Bab 60

Romance Series 15713

"AYIE balik dulu, ma. Kalau Airaa nak makan sesuatu, bagitahu je Ayie. Insya-Allah nanti Ayie belikan."

Tengku Ayie memberikan senyuman lebar kepada mak mentuanya. Bibirnya dari tadi tidak habis-habis mengukirkan senyuman. Tidak menyangka berita yang dia dengar tadi adalah berita yang menggembirakan. Bibirnya juga tidak berhenti dari menyebut perkataan alhamdulillah.

"Hah, yalah. Apa-apa mama bagitahu Ayie," kata Puan Zahra. Dia melihat figura menantunya yang sudah masuk ke dalam kereta. Sudah dia izinkan kalau Tengku Ayie mahu tidur di situ tapi lelaki itu menolak dengan alasan takut Airaa tidak selesa nanti.

Pintu utama ditutup lalu Puan Zahra menaiki tangga. Dia berhenti di hadapan pintu anak perempuannya. Tombol pintu dipulas dengan berhati-hati. Airaa yang sedang tidur didekati dengan perlahan-lahan. Takut mengganggu lena wanita itu.

"Dah besar dah anak mama. Tak lama lagi dah nak jadi ibu."

Puan Zahra mengusap rambut Airaa setelah duduk di birai katil. Diperhati wajah anaknya itu. Tidak menyangka dalam rahim itu ada cucunya. Dia rasa baru semalam dia melahirkan Airaa. Masih terngiang-ngiang di telinga bunyi tangisan anak kecil.

Dikucup perlahan dahi Airaa. Memandang wajah itu membuatkan dia teringat saat suaminya ingin menikahkan Airaa dengan Tengku Ayie.

Dia mulanya memang tidak mahu Airaa berkahwin di awal usia. Dia risau serta takut sekiranya Airaa menjadi mangsa. Takut jika Tengku Ayie akan naik tangan pada anak kesayangannya itu. Tapi itulah, dia terima andai kata Tengku Ayie memang jodoh untuk Airaa.

Di mata orang lain, mungkin Airaa kelihatan sangat matang tapi bagi dirinya, Airaa hanyalah anak kecil. Tidak mudah untuk melepaskan anak perempuan kepada lelaki lain. Lagi-lagi bila berkahwin bukan atas dasar cinta.

Air mata yang mengalir di pipinya diseka. Dia hanya berharap agar Allah SWT menjaga dan melindungi diri Airaa. Dia tidak pasti sampai bila dia akan bernafas. Dia hanyalah manusai biasa yang pastinya akan merasai mati.

Sekali lagi Puan Zahra mengucup dahi wanita itu. Selimut ditarik dengan berhati-hati sehingga paras bahu.

Dia menuju ke pintu. Dibuka sebelum ditutup perlahan. Bilik tidurnya dihampiri.

Buka saja pintu, matanya terlihat Encik Aizhar yang sedang duduk di sofa. Di tangan lelaki itu ada telefon. Mungkin ada kerja yang perlu diselesaikan.

"Dah balik dah menantu awak tu?" soal Encik Aizhar tanpa memandang Puan Zahra.

Puan Zahra duduk di birai katil. Kepala dianggukkan.

"Dia dah balik. Happy je muka dia tadi. Yalah, dah nak jadi ayah kan," balas Puan Zahra dengan senyuman tipis di bibir. Namun senyumannya menjadi pudar sebaik melihat wajah suaminya.

Nafas dihembus dengan perlahan.

"Sampai bila abang nak macam ni? Tak kesian ke dekat Ayie tu? Abang tak ajak pun dia berbual tadi. Apa yang abang nak buat sebenarnya?"

"Abang nak bagi pengajaran sikit."

Puan Zahra menggelengkan kepalanya. Suaminya kalau dah marah memang lain jadinya. Lelaki itu hanya mendiamkan diri ketika Tengku Ayie bertanya. Akhirnya, dirinya juga yang menjawab.

"Nak bagi pengajaran pun janganlah sampai tak bertegur. Cara abang tu macam nak putuskan hubungan mereka. Kalau bukan disebabkan saya yang ajak Ayie makan malam dekat sini, entah sampai bila dia tak jumpa dengan Airaa."

Encik Aizhar masih melihat ke skrin telefonnya. Tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh isterinya. Dia ada sebab kenapa dia jauhkan Airaa dari Tengku Ayie.

"Kita dah tua, abang. Tak lama lagi nak timang cucu. Ubah-ubahlah perangai tu. Zah faham kalau abang nak tengok anak-anak bahagia tapi cara abang tu salah. Kita sepatutnya bantu mereka bukannya pisahkan mereka," bebel Puan Zahra dengan harapan suaminya akan berubah. Dia tahu suaminya sayangkan Airaa tapi janganlah sampai nak hancurkan rumah tangga anak sendiri.

Telefon diletakkan di atas meja. Perlahan-lahan Encik Aizhar mengusap kelopak matanya.

"Hati abang hancur bila dengar yang Ayie curang dengan Airaa. Dia tak jaga Airaa macam yang kita pesan dulu. Dah berapa kali Airaa masuk hospital dan abang pasti, semua disebabkan dia. Zah tahukan Airaa satu-satunya anak perempuan kita. Abang nak tengok anak abang bahagia. Itu saja," ujar Encik Aizhar dengan membalas pandangan mata isterinya. Dia mahu yang terbaik buat anaknya. Anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh. Tidak mustahil untuk dia juga merasai kesakitan Airaa.

Puan Zahra memicit pelipisnya. Pening dengan perangai suaminya yang tidak mahu mengalah dengan menantu sendiri.

"Lepas tu abang tak fikir pula perasaan menantu abang tu. Ada abang dengar penjelasan daripada Ayie? Tak ada kan. Ayie pun manusia, abang. Ada hati, ada perasaan," tutur Puan Zahra. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.

"Kalau Ayie curang, kenapa mesti sekarang? Kenapa tak mula-mula mereka kahwin dulu? Cuba tanya diri abang tu. Abang nak tengok tak anak abang bahagia? Kalau nak buat sesuatu. Yang pastinya akan buat Airaa tersenyum," sambungnya lagi. Dia tidak mahu satu masa nanti suaminya akan menyesal. Menyesal dengan apa yang telah terjadi tidak ada gunanya. Kesal tersebut akan berparut pada hati sendiri.

Encik Aizhar hanya mendiamkan diri. Dia malas mahu berfikir tentang itu lagi. Dia tetap dengan pendiriannya. Anaknya harus bahagia tanpa ada derita.

Telefon diambil semula lalu meneruskan perbuatannya. Esok dia ada meeting bersama wakil dari sebuah syarikat. Tidak mahu pula jika dia berfikir tentang itu lagi, pasti mindanya tidak dapat fokus nanti.

Puan Zahra membaringkan tubuhnya di atas katil. Itulah suaminya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Entah apa lagi yang harus dia lakukan. Namun dia tidak akan berhenti memujuk suaminya agar berlembut sedikit dengan Tengku Ayie.

**********

TING TONG!

"Siapalah yang datang rumah aku malam-malam ni?"

Tengku Iskandar meletakkan remote control di atas meja sebelum berdiri untuk membuka pintu. Siapa pula yang datang ke rumahnya?

Buka saja pintu, matanya memandang figura Tengku Ayie yang berdiri dengan senyuman yang lebar. Takut pula dia bila melihat senyuman itu. Gaya seorang penagih dadah pun ada.

"Assalamualaikum," ucap Tengku Ayie yang masih lagi tersenyum lebar. Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Waalaikumsalam,"

Tengku Iskandar memerhati sepupunya itu dengan pandangan yang pelik. Selalunya kalau Tengku Ayie mahu ke rumahnya, lelaki itu memberitahu dahulu. Ini tak! Bunyikan bell, bagi salam lepas tu masuk, buat macam rumah sendiri.

Pintu ditutup. Dia mendekati Tengku Ayie yang mahu duduk di sofa.

"Kau buat apa datang sini? Tak pernah-pernah kau datang sini tanpa beritahu aku."

Tengku Iskandar mengambil ruang di sebelah Tengku Ayie. Lelaki itu hanya mendiamkan diri dan senyuman lebar masih ada pada bibir. Ergh, seram. Janganlah orang lain yang menyamar sebagai sepupunya.

"Kau makan apa ni?" tanya Tengku Ayie dengan tangannya memeriksa sebuah mangkuk. Terdapat ramyeon di dalamnya.

"Aku makan ramyeon aje."

Mangkuk tersebut diambil sebelum digaulkan dengan chopstick. Kelihatan mi itu berasap menandakan masih panas. Perlahan-lahan disuap ke dalam mulut.

"Itu je yang kau masak?"

Tengku Ayie meletakkan tangan di atas sofa dan tubuhnya disandarkan. Dia melihat skrin televisyen yang menayangkan sebuah filem aksi.

"Dah ini je aku pandai masak. Kau tu, kenapa tiba-tiba je datang sini?"

Tepi bibirnya dilapkan dengan ibu jari. Nafas dihela dengan kuat. Pedas lepas tu panas. Pergh, bergabung!

"Sebelum kau jawab, bagi aku pergi dapur jap. Nak ambil air. Kau nak air apa?"

Tengku Iskandar berdiri seraya memandang Tengku Ayie. Mangkuk sudah diletakkan di atas meja. Peluh merenik di dahi dan juga bawah matanya.

"Air chocolate."

"Sorry bro. Air kosong je ada," kata Tengku Iskandar sebelum berlalu ke dapur.

Tengku Ayie memejamkan matanya.

"Baik tak payah tanya," tuturnya dengan perlahan. Tak sah kalau tak buat lawak basi!

Tiba-tiba dia tersenyum lebar. Tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya. Kening digaru dengan kepala yang digelengkan. Dia angau! Angau dengan isteri sendiri.

Segelas air kosong diletakkan di hadapan Tengku Ayie. Tengku Iskandar kembali menyuap ramyeon tersebut.

"Aku tak lama lagi nak jadi daddy."

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Tengku Iskandar tersedak. Diletakkan mangkuk tersebut sebelum menepuk-nepuk dadanya. Pedih. Matanya menjadi merah.

"Hish, kau ni perlahan-lahanlah kalau makan tu."

Dengan segera Tengku Ayie menyerahkan gelas yang berisi air kosong. Diusap belakang badan sepupunya itu. Dia pula yang jadi risau. Itulah makan mi pedas lagi.

Tengku Iskandar mengambil gelas tersebut dari tangan Tengku Ayie. Dengan lajunya dia minum air itu. Terasa lega di bahagian kerongkongnya. Peluh di dahinya dilapkan dengan tisu.

"Kau cakap apa tahu?" soalnya dengan kerutan di dahi.

Tengku Ayie terus mengukirkan senyuman lebarnya. Tak mampu untuk dia ucapkan bagaimana bahagianya dia pada waktu itu. Seakan mimpi pun ada.

"Aku tak lama lagi akan jadi daddy," ucap Tengku Ayie sekali. Namun kali ini suaranya lebih teruja. Siapa yang tak teruja bila akan menimbang cahaya mata tak lama lagi.

Tengku Iskandar membulatkan matanya. Dia tidak percaya yang sepupunya itu akan jadi daddy tak lama lagi. Dia... dia... dia tak tahu nak reaction macam mana lagi.

"Weh, tahniah! Tak lama lagi kau nak jadi daddy. Aku pun tak lama lagi nak jadi uncle. Yeah!"

Sorak Tengku Iskandar sebelum memeluk sepupunya itu. Dia gembira sangat. Yeah! Dapat anak buah!

"Dah berapa bulan dah anak kau?" tanya Tengku Iskandar selepas melepaskan pelukan tersebut.

Tengku Ayie tergelak halus melihat reaksi sepupunya itu. Dia yang tak lama lagi jadi daddy pun tak over macam tu.

"Dah sebulan lebih," jawabnya. Begitulah apa yang doktor beritahu dirinya tadi. Nasib baik doktor tu perempuan kalau lelaki, waktu tu juga dia peluk doktor tu.

Tengku Iskandar menepuk tangannya. Bibirnya terukir senyuman lebar. Macam dia pula yang nak jadi seorang bapa. Haish, rasa tak sabar nak jadi suami lepas tu jadi daddy.

"Aku orang yang kedua ke tahu pasal benda ni?"

"Tak. Kau orang ke..."

Tengku Ayie mengira jari tangan.

"Rasanya kau orang yang kesembilan tahu pasal ni."

Tengku Ayie tersengih. Betulah dia kiraannya. Dia orang pertama lepas tu mama, papa, daddy, mummy, Airil, Hanis dan Airin. Hah, betullah.

Tengku Iskandar terus memicingkan matanya. Kenapa tak bagitahu dia bila dah sampai ke-19? Barulah aura dia lain macam.

"Malam ni aku tidur sini." Bukan permintaan tetapi lebih kepada pemberitahuan. Dia berdiri lalu berjalan menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya. Bilik tetamu sebenarnya.

Masuk saja bilik dia terus menuju ke bilik air bersama tuala di atas bahu. Dia ada simpan sedikit baju di dalam bilik itu memandang dia selalu juga menumpang di situ. Maklumlah Tengku Iskandar belum kahwin lagi. Entah bila nak kahwin tu.

Sesudah membersihkan diri, Tengku Ayie membaringkan badannya di atas katil. Bibir mengukir senyuman lebar lagi. Argh, dia tidak tahu apa yang dah jadi dengan dirinya.

Tangan kanan diletakkan di atas dahi manakala tangan kiri atas perut. Nafas berat dihela. Dia mula teringat saat dia mengusap perut isterinya walaupun belum kelihatan.

THROWBACK

Perlahan-lahan tangannya mengusap perut yang kempis itu. Masih tidak kelihatan lagi. Senyuman lebar meniti pada dua ulas bibirnya.

"Alhamdulillah, syukur ya Allah," ucap Tengku Ayie.

Isterinya yang baring di katil dipandang sebelum dia melutut di atas karpet. Wajahnya dekat dengan perut Airaa. Sekali lagi dia bibirnya tersenyum lebar.

"Assalamualaikum, anak daddy. Terima kasih sebab ada dalam perut mummy. Daddy sayang anak daddy walaupun ini kali pertama kita bersua."

Bibirnya mengucup perut itu yang tertutup dengan baju. Air matanya hampir mengalir. Dia gembira kerana tak lama lagi dia bakal jadi daddy.

"Jaga mummy elok-elok tau. Sebab daddy tak selalu ada dekat mummy. Atuk tak bagi daddy dekat dengan mummy. Tak apalah, mungkin ada sebab atuk buat macam tu. Daddy sayang anak daddy."

Tidak sedar, air matanya sudah mengalir. Dikucup dengan lama perut tersebut. Matanya dipejam rapat seakan dia dapat merasakan pergerakan bayi di dalam situ. Sedangkan baru sebulan lebih.

Wajah Airaa pula dia lihat. Dahi dicium perlahan-lahan, takut mengganggu tidur wanita itu. Tengku Ayie kembali menatap wajah itu. Air matanya diseka.

"I love you. Terima kasih sebab mengandungkan anak abang. Abang harap sayang dapat ingat abang semula. Abang nak isteri abang yang dulu. Yang suka, cinta, sayang dekat abang. Kita sama-sama jaga amanah Allah ni."

Dahi tersebut kembali dicium. Sekali lagi air mata mengalir. Hanya satu yang dia harapkan. Berharap Airaa akan mengingati dirinya.

END FLASHBACK

Tengku Ayie melepaskan keluhan dengan perlahan. Dia menyandar pada kepala katil. Hampir tiga minggu dia terasa sunyi tanpa isteri di sisi. Pakaian dan makanannya diuruskan dengan sendiri.

'Ya Allah, Engkau pulihkanlah ingatan isteriku. Hanya kepada-Mu aku bermohon dan merayu, ya Allah. Berilah kekuatan kepada diriku untuk tempuhi ujian-Mu ini. Sesungguhnya, aku hanyalah hamba yang lemah,' doa Tengku Ayie dalam hatinya. Hanya Allah SWT saja tempatnya untuk mengaduh dan merayu.

Telefon yang terletak di atas meja lampu, diambil. Punat on ditekan lalu aplikasi galeri dibuka. Tengku Ayie tersenyum saat melihat foto Airaa. Wanita itu cantik dengan senyuman manis di bibir. Diusap skrin telefon itu.

"She's pregnant."

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience