BERKALI-KALI Tengku Arin menelefon Tengku Ayie namun tidak dapat. Dia mencuba sekali lagi.
"The number..."
Dia mengeluh berat. Memang sah, abangnya berada di dalam mahkamah kalau panggilan itu tidak diangkat. Lepas satu, satu masalah yang timbul. Dia buntu macam mana lagi dia mahu menyelamatkan rumah tangga abang dan kakaknya itu. Dia pun masih muda untuk memikirkan semua itu.
"Nah, ambillah air mineral ni," sapa satu suara yang menghulurkan air mineral kepada Tengku Arin. Dia mengambil jarak sebelum duduk di kerusi panjang tempat Tengku Arin duduk.
Tengku Arin mengalihkan pandangannya ke arah sebelah tempat duduknya. Matanya memandang air tersebut.
"Ambillah, saya tak letak pun benda yang bukan-bukan dalam air ni. Jangan risau." Senyuman lebar diberikan untuk menyakinkan Tengku Arin tentang air tersebut.
Dengan ragu-ragu Tengku Arin mengambil air itu. Dia bukannya kenal sangat dengan lelaki yang memakai kemeja berwarna biru dan kopiah hitam terletak di atas kepala. Dia membuat kesimpulan mungkin orang-orang dalam hospital ni ataupun pelawat.
"Terima kasih," ucap Tengku Arin sebelum mengalihkan badannya membelakangi lelaki itu. Malu bila mata lelaki itu masih memandang dirinya.
"Sama-sama. Saya nampak awak macam ada masalah tadi. Tak nak kongsi dengan saya ke?"
Lelaki itu perasan yang Tengku Arin seperti tidak selesa dengannya. Yalah, macam mana nak selesa kalau kenal pun tidak.
"Oh, lupa nak perkenalkan diri. Saya Aqief Hanafi. Boleh panggil Aqief je. Awak?" tanya lelaki bernama Aqief itu. Dia mahu berbual bersama gadis itu. Baginya, gadis itu nampak pendiam.
"Tengku Arin. Panggil je Arin." Tengku Arin membalas senyuman lelaki itu. Wajah Aqief membuatkan dia tenang. Tenang daripada masalah yang dia ada walaupun mereka baru saja bertemu. Argh, takkanlah dia dah jatuh cinta pula. Mustahil.
"Awak ada masalah ke? Awak boleh kongsi dengan saya. Insya-Allah, manalah tahu saya boleh bantu awak."
"Tak adalah. Saya mana ada masalah," balas Tengku Arin sambil memandang ke hadapan. Kelihatan banyak pesakit yang berjalan-jalan di kawasan tersebut. Bukan dia sebenarnya yang ada masalah tapi abangnya, Tengku Ayie.
"Tak apa kalau tak nak kongsi dengan saya. Tapi awak masih boleh kongsi masalah awak tu dengan Allah SWT. Beban kita pun akan berkurang kalau kita meluahkan apa yang terbuku di hati. Setiap manusia mesti ada masalah. Tapi kena ingat, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan."
Aqief tersenyum memandang wajah Tengku Arin. Namun dia cepat mengalihkan pandangannya bila Tengku Arin melihatnya.
"Thanks."
"For what?"
"Untuk ingatkan saya tentang semua tu."
Aqief hanya mengangguk. Suasana senyap di antara mereka berdua. Tidak tahu apa yang harus dikatakan.
"Abang," panggil satu suara.
Serentak Tengku Arin dan Aqief menoleh ke belakang. Seorang wanita yang mengandung sedang menggamit tangan kepada mereka atau lebih tepat ke arah Aqief.
Aqief mengangkat tangan bermaksud tunggu. Dia menyeluk saku bajunya untuk mengambil sticker notes sebelum diberikan kepada Tengku Arin.
Sticker notes tersebut diambil oleh Tengku Ayie.
"Saya gerak dulu, assalamualaikum." Aqief memberikan salam perpisahan untuk Tengku Arin. Mungkin sampai situ saja perbualan mereka.
Salam hanya dijawab di dalam hati. Matanya memandang figura lelaki itu sebelum hilang. Sticky notes dipandang.
-Jangan bersedih
-Allah ada bersama kita
-Luahkan semuanya kepada-Nya
~A.H~
Tengku Arin tersenyum memandang sticky notes namun senyumannya pudar saat mengingatkan seorang wanita mengandung yang memanggil Aqief dengan panggilan 'Abang'. Sticker notes diletakkan di dalam beg sebelum dia berjumpa dengan daddynya.
**********
AMIRA masuk ke dalam wad yang menempatkan Airaa. Tengah hari tadi Puan Zahra memberitahu dia bahawa Airaa berada di hospital. Mahu saja dia pergi ke hospital pada waktu itu tetapi dia masih dalam waktu bekerja. Terpaksalah dia menunggu waktu pulang.
"Assalamualaikum." Amira memberi salam sebaik saja membuka pintu wad tersebut. Senyuman diberikan tatkala terpandang wajah Airaa dan Tengku Arin.
"Waalaikumussalam, lambatnya kau datang," ujar Airaa dengan memuncungkan bibirnya tanda merajuk.
"Alah, sorrylah. Kau tahukan yang aku baru balik dari butik mama kau. Penat aku pun tak hilang lagi." Amira mendekati Airaa yang berada di atas katil.
"Ehem. Akak, adik nak pergi beli makanan dulu. Akak ada nak pesan apa-apa tak? Adik boleh belikan." Tengku Arin mengambil dompet dan telefonnya untuk dibawa bersama.
"Rasanya tak ada lah. Kalau akak nak, nanti akak telefon adik, ya," balas Airaa.
Tengku Arin mengangguk dan keluar dari wad tersebut untuk memberikan ruang kepada Airaa dan Amira agar dapat berbual.
"Wei, adik ipar kau tu tak ada kelas ke hari ni?"
"Tak ada sebab daddy suruh dia temankan aku untuk hari ni. Kesian juga aku tengok adik tu. Dari tadi pagi sampailah sekarang dia temankan aku dekat sini. Mungkin malam pun sama juga."
Amira menganggukkan kepala.
"Aku nak tanya sikit dekat kau boleh tak?" Sekarang masanya untuk membawang. Amira bangun sebelum melabuhkan punggungnya di atas katil Airaa. Nasib baiklah katil hospital tu kukuh kalau tak, mesti dah jatuh ke lantai.
"Kenapa nak minta izin pula ni? Bukan ke selalunya kau terus tanya aku?"
Amira hanya tersengih memandang Airaa. Bukan apa, kalau nak tanya hal yang penting mestilah minta izin dulu, kan?
"Kau nak tanya sikit ke banyak ke, boleh. Tanya je," kata Airaa sambil memberikan sedikit ruang agar Amira selesa duduk dan berbual dengannya.
"Macam mana kau boleh demam ni? Setahu aku, kau ni jarang demam. Kalau demam pun, demam yang biasa-biasa je. Ni mesti ada sesuatu yang terjadi, kan?"
"Macam mana kau tahu yang..." Airaa terus mengemam bibirnya. Dia terlepas cakaplah, macam mana ni?
Amira terus tersenyum lebar. Heh, nak rahsiakan daripada dia konon. Ni Amira lah, semua benda boleh tahu.
"Aku kenal kau dah lama,Airaa. Apa yang kau suka dengan tak suka, aku tahu. Sekarang ni, bagitahu aku apa yang dah berlaku sampaikan kau boleh ada dekat sini?"
Airaa mendiamkan diri. Dia tidak mahu menceritakan apa yang berlaku kepada Amira. Tapi dia tak boleh pendam semua itu.
"Pasal suami kau, kan? Aku nak kau luahkan apa yang terbuku dalam hati kau tu. Aku tak nak kau terbeban kalau kau asyik pendam je. Aku ada dekat sini, nak dengar luahan kau."
Dia menarik Airaa ke dalam pelukannya. Dapat dia rasakan ada air yang menitis di bahunya. Tahulah dia yang Airaa sedang meluahkan. Meluahkan dengan cara menangis.
"Baru sebulan kami kahwin, dah jadi macam ni. Dia tak percayakan aku, Amira. Dia tuduh aku macam-macam sedangkan dia tak siasat dulu. Kau nak tahu tak yang aku tak tahan dengan panas baran dia tu."
"Panas baran?"
Airaa hanya mengangguk. Dia pun menceritakan apa yang diceritakan oleh Tengku Arin kepada dirinya. Dari A sampailah Z.
"First, kita orang ada abang angkat. Nama dia Tengku Akimi Idani," ujar Tengku Arin sebelum meneguk air mineral bila merasakan tekaknya terasa kering.
Airaa mendiamkan diri sambil menanti bicara adik iparnya itu.
"Akak nak tahu tak yang Along dengan abang Akimi memang rapat gila sejak kecil. Ke mana-mana berdua, pakai baju warna sama dan makanan kegemaran dia orang pun sama. Sampaikan adik ni pun rasa cemburu dengan dia orang." Terlukis sengihan di bibir Tengku Arin saat terkenangkan tentang itu.
"Kejap. Akak tak fahamlah apa kaitan abang Akimi ni dengan sikap panas baran?"
Senyuman di bibir Tengku Arin menjadi pudar. Dipandang wajah kakak iparnya itu dengan pandangan yang serius. Mungkin sudah tiba masanya untuk menceritakan tentang hal yang satu ini.
"Okey." Dia menarik nafasnya dengan perlahan.
"Tiga tahun yang lalu, mummy paksa abang Akimi kahwin dengan seorang kawan mummy yang bergelar Tengku. Masa tu umur dia 29 tahun. Tapi dia tolak permintaan mummy dengan alasan dia dah ada isteri dengan anak. Semua orang terkejut lagi-lagi mummy dengan daddy.
Lepas tu, dia kena halau oleh daddy sebab buat keputusan dengan membelakangkan dia orang. Mummy dimasukkan ke dalam wad sebab sakit jantung. Mummy suruh Along carikan abang Akimi sebab masa itu daddy pergi Jepun. Along pun pergilah carikan.
Along nampak abang Akimi naik satu kereta ni. Kereta tu nampak macam hilang kawalan dan terbabas ke dalam hutan. Pihak polis dan bomba mulakan pencarian tentang abang Akimi tapi dia tidak dijumpai. Lepas tu, pihak polis terus tutup kes tersebut.
Dari situ, sikap panas baran Along dah muncul. Dia kata disebabkan perempuan yang jadi isteri abang Akimi itulah jadi punca kematian abang Akimi." Sekali lagi Tengku Arin meneguk air mineral tersebut sehingga habis. Sakit juga tekaknya bila bercerita.
Airaa masih lagi menghadam apa yang diceritakan oleh Tengku Arin. Sampai macam tu sekali Tengku Ayie berubah.
"Second?"
"Hmm... second."
"Second apa, Airaa? " Amira tidak sabar mahu mendengarkan sambungan cerita itu.
"Akak!" Kedengaran satu suara yang berada di muka pintu.
Mereka menoleh melihat gerangan tersebut dan dengan cepat Airaa mengesat air matanya. Dia menepuk-nepuk tangan Amira agar bertenang.
"Akak, nurse kata dah boleh keluar dari sini esok pagi."
Airaa hanya menganguk dan tersenyum sebelum memandang ke arah Amira.
"Nantilah aku sambung cerita lagi. Aku nak rehat kejap." Airaa membaringkan badannya di atas katil manakala Amira pula turun dari katil tersebut. Memberikan ruang kepada Airaa untuk berehat.
TBC
Share this novel