DUA minggu kemudian...
"Malam ni, aku bagi kau jaga Airaa sebab malam ni turn aku. Tapi awal pagi esok, kau kena balik awal. Papa akan jaga Airaa masa tu," kata Airil kepada Tengku Ayie. Mereka sekarang berada di depan pintu wad Airaa.
Tengku Ayie sekadar mengangguk. Dia faham kenapa Airil menyuruhnya balik awal pada esok pagi. Ini disebabkan dia tidak dibenarkan oleh Encik Aizhar untuk menjaga isterinya itu. Sedih bila bapa mentuanya tidak mengizinkan dia.
Namun dia bernasib baik apabila Airil mengizinkan dirinya untuk menjaga Airaa. Hati berasa gembira. Tidak sangka abang iparnya akan bersikap seperti itu.
"Terima kasih, abang," ucap Tengku Ayie dengan senyuman yang tidak lekang dari dua ulas bibirnya.
Airil mengangguk kepala. Jam di pergelangan tangannya dipandang. Dia sudah mahu balik ke rumah. Pasti Hanis sedang menunggu.
"Dah, pergilah masuk sana. Aku balik dulu."
Tengku Ayie dengan laju mengangguk kepalanya. Dia memandang langkah Airil yang semakin menjauh. Senyumannya masih belum pudar. Pandangan dialihkan ke pintu wad tersebut.
Ini kali pertama dia akan menjaga Airaa. Sedar tak sedar, isterinya itu masih belum sedarkan diri. Wanita itu ditempatkan di dalam wad sendirian di atas arahan Encik Aizhar. Lelaki itu mahu Airaa berasa selesa tanpa perlu memakai tudung.
Tangannya naik memulas tombol pintu tersebut. Berdebar-debar rasanya mahu melihat keadaan want itu selepas dua minggu. Bagaimana manalah keadaan wanita itu?
Buka saja pintu, pandangan matanya dihiasi dengan seorang wanita yang baring di atas katil. Kepala dan lengan kanan wanita itu dibalut dengan kain.
Airil mengatakan yang Airaa sudah tidak mengenakan topeng oksigen. Itu cukup membuatkan hatinya sedikit lega walaupun wanita itu belum sedarkan diri.
Perlahan-lahan kaki dibawa merapati katil hospital tersebut.
"Assalamualaikum, sayang," tutur Tengku Ayie seraya mengucup pipi isterinya. Rambut halus milik wanita itu diusap.
Hatinya seakan sakit melihat Airaa seperti itu. Kalau bukan disebabkan kejadian itu, pasti keadaan Airaa tidak seperti di hadapannya itu.
'Stop, Ayie. Berhenti salahkan diri sendiri. Ini mungkin takdir Allah untuk kau orang berdua,' pesannya kepada diri sendiri. Setiap kali solat, dia tidak akan pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT agar dia reda dengan apa yang telah terjadi.
Bibir diketap rapat.
"Sayang, abang datang ni. Sayang bangunlah."
Kata Tengku Sofea, orang koma dapat mendengar apa yang dikatakan oleh orang di sekelilingnya. Jadi, mereka perlu berbicara kepada Airaa dan disarankan juga untuk memberikan kata-kata semangat buat wanita itu. Manalah tahu keajaiban boleh berlaku. Semuanya terletak di tangan tuhan.
Punggung dilabuhkan pada kerusi yang terletak di sebelah kiri katil. Tangan Airaa dipegang sebelum diusap perlahan. Kemudian, dibawa tangan itu ke bibirnya lalu dikucup. Tangan tersebut sungguhlah wangi.
Dia menongkatkan dagunya dengan sebelah tangannya di atas katil hospital tersebut. Matanya memerhati wajah wanita itu tanpa sedar bibirnya tersenyum.
Sebelah tangannya naik mengusap mata Airaa. Dan sebelah lagi masih menongkat dagunya.
"Abang suka mata sayang. Mata yang selalu pandang abang dengan panahan cinta."
Tangan Tengku Ayie bergerak ke hidung Airaa. Diusap perlahan pucuk hidung itu.
"Ni pun abang suka. Hidung yang selalu sayang geselkan dekat pipi abang waktu abang masih tidur."
Kini, tangannya beralih pula pada pipi Airaa.
"Pipi ni makin tembam. My favourite place. I don't know why but I loved it."
Terakhir, tangannya jatuh mengusap dua ulas bibir yang pucat itu.
"Okey, yang ni special sikit."
Tengku Ayie tersenyum penuh makna.
"Bibir yang selalu cium abang bila abang tak nak bangun subuh. Your lips so naughty, sayang."
Tengku Ayie menggeleng kepalanya apabila mengingatkan kejadian tersebut. Dia rasa dia obses. Obses dengan wanita yang bergelar isterinya itu. Sehari tidak berjumpa membuatkan dia makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Dia sudah angau.
Dipandang wajah pucat Airaa itu. Sempat juga jam di tangan dikerling. Sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia mahu menghabiskan detik-detik tersebut untuk menemani isterinya.
"Sayang tahu tak yang abang tinggal dekat rumah mummy. Abang bosanlah duduk rumah kita tanpa sayang. Abang bosan sangat," adu Tengku Ayie kepada isterinya. Pada pandangan matanya, Airaa nampak seperti tidur sedangkan wanita itu koma. Jarinya mengusap kening Airaa dengan senyuman manis di bibir.
"Abang solat sendiri, bercakap sendiri dan makan pun sendiri. Arin ada tapi dia duduk dalam bilik je. Dia masih marahkan abang."
Dia menarik nafas sebelum dihembuskan.
"Papa pun sama. Dia marahkan abang sebab abang tak jaga sayang dengan baik. Abang lalai dalam memegang amanah dari papa."
Tengku Ayie baringkan kepalanya pada katil. Tangan Airaa diletakkan di kepalanya seolah-olah tangan itu akan mengusap rambutnya seperti dulu. Matanya tekun memerhati seluruh wajah Airaa.
"I love you."
Tiga patah perkataan itu membuatkan Tengku Ayie tersenyum lebih lebar. Jantungnya berdegup kencang seperti mula-mula dia dan Airaa bercinta.
"You know what, abang dah lama suka dekat sayang. Lagi-lagi bila sayang berusaha untuk dapatkan hati abang. Tapi itulah, abang ego. Lelaki kan..."
Sempat lagi dia menyindir dengan diri sendiri. Dia, lelaki yang penuh ego. Ego yang disebabkan kisah silamnya, di mana dia telah dikhianati. Lelaki, bila mereka dikhianati lalu ditinggalkan, selamanya kisah dahulu dihapuskan dari kotak fikiran. Mengapa masih mahu mengingatkan kisah yang menyakitkan?
"Bila sayang dah berjaya, abang hanya nampak sayang. Tiada wanita lain. Tapi sekarang, mungkin sayang dah tutup hati dan jiwa sayang. Sayang mungkin dah bencikan abang."
Air matanya mengalir. Bukan niatnya mahu menangis di hadapan isterinya tapi dia kecewa dengan diri sendiri. Kecewa kerana telah menyakitkan perasaan isterinya. Melihat tiada respon daripada wanita itu apabila dia berbicara, membuatkan hatinya sebak.
Tengku Ayie ketawa kecil. Air matanya diseka.
"Apalah, abang ni. Abang sepatutnya bagi kata-kata semangat untuk Airaa bangun. Tapi abang pula menangis."
Kepala digelengkan. Dia bangun sebelum mengucup dahi Airaa disebalik kain yang membaluti kepala wanita itu. Lama dia mengucup dengan mata yang terpejam. Dua minggu dia tidak bertemu dengan isterinya. Dia rindu dengan wanita itu.
"Okey. Sekarang ni, kita tak perlu cakap tentang semua tu. Abang nak tengok muka sayang yang cantik ni bila tidur."
Kening wanita itu diusap lembut. Dia kembali duduk.
I miss her
And
I love her
Forever.
Tengku Ayie tersenyum apabila mendengar bisikan hatinya itu. Dia mula rasa mengantuk sebelum kepala dibaringkan di atas katil. Tangan Airaa diletakkan di kepalanya. Berharap wanita itu akan mengusap rambutnya seperti selalu. Mata dipejam.
Terasa usapan pada rambutnya. Dia tersenyum dengan mata dipejamkan. Dia angaukan isterinya. Akhirnya, dia terlena dek kerana usapan dari halusinasinya itu.
**********
STRAW dimainkan seraya termenung. Sesekali pelipisnya dipicit. Sepupunya yang berada di hadapan tidak dipandang.
"Kau okey?"
Anggukan diberi sebagai jawapan.
"Kau tidur mana semalam? Aku call pun, kau tak jawab," tanya sepupunya lagi.
Nafas panjang dihela sebelum tangannya berhenti bermain dengan straw.
"Aku jaga Airaa semalam. Telefon aku habis bateri," jawab Tengku Ayie. Matanya merenung ke luar melihat orang lalu lalang. Badan disandarkan pada kerusi.
Tengku Iskandar menganggukkan kepala. Gelas di hadapannya diminum. Matanya kembali memandang Tengku Ayie. Jatuh kasihan dia melihat lelaki itu.
"So, macam mana keadaan isteri kau? Dah okey?"
"Alhamdulillah, dia dah tak pakai topeng oksigen. Tapi tak tahu lagi bila dia akan sedar."
Tengku Ayie tersenyum nipis. Dia ingatkan bila wanita itu sudah tidak memerlukan topeng oksigen, Airaa akan bangun. Rupanya, tidak.
Terasa sisi bahunya ditepuk perlahan, dia mengangkat wajahnya.
"Insya-Allah, kau berdoa je supaya Airaa cepat sedar dari koma. Allah akan bantu hamba-Nya yang susah."
Tengku Ayie sekadar mengangguk kepala. Siang malam dia berdoa kepada Allah agar mereka dalam lindungan-Nya. Berdoa agar Airaa akan segera sembuh.
"Ni, hubungan kau dengan Pak Cik Aizhar macam mana? Dah okey?"
Gelas kembali diteguk. Mereka hanya memesan minuman walaupun waktu itu waktu makan tengah hari. Disebabkan tiada teman, dia ajaklah sepupunya itu lunch. Amira, tunangnya itu berada di hospital untuk melawat Airaa.
Sekali lagi Tengku Ayie mengurut pelipisnya. Itu satu lagi masalah. Dia sudah cuba untuk menjelaskan kepada bapa mentuanya itu namun tiada dapat. Encik Aizhar selalu mengelak daripada dirinya.
"Macam itulah, Is. Selalu mengelak daripada berjumpa dengan aku. Aku nak slow talk dengan dia. Nak jelaskan perkara sebenar. Tapi itulah, dia tak nak. Nak buat macam mana?" tanya Tengku Ayie kepada Tengku Iskandar. Masih dia ingat lagi jelingan tajam yang diberikan oleh Encik Aizhar.
"Aku tak fahamlah. Kenapa susah sangat orang nak percaya cakap aku? Nasib baiklah Airil, mama, mummy dan daddy aku faham."
Tangan dibawa memeluk tubuh lalu bersandar di kerusi. Mereka mendiamkan diri seketika. Memberikan ruang kepada diri masing-masing untuk berfikir seketika.
"Oh, ya. Aku dah lama tak nampak Aqilah. Takkan dah berhenti?" soal Tengku Iskandar dengan wajah yang dikerutkan. Sudah lama dia tidak mendengar khabar wanita itu selepas kejadian di hotel. Entah masih hidup ataupun sudah mati.
Tengku Ayie mengangkat bahu sebelum dagunya diusap seperti sedang berfikir.
"Kau ingat tak apa yang jadi dekat hotel itu? Selepas aku pergi tandas."
