"SAYA bawa awak pergi pejabat, awak tak nak. Nak juga datang sini."
"Saya bosanlah kalau ikut awak pergi pejabat. Lagipun, awak takkan fokus buat kerja." Airaa memegang tangan Tengku Ayie. Cuba untuk menenangkan lelaki itu. Dia yakin lelaki itu takkan buat kerja kalau dia ada. Kalau tak buat kerja macam mana nak balik awal?
Tengku Ayie menghela nafas panjang. Susah betul dia mahu berenggang dengan Airaa sejak mereka balik dari kampung. Dia mahu gadis itu sentiasa dekat dengan dirinya.
"Awak..." panggil Airaa dengan nada yang meleret. Senyuman nipis diberikan kepada lelaki itu. Lebih kepada memujuk kerana dia tak mahu ikut ke pejabat.
"Okay, fine. Awak boleh teman mummy dekat sini. Tapi ingat, balik nanti saya ambil awak." Tengku Ayie mengusap kekura tangan milik isterinya. Cincin perkahwinan di jari gadis itu diusap lembut.
Airaa mengerutkan kening.
"Kenapa kita tak tidur je dekat sini?"
"Saya nak malam ni awak masak."
Airaa ketawa kecil. Ni mesti sebab lauk yang dia masak semalam. Berselera betul lelaki itu makan.
"Lah, dekat rumah mummy kan boleh. Saya tak nak awak penat. Kita tidur sini, ya," rayu Airaa. Dia bukan apa, dia rindu sangat dengan mak mentuanya, Tengku Zainab.
"Tapi saya nak tolong awak masak." Mata dikelip-kelipkan. Berharap agar gadis itu bersetuju.
Airaa menahan diri daripada tersenyum.
"Kalau saya tak nak?" usik Airaa walaupun dia mahu dengan pelawaan lelaki itu.
Tengku Ayie memicingkan matanya. Dia tidak percaya pelawaannya ditolak oleh gadis itu. Kalau gadis yang di luar sana, pasti akan berebut-rebut. Tapi bukan gadis yang bernama Airaa Syazah.
"Yalah, nanti awak ambil saya. Dah, awak pergilah. Saya nak masuk dalam dulu."
Airaa menyalam Tengku Ayie sebelum dahinya dicium lelaki itu.
"Ingat, kalau nak keluar, bagitahu saya dulu," pesan Tengku Ayie dengan senyuman di bibir selepas mencium dahi gadis itu.
Airaa mengangguk. Dia keluar dari perut kereta dan rumah banglo itu dipandang. Sudah lama dia tidak datang ke rumah mak mentua. Dia mengalihkan badannya apabila terdengar bunyi hon kereta. Tangannya membalas lambaian daripada Tengku Ayie.
Airaa menekan loceng rumah sebelum dibuka dari dalam.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Eh, akaklah." Tengku Arin segera memeluk badan Airaa. Dia meleraikan pelukan sebelum mencari sesuatu.
Airaa pun ikut memandang ke belakangnya.
"Adik cari siapa? Kalau adik cari Along, dia dah pergi kerja," jawab Airaa seakan tahu apa yang bermain di fikiran Tengku Arin.
Tengku Arin hanya mengangguk. Dia membawa Airaa masuk lalu pintu di tutup. Mereka menuju ke sofa. Tengku Arin duduk di sebelah kakak iparnya.
"Lain macam je adik ni. Ni mesti adik nak tanya something kan," teka Airaa. Dia duduk menghadap gadis itu. Kening dijongketkan.
Tengku Arin hanya tersengih. Macam tahu-tahu je kakak iparnya itu apa yang dia mahu.
"Akak pernah jatuh cinta?"
Airaa terkejut sebelum ketawa perlahan. Pernah jatuh cinta? Mestilah pernah adik oi! Kalau tak, macam mana akak nak terpikat dekat abang awak tu.
"Pernah. Tapi kenapa adik tanya akak? Adik dah jatuh cinta, eh?" Airaa mengusik Tengku Arin sampaikan wajah adik iparnya itu berubah menjadi merah.
Tengku Arin tersenyum malu sambil menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Jelas kelihatan telinganya yang sudah berwarna merah.
"Mana ada, akak ni. Adik tanya je." Dia menunduk kepala apabila dirinya sudah dikawal oleh rasa malu.
Airaa hanya mengangguk. Orang jatuh cinta manalah nak mengaku, kan. Dia faham kalau Tengku Arin tidak mahu memberitahu dia. Baginya, asalkan gadis itu menjaga batas, sudah.
"Ada lagi tak soalan adik? Kaunter pertanyaan tengah dibuka ni."
"Macam mana akak boleh jatuh cinta? Maksud adik, perasaan akak sewaktu jatuh cinta." Sesekali dia memandang ke bahagian dapur. Risau jika Tengku Zainab terdengar perbualan mereka. Mummynya itu tidak suka kalau dia bercinta sewaktu belajar. Kata mummynya boleh menjejaskan pelajaran.
Airaa tersenyum sendiri. Sudah tentulah dia jatuh cinta melalui pandangan mata. Dari mata saja boleh turun ke hati.
"Adik nak tahu tak pasal cinta pertama akak?" soal Airaa. Dia dapat rasakan bibir tak berhenti daripada membentuk satu senyuman.
Tengku Arin laju memalingkan badannya menghadap kakak iparnya itu. Dia memang minat betul dengar cerita pasal cinta pertama ni.
"Dulu, ada seorang lelaki ni. Hensem, pandai dan baik. Bagi akak, sikap dia yang baik itulah buat akak jatuh suka dekat dia." Airaa tersengih-sengih sendiri apabila mengingatkan lelaki itu.
"Akak jatuh suka je? Tak jatuh cinta ke?" tanya Tengku Arin seraya kening diangkat. Pelik. Orang bila dah jumpa lelaki macam tu mestilah jatuh cinta. Tapi kakak iparnya itu boleh pula jatuh suka.
"Adik dengar dulu cerita akak. Lepas tu, baru adik tanya. Okey?"
Tengku Arin sekadar mengangguk.
"Ada hari yang paling bermakna bagi akak. Hari di mana akak jatuh cinta dekat dia. Ergh, akak tak boleh ceritalah adik." Bantal sofa diambil sebelum ditekupkan pada wajahnya. Menyembunyikan senyuman lebarnya. Perasan terhadap lelaki itu semakin bertambah. Perasaan yang... ergh! Tak tahu macam mana nak cakap.
"Kenapa akak boleh jatuh cinta dekat dia?" soal Tengku Arin dengan tidak sabar. Dia pun ikut tersenyum melihat gelagat kakak iparnya itu.
Bantal sofa diletakkan semula. Airaa mengemaskan tudungnya yang hampir rosak. Dia berdeham seraya wajah diseriuskan. Beberapa saat kemudian, bibirnya terbentuk sebuah senyuman. Dia memang tak dapat menahan diri daripada tersenyum apabila dia mengingati kisah dulu.
"Akak ni, senyum-senyum pula dia. Ceritalah," kata Tengku Arin. Kakak iparnya itu suka buat dia tertunggu-tunggu.
"Okey-okey. Macam ni..."
Flashback
"Amira, tunggulah aku. Aku dah tak larat ni. Kita berehat dulu." Airaa berhenti dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Matanya memandang figura Amira yang sudah berhenti.
"Kau ni lambat betullah. Kau yang beria-ria ajak aku, kau juga yang nak berhenti awal. Macam ni ke wirawati yang menang 100 meter dulu tu? Lemah semacam je," perli Amira sebelum ketawa perlahan. Dia mendekati Airaa yang sedang menunduk mengambil nafas. Senyuman sinis diberikan.
"Eleh, aku masih laju lagi tau. Kau nak aku cuba? Sekarang pun boleh."
Airaa berlari laju meninggalkan Amira yang berada di belakangnya. Dia mahu buktikan yang dia masih kuat seperti dulu. Dia memang pantang bila orang kata dia lemah.
Amira yang berada di belakangnya dipandang dengan senyuman sinis terbentuk di bibirnya. Dia melajukan lariannya sebelum...
BUK!
Dia terus terjatuh.
"Ouch!" jerit Airaa dan kepalanya dipegang. Dia cuba untuk melihat siapa yang dia langgar tadi tetapi sinaran matahari membuatkan dia tidak dapat melihat.
"Awak? Awak okey ke?" tanya lelaki itu. Lelaki yang dilanggar oleh Airaa. Lelaki itu menunduk dan memandang gadis itu.
"Okey je. Maaf, saya terlanggar awak tadi. Awak tak apa-apa?"
Dia masih tidak dapat melihat wajah lelaki itu. Dia memandang ke belakang. Melihat ke arah Amira yang sedang mendekati dirinya.
"Airaa, kau okey ke? Boleh berdiri tak?" soal Amira dengan penuh kerisauan. Jantungnya mahu terkeluar apabila melihat Airaa jatuh. Di fikirannya hanya satu, Airil. Dia takut lelaki itu akan memarahi dirinya kerana tidak menjaga Airaa dengan baik.
Airaa menggeleng tanda dia tidak boleh berdiri. Kakinya terasa sakit jika dia berdiri dengan sendiri.
Amira memegang tangan gadis itu supaya dapat berdiri. Dia menghembus nafas lega apabila gadis itu sudah berdiri. Nasib baiklah badan Airaa tak seberapa nak berat, kalau tak, susah dia nak angkat.
Mata Airaa membulat melihat wajah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Matanya membalas pandangan mata lelaki itu. Terasa arus elektrik menjalar ke seluruh anggota badannya.
Lelaki itu menoleh ke belakang. Tiada sesiapa pun. Dia memandang Airaa dengan hairan.
"Maaflah sebab kawan saya ni dah langgar awak. Dia excited sangat nak joging sebab tu dia lari laju tadi. Maaflah, ya."
"Tak apa. Saya okey je. Ni, kawan awak ni tak apa-apa ke?"
Tangannya ditunjuk ke arah kaki Airaa. Dia melihat gadis itu susah untuk berdiri.
Amira menarik tangan Airaa untuk menyedarkan gadis itu daripada terus memerhati lelaki itu. Bukan dia tak kenal siapa lelaki itu. Lelaki yang diminati oleh Airaa.
"Hah! Ya, kaki saya tak apa-apa pun," balas Airaa apabila Amira menarik tangannya. Senyuman lebar diberikan.
Lelaki itu sekadar mengangguk sebelum meminta diri untuk pergi dari situ. Dia memberikan senyuman lebar kepada dua orang gadis itu.
"Amira, dia senyum dekat aku lah! Untungnya aku terlanggar dia tadi. Senyuman dia buat aku cairlah." Airaa menggenggam tangannya lalu dibawa ke pipi. Bagaikan ada letupan bom atom dalam hatinya apabila melihat senyuman lelaki itu.
End Flashback
"Wah, sebab tu je akak terus jatuh cinta dekat dia? Apa nama lelaki tu akak? Mesti lelaki tu lagi hensem daripada Along, kan," ujar Tengku Arin seraya tangannya ditekankan pada pipi. Matanya memandang ke atas. Membayangkan wajah lelaki itu.
Airaa sekadar mengangguk. Dari situ, dia terus jatuh cinta. Gigih jugalah dia mahu mencari nama lelaki itu. Perempuan, selagi tak dapat apa yang dia mahu, selagi itulah dia akan berusaha.
Airaa berdiri apabila terdengar perbualan Tengku Zainab dan pembantu rumah di dapur. Dia mengatur langkah menuju ke sana.
"Akak! Apa nama lelaki tu?" jerit Tengku Arin. Marah bila soalannya tadi tidak dijawab.
"Tengku Ayie Idlan!"
Membulat mata Tengku Arin mendengar nama yang disebut oleh kakak iparnya itu. Bayangan lelaki berwajah hensem terus hilang dari fikirannya.
"Along?"
Tengku Arin menggelengkan kepala. Abangnya? Hensem? Mengarut betul. Macam manalah gadis secantik itu boleh terpikat dengan abangnya yang... faham-fahamlah sendiri.
Dia melangkah ke arah dapur sambil kepala yang tidak gatal digaru. Masih memikirkan tentang perkara itu.
**********
TOK! Tok! Tok!
"Masuk," kata Tengku Ayie sambil matanya memandang sekeping kertas. Matanya tertumpu pada sehelai kertas itu saja.
Dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu yang sudah tertutup. Dia mengeluh perlahan.
"You nak apa datang sini, Aqilah Zulaikha?" soal Tengku Ayie kepada seorang gadis yang memakai dress ketat paras paha.
Dengan wajah yang tidak malu, gadis bernama Aqilah Zulaikha itu duduk di kerusi tanpa disuruh.
"Chill lah, I datang ni nak tengok you. Nak tanya khabar you," jawab Aqilah sebelum meletakkan beg tangannya di atas meja Tengku Ayie. Diperhati wajah lelaki itu.
Tengku Ayie meneruskan kerjanya. Tak tahu bila kerjanya akan siap kalau dia bersoal jawab dengan gadis itu.
"I sihat, alhamdulillah. So, I rasa you dah boleh keluar kut."
Aqilah mendengus perlahan. Bukan jawapan itu yang dia mahu dengar. Dia nak jawapan lain.
"Maksud I, macam mana hidup you selepas kakak I tinggalkan you? I think, mesti you kecewakan. Yalah, kena tinggal dengan kekasih kut." Aqilah tersenyum sinis apabila lelaki itu memandang dirinya.
Tengku Ayie mengeluh buat kali kedua. Wajah Aqilah dan Zalikha hampir serupa. Itulah yang menyebabkan dia teringat dengan bekas kekasihnya. Jauh di sudut hatinya, dia rindukan gadis itu. Namun bila bayangan Airaa muncul di fikirannya, dia terus menggelengkan kepala.
"Apa you ingat I akan bunuh diri, macam tu? Bagi I, kuasa cinta kakak you tu tak ada lah kuat sangat sampaikan I nak bunuh diri. You ingat I kecewa? No, Aqilah. I lagi suka bila kakak you minta putus."
Badan disandarkan pada kerusi. Tangannya bermain dengan pen.
"I tahu kenapa dia nak dekat dengan I. Dia cuma nak duit I je. Kalau bukan disebabkan daddy kau orang yang sakit, dia pun takkan dekat dengan I. I bersyukur sangat sebab dijauhkan dengan keluarga yang... busuk hati. Hati I dah benci dekat kakak you." Pen diarahkan kepada Aqilah. Dada gadis itu turun naik, mungkin sedang menahan marah.
'Come on, Ayie. Zalikha tu manusia. Manusia mana yang tak buat dosa? Takkan tak ada peluang untuk dia? Airaa, isteri kau, boleh pula kau bagi dia peluang. Ini kan pula cinta pertama kau. Kalau aku, dah tentu aku cari Zalikha tu. Airaa pula, ceraikan je. Senang," bisik satu suara di telinga kiri Tengku Ayie. Senyuman di bibirnya semakin mengendur. Suara itu terus menerus menghasut dirinya.
"Kau tak boleh macam ni, Ayie. Ingat Airaa dekat rumah mummy kau tu. Ingat kata-kata cinta yang kau cakap dekat dia. Ingat apa kata Airil dengan bapa mentua kau. Sedar dirilah. Takkan kau dah ludah, kau nak jilat balik?" soal satu suara yang membisik di telinga kanannya. Setelah sekian lama dia tidak mendengar bisik-bisik itu, kini dia dihantui lagi.
Tengku Ayie meraup wajahnya dengan perlahan. Mata dipejam rapat seakan-akan menghilang bisikan-bisikan itu dari fikirannya.
Aqilah memandang tajam lelaki itu. Matanya penuh dengan bara api yang marak. Sesuka hati saja lelaki itu berkata yang keluarganya busuk hati. Namun dia mengukir senyuman sinis sebelum bangun dari kerusi tersebut. Perlahan-lahan dia menapak ke belakang Tengku Ayie.
"I tahu you mesti kecewakan dengan sikap kakak I. Kalau I tahu macam tu dia buat dekat you, I akan halang perbuatan dia. I pun tak nak mengaku yang dia tu kakak I. You mesti penat kena tipu dengan dia, kan," bisik Aqilah di telinga lelaki itu. Tangannya mula menjalar dan perlahan-lahan mengurut bahu lelaki itu. Dia nampak Tengku Ayie memejamkan matanya.
Sekali lagi, bibirnya membentuk senyuman sinis. Dia mahu menghasut pemikiran lelaki itu dulu sebelum dia membalas dendam.
"I sentiasa ada untuk you. I tahulah yang I ni tak secantik kakak I. Tapi hati I dengan dia berbeza tau. Dia memang macam tu. Habis madu, sepah dibuang." Tambahnya lagi dengan nada yang meleret.
Tengku Ayie tersentak sebelum tangan yang mengurut di bahunya ditepis. Boleh pula saat dia memejamkan mata, wajah Airaa yang sedang menangis muncul. Dia segera mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Dia mahu pulang untuk melihat gadis itu.
Aqilah terkejut melihat lelaki itu menepis tangannya. Lelaki itu kelihatan kelam-kabut.
"I nak balik rumah sekarang."
"Tapi baru jam tiga petang. Awal sangatlah you balik ni," tutur Aqilah dengan meleret. Tangannya memegang bahu lelaki itu.
"Sorry, I kena balik. I rasa isteri I dah tunggu dekat rumah," jawab Tengku Ayie sebelum mengambil briefcasenya dan disangkutkan pada bahu kiri.
"Wait, you dah kahwin? Bila?" soal Aqilah. Dia tidak percaya lelaki itu sudah kahwin. Lelaki yang cinta gila dekat kakaknya sudah berkahwin. Wow, amazing!
Tengku Ayie hanya mengangguk. Dia mendekati pintu namun dia berhenti seketika.
"Thanks sebab prihatin dekat I. Mungkin lepas ni kita boleh jadi kawan." Bibirnya melukis senyuman lebar. Terharu dengan sikap gadis itu. Dia tahu Aqilah tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah Zalikha.
"Boleh-boleh. I rasa you ada nombor phone I kan. You can call me if you have problem. And kalau you nak jumpa I pun boleh," balas Aqilah dengan teruja. Dia membalas senyuman lelaki itu.
'Akhirnya, plan pertama dah selesai. So, plan kedua pula," bisik Aqilah dalam hati apabila Tengku Ayie sudah keluar dari bilik itu. Senang saja lelaki itu termakan dengan kata-katanya.
TBC
Share this novel