"WAALAIKUMUSSALAM, Ayie. Masuklah."
Encik Aizhar mendekati pintu utama dengan segaris senyuman di bibir. Rupanya anak menantunya sudah sampai. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Tengku Ayie.
"Airaa, ajaklah suami tu masuk." Tambahnya Encik Aizhar lagi. Dia melihat Airaa yang masih kaku berdiri. Pantas saja dia menepuk bahu anak perempuannya itu dengan perlahan.
"Ya, pa," sahut Airaa dengan terpinga-pinga.
Tidak tahu sejak bila papanya berada di sampingnya. Mungkin disebabkan dia ralit memerhati wajah suaminya itu.
"Termenung pula. Kalau ya pun rindu dekat suami, bawalah masuk. Takkan nak melepaskan rindu dekat sini pula." Encik Aizhar menggelengkan kepala sambil tergelak dengan perlahan. Tercuit hatinya melihat Airaa yang tidak puas hati itu. Dia mengatur langkah ke luar rumah.
Airaa mencebikkan bibirnya. Mana ada rindu! Kalau rindu pun, sikit je. Tak banyak sebab ada banyak gambar Encik Suami dalam telefon. Jadi, kalau rindu, tengok jelah.
"Masuklah." Airaa memberikan ruang untuk Tengku Ayie masuk. Dia memejam mata seraya menggelengkan kepala. Tak pasal-pasal dirinya yang dapat malu.
Tengku Ayie mengangguk seraya tersenyum melihat isterinya. Hatinya berdengup dengan kencang saat menatap wajah gadis itu. Sungguh dia rindukan Airaa. Dua minggu tanpa gadis itu membuatkan rumah mereka menjadi sunyi. Benarlah kata orang, isteri itu penyeri rumah. Tanpai isteri, sunyilah rumah.
Tengku Ayie mengambil tempat di atas sofa. Airaa? Gadis itu sudah menuju ke dapur. Ruang tamu diperhati. Hampir semua ruang di situ dipenuhi dengan barang hantaran dan bunga telur. Bibirnya mengorak senyuman nipis. Alangkah bagusnya jika perkahwinannya dan Airaa seperti itu.
Tengku Ayie mengeluh dengan perlahan. Semasa perkahwinan mereka, dia tidak mengambil berat pun semua itu. Hantaran kahwin pun apa yang wajib saja. Nasiblah Airaa tidak seperti gadis lain yang mempunyai keinginan yang tinggi.
"Eh, bila Ayie datang?" soal Puan Zahra. Dia berhenti di belakang sofa. Di tangannya terdapat plastik sampah yang ingin dibuang.
Tengku Ayie menoleh ke belakang memandang mak mentuanya. Dia segera berdiri dan menyalam tangan wanita itu.
"Baru je tadi, ma. Masa papa telefon tu, Ayie dalam perjalanan datang sini. Maaflah kalau Ayie tak datang lawat Airaa dalam dua minggu ni. Banyak sangat kerja dekat pejabat."
Puan Zahra mengangguk kepala. Faham dengan pekerjaan Tengku Ayie sebagai peguam.
"Ayie dah makan? Kalau belum lagi, pergilah masuk dapur. Rasanya Airaa ada dekat sana." Puan Zahra memerhati kawasan dapur. Terlihat Airaa yang sedang mencuci pinggan.
'Suami ada dekat sini, dia pula sibuk buat kerja dekat dapur.' bisik hati Puan Zahra.
"Airaa, suami Airaa datang ni. Ajaklah dia makan." Tidak sempat dihalang oleh Tengku Ayie, Puan Zahra sudah memanggil Airaa.
Airaa datang menghampiri mamanya yang sudah bercekak pinggang. Tangannya dilap pada sehelai kain yang di bawah dari dapur.
"Ya, ada apa mama panggil Airaa ni? Airaa tengah basuh pinggan dengan mangkuk tu." Airaa menunjukkan telunjuk ke singki yang penuh dengan segala pinggan mangkuk yang belum bercuci.
"Ni suami, kenapa tak layan? Pergi, ajak Ayie masuk dapur," arah Puan Zahra kepada anak gadisnya itu.
"Tapi, ma..."
"Tak ada tapi-tapi. Suami Airaa tu dah lapar. Nak jadi isteri derhaka ke sebab tak layan suami?" soal Puan Zahra dengan tegas. Memang bab-bab seperti itu dia tidak suka. Suami lapar tapi isteri tak masak. Bagus tak payah kahwin kalau tak tahu masak.
Airaa menggelengkan kepala. Gila nak jadi isteri derhaka. Tak cium bau syurgalah dia nanti.
"Bagus kalau macam tu. Ayie, ikutlah Airaa masuk dapur."
Tengku Ayie mengangguk. Manakala Airaa terpaksa akur dengan arahan mamanya. Mereka masuk ke kawasan dapur selepas Puan Zahra pergi ke luar untuk membuang sampah.
Ketika Airaa menyediakan makanan, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Tengku Ayie pula sedang menyusun ayat untuk memulakan perbualan dengan Airaa.
"Kaki tu macam mana, dah okey?" soal Tengku Ayie untuk mematikan rasa janggal antara mereka berdua.
"Hmmm," balas Airaa. Tangannya lincah membuat kerja.
"Macam mana kaki tu boleh okey?"
"Mak Tok yang urutkan."
"Macam mana..."
"Nah, makanlah," pintas Airaa sambil meletakkan pinggan yang berisi nasi di hadapan Tengku Ayie. Dia juga turut meletakkan lauk-pauk di atas meja selepas dipanaskan.
Tengku Ayie tersenyum melihat telatah isterinya yang tidak mahu berbual. Nampak comel sangat. Untung dia dapat gadis itu.
Airaa menuju ke singki untuk menyambung semula kerjanya. Rasa marahnya pada lelaki itu masih belum hilang lagi. Sakit hati bila mengingatkan tindakan lelaki itu kepada dirinya.
Selesai menjamu selera, Tengku Ayie membawa pinggannya ke singki. Mahu saja dia menambah nasi disebabkan lauk yang banyak disediakan terutamanya ayam masak merah. Namun, nasi sudah habis.
Airaa memberikan ruang apabila sedar yang suaminya ingin mencuci tangan. Dia memandang lelaki itu melalui ekoran matanya.
Tengku Ayie nampak kacak bila memakai kemeja berwarna biru laut dipadankan dengan tali leher berwarna putih. Lengan kemeja juga turut dilipat sehingga ke siku. Argh, lelaki itu memang kacak bila memakai baju pejabat. Memang semula jadi kekacakannya itu.
"Tak nak sambung buat kerja ke?"
Terlukis satu senyuman di bibir Tengku Ayie apabila melihat Airaa yang sedang leka meneliti dirinya. Dari atas hingga ke bawah, semuanya diperhati. Tidak pernah-pernah isterinya melihat dirinya seperti itu.
Airaa tersentak sebelum kalut meneruskan kerjanya. Tengok suami sendiri pun boleh terleka. Kepalanya digelengkan. Dia tidak tahu kenapa rasa marahnya seakan hilang ketika Tengku Ayie berdiri di hadapannya. Mudah sangat ke hati seorang wanita menghilangkan rasa marah?
Airaa merasakan ada satu pergerakan yang menyentuh sedikit pinggangnya. Pandangan dijatuhkan ke bawah sebelum dia terkejut.
"Argh!"
Dia terdorong ke belakang sambil menekup mulut. Niatnya mahu lari tetapi belakang badannya tersentuh pada bahagian dada milik lelaki itu. Dia telah dikepung oleh kedua belah tangan Tengku Ayie.
"Awak," tutur Airaa kepada Tengku Ayie.
Dia tidak berani untuk mengalihkan badannya untuk menghadap lelaki itu. Janganlah lelaki itu buat hal di sini. Kang terkantoi dengan mama, tak tahu mana nak letak muka ni.
"Hmmm."