Tengku Ayie mengerutkan dahi. Kepala digelengkan.
"Entah, aku tak dapat ingat balik apa yang jadi selepas kau pergi tandas."
Tengku Iskandar mengetuk-mengetuk meja tersebut. Mata diliarkan di seluruh ruangan kafe itu. Memang begitulah sikapnya ketika dia sedang berfikir.
"Aku rasakan apa yang berlaku dekat hotel tu berpunca daripada Aqilah. Dia perangkap kau."
Tengku Iskandar membuat andaiannya sendiri. Matanya kembali berpaut dengan mata Tengku Ayie.
Tengku Ayie menggelengkan kepalanya lalu menunduk.
"Aku rasa tak. Yalah, bila dia dah sedar, dia macam tak tahu apa-apa. Dia pun terkejut tengok kita semua. Dan kalau dia yang rancang semua tu, kenapa dia tak mesej aku, suruh aku bertanggungjawab."
Tengku Iskandar membulatkan matanya. Tengku Ayie cuba membela wanita yang sudah menghancurkan rumah tangganya. What...
"Weh Ayie, kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Perempuan tu dah hancurkan rumah tangga kau lah."
Baru saja Tengku Ayie mahu membalas, dia kembali berbicara.
"Okey, fine. Tapi boleh jadi juga semua tu perangkap dia. Kalau dia tak rancang semua tu, dia akan minta kau untuk bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat. Tapi disebabkan dia yang rancang semua ni, dia tak nak kau bertanggungjawab tapi dia nak sesuatu," jelas Tengku Iskandar. Straw disedut sehingga air di dalamnya habis.
Tengku Ayie memdiamkan diri. Betulkah semua itu dirancang oleh Aqilah? Tak mungkin. Dia kenal wanita itu macam mana. Kalau Aqilah mahu perangkap dia, kenapa mesti hari itu? Kenapa tidak sewaktu dia dan wanita itu bertemu buat pertama kali?
"Abang kau ada balik?" tanya Tengku Iskandar secara tiba-tiba.
Pertanyaan itu membuatkan Tengku Ayie tersentak. Fikirannya tentang Aqilah automatik lesap. Kedudukan pada kerusi dibetulkan.
"Tak ada. Kenapa kau tanya?"
"Bila last dia balik rumah mummy kau?"
Tengku Ayie memandang pelik sepupunya itu. Namun dijawab juga soalan itu.
"Dah dua minggu begitu dia tak balik."
"Dia pergi mana?"
Lagilah berkerut dahi Tengku Ayie. Tiba-tiba pula lelaki itu mahu bertanya tentang abang angkatnya.
"Dia balik kampung Mak Tok."
Tengku Iskandar mengangguk kepala. Tangannya mula mengetuk meja. Dagunya diusap perlahan.
"Kenapa kau tanya pasal dia?"
Baru saja Tengku Iskandar mahu membalas, bunyi telefon bimbit milik Tengku Ayie berbunyi. Matanya hanya memandang lelaki itu.
"..."
"Waalaikumsalam, ya abang."
"..."
"Hah, Airaa dah sedar?"
Tengku Ayie memandang wajah Tengku Iskandar. Lelaki itu juga nampak terkejut seperti dirinya.
"Oh, okey-okey. Ayie datang sekarang."
Talian diputuskan. Dipandang wajah Tengku Iskandar yang berada di hadapannya itu dengan senyuman lebar.
"Alhamdulillah, Is. Isteri aku dah sedar dah. Aku gerak dulu."
Selepas berjabat salam dengan sepupunya, dia melangkah keluar dari kafe tersebut.
Tengku Iskandar hanya memandang figura Tengku Ayie sebelum hilang dari penglihatannya. Dia mengeluh nafas panjang.
'Aqilah and Akimi... weird.'
Tengku Iskandar meletakkan sekeping not rm50 sebelum beredar dari kafe tersebut. Dia rasa dia ada satu kerja yang perlu diuruskan.
TBC
Share this novel