Bab 51

Romance Series 15713

SEBULAN kemudian...

"Eh, akak tak ikut Along keluar ke? Tadi adik tengok Along pakai baju pejabat," tutur Tengku Arin dengan matanya memandang ke arah televisyen yang sedang menyiarkan drama pukul tujuh malam.

Airaa yang baru saja mahu menaiki tangga itu berhenti sebelum dia melangkah ke sofa. Niatnya mahu berehat di atas terbatal kerana panggilan daripada adik iparnya itu. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Tengku Arin.

"Tak, akak muntah-muntah tadi. Lagipun dia pergi jumpa klien, akak tak naklah ganggu," ujar Airaa seraya menyandarkan tubuhnya di sofa. Pinggangnya diurut perlahan. Sejak kebelakangan ini pinggang dan bahagian belakang badannya selalu sakit.

"Akak, muntah-muntah? Akak mengandung ke?"

Tengku Arin menegakkan badannya lalu berpusing menghadap kakak iparnya. Mata dibesarkan seraya senyuman lebar di bibir. Kalau betullah Airaa mengandung, dia orang pertama yang bersorak.

Airaa tercengang mendengar soalan daripada Tengku Arin. Tangannya naik mengusap perutnya yang masih kempis. Dia mengandung? Tanpa sengaja bibirnya mengukirkan sebuah senyuman lebar. Namun dia teringatkan perbualannya dengan Tengku Ayie dua hari yang lalu.

FLASHBACK

Airaa mengusap rambut Tengku Ayie yang sedang baring di pahanya. Mereka sedang menonton filem yang bertajuk The Baby Boss. Malam minggu sangat bagus untuk meluangkan masa bersama dengan orang yang tersayang.

"Eeee, comelnya baby tu," kata Airaa dengan geram. Sudah berapa kali dia menonton filem tersebut disebabkan watak baby itu. Baby kan comel!

Tengku Ayie hanya tersenyum. Faham dengan sikap isterinya apabila menonton filem tersebut. Sampaikan dia sendiri pun boleh ingat dengan jalan cerita filem tersebut.

Suasana menjadi sepi. Airaa tekun melihat filem itu sambil tangannya tetap mengusap rambut Tengku Ayie.

"Abang... abang nak baby tak?" tanya Airaa. Dia mengalihkan pandangannya dari televisyen ke arah suaminya. Dia tidak tahu mengapa dirinya mahu membahaskan tentang anak.

Tengku Ayie mendiamkan diri. Matanya masih memandang ke kaca televisyen. Dia faham apa maksud isterinya itu.

"Abang? Abang dengar tak apa yang Airaa cakap tadi?"

Airaa memegang pipi Tengku Ayie supaya memandang dirinya. Kening dijongketkan.

"Dengar," jawab Tengku Ayie. Dia mengalihkan kepalanya ke kaca televisyen semula.

Air mata Airaa mula bertakung. Dia mengetap bibir. Nampaknya suaminya tidak berminat dengan topik yang dia katakan. Dia mendongakkan kepalanya ke atas agar air matanya tidak mengalir. Tidak tahu kenapa tiba-tiba saja dia mahu menangis.l

'Dia tak minat dengan topik kau, Airaa. Dah kalau dia tak minat, takkan kau nak tanya lagi. Kalau dia minat, dia akan jawab,' desis Airaa dalam hati. Dia menyalahkan diri sendiri kerana membuatkan keadaan mereka menjadi janggal.

Air mata Airaa mengalir di pipi tanpa dia sedar. Dia memandang ke tepi. Risau jika suaminya ternampak dia menangis. Bukan apa, dia sedih kerana suaminya seperti tidak mahu mempunyai zuriat dengannya. Jijikkah Tengku Ayie dengan dirinya?

"Ya Allah, sayang... kenapa menangis ni?"

Tengku Ayie segera bangun melihat isterinya yang sedang menangis itu. Dia sedar Airaa menangis disebabkan air mata isterinya menitis ke pipinya. Tangan ditekapkan ke pipi Airaa untuk membuatkan wanita itu memandang dirinya.

"Abang tak nak ada zuriat dengan Airaa ke?" Airaa memandang tepat ke dalam mata Tengku Ayie. Kata orang, mata dapat menggambarkan apa yang hati rasakan. Dia nak tahu apa yang Tengku Ayie rasa bila dia berkata tentang anak.

"No, sayang. Abang memang nak zuriat dengan sayang. Cumanya bukan sekarang," jelas Tengku Ayie. Entah mengapa jawapan itu yang keluar dari mulutnya.

"Okey, macam ni. Abang sibuk dengan kerja. Pagi keluar lepas tu malam baru abang balik. Abang takut abang tak ada masa dengan sayang dan baby."

Airaa mendiamkan diri.

"Dahlah abang, Airaa naik atas dulu. Airaa nak tidur," balas Airaa sebelum dirinya bangun lalu bergerak ke tingkat atas. Bilik tidur mereka dituju.

END FLASHBACK

Airaa tersentak apabila Tengku Arin memanggilnya.

"Akak? Akak okey tak ni?" soal Tengku Arin seraya mengusap bahu kakak iparnya. Dia hairan melihat Airaa yang termenung. Entah dengar atau tidak wanita itu dengan apa yang dia katakan tadi.

"Akak okey je." Airaa menepuk perlahan tangan Tengku Arin yang berada di bahunya.

Tengku Arin menganggukkan kepala sebelum dia teringat apa yang dia mahu katakan tadi.

"Tapikan akak, adik baru-baru ni ada buat kajian. Kajian pasal kanser rahim. Dia punya gejala sama macam orang mengandung."

Tengku Arin cuba mengingati apa gejala-gejala tersebut. Baru-baru ini dia ada buat satu kajian mengenai kanser rahim. Sebab itulah dia sibuk sejak kebelakangan ini.

Airaa menelan air liur yang terasa pahit. Kanser rahim. Kanser yang menyebabkan peluang untuk seorang wanita itu mengandung sangat tipis.

"Loya, muntah-muntah, sakit badan dan kurang selera makan adalah gejala bagi kanser rahim. Akak macam tu ke?" tanya Tengku Arin. Ayat terakhir disebut dengan perlahan-lahan. Dia tidak mahu merisaukan Airaa tapi wanita itu juga harus tentang kanser rahim.

Airaa hanya menganggukkan kepala.

"Akak ada juga perasaan benda. Tapi tak pernah pun terfikir yang tu adalah gejala kanser rahim ataupun mengandung. Akak ingat demam biasa je."

Airaa mendiamkan diri. Memikirkan dirinya mengandung, kanser rahim ataupun hanya demam biasa.

"Adik rasa akak perlu pergi hospital lah untuk check. Tapi adik doakan semoga dalam ni ada anak buah adik yang comel ikut muka aunty dia."

Tengku Arin memegang perut Airaa yang kempis dengan senyuman yang lebar. Happynya dia kalau kakak iparnya itu mengandung. Tak sabar nak gendong anak buah.

Airaa tersenyum nipis. Kalau Tengku Arin tak sabar nak dapat anak buah, dia lagi tak sabar. Andai kata dalam rahimnya ada penghuni, dia bersyukur sangat. Namun jika bukan, dia hanya patuh dan redha dengan ketentuan Allah SWT.

"Adik, akak naik dulu," ucap Airaa sebelum dia berdiri. Dia beredar tanpa menunggu balasan daripada Tengku Arin.

"Akak... esok adik nak temankan akak pergi hospital, boleh?"

Tengku Arin menoleh memandang ke arah kakak iparnya yang mahu menaiki tangga itu.

Airaa tersenyum lalu mengangguk kepalanya. Apa salahnya kalau Tengku Arin mahu menemani dirinya. Ada lah juga temannya untuk pergi ke hospital.

Dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik tidur mereka. Tombol pintu dibuka perlahan lalu ditutup. Kaki dibawa ke arah katil.

Airaa membaringkan badannya di atas katil selepas memerhati ruangan bilik tersebut. Tangannya naik mengusap perutnya.

'Ya Allah, andai di dalam ini ada malaikat kecilku, Engkau lindungilah dia. Namun, jika bukan, Engkau berilah aku kesihatan yang baik. Semoga aku dapat menunaikan tanggungjawabku kepada-Mu, Ya Allah. Amin."

Air mata Airaa mengalir apabila dia memejamkan matanya. Nampaknya emosi masih tidak stabil. Tangan masih mengusap perutnya. Berharap dia tidak menghidap kanser rahim. Sebaliknya, dia berharap agar dalam rahimnya ada malaikat kecil untuk mereka.

Airaa bangun sebelum melangkah ke almari baju milik suaminya. Pintu almari dibuka. Terlihat baju-baju Tengku Ayie yang tersusun kemas memenuhi almari tersebut.

Dia mengambil kemeja Tengku Ayie yang berwarna biru muda lalu dibawa ke hidung. Bau daripada kemeja tersebut dihidu. Sungguh dia rindu dengan bau badan Tengku Ayie. Dari pertama mereka berkahwin, bauan itu yang menyenangkan dia.

Airaa duduk di birai katil. Tangan kanan mengusap perut, tangan kiri memegang kemeja milik suaminya. Dia menarik hingusnya yang hampir meleleh.

Sejak dua hari yang lalu, dia dan Tengku Ayie hanya berdiam diri. Hanya bersuara apabila ditanya. Airaa memejamkan mata sebelum tersenyum lebar dengan air mata yang mengalir. Matanya dibuka perlahan-lahan.

"Assalamualaikum, baby mummy. Walaupun mummy tak pasti, baby ada atau tak, mummy tetap nak berbual. Mummy bosan, baby. Daddy asyik sibuk dengan kerja. Kan best kalau baby dah ada dalam sini."

Airaa mengetap bibirnya dengan rapat. Dia tidak mahu tangisannya semakin kuat. Kalau mentua dan adik iparnya dengar dia berbual sendiri, pasti mereka menyangka dia gila.

"Andai satu hari baby wujud dalam rahim mummy, mummy lah yang paling happy. Tapi mummy kena buat apa kalau daddy tahu kewujudan baby. Nak gugurkan baby? No, mummy takkan buat benda tu sebab mummy sayang baby mummy," tutur Airaa sebelum dia menekup mukanya pada bantal. Hampir saja dia mahu menjerit. Entah apa yang merasuki fikirannya sehinggakan emosinya menjadi tidak stabil.

Setelah penat menangis, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengambil wudhuk. Hanya wudhuk saja yang dapat menenangkan hati seseorang.

Selepas mengambil wudhuk, emosi Airaa semakin baik. Dia membaringkan dirinya. Selimut ditarik sehingga paras leher sebelum dia lena diulit mimpi.

**********

TENGKU ISKANDAR mengerling ke tempat duduk pemandu. Dia melihat wajah dingin sepupunya. Ada lah tu masalah Tengku Ayie.

"Kau kenapa aku tengok macam ada masalah je?" soal Tengku Iskandar dengan mengiringkan badannya ke arah Tengku Ayie.

Tengku Ayie memandang sekejap sepupunya sebelum dia menggaru keningnya. Nak cakap ke tak? Cakap jelah.

"Biasalah, masalah rumah tangga sikit."

"Pasal apa pula?"

Tengku Ayie memusingkan stereng kereta sebelum memandang cermin sisi. Melihat jika ada kereta di belakang mereka. Dia menghela nafas panjang.

Tengku Iskandar masih setia menunggu jawapan daripada Tengku Ayie.

"Pasal anak," jawab Tengku Ayie walaupun berat untuk dia katakan. Wajah sedih Airaa terlayar di kotak fikirannya.

Tengku Iskandar menegak badannya sebelum satu senyuman lebar menghiasi bibirnya. Sepupunya akan dapat anakkah?

"Isteri kau mengan..."

"Tak." Laju Tengku Ayie memintas kata-kata Tengku Iskandar. Dia yakin Airaa takkan mengandung walaupun dia sudah menyentuh wanita itu.

Kening dikerutkan. Laju betul sepupunya itu menjawab. Pasti ada sesuatu yang tak kena ni.

"Dah tu, kenapa?"

Tengku Ayie mengusap belakang lehernya dengan mata terarah ke jalan raya. Mereka mahu berjumpa dengan klien untuk membincangkan kes yang bakal dibicarakan nanti. Baru saja dia mahu berehat di rumah, Aqilah sudah menelefonnya tentang klien tersebut.

"Aku tak sedia lagi nak ada anak."

Tengku Iskandar menyandar pada kerusi kereta lalu tangannya naik memeluk tubuh. Aduh, dah kahwin tapi takkan anak pula.

"Habis Airaa?"

"Aku kata yang aku takut kalau aku tak ada masa untuk dia dan baby. Sebab aku buzy dengan kerja aku," ucap Tengku Ayie. Dia tahu yang dia sudah menipu isterinya. Nak buat macam mana kalau dia tidak bersedia lagi.

Tengku Iskandar membulat matanya. Ni kalau Airaa tahu yang dia kena tipu, memang mendapatlah Tengku Ayie. Berani dia tipu isterinya sendiri.

"Weh, kau tipu Airaa? Kau tipu isteri kau sendiri. Suami jenis apa kau ni?" tanya Tengku Iskandar dengan nada yang hampir meninggi. Dia yakin mana-mana wanita pun akan kecewa bila tahu mereka ditipu.

"Aku tak nak lukakan hati dia. Kau faham tak?"

Tengku Ayie memandang Tengku Iskandar sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan. Bengang dengan sikap sepupunya yang tidak faham bahasa itu. Dia cuma mahu menjaga perasaan isterinya. Itu saja.

Tengku Iskandar mengerutkan wajahnya.

"Kau rasa apa perasaan Airaa kalau kau tipu dia? Weh, perempuan masih boleh terima kalau kau cakap jujur. Ni kau tipu Airaa, lagilah hati dia terluka. Kau faham tak?"

Tengku Iskandar menepuk dahi. Sepupunya yang cerdik pandai ini rupanya lemah dalam menjaga perasaan perempuan. Itu pun nak kena ajar ke?

"Dia takkan tahu pasal ni kalau kau atau aku tak bagitahu," bidas Tengku Ayie dengan mendatar. Betul, Airaa takkan tahu kalau di antara mereka tidak memberitahu.

Keadaan menjadi senyap. Masing-masing mendiamkan diri sambil menenangkan hati yang panas. Masing-masing tidak mahu mengalah tentang topik tersebut.

"Kalau Allah SWT takdirkan isteri kau mengandung macam mana? Kau nak gugurkan?" soal Tengku Iskandar yang masih tidak mahu mengalah.

Tengku Ayie hanya mendiamkan diri dengan matanya fokus memandang jalan raya.

'Kau nak gugurkan ke anak kau sendiri, Ayie? Kau tak kesian ke dekat anak kau, anak Airaa? Kau rasa kalau kau gugurkan anak kau sendiri, Airaa masih bukakan pintu hati dia untuk kau. Tak, Ayie, tak.' Suara bisikan kedengaran di cuping telinga kanannya.

'Terlalu awal untuk kau nak ada anak, Ayie. Come on, kau dengan Airaa muda lagi kut. Enjoy dulu dengan kehidupan kau sekarang sebelum kau bersedia nak ada anak. Chill bro,' bisik satu suara di telinga kirinya pula.

Dia memejamkan sekejap mata sebelum dibuka. Sakit kepalanya memikir tentang topik tersebut. Mahu saja dia berpatah balik ke rumah untuk merehatkan badan serta fikirannya.

"Aku tak percaya kalau kau buat macam tu. Sepupu aku yang Uncle Mus hantar sampai ke luar negara lepas tu dah jadi peguam tapi sayang... sekarang ni kau jadi orang yang tak bertanggungjawab."

Tengku Iskandar menundingkan jari ke arah Tengku Ayie. Sanggup menggugurkan bayi dengan alasan tak bersedia. Heh, tak logik betullah alasan tu.

"Kau dengan Airaa dijodohkan sebab Allah SWT tahu yang kau dah bersedia. Bersedia untuk berdikari, bertanggungjawab dan membimbing keluarga kau nanti. Allah SWT dah rancang semuanya, cuma kau je yang perlu yakin sekarang ni," ceramah Tengku Iskandar dengan lagaknya seperti ustaz. Baginya, Tengku Ayie perlukan kata-kata semangat supaya lelaki itu dapat bangkit.

Tengku Ayie menarik break kereta kerana mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju. Dia meraup wajahnya perlahan dengan badan disandarkan pada tempat duduk pemandu. Sedikit sebanyak kata-kata Tengku Iskandar itu menyedarkan dirinya.

Terasa bahunya ditepuk dengan perlahan, Tengku Ayie menoleh ke kiri. Wajah Tengku Iskandar yang tersenyum nipis memenuhi pandangan matanya.

"Ingat, anak adalah amanah Allah SWT bagi setiap pasangan. Ramai pasangan yang dah kahwin tapi tak dapat anak. Bertahun menunggu, belum ada juga. Bukan disebabkan mandul ke apa. Tapi belum tiba masanya," kata Tengku Iskandar sebelum keluar dari kereta milik Tengku Ayie. Mereka berkongsi kereta memandangkan dia sekadar untuk menemani lelaki itu.

Tengku Ayie segera mengambil briefcase dan telefon bimbitnya. Dia turut keluar dari kereta lalu memandang hotel yang akan menjadi tempat perjumpaan dengan kliennya.

"Is, thanks," ucap Tengku Ayie. Dia bersyukur ada sepupu seperti Tengku Iskandar. Bukan dia tidak ada sepupu yang lain, ada cumanya dia hanya rapat dengan Tengku Iskandar. Sepupu dari sebelah mamanya.

"Tak ada hal lah tapi kalau isteri kau mengandung, bagitahu aku cepat."

Tengku Ayie mengangkat kening yang bermaksud 'kenapa pula?'

"Nak bagi muka aku yang handsome ni dekat anak kau."

Mereka ketawa serentak. Nasib baiklah kawasan tersebut tiada orang, kalau tidak, mesti mereka disangka gila. Yalah, ketawa malam-malam. Jam pun sudah menunjuk pukul 10 malam.

"Ni, aku nak pergi toilet dululah. Dah tak tahan ni," adu Tengku Iskandar dengan kaki dikepitkan. Tidak menunggu jawapan daripada sepupunya, dia terus berlalulah pergi.

Tengku Ayie sekadar menggelengkan kepala. Perangai Tengku Iskandar memang tidak pernah berubah tapi fikiran lelaki itu cukup matang.

Telefon dihidupkan lalu terpapar wajahnya dan juga wajah Airaa yang menghiasi skrin tersebut. Wajah isterinya diusap. Sudah dua hari mereka tidak berbual. Hanya disebabkan tentang anak. Masih marahkah wanita itu kepada dirinya?

BUK!

Tengku Ayie terbaring di atas jalan raya. Kepalanya berdenyut-denyut disebabkan dihentak dengan kuat. Dia cuba untuk berdiri namun tidak dapat disebabkan hentakan di kepalanya sekali lagi.

BUK!

Mata Tengku Ayie menjadi kabur. Sempat lagi dia melihat satu figura yang sedang berdiri sebelum pandangannya menjadi gelap.

"Yo... u."

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience