Bab 48

Romance Series 15713

"SAYA harap satu hari tu takkan wujud.  Saya tak akan benarkan awak benci saya walaupun sesaat. Saya akan pastikan awak mabuk cinta dekat saya."

Airaa menggelengkan kepala apabila teringatkan jawapan daripada Tengku Ayie semalam. Ada saja modal lelaki itu untuk membuatkan jantungnya untuk berdegup dengan tidak normal. Dia tersenyum sendiri.

"Kau ni dah kenapa? Geleng kepala lepas tu senyum-senyum. Dah angau ke dekat cik abang yang dekat sana tu?" usik Amira seraya mencuit pinggang Airaa. Orang dah angau bercinta, memang macam itulah. Hah, dia pun macam tu juga bila wajah Tengku Iskandar muncul di fikiran.

"Haah, aku dah angau dengan suami aku sendiri. Kau apa tahu?" balas Airaa dengan senyuman lebar.

"Yalah, orang tengah bercinta, kan. Nak buat macam mana."

Mereka berjalan memasuki sebuah restoran dan mengambil meja yang berada di bahagian tepi. Sudah banyak kedai mereka masuk tapi satu barang pun mereka tak beli. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk rehat dulu.

"Tapikan, hati aku macam lainlah. Aku rasa... entahlah. Aku pun tak pasti dengan hati aku ni," kata Airaa selepas pelayan mengambil pesanan mereka.

"Hati kau macam lain? Lain macam mana tu? Aku tak faham." Amira mengalihkan pandangannya daripada telefon ke wajah Airaa.

Airaa menundukkan kepala melihat jarinya yang bermain antara satu sama lain. Dia berfikir sama ada mahu memberitahu Amira ataupun tidak. Tapi sekarang ni, dia perlukan seorang penasihat dan juga seorang pendengar bagi masalahnya.

"Airaa, are you okay? Hey, kenapa ni? Bagitahu aku, Insya-Allah aku tolong kau."

"Aku nak tanya kau, Is selalu balik lewat ke?" tanya Airaa. Dia memandang wajah Amira dengan kening dikerutkan.

Amira geli hati mendengar pertanyaan daripada rakannya itu. Mahu saja dia melepaskan ketawanya.

"Ya Allah, Airaa, kau ingat aku dengan Is dah kahwin ke? Aduh, buat lawak pula kau ni."

Airaa mengetap bibirnya dengan rapat. Orang serius boleh pula dia main-main.

"Maksud aku, kau kan selalu call dia waktu malam. Dia selalu balik lewat ke?"

Airaa membalas senyuman pelayan wanita yang datang sambil menatang dulang. Perlahan-lahan wanita tersebut meletakkan dulang. Selepas itu, wanita tersebut menunduk sedikit badannya sebelum berlalu pergi.

"Eh, ubah sikit ayat kau, ya. Aku tak selalu call dia. Dia je yang selalu call aku, tau," ujar Amira dengan berlagaknya. Takkanlah dia nak bagitahu Airaa perkara sebenar. Pecahlah temberangnya.

"Selalunya dekat pukul sembilan macam tu kami on call sampailah pukul 11 malam. Kenapa kau tanya? Suami kau balik lewat ke?"

Airaa termenung sebelum dia menganggukkan kepala. Is balik awal tapi kenapa suaminya balik lewat?

"Ya, dah seminggu dia balik lewat. Itu yang aku tanya kalau Is pun balik lewat juga. Firasat aku katakan yang dia ada sorokkan sesuatu daripada aku."

Airaa memejamkan mata seraya memicit pelipisnya. Apa lagi ujian yang bakal menimpa mereka nanti? Mereka dah bahagia dah pun. Namun dia tahu, ada hikmah disebalik ujian itu. Ujian Allah SWT untuk menguatkan hamba-Nya.

"Kau fikir suami kau curang? Macam tu? Heh Airaa, kalau semua isteri berfikiran macam kau, aku rasa dah ramai yang jadi janda."

Amira minum air yang telah dipesan tadi. Menghilangkan dahaganya setelah penat berjalan-jalan dengan Airaa. Birthday girl katakan. Jadi sebagai hadiahnya, dia belanjakan Airaa. Gadis itu tinggal pilih dan dia bayarkan.

"Kenapa pula macam tu?" Airaa memandang hairan ke arah Amira yang berada di hadapannya. Dia jadi janda? Minta dijauhkanlah benda tu. Dia tak sanggup.

Amira mengangguk sambil tangannya mengacau air minumannya menggunakan straw.

"Yalah, dia orang dah tak percayakan suami sendiri, surat cerailah datang. You know what, kepercayaan ni sangat penting bagi setiap hubungan. So, aku nak kau percaya yang suami kau tak cu... rang," tutur Amira lancar namun di ayat terakhirnya kedengaran gagap.

Matanya memandang seorang lelaki dan seorang wanita yang baru saja keluar dari kedai tudung. Dia kenal dengan susuk tubuh lelaki itu tetapi wanita itu, dia tidak kenal. Dia menelan air liur dengan perlahan. Ni kalau Airaa nampak ni, confirm, perang ketiga bakal tercetus.

"Betul tu, aku setuju sangat dengan kata-kata kau. Aku sepatutnya percaya yang dia tak curang pun belakang aku..."

Amira masih menumpukan perhatiannya pada pasangan itu. Macam mana boleh macam tu? Takkan Airaa bertepuk sebelah tangan pula? Airaa yang berada di hadapannya dihiraukan.

"Hello Amira, kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau tengok apa tu?"

Airaa melambaikan tangannya di hadapan wajah Amira sebelum dia menoleh ke belakang. Dia mahu melihat apa yang gadis itu lihat.

Amira yang seakan tahu Airaa ingin menolehl, laju saja dia menarik perhatian gadis itu.

"Weh, aku tahu kau mesti laparkan. Nah, kau order mana kau nak. Aku belanja, jangan risau."

Amira segera membuka buku menu di hadapan Airaa untuk menghalang perbuatan gadis itu. Dia... dia takut Airaa akan kecewa apabila melihat pasangan itu.

Airaa terus membatalkan niatnya untuk tidak menoleh. Dia tersenyum lebar menampakkan gigi barisan hadapannya. Suka sangat bila ada orang tawarkan diri nak belanja dia makan.

Amira sekadar mengangguk. Dia memandang semula ke arah pasangan itu. Kali ini matanya membulat saat melihat adegan yang dilakukan oleh pasangan itu. Tak tahukah mereka pasal haram dan dosa? Astaghfirullahalazim.

Amira bangkit sebelum duduk di sisi Airaa. Pandangannya jatuh melihat wajah teruja gadis itu memilih makanan. Dia menarik nafas yang seakan tersangkut-sangkut pada bahagian lehernya. Dia tak tahu macam mana perasaan Airaa apabila melihat adegan itu tadi. Masih adakah secalit senyum di bibir gadis itu?

Dia memejamkan mata.

'Ayie, kau dah buat kawan aku mabuk cinta dengan kau tapi ini balasan kau dekat dia?'

"Amira, boleh tak kalau aku nak bawa balik makanan yang aku order  ni? Aku rasa kesian dekat suami aku yang dekat rumah tu. Mesti dia tengah lapar sekarang ni."

Mata Airaa masih tertumpu pada buku menu tersebut. Dia memikirkan suaminya yang sedang berehat di rumah. Bukan dia tak mampu nak beli makanan tapi bila orang dah belanja, takkan nak tolak pula.

Amira mengangguk walaupun Airaa tidak memandangnya.

"Kau orderlah banyak mana kalau itu boleh buat kau happy."

"Wah, aku happy sekarang ni. Nanti balik rumah bolehlah aku nak makan dengan suami aku. Thank you so much, Amira," ucap Airaa dengan gembira. Dia mula memeluk Amira. Amira lah sahabat dunia dan akhirat dia.

'Airaa, kau boleh happy macam ni sedangkan suami kau dekat luar sana dengan perempuan lain. Aku yang tengok pun dah sakit hati, inikan pula kau, isteri dia.'

Amira membalas pelukan Airaa dan mengusap belakang badan gadis itu.

"Your welcome."

**********

TENGKU ARIN memegang tali pinggang keledar dengan erat. Sesekali matanya mengerling ke tempat duduk pemandu. Dia menelan air liur yang terasa pahit.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" tanya Tengku Arin setelah perjalanan mereka hanya ditemani bunyi daripada radio kereta.

Aqief masih setia dengan pemanduannya. Matanya tetap fokus pada jalan raya.

Tengku Arin sedikit cemas melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"A... wak nak bawa saya pergi mana ni?" tanya Tengku Arin sekali lagi. Badannya sudah menyandar pada pintu kereta. Tangannya masih memeluk erat tali pinggang keledar.

"Saya nak bawa awak balik rumah saya. Dah duduk diam-diam."

Aqief tersenyum lebar seraya menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia pasti gadis itu sudah memikirkan tentang hal lain.

"A... wak na... nak bawa saya balik rumah awak?" Jari telunjuk di arahkan pada dirinya sendiri. Dia menelan air liur yang seakan tersekat di kerongkongnya.

Lelaki itu hanya mengangguk kepala.

"Ke... napa awak nak bawa saya balik rumah awak?" Tengku Arin sudah tidak senang duduk.

"Sebab saya nak... Aduh! Awak? Apa ni?"

Aqief menggunakan tangannya untuk menghalang perbuatan Tengku Arin. Dia melihat gadis itu memukulnya menggunakan beg tangan.

"Awak jahat! Awak jahat! Awak nak buat perkara yang tak senonohkan dekat saya, kan!" jerit Tengku Arin seraya memukul Aqief yang sedang memandu. Dia memikirkan bahawa lelaki itu bakal melakukan perkara yang tidak senonoh kepada dirinya.

"Tak, saya cuma nak..." Belum sempat Aqief mahu berkata, Tengku Arin sudah memintas.

"Hah, awak nak apa? Awak tahu tak, abang saya tu lawyer, bila-bila masa je awak boleh masuk penjara!" tempik Tengku Arin dengan tangannya masih memukul lelaki itu.

Aqief segera menghentikan kereta di pinggir jalan apabila keadaan sudah tidak terkawal. Dengan gadis itu masih memukul dirinya, berkemungkinan kemalangan boleh terjadi.

Melihat kereta yang dia naiki sudah berhenti di pinggir jalan, Tengku Arin terus keluar. Dalam fikirannya cuma satu, melepaskan diri daripada lelaki itu. Dia masih tahu perkara haram dan halal.

"Tengku Arin Idni!"

Tengku Arin segera berhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Namun tidak menoleh ke arah si pemanggil.

"Masuk dalam kereta sekarang! Awak masuk sendiri atau saya yang datang situ lepas tu angkat awak. Pilih," kata Aqief selepas keluar dari tempat duduk pemandu. Suaranya sengaja dikeraskan.

Mana mungkin dia mahu membiarkan Tengku Arin seorang diri. Sudahlah gadis itu tidak tahu tentang tempat tersebut. Tempat yang terkenal dengan kes penculikan. Habislah dia kalau gadis itu kena culik ke, kena bunuh ke, tak pun kena rogol ke. Dia tak sanggup.

Tengku Arin menghentakan kaki kanannya ke tanah. Dia menggenggam erat tangannya membentuk sebuah penumbuk. Dia memusingkan badannya sebelum berjalan ke arah kereta semula dengan kaki dihentak tanda protes.

Selesai meloloskan diri ke dalam perut kereta, Aqief memulakan perbualan.

"Look, saya tak ada niat pun nak buat benda yang tak senonoh dekat awak. Saya masih tahu mana haram, mana halal. Saya minta maaf. Sebenarnya, saya nak bawa awak balik ke rumah saya sebab nak kenalkan awak dengan seseorang. Tak lebih daripada itu," jelas Aqief dengan panjang lebar. Dia tidak mahu gadis itu buruk sangka terhadap dirinya.

Tengku Arin memeluk tubuh. Pandangan dihalakan ke hadapan.

"Okey. Kalau awak masih tak percayakan saya, kita stay dalam kereta. Selagi awak tak kata apa-apa, selagi tu saya takkan gerakan kereta ni."

Aqief turut memeluk tubuhnya dan menyandar pada kerusi kereta.

Tengku Arin mendengus marah apabila lelaki itu cuba menirunya. Lepas tu main ugut-ugut pula.

"Awak ingat kita duduk berdua dalam kereta ni, tak haram ke? Pandulah cepat. Kang datang pencegah maksiat..."

TOK! TOK! TOK!

Mata Tengku Arin membulat memandang Aqief yang juga tersentak mendengar bunyi ketukan itu. Harap-harap tak masinlah mulutnya.

Aqief menurunkan tingkap keretanya. Dia memandang seorang lelaki yang berdiri di sisi pintu kereta.

"Assalamualaikum, bang. Kereta rosak ke?" tanya lelaki itu.

Aqief menggaru keningnya. Takkan nak cakap perkara betul pula. Nak menipu, dapat dosa. Alah, tipu sunat jelah.

"Waalaikumussalam, tak ada apa. Ni isteri abang ni, nak muntah. Sebab tu kereta berhenti. Pembawaan budak kut," tipu Aqief seraya tersengih.

Lelaki itu sekadar mengangguk.

"Oh, ingatkan kereta rosak tadi. Tak apalah kalau macam tu, saya pergi dulu. Hati-hati memandu, bang. Assalamualaikum."

"Terima kasih, waalaikumussalam."

Selepas saja dia dan lelaki itu berjabat tangan, Aqif terus menoleh ke arah Tengku Arin. Gadis itu masih memeluk diri.

"Jangan cakap dengan saya. Saya tak nak dengar."

Kesunyian memenuhi ruang dalam perut kereta tersebut. Masing-masing mendiamkan diri. Aqief membelokkan kereta ke kanan sebelum kawasan perumahan mula terlihat.

Dia menarik brek kereta setelah selamat sampai ke rumahnya. Dia mengerling ke kiri melihat Tengku Arin. Sepanjang pemanduannya tadi, gadis itu hanya mendiamkan diri. Terasakah gadis itu dengan dia?

Dia memandang ke pintu utama apabila figura adik yang sedang membuka pintu menyapa pandangannya. Pintu kereta segera dibuka.

"Assalamualaikum," ucap Aqief sambil mendepakan tangannya.

"Waalaikumsalam, abang," sahut Aina dengan penuh ceria. Dia masuk ke dalam pelukan abangnya.

"Abang, siapa tu dalam kereta abang? Cantiklah."

Aina berjalan mendekati Tengku Arin.

"Awak, awak bakal kakak ipar kita ke? Saya Aina, adik Aqief dan bakal adik ipar awak."

Aina menghulurkan tangannya dengan senyuman manis di bibir. Mahu saja dia memeluk gadis itu. Setiap kali berjumpa dengan orang lain, pasti dia mahu memeluk orang itu. Mungkin pembawaan bayi dalam kandungannya kut. Baby ni, nakallah semenjak dah masuk tujuh bulan ni.

"Saya Arin," balas Tengku Arin. Pandangannya dilemparkan ke arah Aqief untuk meminta penjelasan.

"Kita masuk dululah. Panas ni dekat luar kalau nak minta penjelasan."

Tengku Arin mengecilkan matanya. Dia memang betul tak faham sekarang ni. Tadi, dia dikata mengandung, kali ni pula dituduh jadi isteri. Apa ni, tak fahamlah.

Kring! Kring! Kring!

Bunyi daripada telefon bimbit Tengku Arin menghentikan langkah gadis itu. Dengan segera dia mencari telefonnya di dalam beg tangan. Kut emergency ke?

Mummy.

"Ergh, kau orang masuklah dulu. Saya nak angkat call from my mum. Nanti saya masuk," pinta Tengku Arin.

Aqief dan Aina menganggukkan kepala sebelum masuk ke dalam rumah meninggalkan Tengku Arin seorang diri.

"Waalaikumussalam, mummy. Kenapa call adik ni?"

"..."

"Adik dekat sini rumah kawan."

"..."

"Oh, nanti pukul sembilan malam adik pergi rumah Along. Ya, adik tak lupa."

"..."

"Waalaikumussalam."

Tengku Arin segera menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience