Bab 61

Romance Series 15713

LIMA bulan kemudian...

Kereta BMW X6 berhenti tepat di dalam kawasan parking kereta. Tengku Ayie menoleh ke tempat duduk penumpang. Senyuman lebar diberikan.

"Anak daddy nak makan apa hari ni?"

Airaa berdecit tidak suka sebelum menepis tangan Tengku Ayie yang mahu menyentuh perutnya di sebalik baju.

"Sayang okey?" soal Tengku Ayie dengan kerutan di wajahnya. Risau jika wanita itu tiba-tiba sakit. Tangannya terus menyentuh perut yang sedikit buncit itu.

Sekali lagi Airaa menepis sebelum berkata.

"Kata tadi nak makan, takkan nak makan dekat dalam kereta pula. Kalau macam tu baik makan dekat rumah."

Tengku Ayie tersenyum nipis melihat isterinya yang sedang memeluk tubuh. Airaa nampak comel bila berbuat seperti itu. Jauh di sudut hatinya, dia cukup kecewa dengan sikap Airaa. Dia dianggap seperti orang luar.

Selama lima bulan itu, dia bersabar melayani karenah Airaa. Pada tiga bulan usia kandungan Airaa, dia tidak boleh mendekati wanita itu. Semuanya disebabkan bau badannya. Sudah bermacam minyak wangi yang dia guna tetap saja Airaa akan menjauh daripada dirinya. Alih-alih mummynya memberitahu yang Airaa ada alahan untuk perempuan mengandung.

Kecewa jugalah dirinya. Akhirnya, dia hanya dapat berbual dengan anaknya apabila wanita itu sudah tidur. Walaupun dia penat setelah pulang dari tempat kerja, dia sanggupkan diri untuk berjumpa dengan anak dan isterinya. Kadang-kadang ada juga Puan Zahra menyuruh dia untuk tidur di rumah itu. Dia menolak. Takut memudaratkan kesihatan Airaa serta kandungan tersebut.

Bapa mentuanya? Alhamdulillah, layanan daripada lelaki itu tidak lagi seperti dulu. Mungkin disebabkan tidak lama lagi akan ada cucu.

"Termenung pula. Baik duduk rumah je kalau macam ni," kata Airaa dengan perlahan.

"Tak baik untuk baby kalau sayang selalu marah. Okey, kita keluar sekarang."

Laju Tengku Ayie membuka tali pinggang keledar sebelum keluar dari perut kereta. Pintu di tempat duduk penumpang dibuka perlahan.

Airaa keluar dari kereta seraya memegang perutnya. Rasa tidak larat pula mahu berdiri. Sempat lengan suami dipegang.

Selepas itu, mereka beriringan masuk ke dalam pusat membeli-belah itu. Ramai pengunjung datang ke tempat tersebut dan semestinya mahu membeli barang.

Tengku Ayie tersenyum nipis apabila melihat satu pasangan suami isteri yang berjalan sambil berpegangan tangan. Dia mengerling Airaa yang berada di sisinya. Dari tadi dia mahu menyatukan tangannya dan juga tangan Airaa tapi pantas saja wanita itu mengelak.

"Nak pergi makan atau beli barang baby dulu?"

Airaa sekadar mengangkat kedua bahunya. Dia mengusap perutnya akibat merasa tendangan daripada si kecil. Sama ada baby lapar ataupun teruja mahu membeli barang.

"Kita makan dululah. Lepas tu, cari barang baby. Hah, dekat restoran tu ada makanan sedap. Jom," ajak Tengku Ayie. Dia terus menarik tangan isterinya untuk mendekati restoran tersebut. Senyuman disembunyikan tatkala wanita itu tidak menolak atau menepis tangannya.

Tengku Ayie berhenti apabila Airaa yang berada di tepinya telah berhenti daripada melangkah. Matanya melihat apa yang menarik perhatian wanita itu.

"Sayang nak makan kek?" tanya Tengku Ayie dengan lembut.

Airaa laju menganggukkan kepalanya. Air liurnya ditelan dengan perlahan. Dia mahu makan kek. Kalau boleh makan kek coklat.

"Nak makan kek coklat boleh?"

Airaa memandang wajah Tengku Ayie dengan pandangan yang merayu. Digoyangkan lengan suaminya ke kiri dan kanan. Dia betul-betul mahu makan. Takut berliur pula anaknya di dalam perut.

Tengku Ayie terus menganggukkan. Apa salahnya kalau Airaa mahu makan. Ini kali pertama isterinya meminta sesuatu daripada dia. Selalunya yang menjadi mangsa ialah Airil dan Encik Aizhar.

Mereka menuju ke kedai kek tersebut. Airaa membongkokkan badannya ke hadapan untuk melihat setiap jenis kek. Jarinya ditunjuk pada sebuah kek coklat yang di atasnya terdapat pelbagai manisan.

"Nak yang tu,"

Tengku Ayie juga ikut menundukkan tubuhnya ke hadapan. Memandang kek yang telah ditunjuk oleh isterinya.

"Boleh,"

"Dik, nak yang kek coklat tu," arah Tengku Ayie kepada seorang pelayan lelaki. Tertera nama Taufiq pada name tag di baju lelaki itu.

"Baik, bang," jawab Taufiq sebelum mengambil kek tersebut untuk dimasukkan ke dalam kotak.

Tengku Ayie memandang Airaa tatkala merasakan ada tarikan pada bajunya. Tumpuan diberikan kepada wanita itu.

"Kita makan dekat sini ke?"

Dia menggelengkan kepala untuk pertanyaan wanita itu. Meja di dalam kedai tersebut sudah dipenuhi oleh orang ramai. Kalau mereka makan dekat situ, di mana mereka mahu duduk?

"Kita makan dekat restoran depan tu. Dekat sana tak ramai orang. Selesa sikit."

"Tapi kek saya? Macam mana saya nak makan?" tanya Airaa dengan bibirnya dicebikkan. Jari telunjuknya bermain pada lengan suaminya.

Tengku Ayie mengusap perlahan kepala Airaa yang berlapik dengan tudung. Laju wanita itu menepis tangannya.

"Sayang makan kek dekat sanalah."

Dilihat wanita itu hanya mengangguk kepala. Tidak pula Airaa meleraikan tangannya yang bersatu dengan tangan wanita itu. Malahan Airaa semakin mengeratkan pegangan tersebut.

Mendengar bunyi loceng dari kaunter pembayaran, mereka terus menuju ke sana. Taufik sedang berdiri dengan tangannya memegang sebuah kotak yang berwarna merah. Lelaki itu tersenyum kepada Tengku Ayie dan Airaa.

Sekeping not 50 diberikan.

"Terima kasih. Sila datang lagi," ucap lelaki itu selepas menyerah baki kepada Tengku Ayie.

Tengku Ayie melemparkan senyuman sebelum beredar dari kedai tersebut. Mereka melangkah ke sebuah restoran yang tidak jauh dari kedai kek tersebut.

Pelayan yang berada di dalam restoran itu membukakan pintu lalu mempersilakan Tengku Ayie dan Airaa untuk masuk. Pelayan itu menunjukkan sebuah meja makan yang kosong kepada mereka. Tidak lupa juga buku menu di letakkan di atas meja.

"Sayang nak order apa? Banyak makanan dekat sini," tutur Tengku Ayie dengan matanya tidak lepas memerhati menu itu. Dia semakin lapar melihat hidangan yang tertera di menu tersebut.

Airaa menggelengkan kepalanya. Matanya terpaku melihat kotak kek yang mereka beli tadi. Tanpa sedar, bibir bawah dijilat.

Buku menu yang dipegang diletakkan dalam keadaan buku tersebut masih terbuka. Dipandang wajah isterinya yang sedang merenung kotak kek yang berada di sisinya. Seakan tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu, Tengku Ayie tersenyum. Entah berapa kali sudah dia tersenyum hari ini.

"Bagi Tom Yam satu, ais lemon tea dua. Dan minta pinggan kosong, sudu dengan garpu."

Pelayan tersebut terus menganggukkan kepala setelah habis mencatat pesanan itu. Dia kemudiannya pergi ke bahagian dapur.

"Tak nak makan nasi? Sup ke? Baru ada tenaga nak shopping barang baby."

Tengku Ayie bersandar pada kerusi. Dia melihat Airaa juga turut bersandar. Tangan wanita itu mengusap-usap perut sendiri.

"Saya tak ada selera nak makan itu semua."

Tengku Ayie dan Airaa mendiamkan diri selepas itu. Sehinggalah pelayan tersebut datang sambil membawakan apa yang telah dipesan tadi. Hampir 15 minit mereka menunggu, akhirnya, sampai juga pesanan tersebut.

Tengku Ayie tersenyum apabila melihat Airaa yang sudak membuka kotak kek itu. Sepotong kek dikeluarkan lalu diletakkan di atas pinggan. Airaa bertepuk tangan menandakan tidak sabar mahu makan.

"Sayang, baca doa dulu."

Airaa yang hendak meyuapkan kek le dalam mulutnya terhenti. Bibir dicebikkan disebabkan teguran oleh lelaki itu. Makan kek je pun.

Dia terus menadah tangan saat melihat Tengku Ayie yang sudah menadahkan tangan ke atas.

"Amin." Wajah diraupkan. Terus saja kek disua ke mulut.

Airaa memejam mata setelah kek sudah selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Sedap?"

Wanita itu sekadar mengangguk. Kek tersebut dimakan sehingga habis. Licin pinggan itu. Dia melihat Tengku Ayie yang makan Tom Yam di hadapannya. Tiba-tiba dia mahu makan makanan itu.

Tengku Ayie mengangkat wajahnya apabila terasa diperhati. Dipandang isterinya yang sedang melihat mangkuknya.

"Nak ke?" soalnya dengan kening sebelah kanan diangkat.

Laju Airaa menganggukkan kepalanya. Hanya makan sepotong kek, tidak membuatkan perutnya kenyang. Mungkin baby nak makan banyak sangat.

"Come."

Kerusi di sebelahnya ditepuk perlahan. Menyuruh wanita itu duduk di kerusi tersebut. Senang. Tak perlu lagi nak pindahkan mangkuk tu ke tempat Airaa.

Airaa terus bergerak ke kerusi tersebut. Dengan kandungannya yang 24 minggu, dia bergerak dengan perlahan-lahan. Takut baby yang tengah tidur nanti terbangun.

Baru saja dia mahu mengambil sudu itu, ada tangan lain yang mengambil.

"Biar abang yang suapkan," ujar Tengku Ayie.

Sudu disuakan kepada isterinya. Dilihat wanita itu hanya diam. Tidak membuka mulut malahan wajahnya tidak dipandang.

"Nak makan ke tak nak?" tanyanya dengan lembut. Tidak mahu ibu mengandung itu terasa hati.

"Naklah," jawab Airaa dengan nada yang ditekan. Tom Yam itu dipandang dengan air liur yang ditelan.

Airaa memandang ke arah lain sambil membuka mulutnya untuk menerima suapan daripada lelaki itu. Dia perasan mata lelaki itu tetap memandang dirinya.

**********

ENJIN kereta diberhentikan di depan rumah Tengku Mustafa. Wajah diraup untuk menghilangkan rasa mengantuk. Hampir seharian mereka jalan-jalan seraya membeli barangan baby.

"Buat apa datang sini? Kenapa tak balik rumah papa?"

Tengku Ayie mengerling ke kiri. Menatap wajah sang isteri yang baru bangun daripada tidur. Mungkin tidur wanita itu terganggu akibat kereta yang sudah berhenti.

"Mummy ajak tidur sini. Abang dah bagitahu dekat papa," balas Tengku Ayie sebelum membuka seat belt di tempat duduk Airaa dibuka.

Dia terus mengangkat wajah apabila terdengar hembusan nafas yang panjang. Kening dijongketkan.

"Kalau nak tidur, tidurlah. Tak payah nak ajak saya sekali. Saya tak selesa."

Airaa berpeluk tubuh sambil melihat kawasan sekeliling rumah itu. Kawasan rumah tersebut hanya diterangi oleh cahaya bulan. Gelap.

"Mummy nak jumpa dengan sayang. Dia kata rindu dekat menantu dengan cucu dia ni. Tak apalah, esok kita balik rumah sana, ya."

Tengku Ayie memandang reaksi daripada wanita itu. Takut kalau isterinya membentak mahu pulang ke rumah sana. Ini kali pertama Airaa akan tidur di rumah itu setelah keluar dari hospital. Selama lima bulan itu, dia hanya membawa Airaa ke rumah daddy tapi tidak tidur di situ.

Airaa sekadar mendiamkan diri. Dia balas pun bukannya boleh pulang ke rumah papanya. Lelaki itu akan terus memaksa dirinya.

"Dah, jom kita masuk dalam. Barang-barang baby tinggal je dalam bonet. Barang sayang nanti abang bawa."

Selepas berkata seperti itu, Tengku Ayie terus keluar bergerak ke bonet kereta. Mahu mengambil barang yang dibeli oleh isterinya tadi.

Setelah selesai mengambil, dia bergerak pula ke bahagian tempat duduk penumpang bahagian hadapan. Barang di tangannya tidaklah banyak mana. Pintu kereta dibuka untuk mempersilakan Airaa keluar.

Mereka menuju ke pintu. Belum sempat Tengku Ayie mahu mengetuk, pintu sudah terbuka dari depan.

"Assalamualaikum." Salam diberi.

"Waalaikumsalam, wah menantu mummy dah sampai."

Tubuh Airaa dipeluk dengan perlahan-lahan. Risau jika perut wanita mengandung itu terkena.

"Lama mummy tunggu Airaa. Malam ni tidur sini kan, Along."

Tengku Ayie mengangguk kepalanya. Tidak mahu menghampakan mummynya. Dia masuk selepas Tengku Zainab dan Airaa sudah berada di dalam rumah.

"Akak!"

Tengku Arin laju menuruni tangga sebelum menghampiri kakak iparnya yang duduk bersebelahan dengan mummynya. Tangannya mendarat di perut wanita itu.

"Adik, elok-eloklah perangai tu. Adik buat Airaa tak selesa," tegur Tengku Zainab setelah melihat perubahan pada wajah menantunya. Begitulah perangai Tengku Arin bila bertemu dengan Airaa.

"Ala, baby dah tidur dah. Tak sempat nak borak dengan dia."

Tengku Arin memasamkan wajahnya. Baru saja mahu berbual dengan anak buahnya namun baby itu dah tidur. Macam mana dia tahu? Setiap kali dia sentuh, baby tu akan balas dengan menendang.

"Hah, dah tahu baby tu dah tidur, diamlah. Kang dia terbangun sebab suara mak ngah dia kuat sangat."

Tengku Arin tersengih-sengih tatkala mendengar bicara mummynya. Ala, kacau sikit tak boleh. Lengan Airaa dirangkul. Seronok tengok baby bump milik kakak iparnya itu.

"Along bawa isteri kamu ni pergi masuk bilik. Berehat. Mesti penatkan jalan tadi."

Tengku Ayie mengangguk. Dia mendekati isterinya sebelum menghulur tangannya. Senyuman disimpan saat tangannya disambut oleh Airaa. Perlahan-lahan wanita itu berdiri.

Tengku Ayie meminta izin untuk masuk ke dalam bilik. Mereka bersama-sama menaiki tangga. Sesampai di tingkat atas, mereka bergerak ke bilik paling hujung, bilik Tengku Ayie.

Tiba-tiba Airaa menghentikan langkahnya. Tangannya yang berada digenggam Tengku Ayie dilepaskan. Dilihat lelaki itu menoleh ke arahnya. Pasti berasa pelik kenapa dia berhenti dengan tiba-tiba.

"Kenapa berhenti dekat sini?" soal Tengku Ayie dengan kening yang digaru.

Airaa memandang wajah lelaki itu.

"Saya tak nak tidur dengan awak," kata Airaa lalu memandang ke tempat lain. Tangan memeluk tubuh.

Tengku Ayie meng'oh'kan. Dia ingat apalah tadi.

"Tapi kenapa tak nak tidur dengan abang? Dah tu sayang nak tidur dekat mana? Bilik tetamu?"

"Saya tak selesa nak tidur dengan awak. Ya, saya nak tidur dekat bilik yang tak ada awak."

Mata dibulatkan. Wajah isterinya dipandang. Dah tu, dia nak tidur dengan siapa? Ingatkan bila berada di rumah mummynya, bolehlah tidur dekat sebilik dengan wanita itu. Rambut yang tidak gatal digaru. Pening kepala sayang oiii kalau macam ni.

"No, sayang tak boleh tidur sendiri. Mesti apa peneman. Hah, apa kata tidur dalam bilik Arin. Sayang tak bosan kalau duduk sebilik dengan dia. It's okay kalau sayang tak nak tidur dengan abang."

Kepala Airaa yang berlapik tudung diusap perlahan. Meskipun ada sedikit rasa kecewa di dalam hatinya, dia tidak mahu wanita itu tidak selesa dengan dirinya. Tak apalah, biarlah Airaa mengambil masa untuk berdamping di sisinya.

Terlihat Tengku Arin yang ingin menuju ke bilik, Tengku Ayie memanggil.

"Adik, sini jap."

Tengku Arin menunjukkan dirinya sebelum mendekati abang dan kakak iparnya.

"Malam ni akak nak tidur bilik adik," ujar Tengku Ayie dengan senyuman nipis. Dia tidak mahu adiknya tahu tentang Airaa yang tidak selesa dengan dirinya.

Tengku Arin mengangguk kepalanya. Tanpa banyak soal, tangan Airaa diraih lalu mereka berdua menuju ke bilik gadis itu. Airaa hanya mengikuti.

Tengku Ayie melihat figura wanita itu sehingga pintu bilik Tengku Arin ditutup. Nafas dihela panjang. Dia dan Tengku Arin masih belum okey. Adiknya hanya diam tiap kali dia bersuara. Haih, entah apa lagi yang adiknya tidak puas hati.

Akhirnya, dia membawa diri masuk ke dalam bilik. Nampaknya tidur seorang lagi kali ini.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience