Bab 30

Romance Series 15713

DUA minggu kemudian...

Jam di pergelangan tangan dipandang buat kali kedua sebelum memandang ke arah tangga. Dia menyandarkan tubuh pada sofa lalu mengeluh dengan perlahan. Perempuan, kalau bersiap memang lambat, eh?

Bunyi tapak kaki kedengaran dari arah tangga. Semakin lama semakin kuat bunyinya. Lantai mozek yang dipasang mengeluarkan bunyi saat seseorang berjalan.

Tengku Ayie menyilangkan kaki manakala tangan memeluk tubuh. Sengaja tidak mahu mengalihkan badannya ke belakang.

"Awak," panggil Airaa.

"Kenapa lambat tu... run?"

Tengku Ayie mengalihkan badannya sebelum matanya tidak lepas daripada memandang Airaa. Dari atas hingga ke bawah dia memerhati cara pemakaian isterinya. Dia terpaku. Ini isterinya ataupun orang lain?

Airaa yang sedar dirinya diperhati oleh Tengku Ayie laju saja membetulkan baju serta tudung yang dipakai. Tangan terhenti pada bahagian tudung. Dia berfikir mungkin disebabkan dia memakai tudung. Dia berdeham.

"Ehem."

Namun keadaan tetap sama. Mata Tengku Ayie tidak berkelip daripada memandang dirinya. Dia menoleh ke arah belakang. Manalah tahu lelaki itu ternampak hantu ataupun bidadari yang turun dari langit.

"Awak!"

Tengku Ayie tersentak sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia memandang semula isterinya selepas beristighfar dalam hati.

"Hah, dah siapkan. Jom kita gerak. Nanti lama pula dia orang tunggu kita."

Airaa hanya mengangguk. Dia mengikuti suaminya dari belakang sehingga ke luar rumah.

Selepas memastikan rumah dalam keadaan selamat, Tengku Ayie mula memandu kereta. Kedengaran suara dj radio yang berceloteh di dalam kereta sebelum satu lagu dimainkan. Dia melihat Airaa yang sedang mengemaskan tudung dengan mulut terkumat-kamit ikut menyanyi.

Day to night to morning,
keep with me in the moment,
I'd let you had I known it,
why don't you say so?

Lagu Say So daripada penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu bergema di dalam kereta milik Tengku Ayie. Lelaki itu fokus pada pemanduannya dan sesekali dia fokus pada nyanyian isterinya. Nyanyian Airaa kedengaran sedikit kuat memandangkan lagu itu dipasang dengan perlahan.

Selang beberapa minit, lagu lain pula yang terpasang. Airaa sedikit pun tidak memandang Tengku Ayie. Dia perasan yang suaminya itu tidak lepas memandangnya dari rumah mereka lagi. Senyuman lebar disembunyikan.

'Cantik sangat ke aku pakai tudung ni?' soal Airaa dalam hatinya.

Telefon dibuka sebelum aplikasi kamera ditekan. Tangannya mula mengemaskan tudung bawal yang dipakai dengan perlahan-lahan. Khuatir jika tudung yang dipakainya tidak kemas memandangkan ini kali pertama dia memakai tudung.

Zalikha, Zalikha, Zalikha,
Kaulah Gadis jelita,
Bila ku berjalan sebelah,
Terasa Rusuk bergetar...

Dengan pantas, tangan Tengku Ayie mematikan saluran radio tersebut. Sakit hati apabila lagu tersebut memasuki telinganya.

Perbuatan tersebut menarik perhatian Airaa. Setiap kali lagu itu dipasang, pasti Tengku Ayie akan mematikan radio tersebut. Anti betul lelaki itu dengan lagu tersebut. Besar sungguh benci lelaki itu kepada Zalikha? Tapi kenapa?

'Kan, Zalikha yang tinggalkan dia. Macam mana tak benci kalau dah kena tinggal.' bidas otak Airaa.

Suasana dalam kereta agak sunyi. Selalunya ada lagu yang menemani perjalanan mereka berdua tapi kali ini tiada. Airaa mengeluh secara perlahan. Kepala dihadapkan ke arah tingkap. Bosan.

Tengku Ayie memandang sekilas isterinya sebelum menghalakan pandangan ke jalan raya. Dia tahu gadis itu sedang bosan. Mahu buat macam mana lagi, mereka belum sampai ke rumah Tengku Mustafa.

"Sejak bila beli tudung ni?" tanya Tengku Ayie sekadar untuk menghilangkan rasa janggal di antara mereka berdua.

Airaa menoleh.

"Taklah. Ni bukan beli tapi mama yang bagi. Mama kata tak payah nak membazir untuk beli tudung. Ambil je dekat butik. Mula-mula saya nak bayar tapi tulah nak buat macam mana, mama tak bagi," jawab Airaa sambil menumpukan perhatian ke arah suaminya.

Tengku Ayie memakai baju tshirt berwarna putih dipadankan dengan jaket hitam. Lelaki itu tidak terlihat seperti seorang peguam tetapi terlihat seperti seorang pelakon. Suami siapalah ini? Hensem sangat!

Airaa tersengih-sengih setelah habis memerhati pakaian suaminya.

'Ya Allah, bahagianya aku saat berdua dengan dia. Terima kasih, ya Allah. Aku tahu perancangan-Mu adalah sebaik-baik perancangan,' bisik Airaa dalam hati. Berterima kasih kepada Allah SWT kerana bahagia yang dia rasai ketika itu.

"Tersengih-sengih. Kenapa?" soal Tengku Ayie sambil memusingkan stereng keretanya. Sikit saja lagi sebelum mereka akan sampai ke rumah daddynya.

"Eh, tak adalah," jawab Airaa untuk menutup malu.

Tengku Ayie menumpukan perhatiannya pada jalan raya. Bukan dia tidak nampak gadis itu memandang dirinya dari atas ke bawah. Dia sempat juga menilik pakaian gadis itu. Pakaian mereka hampir sepadan. Ini disebabkan Airaa memakai tudung berwarna ungu terang. Baginya, gadis itu sangatlah cantik dengan memakai tudung.

Airaa pula memperbetulkan kedudukannya di dalam kereta. Telefon dihidupkan sebelum aplikasi Instagram dibuka. Malu sebab usha suami sendiri. Alah, bukan haram pun tengok suami sendiri. Dapat pahala ada lah.

***********

"ABANG rasa Along gembira tak kalau jumpa dengan tetamu kita tu?" tanya Tengku Zainab. Tangannya mengemaskan alat solek yang berada di atas meja.

"Mestilah dia gembira. Dia orang kan dah lama tak jumpa. Along pun nampak macam dah move on dah sekarang ni. Insya-Allah, kita doakan yang baik-baik je untuk dia orang."

Tengku Mustafa mendekati Tengku Zainab sebelum bahu isterinya ditepuk perlahan. Dia yakin Tengku Ayie sudah melupakan kisah-kisah yang lalu. Lagi pula untuk apa dikenang kalau dapat membuatkan diri sendiri menjadi kecewa.

Tengku Zainab hanya mengangguk sambil membalas tepukan suaminya.

"Daddy, mummy, jomlah turun. Along dengan akak dah sampai ni." Tengku Arin menjerit di sebalik pintu. Nampak saja kelibat kereta Tengku Ayie, pantas saja dia menuju ke bilik mummy dan daddynya.

"Ya, kejap," sahut Tengku Mustafa.

"Jomlah kita turun. Dia orang dah sampai tu."

Mereka turun ke bawah bersama-sama. Kelihatan Tengku Ayie dan Airaa yang sedang duduk sambil ditemani oleh Tengku Arin.

Tengku Zainab memberikan senyuman lebar buat menantunya itu. Pada pandangan matanya, Airaa kelihatan cantik mengenakan tudung. Gadis itu nampak sepadan dengan anak lelakinya.

"Assalamualaikum, mummy. Mummy sihat?" Airaa menyalam tangan mak mentuanya sebelum memeluk tubuh itu. Pipi dengan pipi dilagakan. Perempuan bila dah berjumpa, mesti akan buat macam tu.

"Waalaikumussalam. Mummy sihat macam inilah, sihat orang tua katakan. Airaa pula, sihat? Along bagi makan tak menantu kesayangan mummy ni? Mummy tengok Airaa dah makin kuruslah."

Tengku Zainab menarik tangan Airaa agar duduk bersamanya. Dia menilik badan menantunya. Mana ada kurus, badan Airaa tetap sama saja. Tidak terlalu kurus dan tidak juga terlalu gemuk.

"Airaa sihat je, mummy. Kalau tak sihat, tak dapatlah Airaa nak merasa masakan mummy yang sedap tu," jawab Airaa. Tangan Tengku Zainab diusap lembut.

"Mummy ni, peti sejuk dekat rumah Along tu bersepah dengan makanan yang dia orang beli. Mana tak sihatnya," celah Tengku Arin sambil mata difokuskan ke arah televisyen yang menyiarkan drama Thailand.

Tengku Zainab membesarkan matanya kepada Tengku Arin. Mulut anak perempuannya itu memang tidak boleh diam. Ada saja yang nak dijawab.

"Mummy kata kita ada tetamu. Siapa tetamu tu? Tak nampak pun," ujar Tengku Ayie.

Dia memandang ke tingkat atas. Siapa pula tetamu yang mahu datang itu? Mahu dikata kawan daddynya tapi daddynya tidak pernah membawa kawan ke rumah. Dan begitu juga dengan Tengku Arin dan Tengku Zainab.

"Alah, nanti Along tahulah siapa dia. Along dengan dia memang rapat sejak dulu lagi. Along jangan risau, dia bukan perempuan tapi lelaki. Mummy ada juga suruh dia tinggal dekat sini tapi dia tak nak. Eh, Airaa dengan Along tidurlah dekat sini. Mesti penatkan. Tidur sini, ya," pinta Tengku Zainab.

Tengku Ayie dan Airaa sekadar mengangguk. Tidak mahu menolak permintaan Tengku Zainab.

"Assalamualaikum." Kedengaran seseorang memberi salam.

Tengku Ayie menjawab salam sebelum memandang ke arah pintu. Dia kelihatan tercengang. Apakah?

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience