Bab 63

Romance Series 15713

"AKU rasakan Is, kita patut bagitahu dekat klien yang..."

Tengku Ayie menghentikan bicaranya saat terdengar bunyi deringan telefon miliknya. Pen diletakkan ke atas meja kerja sebelum mengambil telefon bimbitnya. Tertera nama 'Rifqi' pada skrin telefon.

"Excuse me," pintanya kepada Tengku Iskandar untuk mengangkat panggilan tersebut. Entah kenapa jantung berdebar-debar saat ingin menjawab.

Tengku Iskandar sekadar mengangguk kepala. Fail yang mereka bincangkan tadi diambil. Tubuh disandarkan pada kerusi manakala kakinya disilangkan. Matanya galak memerhati isi kandungan yang terdapat di dalam fail tersebut.

"What! Macam mana kau boleh terlepas pandang ni?" soal Tengku Ayie yang sudah berdiri. Tangan kiri meraup wajahnya sebelum dahinya diurut.

Mendengar perbualan sepupunya itu membuatkan Tengku Iskandar menegakkan badan. Fail yang berada di tangan diletakkan di atas meja. Suara Tengku Ayie kedengaran marah bercampur risau.

"Dah, kau share location kau sekarang. Tunggu aku dekat situ," arahnya sebelum bergegas mengemas meja kerjanya. Riak wajahnya nampak cemas dan risau.

"Kau nak pergi mana?"

Tengku Iskandar memandang Tengku Ayie yang tergesa-gesa mengemaskan meja tersebut lalu lelaki itu mengambil kunci kereta.

"Ikut aku. Aku tak sempat nak bagitahu kau sekarang. Urgent."

Mendengar pelawaan daripada sepupunya itu, Tengku Iskandar berdiri sebelum mengikuti dari belakang. Tahulah dia ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu. Tengok gerak-geri lelaki itu saja dia sudah tahu.

Kunci kereta ditekan sebelum meloloskan diri ke bahagian tempat duduk pemandu. Tali pinggang keledar ditarik. Sempat matanya melirik kepada Tengku Iskandar yang duduk di kerusi penumpang.

Enjin kereta dihidupkan sebelum menuju ke location yang diberi. Dalam hatinya, dia berdoa agar isteri serta anaknya dalam lindungan Allah SWT. Haraplah tiada apa-apa yang terjadi kepada mereka. Airaa dan bayi dalam kandungan wanita itu adalah permata hatinya. Terjadi apa-apa kepada mereka akan membawa penyesalan dalam dirinya.

Suasana dalam kereta sepi. Tengku Iskandar memberi ruang kepada Tengku Ayie untuk bertenang. Tunggulah bila mereka sampai ke destinasi yang dituju, baru dia akan bertanya. Dia tidak mahu sepupunya itu tertekan dengan hal peribadi.

"Ayie, pandulah perlahan-lahan. Tak lari pun tempat yang kau tuju tu," tegurnya apabila melihat pemanduan lelaki itu yang agak laju. Tahulah risau tapi janganlah sampai mereka berdua pula yang masuk hospital.

Teguran daripada Tengku Iskandar membuatkan dia tersentak. Betul, tak lari tempat yang dia nak tuju tapi isterinya dalam bahaya. Bila-bila masa saja akan berlaku sesuatu yang tidak terduga.

Setelah 30 minit berada di atas jalan raya, akhirnya mereka tiba tempat letak kereta. Terdapat beberapa buah kereta di kawasan tersebut.

Dengan laju Tengku Ayie membuka tali pinggang keledar yang terpasang di tubuhnya. Dia keluar dari perut kereta sebelum merapati seorang lelaki yang berjaket hitam. Tengku Iskandar mengikuti dirinya dari belakang.

"Macam mana boleh jadi ni? Kau tak ikut dia ke sampai sini?" soal Tengku Ayie kepada lelaki yang bernama Rifqi. Sebelah tangan bercekak pinggang dan sebelah lagi meraup wajah. Nak marah pun tak ada guna. Dipandang lelaki itu dengan pandangan yang tajam.

Tengku Iskandar menghayunkan dagunya ke depan. Bertanya kepada lelaki itu.

