Bab 18

Romance Series 15713

TENGKU ARIN mengeringkan rambutnya menggunakan tuala sebelum keluar dari bilik air. Dia memandang kakak iparnya yang masih diulit mimpi.

Jatuh kasihan dia melihat keadaan Airaa. Lagi-lagi bila melihat wajah yang agak sembap itu. Hampir semalaman menangis akhirnya berhenti juga apabila dipujuk untuk tidur.

Dia tidak tahu apa yang abangnya katakan sampaikan kakak iparnya menangis seperti itu. Pada pandangannya, teruk juga Airaa menangis. Tengku Arin melepaskan keluhan dengan perlahan.

"Kalaulah aku dengan akak masuk sama-sama, mesti Along tak tuduh macam-macam dekat akak," kata Tengku Arin dengan perlahan agar tidur Airaa tidak terganggu.

Dia kenal sangat dengan perangai abangnya yang suka menuduh orang tanpa mahu menyiasat dulu. Kerja peguam tapi tak pandai nak siasat. Dari dulu sampailah sekarang perangai abangnya memang tak pernah nak berubah.

Dia melabuhkan punggung di birai katil sambil memandang jam di atas meja lampu. Mata digosok agar dapat melihat jam tersebut dengan jelas.

"Apa! Dah jam 10 pagi. Asal aku tak perasan pula ni. Nasib baik tak ada kelas hari ni."

Matanya kembali memandang ke arah Airaa yang masih dibuai mimpi. Perlahan-lahan Tengku Arin menepuk bahu Airaa yang berlapikkan selimut tebal itu. Namun tiada balasan. Dia berasa pelik. Tangannya diletakkan di atas dahi Airaa.

Panas!

"Akak! Akak, bangun akak! Akak kenapa ni? Ya Allah, panasnya badan akak. Bangun akak!" arah Tengku Arin sambil menepuk perlahan pipi kakak iparnya itu. Namun tiada tanda-tanda Airaa ingin bangun.

Tengku Arin sudah gelisah. Dia buntu mahu berbuat apa. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia keluar lalu berdiri di anak tangga yang terakhir saat ternampak figura Tengku Zainab dan Tengku Mustafa yang duduk menonton televisyen. Dia menarik nafas perlahan.

"Mummy... mummy! Daddy... daddy," teriak Tengku Arin.

"Apa teriak macam tu adik. Tak senonoh betul. Adik tu perempuan tau. Elok-eloklah sikit," kata Tengku Zainab tatkala mendengar suara anak bongsunya itu.

Tengku Arin tersengih-sengih malu.

"Mummy, daddy tengoklah kak Airaa tu. Badan dia panaslah. Cepatlah tengok!" Tengku Arin menggamit Tengku Zainab dan Tengku Mustafa untuk naik ke atas. Dengan pantas mereka menuju ke bilik Tengku Arin.

"Cepatlah mummy, daddy."

"Kenapa dengan kak Airaa kamu ni? Ya Allah, abang panasnya badan Airaa. Dia demam ni," ujar Tengku Zainab selepas memeriksa keadaan badan Airaa. Dia terkejut saat tangannya menyentuh dahi Airaa.

"Dah tu, jomlah kita bawa pergi hospital. Nanti melarat pula demam Airaa. Badan pun dah pucat tu. Adik tak ada kelaskan hari ni?"

"Adik tak ada kelas hari ni, daddy," jawab Tengku Arin yang duduk di sebelah Tengku Zainab.

"Okey. Nab dengan adik papah Airaa bawa masuk kereta. Daddy nak ambil kunci kereta dulu." Tengku Mustafa keluar dan masuk ke dalam bilik mereka untuk mengambil kunci kereta.

"Adik tolong ambilkan selendang hitam tu."

Selendang hitam milik Tengku Arin bertukar tangan sebelum dipakaikan untuk menutup kepala Airaa. Walaupun menantunya itu tidak memakai tudung, dia sebagai ibu mentua haruslah menutupkan aurat gadis itu.

Airaa dipapah sehingga masuk ke dalam perut kereta sebelum kereta tersebut meluncur di atas jalan raya menuju ke hospital.

Tengku Zainab mengusap perlahan kepala Airaa yang beralaskan tudung sambil berdoa di dalam hati agar menantunya itu baik-baik saja.

**********

"ALONG dengan Airaa bergaduh ke? Kenapa Airaa boleh ada dalam bilik adik? Ada apa-apa ke yang kami tak tahu ni, adik?" Suara Tengku Mustafa agak tegas ketika bertanyakan kepada anak bongsunya. Dari tadi lagi dia mahu menanyakan tentang itu kepada Tengku Arin. Namun disabarkan dalam hatinya.

Gulp!

Makin gelisah Tengku Arin jadinya. Rasa menyesal pula ikut hospital. Tengok, macam-macam soalan yang ditanyakan kepada dirinya.

"Adik, daddy tanya tu jawablah. Betul ke Along dengan Airaa bergaduh?" Tengku Zainab pula yang bertanyakan soalan yang sama kepada Tengku Arin. Mereka takut jika ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka.

"Ma... mana ada dia orang bergaduh. Semalam lepas je kita orang balik, adik ajak akak tengok Running Man sebab adik tak ada kelas hari ni. Lepas tu kita orang tertidur sekali. Tak sangka pula akak boleh demam macam tu," jelas Tengku Arin dengan sedikit menipu.

'Sorry mummy, daddy, adik terpaksa tipu sikit.' gumamnya dalam hati. Matanya takut untuk memandang kedua-dua orang tuanya yang duduk di bangku hospital itu.

"Adik ni, lain kali jangan buat lagi. Kalau jadi..." Tidak sempat Tengku Mustafa menghabiskan ayatnya, ada satu suara yang memanggil namanya.

"Mus!"

Mereka bertiga memandang ke arah kaunter pertanyaan yang berdekatan dengan mereka. Terlihat Encik Aizhar dan Puan Zahra yang menuju ke arah mereka dengan pantas.

"Apa yang jadi dengan Airaa? Dia okey tak?" tanya Encik Aizhar sambil duduk bersebelahan dengan besannya, Tengku Mustafa.

Nasib baiklah hari ini dia mengambil cuti. Terkejut dia bila mendapat panggilan yang mengatakan Airaa telah dikejarkan ke hospital. Segera dia memberitahu isterinya dan bertolak menuju ke hospital.

"Sabar Har. Sabar. Okey, kau tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus."

"Alah, tak boleh. Cepatlah cakap."

"Ya. Aira demam panas je. Kami risau sangat sebab tu kami bawa dia ke hospital."

"Macam mana boleh macam tu? Sebelum ni tak pernah pun dia demam macam tu." Encik Aizhar memandang Tengku Mustafa sambil bahunya diusap oleh Puan Zahra. Isterinya itu sedang menenangkan hatinya.

"Aku minta maaflah Har. Macam ni, semalam Airaa dengan adik ni jalan-jalan, lepas tu tengah malam baru balik."

"Patutlah. Airaa memang macam tu, tak boleh penat. Kalau dia penat, macam nilah jadinya. Semalam dia orang ada datang rumah kami untuk ambil barang.
Saya dah suruh dia dengan Arin tidur dekat sana tapi Airaa tak nak. Katanya kesian dekat Ayie dekat rumah."

Puan Zahra menjelaskan mengapa Airaa dan Tengku Arin lambat pulang semalam.

Tengku Zainab dan Tengku Mustafa hanya mengangguk. Fikiran Tengku Mustafa terus melayang bila nama anaknya disebut. Dia memandang Tengku Arin yang mendiamkan diri itu.

"Adik dah bagitahu Along pasal ni?"

Tengku Arin menggelengkan kepala sebagai jawapan.

"Ya Allah, budak ni. Dah tu, pergi telefon Along. Bagitahu yang Airaa ada dekat hospital ni."

Tengku Arin meminta diri untuk menelefon Tengku Ayie sebelum melangkah jauh daripada mereka.

"Ni Airil dah tahu ke yang Airaa masuk hospital?" Tengku Mustafa memandang sekeliling. Bukan apa, dia tahu Airil sangat sayang kepada menantunya itu. Melalui kejadian hari tu saja dia dapat agak bagaimana besarnya sayang Airil terhadap Airaa.

"Tak, kami tak bagitahu dia pasal ni. Tak pasal-pasal dia mengamuk bila tahu adik dia masuk sini. Kami tak nak ganggu dia sebab dia tengah outstation sekarang ni."

Jawapan daripada Encik Aizhar itu membuat dia bernafas dengan lega. Lega kerana Airil tidak tahu perkara ini. Kalau tidak, mungkin Airil akan mengamuk dengan semua orang. Sayang adik katakan.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience