TENGKU ARIN keluar dari perpustakaan selepas selesai mencari bahan rujukan. Nampaknya dia perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Dia membuka beg dan mula mencari satu benda. Beg yang dipenuhi dengan pen dan buku itu menyukarkan dia untuk mencari pendrive miliknya. Dalam keadaan dia berjalan menyukarkan lagi kerja pencariannya itu.
"Ergh, manalah kau ni pendrive? Dah puas dah aku cari kau." Marah Tengku Arin. Silapnya juga tidak menyimpan dengan elok jika sudah tidak digunakan. Tengok, apa dah jadi. Dia juga yang susah.
Disebabkan dia terlalu tunduk ke bawah, dia telah terlanggar seseorang. Buku dan kertas-kertas yang berada di tangannya jatuh. Semua bertaburan di atas lantai.
"Allah-Akbar."
Dengan kadar segera, dia mengutip kembali semua buku serta kertas yang berjatuhan.
"I'm sorry, Encik..." Membulat kedua-dua belah mata Tengku Arin dan secara tak sengaja buku yang berada di tangannya terlepas lagi.
"Aduh!" Tengku Arin segera bercangkung dan mengusap-usap kaki kiri yang terkena buku. Boleh tahan sakit juga apabila buku tersebut jatuh mengena kakinya.
"Maaf sebab saya dah buat awak terkejut." Lelaki itu lantas mengutip buku dan kertas milik Tengku Arin yang jatuh itu.
"Eh, tak apa. Saya boleh ambil sendiri. Awak, Aqief kan? Buat apa dekat sini?" tanya Tengku Arin kepada Aqief. Lelaki yang telah berjumpa dengannya di hospital pada bulan lalu.
"Saya mengajar dekat sini. Apa yang awak cari sampai tak boleh berhenti sekejap ni?" Buku yang dikutip diserahkan kepada Tengku Arin.
"Saya tengah cari pendrive. Tak tahu dekat mana saya letak. Maaf sebab terlanggar awak... eh tak, Sir. Saya tak pandang depan. Sorry again, Sir," ujar Tengku Arin selepas dia sedar yang dia telah terlanggar dengan salah satu pensyarah dekat situ.
Aqief mengangguk dan mengajak Tengku Arin duduk sebentar di satu kerusi panjang. Dilihat Tengku Arin yang masih sibuk mencari pendrive di dalam begnya.
"Cuba awak bertenang dulu. Kalau awak cari macam tu, macam mana nak jumpa. Cuba bawa bertenang. Tarik nafas... hembus. Buat tiga kali, lepas tu baru cari balik," arah Aqief kepada Tengku Arin seperti itu.
Dia nak tolong carikan pendrive tu tapi masalahnya beg tu beg perempuan. Nanti lain yang dicari, lain yang dia dapat.
Tengku Arin mengikuti arahan daripada Aqief. Setelah mendapati dirinya sudah dapat bertenang, dia memulakan pencariannya dengan cara perlahan-lahan. Bila dah jumpa pendrive tersebut, dia terus menunjukkan kepada Aqief.
"Hmmm, kan saya dah kata. Kalau cari barang tu, carilah dengan perlahan-lahan. Bawa diri tu bertenang dulu. Barulah jumpa." Senyuman lebar terlukis di bibir milik Aqief.
"Ada pen tak? Nak pinjam boleh?" tanya lelaki itu seraya tangan dihulurkan.
Tengku Arin memberikan sebatang pen kepada Aqief. Dia nampak Aqief mengeluarkan kertas berbentuk segi empat seperti sticker notes daripada poket seluarnya. Dan lelaki itu juga membelakanginya.
Selesai saja menulis sesuatu, pen dan kertas diberikan semula kepada Tengku Arin. Dia berdiri bila gadis itu membaca apa yang dia tulis.
"Saya gerak dulu. Assalamualaikum,"
pamit Aqief sebelum beredar dari situ dan menuju masuk ke dalam dewan.
'Waalaikumussalam,' jawab Tengku Arin dalam hati.
Sticker notes dipandang setelah kelibat Aqief sudah menghilang. Tengku Arin memandang dengan sengihan yang cukup lebar.
'Wahai jejaka, kenapa engkau selalu buat hati ini bergelora saja? Rasa nak tercabut dah hatiku ni.' bisiknya dalam hati.
- Tak baik marah-marah
- Istighfar banyak-banyak
- Insya-Allah barang tu akan jumpa juga
~A.H~
Mati sengihannya bila teringatkan sesuatu.
'Ya Allah, Arin kau ni dah kenapa? Takkanlah kau suka dekat suami orang? Dahlah isteri dia tengah mengandung.' Dahinya ditepuk berkali-kali. Mengingatkan diri sendiri tentang status lelaki itu.
Dia berdiri sebelum masuk ke dalam kelasnya. Sampai saja, dia menarik nafas lega tatkala kelasnya belum mula lagi.
**********
"AIRAA, mama nak tanya sesuatu boleh? Tapi mama harap Airaa tak terasalah dengan apa yang mama nak kata ni," ujar Puan Zahra. Kerusi di meja makan di duduk.
"Mama nak tanya apa? Tanya je, tak perlu nak minta izin. Mama kan, mama Airaa." Tangan yang sibuk mengemas makanan di atas meja terhenti. Dipandang wajah Puan Zahra dengan senyuman lebar.
"Airaa, belum sedia ke nak pakai tudung? Mama harap Airaa tak kecil hati dengan soalan mama. Tak apa kalau Airaa tak nak jawab. Mama faham macam mana perasaan Airaa."
Puan Zahra menarik tangan Airaa untuk duduk di sebelahnya. Dia mengusap tangan anak bongsunya itu. Satu-satunya anak perempuan yang dia ada dan sayangnya kepada Airaa tidak terhitung. Airaa bagaikan pelengkap dalam keluarga itu.
"Tak ada lah mama, Airaa tak kecil hati pun. Sebenarnya Airaa dah beli tudung cumanya tengah cari masa yang sesuai untuk pakai. Mama tolong doakan Airaa, ya. Doa semoga Airaa cepat-cepat pakai tudung," pinta Airaa kepada mamanya. Dia membeli tudung pun ketika keluar bersama Tengku Sofea dan Amira. Merekalah yang menunjukkan tudung mana yang sesuai dengan dirinya.
Lantas Airaa memeluk badan Puan Zahra dengan erat. Pipi mamanya sempat dikucup lembut. Badan inilah yang selalu dia dipeluk setiap kali ada masalah namun itu dulu sebelum dia berkahwin dengan Tengku Ayie. Sekarang, peratus untuk memeluk tubuh itu semakin berkurang disebabkan dia sudah mempunyai suami.
"Airaa jangan risau, ya. Mama selalu doakan kebahagiaan Airil dengan Airaa sebab mama nak tengok anak-anak mama gembira. Gembira macam selalu walaupun kita semua jarang jumpa lepas ni. Orang kata, doa seorang ibu tiada hijabnya. Jadi, Airaa jangan risau, okey."
Belakang badan Airaa diusap dengan perlahan. Tumpahnya air mata seorang insan yang bergelar ibu saat mengenangkan masa-masa dahulu. Saat di mana dia melahirkan, menukar lampin dan berjaga setiap malam semata-mata mahu memastikan keselesaan anaknya.
" Terima kasih, mama. Sekarang ni, mama janganlah sedih-sedih. Nanti dia orang ingat Airaa buli mama," kata Airaa sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Puan Zahra. Pipi itu dicium sekali lagi.
"Okey, mama dah tak sedih-sedih lagi. Airaa pergilah panggil semua orang. Cakap makanan tengah hari dah siap."
Airaa mengangguk sebelum keluar dari kawasan dapur menuju ke belakang rumah. Langkahnya terhenti seketika.
'Macam mana nak panggil ni? Dia dahlah ada dekat situ. Kalau dulu, bolehlah aku panggil papa dengan abang Airil je. Sekarang ni, Ayie pun ada sekali. Aduh, apa aku nak buat ni?' Airaa menggigit kuku jarinya sambil berjalan ke hulu ke hilir. Sesekali dia memandang papa, Airil dan Tengku Ayie yang sedang rancak berbual.
"Cik Su buat apa dekat sini? Akmal tengok Cik Su ni dah macam askar dah. Ke sana ke sini. Ke sana ke sini."
"Eh, Akmal. Boleh tolong Cik Su tak? Tolong panggilkan dia orang tu. Cakap makanan tengah hari dah siap."
Akmal menggaru kepalanya. Kenapa pula dia yang harus memanggil?
"Kenapa Akmal pula yang kena panggil? Bukan Cik Su ke yang patut panggil dia orang? "
Airaa tersengih melihat sepupunya kecilnya itu. Alahai, banyak tanya pula si kecil ni. Dah orang suruh, buat je lah.
"Akmal nak tak tengok cerita Batman? Cik Su ada cerita tu. Nanti kita tengok sama-sama, ya." Airaa mencuba untuk menarik perhatian Akmal. Dia ada jawapan untuk soalan itu tapi dia tak mahu memberitahu.
"Nak-nak. Akmal nak tengok cerita Batman, Cik Su," jawab Akmal dengan teruja. Siap dengan pakej melompat lagi.
"Boleh tapi sekarang ni, Akmal kena dengar cakap Cik Su. Akmal pergi panggil dia orang. Cakap yang makanan tengah hari dah siap."
Akmal menunjukkan simbol okey kepada Airaa sebelum berlari mendekati pondok di belakang rumah itu.
Airaa terus membawa diri ke meja makan. Mak tok dan Zahirah sudah berada di meja makan. Mereka menunggu untuk makan tengah hari. Tidak lupa juga Hanis yang baru saja sampai.
TBC
Share this novel