"Puan Airaa kena culik oleh sebuah van yang berwarna putih. Van tu ikut Puan Airaa dari rumah Tengku Mustafa lagi," balas Rifqi. Dia takut dengan pandangan Tengku Ayie. Dia merupakan bodyguard yang diupah untuk mengawasi isteri kepada Tengku Ayie Idlan.

"Dah tu, yang kau tak ikut dia orang kenapa! Kau biarkan isteri dengan anak aku kena culik, kau tahu tak!"

Tengku Ayie segera mencengkam kolar baju lelaki upahannya itu. Bibirnya diketap rapat. Ada juga yang makan penumbuk ni. Menyesal dia mengupah lelaki itu untuk menjaga isterinya.

Dilihat sepupunya yang sudah naik angin itu, dia menjadi kalut. Haih, anak Pak Cik Mustafa ni baran betul. Dengan segera dia meleraikan kedua tangan Tengku Ayie yang mencengkam kolar baju lelaki itu. Lelaki itu pun nampak takut dengan amukan sepupunya.

"Bawa bertenang, Ayie. Kalau kau macam ni, masalah tak akan selesai. Bertambah adalah. Cuba kau berfikir secara rasional sikit. Bukannya ikutkan baran kau tu," pesan Tengku Iskandar setelah berjaya melepaskan tangan sepupunya.

Tengku Ayie memandang tajam wajah Tengku Iskandar. Nak suruh dia bertenang bila isteri dan anak yang dia sayang diculik? Nonsense. Tak ada orang yang mampu bertenang jika melibatkan orang yang tersayang.

"Kau nak aku bertenang?! Kau bagitahu aku macam mana nak bertenang! Airaa, isteri aku tu tak tahu apa-apa. Malahan dia tidak ingat aku ni suami dia!" bentak Tengku Ayie dengan dadanya yang berombak laju menahan marah. Marah kepada dirinya sendiri. Kenapa... kenapa dia gagal dalam menjaga isterinya? Tak layakkah dia bahagia bersama wanita yang dia cintai? Setiap kali Airaa bersamanya, wanita itu akan kesusahan.

'Tuhan, tidak layakkah hamba-Mu ini bahagia bersama dirinya?'

Tanpa dia sedar, air matanya menitis tanda tidak kuat dengan ujian yang diberi. Tidak dipinta emas sebanyak buih di lautan dan perak sebanyak bintang di langit. Yang dipinta hanyalah kebahagian yang sesungguhnya diredai oleh Yang Maha Esa.

Tapi mampukah dia?

"Dengan cara kau yang tak boleh bertenang langsung akan buatkan masalah semakin rumit. Cuba kau ingat Allah, insya-allah, kau akan tenang. Ingat, daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Kita ada Allah, Ayie. Minta bantuan daripada Dia. Bukannya ikutkan baran kau tu,"

Tengku Iskandar memberikan nasihat. Sepupunya itu didekati. Dia cukup yakin sepupunya itu tertekan. Dengan masalah di pejabat dan masalah peribadi. Tertekan pun, Tengku Ayie masih boleh mengadu kepada Allah SWT kerana Dia, Al-Sami'. Maha mendengar segala rintihan dan aduan daripada hamba-Nya.

Tengku Ayie terduduk lemah di atas lantai. Dia terkesima dengan kata-kata Tengku Iskandar. Betapa sombongnya dia tidak mahu meminta bantuan daripada Allah SWT. Selama ini, dia yakin dia boleh selesai masalah dengan sendiri. Tapi kini, tidak. Dia tidak yakin. Mindanya terlalu kusut, fikirannya serabut dan akalnya bercelaru.

"Ya Allah," ucapnya.

Tengku Iskandar dan Rifqi sekadar melihat. Namun Rifqi mengambil langkah menuju ke arah Tengku Ayie.

"Tengku,"

Telefon berjenama iPhone diberi setelah lelaki itu mengangkat wajahnya.

Perlahan-lahan Tengku Ayie berdiri dan mengambil telefon tersebut. Sempat air matanya dikesat. Diperhati betul telefon itu.

"Itu telefon milik Puan Airaa. Saya ternampak dekat parking sebelah sana.  Saya rasa Tengku perlu periksa telefon tu," cadang Rifqi seraya menundukkan kepalanya. Risau jika cadangan yang dia berikan ditolak.

Tengku Ayie mengusap skrin telefon tersebut. Nasib baik ada case kalau tiada, pastinya sudah pecah skrin tersebut. Butang on ditekan lalu skrin telefon itu menyala.

Setelah berjaya memasukkan kata laluan, dia memeriksa bahagian log panggilan masuk. Mahu tahu siapa saja yang menghubungi isterinya.

Nafas panjang dihela apabila melihat hanya nama Mama yang muncul. Hanya mak mentuanya saja yang menelefon Airaa. Dia berlalu ke aplikasi WhatsApp. Kening dikerutkan saat terpandang satu nombor telefon yang tiada nama. Nampaknya, Airaa tidak meletakkan nama pada nombor tersebut.

Ditekan mesej tersebut lalu dia mencari perbualan pertama. Mesej itu baru saja dihantar pada pukul sembilan pagi tadi.

011********
- Hai, Airaa
- You ingat lagi tak I?

Airaa
- Hai
- Sorry, I tak ingatlah

- Nama I, Ila
- Alaa, I kawan you dekat U dulu
- Hah, I kawan dengan Amira sekali

Bertambah kedutan di dahi Tengku Ayie. Setahunya, Airaa hanya berkawan dengan Amira. Tiada pula isterinya bercerita tentang wanita itu ada kawan bernama Ila. Perlahan-lahan dia menyeret skrin ke bawah.

- Hah, apa kata kita jumpa hari ni
- I rindulah nak jumpa you
- Minggu lepas, I dah jumpa Amira

Airaa
- Boleh
- I pun teringin nak jumpa you

- Alright
- Nanti I share location tempat kita jumpa

Tengku Ayie menekan location yang diberikan oleh gadis 'Ila' itu. Location itu menunjukkan nama sebuah kafe. Nama kafe itu ditunjukkan kepada Rifqi memandangkan lelaki itu mengikuti Airaa.

"Kafe tu dekat sebelah sana. Saya nampak Puan Airaa masuk kafe tu sebelum bergerak ke tempat letak kereta ni," jelas Rifqi.

Tengku Iskandar meminta untuk melihat perbualan itu. Keningnya juga ikut berkerut.

"Sejak bila pula dia orang ni ada kawan yang nama Ila?" soalnya kepada Tengku Ayie. Lelaki itu hanya mengangkat bahunya.

Telefon yang berada di kocek seluarnya ditarik keluar. Nombor tunangnya didail. Mereka perlukan kepastian tentang itu.

"Assalamualaikum, awak." Salam diberi.

"..."

"Awak dengan Airaa ada tak kawan perempuan nama Ila," kata Tengku Iskandar sambil melihat Tengku Ayie yang juga memandangnya. Dapat dia lihat raut wajah lelaki itu tampak risau.

"..."

"Hah, tak ada?" Sekali lagi keningnya berkerut. Matanya juga beralih ke arah lain.

"Melainkan apa?"

Mendengar balas daripada Amira membuatkan Tengku Iskandar memandang semula sepupunya. Matanya membulat. Tak... mungkin.

**********

PINTU yang nampak berkarat itu dibuka perlahan-lahan. Sengaja tidak mahu membangunkan penghuni bilik itu.

Terlakar senyuman sinis pada dua ulas bibirnya yang cukup merah itu. Melihat ibu mengandung itu yang sedang nyenyak tidur, membuatkan hatinya geram. Kan lebih baik kalau wanita itu tidur terus. Tak perlu bangun lagi.

Dia bertinggung tepat di hadapan perut wanita itu. Mahu mengusapnya tetapi terasa jijik. Tidak mahu mengotorkan tangannya dengan itu semua.

"Kalau bukan disebabkan kau wanita kesayangan dia, tak adalah aku nak culik kau. Buang masa aku, buang duit aku," katanya dengan sengihan sinis. Kerjanya semakin senang apabila wanita itu jatuh ke tangannya. Hanya petik jari, orang-orangnya akan ikut arahan yang dia beri.

"Kadangkan, aku terfikir, macam mana kau boleh jatuh cinta dekat lelaki tu. Kalaulah kau tahu kisah lalu dia, aku pasti, kau tak nak lagi dekat lelaki tak guna tu."

Rambut wanita itu diselitkan ke belakang telinga. Cantik tapi sayang, senang diperbodohkan.

Dia berdiri sebelum mengemaskan pakaian yang tersarung di tubuhnya. Wanita itu dilihat sekali lagi.

"Dahlah, aku rasa bodoh pula cakap dengan kau ni. Bukannya kau dengar pun."

Dia berlalu menuju ke pintu sebelum berhenti seketika.

"Oh, ya. Aku harap hari ni kau dapatlah berehat dengan aman. Sebab esok akan jadi sebuah peperangan."

"Bang, bang, bang." Sambungnya lagi. Kali ini dengan senyuman yang cukup sinis seperti senyuman seorang psycho.

Kaki dibawah melangkah ke luar bilik itu. Dia memberi isyarat kepada lelaki yang sedang mengawal itu untuk menutup pintu. Nanti terlepas pula tebusannya yang sedang tidur itu. Manalah tahu pura-pura tidur ke.

Dia menaiki tangga menuju ke pejabat dalam bangunan lama itu. Pandai orang upahannya mencari tempat. Jauh di dalam hutan dan mungkin juga tidak dapat dicari oleh pihak polis.

Badan dihempaskan ke sebuah kerusi yang masih elok di dalam pejabat itu. Kaki dinaikkan ke atas meja.

Baru saja matanya mahu terpejam, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Dia mendengus geram.

"Masa aku nak tidurlah, ada yang call."

Dia mendengus geram lalu panggilan tersebut diangkat.

"You dekat mana sekarang ni?"

Diam. Membiarkan suara itu bercakap.

"Sayang, dengar tak apa yang I cakap ni? You dekat mana? I risau dekat you," tutur pemanggil di sebelah sana. Suara itu kedengaran risau.

Kaki diturunkan daripada meja dengan malas. Dia rasa geli bila lelaki tua itu memanggilnya 'sayang'. Euwww, tak padan dengan tua, nak bersayang-sayang bagai. Dia rasa nak muntah.

"You tak payah risaukan I. I tahulah macam nak uruskan diri. Ni, malam ni sampai esok I tak balik rumah. I tidur rumah kawan I."

Terdengar keluhan dari sebelah sana.

"You ni, asal I balik dari outstation, you tidur rumah kawan you. I tak ada masa nak borak dengan baby."

Mendengar perkataan baby, dia memandang perutnya. Entah kenapa setiap kali dia pandang perutnya, dia rasa mahu gugurkan satu makhluk yang sedang menghuni rahim. Kalau tidak diingatkan hutang kepada lelaki itu, sudah pasti dia akan gugurkan. Buat apa dia nak simpan, baik buang saja. Tak pun jual, senang. Dua-dua akan untung.

"You? You dengar tak apa yang I cakap tadi?"

"Hmmm," balasnya. Tidak ada mood mahu membalas pertanyaan lelaki itu. Lagipun bukannya penting.

Suasana sepi seketika.

"I dengar suara you nampak penat. Dahlah, I offkan dulu. Take care. Cakap  dekat baby, daddy dengan kakak Diana rindu dia."

Talian terus dimatikan. Dah tahu orang penat, lagi nak bagi ceramah. Lelaki tu tak tahu yang dia, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Heh, ingat dia nak dengar sangat. Cakap dekat babylah, konon.

"Kalau bukan disebabkan hutang aku yang banyak, dah lama aku gugurkan kandungan ni. Ingat aku hadap sangat nak mengandung. Eih, pleaselah," katanya lalu berdiri menuju ke sebuah sofa yang nampak buruk tapi boleh digunakan lagi.

Kandungannya baru masuk dua bulan, dia sudah penat berjalan. Nasib baiklah orang-orangnya banyak membantu. Dan juga dia tidak mengalami mual dan muntah-muntah. Kalau ya, rancangannya itu akan gagal.  Lalu dia tidak dapat membalas dendam. Oh, tak. Dia mesti balas dendam. Kesakitan perlu dibalas dengan kesakitan.

Setelah baring di atas sofa itu, dia pejamkan mata. Dia perlukan tenaga untuk esok hari. Dia akan pastikan esok akan ada pertumpahan darah.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience