Lihat saja tadi ketika dia masuk, wanita itu sudah mengangkat tangan mahu menampar Airaa. Nasib baik dia masuk awal sedikit.
Pelukan dilepaskan. Air mata wanita itu diseka. Tidak tahu sudah berapa lama mata itu menangis. Tangan jatuh pada tepi bibir Airaa yang sudah membiru. Pasti Aqilah sudah naik tangan pada isterinya.
"Sakit," adu Airaa dengan mata terpejam tatkala Tengku Ayie menyentuh bibirnya.
"Sorry sayang."
Tengku Ayie menjatuhkan tangannya. Matanya sekali lagi menatap wajah Airaa. Apa salah Airaa sehingga Aqilah sanggup menculik isterinya itu? Kalau dia ada salah pada Aqilah, tak ada kena mengena pada Airaa.
Baginya, Airaa hanya mangsa keadaan.
"Abang datang sini dengan siapa?" soal Airaa. Tangannya menyentuh bawah perut apabila menerima tendangan daripada si kecil.
'Jangan takut baby, daddy ada dengan kita sekarang ni.'
Tengku Ayie sempat melihat ke arah pintu. Mereka harus keluar dari bilik itu sebelum Aqilah menyedari dirinya. Sebelum masuk tadi, dia sempat berlawan dengan seorang lelaki upahan wanita itu. Sekarang, lelaki itu sudah dia ikat.
"Abang datang dengan orang upahan abang. Sekarang ni, kita kena keluar sebelum Aqilah masuk. Sayang boleh bangun tak?"
Dia melihat keadaan isterinya.
"Kaki Airaa sakit tapi rasanya boleh jalan lagi. Kalau macam tu, jomlah kita keluar sekarang."
Airaa berura-ura mahu berdiri. Tangannya mencengkam bahu Tengku Ayie walaupun pergelangan tangannya sakit. Tapi dia boleh tahan lagi.
Tindakan Airaa itu membuatkan Tengku Ayie terus memegang pinggang isterinya. Risau jika wanita itu akan jatuh. Dengan tubuh yang tidak mempunyai banyak tenaga itu, boleh saja isterinya pengsan.
"Sayang..." tegurnya.
Kepala digelengkan apabila melihat wanita itu hanya tersengih-sengih. Dia buat orang risau, boleh pula tersengih-sengih.
Baru saja mereka mahu melangkah ke arah pintu, pintu itu sudah dibuka dari luar. Dia dan Airaa tersentak. Mereka sudah terlambat untuk melarikan diri.
Mereka melihat wanita itu bertepuk tangan dengan senyuman sinis di bibir. Wanita itu mendekatkan jarak di antara mereka.
"Well, tak sangka pula dalam bilik ni ada merpati dua sejoli."
**********
20 minit sebelum itu...
Aqilah mendengus dengan geram. Telefon yang berada di tangannya daripada tadi tidak berhenti berbunyi. Pintu bilik pejabat itu dibuka sebelum dia duduk di sofa.
Panggilan dijawab.
"You dekat mana, Aqilah Zulaikha?"
Suara Dato Darwin kedengaran keras pada telinga Aqilah.
"I dekat rumah kawan I. Kan I dah bagitahu you semalam. Takkan you dah lupa pula?"
Dia membuka topeng yang menutupi wajahnya. Boleh sesak nafas dia jadinya. Mana lagi dia semput semenjak mengandung ni.
"You jangan nak tipu I, ya. I dah pergi rumah kawan you, dia orang kata dari semalam you tak pergi rumah sana. You pergi mana sebenarnya ni?"
Aqilah mengetap rapat bibirnya. Rosaklah rancangannya kalau orang tua tu tahu. Argh, kau kena cari jalan Aqilah supaya orang tua tak sedar diri tu tak fikir bukan-bukan. Dia berdeham. Menghilangkan gemuruh dalam hati.
"Oh ya, I lupa nak bagitahu you. Memang I tak balik sana sebab I balik rumah aunty I. Adik mama. I'm sorry okey," kata Aqilah dengan nada yang dibuat-buat kasihan. Tubuhnya disandarkan lalu mata dipejam. Pelipisnya diurut.
Dia tersenyum sinis saat terdengar Dato Darwin menghela nafas. Harap-harap orang tua tu percaya dengan apa yang dia cakapkan itu. Nak bagitahu lokasi dia sekarang, memang taklah.
"Okey, kali ni I percayakan you. Once you buat lagi, I takkan teragak-agak nak kurung you dalam rumah. I do what I said."
"Thank you, husband sebab percayakan wife you ni. Hmmm, kalau dah habis, I nak matikan panggilan ni. Kepala I sakit sangat. I nak rehat dulu. Bye, husband."
Wajahnya memaparkan riak geli setelah berkata seperti itu. Heh, ingat dia ada masa ke nak cakap macam tu. Tunggulah kalau dia rasa nak mati baru dia nak cakap. Itupun kalaulah.
"Kenapa tak pergi hospital kalau sakit kepala? You nak I data..."
Belum sempat Dato Darwin menghabiskan bicaranya, Aqilah sudah mencelah. Habislah dia kalau orang tua tu datang.
"No, no. Tak perlu. Lagipun I dah makan ubat ni. Hish, you tahu tak you ganggu tidur I. Dahlah."
Panggilan tersebut dimatikan. Telefon dilemparkan pada tepi. Nafas dihela kasar. Seketika kemudian dia menggigit kukunya.
"Takkan Ayie tak tahu yang isteri dia aku dah culik? Lembab sangat lelaki tu nak bertindak."
Dia memandang ruangan di sekeliling. Dengan segera dia keluar lalu menghampiri seorang lelaki upahannya yang berbadan tegap. Lelaki itu sedang menjaga pintu di mana Airaa berada.
"Tunjukkan tangan kanan kau," arahnya dengan wajah yang ketat. Dia mahu memastikan sesuatu. Tangan lelaki itu dilihat.
Tiada sebarang perhiasan yang lelaki itu pakai. Cincin pun tidak ada. Ini kerana memang arahannya. Dia tidak mahu bukti-bukti seperti itu akan membuatkan rancangannya gagal.
Aqilah mendiamkan diri. Dia teringat akan lelaki upahannya tadi. Sewaktu lelaki itu menghulurkan telefonnya, dia perasan ada cincin yang tersarung di jari itu.
Kakinya mengatur semula ke pejabat kerana dia ingin mengambil telefon miliknya. Tiba-tiba dia perasan ada kain di bahagian tingkap pejabat itu. Dia menghampiri.
Kain itu dipegang lalu ditarik. Membulat matanya saat melihat orang upahannya yang sudah diikat kemas menggunakan kain tersebut. Giginya diketap rapat menunjukkan dia berasa geram. Boleh-bolehnya dia tidak perasan tentang itu.
END FLASHBACK
Aqilah tersenyum sinis. Sekarang dia sudah nampak dengan kedua belah matanya. Licik betul lelaki yang bernama Tengku Ayie Idlan. Tapi dia terfikir apalah yang kakaknya suka akan lelaki itu.
Tengku Ayie menyembunyikan Airaa di belakang tubuhnya. Kalau Aqilah mahu menyentuh wanita itu, langkah mayatnya dulu. Berhadapan dengan dirinya sebelum mahu menyakiti isterinya. Biar mereka tahu langit itu tinggi ataupun tidak. Tiada sesiapa yang boleh menyentuh Airaa. Hatta, debu yang melekat pada kasut wanita itu. Tidak dia izinkan.
"Lepaskan kita orang," kata Tengku Ayie dengan mendatar. Matanya tajam memandang wajah Aqilah. Kalau negara Malaysia tidak mempunyai undang-undang, pastinya manusia yang bertopengkan syaitan dia bunuh.
Wanita di hadapannya itu berdecit kuat. Mata dipejamkan lalu digelengkan perlahan.
"Terlalu cepat untuk aku lepaskan kau. Tapi kalau kau nak isteri kau dilepaskan boleh, aku akan lepaskan dia dengan cara lesapkan dia dari muka bumi ni," ujar Aqilah dengan tawa yang sinis. Dia bagaikan telah dirasuk syaitan.
Airaa yang memegang sisi baju suaminya itu semakin menggigil. Lagi-lagi bila mendengar bait-bait bicara Aqilah. Dia pejamkan mata.
Tengku Ayie mengetap rapat giginya sehinggakan berbunyi. Dapat dia rasakan tubuh Airaa yang menggigil dan pastinya wanita itu dalam ketakutan.
"Oh ya sebelum tu, aku nak kau tahu sesuatu. Sebenarnya perkahwinan kau orang adalah salah satu rancangan aku. Dan kau Tengku Ayie, sepatutnya berterima kasih dekat aku."
Aqilah peluk tubuhnya dengan senyuman yang menjengkelkan.
Tengku Ayie menundukkan wajahnya. Dia berfikir. Apa maksud wanita itu? Perkahwinan mereka telah dirancang? Wajahnya diangkat apabila dia dapat menangkap bicara wanita itu.
"Kau upah orang kam untuk tangkap gambar kami!"
FLASHBACK
"Nah, aku nak kau sembur perfume ni dekat pakaian kau. Lepas tu kau tunggu dekat lif tingkap empat. Kalau kau nampak dalam lif tu ada lelaki dan perempuan, kau masuk. Gambar dia orang nanti aku send dekat kau," arah Aqilah kepada seorang lelaki yang berbadan tegap itu.
Lelaki itu mengangguk kepala. Dia lakukan arahan wanita itu kerana dia terdesak mahukan wang. Memang itu kerja yang senang, apa salahnya kalau dia mahu buat.
"Lagi satu, tangkap gambar dia orang yang seolah-olah terlihat mesra. Dan hantar gambar tersebut kepada nombor telefon yang aku dah bagi. Faham?"
"Faham," jawab lelaki itu dengan sepatah. Maka bermula malam itu, di mana Tengku Ayie dan Airaa ditangkap basah oleh Airil.
END FLASHBACK
"Habis ceritaaa. Pandai tak aku merancang?" soal Aqilah dengan di hujung suaranya, dia ketawa besar. Puas hati kerana dapat menceritakan hal itu.
Air mata Airaa sudah mengalir. Tidak menyangka Aqilah yang merancang semua itu. Tangan menekup mulut supaya tidak mengeluarkan bunyi.
Tengku Ayie mengepal tangannya membentuk penumbuk. Jadi gambar itu yang membuatkan semua orang salah faham dengan dia dan Airaa. Airil pernah tunjukkan gambar itu kepada dia setelah berkahwin dengan isterinya.
"Apa yang sebenarnya kau nak, hah?"
Pertanyaan Tengku Ayie dibalas dengan bibir yang dicebikkan.
"Easy, sebab aku nak balas dendam..."
Semakin mendidih api kemarahan Tengku Ayie. Kalau berdendam dengan dia, tak perlu kaitan isterinya.
"Kau berdendam dengan aku, lepaskannya pada aku. Airaa tak ada kena mengena dengan dendam ni!" bentak Tengku Ayie yang jelas tercabar dengan sikap wanita psycho itu.
Hujung bibir Aqilah ternaik, membuatkan senyuman nampak seperti joker.
"Siapa kata dia tak ada kena mengena? Kau dan dia yang buat aku jadi macam ni. Kau ingat balik Airaa atas apa yang kau buat dekat aku?"
Tengku Ayie memegang tangan Airaa saat melihat tatapan Aqilah terarah pada isterinya.
"Abang, Airaa tak ada buat apa pun dekat dia."
"Tipu, kau jangan nak tipu aku lah Airaa. Kau dengan abang kau dah bunuh kucing kesayangan arwah mama aku!"
Anak mata Aqilah menatap tajam tubuh Airaa yang berselindung di belakang tubuh Tengku Ayie. Dadanya berombak kencang. Dia ingat lagi peristiwa itu. Betapa hancur hatinya melihat kucing kesayangan arwah mamanya mati. Padahal ia adalah satu-satunya pemberian arwah mamanya yang dia ada pada ketika itu.
Airaa menggeleng menafikannya. Tak! Bukan dia dengan abangnya yang bunuh. Kucing itu berhenti di hadapan kereta mereka dalam keadaan berdarah-darah. Dan dia pasti, kucing itu telah dipukul. Jadi, dia dan Airil menghantar kucing itu bersebelahan dengan tong sampah.
"Abang, Airaa tak buat semua tu. Airaa dengan Abang Airil cuma tolong kucing tu je..."
Belum sempat Airaa ingin menghabiskan bicaranya, Aqilah menarik sesuatu dari belakang badannya. Hujung pistol dihalahkan ke perut wanita itu.
"Kau jangan nak berlagak naif sangatlah! Aku tahu kau yang bunuh kucing tu!"
Tengku Ayie pantas menyembunyikan Airaa di belakang tubuhnya. Akhirnya Tengku Ayie bersuara dengan lembut.
"Aqilah, tolong... Aku minta sangat kau letakkan pistol tu di bawah. Please, oeky," rayu Tengku Ayie. Dia tidak mahu wanita itu akan melepaskan tembakan kepada isterinya. Dalam keadaan Aqilah yang begitu beremosi, bila-bila masa saja picu pistol itu akan ditekan.
Aqilah tertawa dengan kuat sebelum dua ulas bibirnya terukir senyuman sinis. Wajah Tengku Ayie direnung.
"Tengku Ayie yang sombong, berlagak, kaya dan tamak ini merayu? How so sweet of you, darling! Tapi semuanya dah terlambat."
Ketika itu muncul di muka pintu seorang lelaki yang berbadan tegap menghampiri Aqilah lalu menunduk kepala.
"Aku nak kau ambil perempuan tu. Bawa dia ke bilik sebelah," arah Aqilah. Dia tersenyum senget.
Lelaki itu mengangguk kepalanya lalu mendekati pasangan itu. Baru saja dia mahu memegang lengan Airaa, tangannya ditahan oleh Tengku Ayie. Airaa yang melihat itu berasa ketakutan.
"Kau nak buat apa?" tanya Tengku Ayie dengan dingin. Wajah lelaki itu dijeling sekilas.
Tajam dia memandang lelaki yang sedang menahan tangannya sebelum dia tepis dengan kasar.
"Bukan urusan kau."
Sekali lagi lelaki itu ingin memegang tangan Airaa, Tengku Ayie terus bertindak menarik kolar baju lelaki itu.
"Bukan urusan aku tapi dia isteri aku, bodoh!"
Buk!
Tengku Ayie melayang penumbuk sulungnya sehingga lelaki itu tersungkur ke lantai. Tidak sempat lelaki itu ingin berdiri, Tengku Ayie menarik semula kolar baju itu.
"Kau tak ada hak nak sentuh isteri aku!"
Buk!
"Jangankan sentuh, pandang dia pun kau tak ada hak!"
Buk!
"Kalau kau nak, langkah mayat aku dulu!
Buk!
Airaa menekup mulutnya. Tidak percaya suaminya akan menjadi seperti itu. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang dengan memegang bahagian bawah perut.
Nafas Tengku Ayie mula tercungap-cungap. Dadanya berombak dengan laju. Beberapa helai rambutnya yang terjuntai di dahi diraup ke belakang. Dilihat darah yang mengalir dari bibir lelaki itu. Baru puas hatinya!
Lelaki itu ditarik agar berdiri dengannya. Kolar baju lelaki itu dipegang. Baru saja dia mahu memberi tumbukan, kedengaran kata-kata Aqilah yang membuatkan tingkahnya terhenti.
"Kakak aku gila disebabkan kau!"
Hujung pistol dihalahkan ke arah Tengku Ayie. Matanya membulat sebelum berkaca-kaca. Nafasnya turun naik apabila mengingati keadaan kakaknya, Atirah Zalikha.
Tengku Ayie cuba untuk menghadam apa yang disampaikan oleh Aqilah. Zalikha gila sebab dia? Nonsense!
"Kakak aku jadi gila lepas sehari kau putuskan hubungan dia. Dia kata kau penyebab dia jadi gila!"
Perlahan-lahan air mata Aqilah mengalir. Terasa dirinya gagal menjadi seorang adik. Dia tidak dapat menjaga satu-satunya kakak yang dia ada selepas mama dan papanya meninggalkan dia. Cukuplah sewaktu dulu dia bodoh untuk tidak bertindak. Kini, dia tidak akan lepaskan penyebab kakaknya menjadi gila.
"Tiga tahun aku kehilangan orang yang aku sayang! Dan kau nak tahu kenapa abang kau hilang masa tiga tahun yang lalu? Aku nak kau rasa macam mana kehilangan orang yang tersayang! Bagi aku, manusia yang macam kau ni tak patut hidup dalam muka bumi!" Sambung Aqilah lagi. Dia menarik nafasnya dalam. Senyuman lebar terlakar di bibirnya.
'Akak, Qilah akan buat manusia ni melutut pada akak. Dia akan melutut, merayu memohon maaf dan mengaku silapnya. Itu janji Qilah, akak.'
"Abang!"
Buk!
Tengku Ayie yang masih menghadam kata-kata Aqilah itu tersentak sebelum terjatuh ke lantai. Tepi bibirnya diusap. Wajah lelaki upahan itu dipandang.
Belum sempat dia berdiri, lelaki itu menarik kolar bajunya lalu menumbuk pipi kanannya. Terteleng kepalanya ke kiri. Dia tiada peluang untuk membalas kerana lelaki itu menumbuk perutnya. Badannya tertunduk ke bawah seperti rukuk.
Semakin kuat tangisan Airaa melihat suaminya diperlakukan seperti itu. Dia menggigil. Dalam hatinya berdoa agar Allah memghadirkan bantuan kepada mereka. Tidak sanggup dia melihat suaminya seperti itu.
Lelaki itu memukul belakang badan Tengku Ayie menyebabkan Tengku Ayie tertiarap di lantai. Tengku Ayie mengerang kesakitan. Terasa tulang belakangnya mahu patah.
Lelaki upahan itu menterbalikkan tubuh Tengku Ayie. Dia tersenyum sinis melihat wajah yang sudah habis dia belasah itu. Kedua tangannya mencekik leher Tengku Ayie.
Dengan tenaga yang Tengku Ayie ada, dia cuba untuk meleraikan tangan itu. Dia sudah mahu kehabisan nafas. Tangannya meraba-raba kawasan sekelilingnya. Wajahnya berubah menjadi pucat. Dia terpegang sebuah kayu yang pendek tapi tebal.
Tanpa membuang masa, Tengku Ayie menghayun kayu tersebut dengan sekuat tenaga yang dia ada.
Buk!
Tubuh yang tegap itu terjatuh di sampingnya. Dadanya berombak kencang menyedut udara. Tengku Ayie menolak tubuh lelaki itu kerana dia yakin lelaki itu sudah pengsan. Badan lelaki itu tidaklah berat. Dia bangun seraya mengusap lehernya. Dapat dia rasakan lehernya menjadi merah.
"Abang..."
Panggilan daripada Airaa membuatkan dia menoleh. Boleh pula dia lupa akan keberadaan wanita itu. Perlahan-lahan dia bangkit. Tubuhnya membongkok sedikit ke bawah. Dengan berhati-hati dia mendekati isterinya. Tidak betah dia melihat air mata yang mengalir di pipi itu.
Airaa tersenyum tipis dalam tangisannya. Namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Matanya membulat melihat Aqilah yang sedang menghalakan hujung pistolnya ke arah Tengku Ayie.
"Abang!" Jarinya menunjukkan ke arah belakang lelaki itu.
"Jangan bergerak! Turunkan senjata anda ke bawah! Kawasan ini telah dikepung!"
Tengku Ayie mengerutkan wajahnya sebelum berpusing ke belakang.
Bang!
Aqilah melepaskan tembakan ke arah Tengku Ayie akibat terkejut mendengar arahan daripada pihak polis. Melihat Tengku Ayie yang rebah ke lantai itu membuatkan dia menggigil. Lantas, tangannya naik menutup telinga.
"Tak... tak. Aku tak bunuh dia. Tak! Aku tak bunuh dia!" jerit Aqilah.
Perlahan-lahan Airaa mendekati tubuh suaminya. Air matanya usah dikata. Laju mengalir ke pipi. Dia duduk dengan berhati-hati lalu memangku kepala Tengku Ayie walaupun kakinya terasa sangat sakit.
"Abang..."
"Ergh!" erang Tengku Ayie sambil menekup dadanya. Dahinya berkerut menahan kesakitan.
Dengan pantas, pihak polis menyerbu bilik tersebut. Masing-masing dengan senjata di tangan. Pistol dihalakan ke arah Aqilah.
Di saat itu juga, Airil dan Tengku Akimi masuk ke dalam. Mata mereka terus terarah pada Airaa dang Tengku Ayie.
"Abang, tahan ya. Airaa ada dekat dengan abang. Tahan ya."
Airaa memberi semangat buat suaminya. Rambut lelaki itu diusap perlahan. Dia tidak tahan melihat penderitaan lelaki itu. Dia mula menyalahkan diri sendiri.
'Kau bodoh, Airaa! Semua berpunca daripada kau sendiri! Kalau kau tak keluar kelmarin, benda ni takkan jadi!' marahnya dalam hati kepada diri sendiri.
Dia menyentuh tangan Tengku Ayie yang menekup dada sendiri. Membiarkan tangan diwarni oleh dara suaminya sendiri. Dia menggelengkan kepalanya saat matanya bertaut dengan mata Tengku Ayie.
"Jangan tinggalkan Airaa, abang," pinta Airaa.
Dia melihat lelaki itu menggelengkan kepala dengan senyuman yang tipis. Atau lebih tepat lagi, senyuman dalam kesakitan. Semakin kuat tangisannya apabila mata lelaki itu mahu tertutup.
"No, abang. No! Jangan tutup mata!"
Tengku Akimi duduk di tepi badan adiknya itu. Perlahan-lahan dia menepuk pipi lelaki itu.
"Ayie... Ayie..."
Kepala Airaa semakin memberat. Pandangannya menjadi kabur. Dia melihat abangnya yang sedang mendekat sebelum pandangannya bertukar menjadi gelap.
TBC
Sedikit teaser bab 66
"Abang jangan risau sebab abang selalu ada dekat hati Airaa..."
"Airaa sayang abang dunia dan akhirat..."
"Airaa harap abang akan tenang..."
Maaf sebab lambat update. Dlm bab ni bnyak flashback...yaa
Share this novel