Tengku Ayie memejamkan matanya. Dia mendekatkan pucuk hidungnya pada rambut Airaa yang tidak terikat itu. Wangi. Perasaannya meronta-ronta untuk terus menghidu wangian itu. Disebabkan itu, dia mendekatkan lagi jarak di antara dia dan Airaa.
Sepanjang Airaa berada di rumah bapa mentuanya, dia seakan tercari-cari satu bau yang sudah menjadi kegemarannya. Dan akhirnya, dia sudah menjumpai bau tersebut. Bau wangi yang datang dari rambut milik Airaa.
Walaupun mereka tidak tidur sebilik namun bau wangian itu kuat menarik perhatiannya. Tidak kira siang, malam ataupun semasa memakai tudung, wangian lavender itu tetap kuat jika dipakai oleh gadis itu.
"Err... awak?" Airaa bersuara kembali apabila Tengku Ayie sepertinya sudah melampaui batas. Dia menelan air liurnya dengan perlahan.
'Kenapa pula dengan suami aku ni? Takkan sebab aku dah lama tak balik rumah sana?' tanya Airaa dalam hatinya.
"Lima minit dan jangan gerak." Tengku Ayie memberi arahan kepada Airaa agar tetap berdiri seperti itu. Dia masih tekun dengan perbuatannya sendiri. Pucuk hidungnya ditenggelam di sebalik rambut Airaa.
Airaa hanya membiarkan perlakuan Tengku Ayie walaupun dia tidak selesa. Nasib saja semua orang telah pergi ke tingkat atas untuk merehatkan diri selepas makan tengah hari tadi. Tidak ada lah yang akan memerhati mereka.
Dia membuka tudungnya pun disebabkan dia tahu yang 'Pak Sunya' tidak akan turun ke bawah. Zahirah berkata yang Tengku Akimi sudah terlelap di dalam bilik mereka. Airaa tidak mempunyai sepupu lelaki, kecuali Akmal. Disebabkan itu dia berani membuka tudung.
Airaa tersentak apabila suaminya sudah menjarakkan kedudukan mereka.
"Thank you," ucap Tengku Ayie seraya mengucup tepi kepala gadis itu yang masih kaku. Mungkin terkejut dengan tindakannya. Dia segera beredar dari situ tatkala melihat kekalutan Airaa.
Tangan dibawa ke dada.
'Beraninya kau buat macam tu,' bidas otak Tengku Ayie. Kepala digeleng-geleng. Kerja gila ni!
Airaa pula tidak faham dengan sikap Tengku Ayie. Lelaki itu sudah menyukai dirinya ataupun belum? Tapi sikap lelaki itu menunjukkan sesuatu. Sesuatu yang memerlukan sebuah kepastian.
**********
TENGKU ARIN mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat letak kereta. Sesekali dia menoleh ke belakang. Dia melepaskan keluhan dengan berat.
"Apa lagi dia nak ni?" dengus Tengku Arin. Akhirnya dia berhenti. Matanya dipejamkan rapat sebelum mengalihkan badannya ke belakang.
"Sir, ada apa yang boleh saya bantu?" Senyuman palsu diberikan. Tengku Arin memandang Aqief yang termegah-megah. Mungkin penat mengejarnya.
Dia tidak tahu kenapa Aqief mengejar dirinya sehinggakan mereka menjadi perhatian orang ramai. Dirinya pula yang diserang rasa malu. Bukan apa, selama ini tidak ada lelaki yang berani mendekati dirinya.
"Laju betul awak jalan tadi. Saya panggil pun, awak tak dengar," kata Aqief sambil menunduk, mencari nafas. Perempuan kalau jalan, memang laju ke?
"Ada apa Sir panggil saya? Saya ni nak cepat." Tengku Arin melihat jam di tangan. Argh! Dia sudah lambat untuk menemani mummy shopping. Pasti mummy sedang menunggu di rumah.
"Tak payahlah nak panggil saya, Sir. Panggil Aqief je. Kita ada dekat luarkan."
"Tapi kita masih dalam kolej. Banyak orang yang tengah pandang kita sekarang ni. Cepatlah, nak cakap apa?" Tengku Arin memeluk tubuh sambil membalas pandangan Aqief.
"Sebenarnya sa... sa... saya...," tutur Aqief dengan gagap. Sebenarnya, dia ada sesuatu yang mahu dikatakan kepada Tengku Arin.
"Saya-saya. Saya apa? Jangan buang masa sayalah."
"Saya nak ajak awak keluar. Pergi makan. Nak?" soal Aqief dengan laju. Tidak menyangka gadis itu akan marah. Sudah lama dia mahu mengajak Tengku Arin untuk makan bersamanya tetapi itulah, dia tidak mempunyai masa. Dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia melakukan perkara itu.
"Ergh... maaflah sebab saya nak temankan mummy saya pergi shopping. Maaf awak, saya betul-betul minta maaf. Lain kali, ya," kata Tengku Arin. Kenapa pula lelaki itu mahu mengajak dia makan? Dia dan lelaki itu bukannya ada hubungan.
Aqief menggaru belakang lehernya. Ya Allah, malunya kena tolak. Baru ajak keluar makan dah kena tolak, belum ajak nikah lagi. Mungkin tak dapat jumpa terus.
"Oh, tak apalah kalau macam tu. Lain kalilah saya ajak awak keluar."
Tengku Arin mengangguk sebelum masuk ke dalam perut keretanya. Enjin kereta dihidupkan tapi tidak dapat. Dia mencuba sekali lagi.
Aqief memandang kereta Tengku Arin yang masih belum bergerak lagi. Dia mengetuk cermin kereta itu.
"Kenapa? Kereta tak hidup ke?"
Tengku Arin tersentak saat cermin keretanya diketuk. Dia menurunkan cermin.
"Ya, tak dapat nak hidupkan."
"Buka bonet depan," arah Aqief sebelum bergerak ke hadapan.
"Kenapa?" tanya Tengku Arin apabila melihat kerutan di dahi lelaki itu. Nampak macam banyak masalah saja keretanya itu.
"Dah lama ke awak tak hantar kereta awak ni pergi bengkel?"
Tengku Arin menggelengkan kepalanya. Macam mana nak hantar kalau dia selalu sibuk. Jam di tangannya diperhati. Mahu saja dia menangis di tempat itu. Dia sudah lambat untuk menjemput mummynya di rumah.
Aqief memandang ke arah Tengku Arin. Gadis itu nampak gelisah.
"Dah, jom. Tinggalkan je kereta awak dekat sini. Nanti kawan saya bawa pergi bengkel."
Tengku Arin tidak berganjak dari situ. Dia masih memikirkan sama ada mahu menerima atau tidak. Dia bukannya kenal sangat dengan Aqief ni. Kenal pun tiba-tiba.
"Jomlah, saya hantarkan awak pergi rumah mummy awak. Tadi beria-ria nak balik," pelawa Aqief.
Tengku Arin masih berkira-kira dengan pelawaan itu. Matanya memandang kiri dan kanan. Manalah tahu kalau kawannya ada situ, bolehlah dia minta tolong.
"Awak nak saya dukung atau awak nak jalan sendiri?" tanya Aqief seraya memeluk tubuh. Dia nak dukung anak dara orang? Memang cari matilah dia. Lagipun belum halal lagi.
"Ya-ya, saya masuk sekarang." Tengku Arin menuju ke tempat letak kereta Aqief. Dapat dia lihat lelaki itu yang tersenyum.
Aqief menggeleng-gelengkan kepalanya. Perempuan-perempuan. Jantung ni pun satu hal lah. Kenapalah kau berdegup kencang? Allahu-Akbar. Dia menghela nafas panjang sebelum melangkah ke arah keretanya.
TBC
Assalamualaikum semua. Selamat hari raya diucapkan buat pembaca Peluang Kedua. Maaf zahir dan batin. Saya nak sampaikan sesuatu. Cerita peluang kedua ni dah habis dah dekat wattpad. Saya nak tanya, korang nak tak kalau saya update semua bab? Kalau nak, komen yaa
Share this novel