Bab 49

Romance Series 15713

KERETA yang dipandu oleh Amira memasuki kawasan rumah Tengku Ayie. Mereka menggunakan kereta Amira memandangkan gadis itu yang mengajak Airaa keluar berjalan-jalan.

"Weh, kenapa rumah kau ni gelap je? Suami kau tak ada ke dekat rumah? Ke rumah kau kena pecah masuk ni?" tanya Amira. Dia memegang stereng kereta seraya melihat rumah rakannya itu.

Airaa membuka tali pinggang keledarnya. Dia pun hairan juga.

"Yalah. Tapi takkan suami aku tak ada dekat rumah. Kejap ya, aku nak call dia."

Beg tangannya dibuka dengan laju. Risau juga dia apabila melihat rumahnya yang gelap gelita itu.

Tut! Tut!

"Assalamualaikum, awak. Awak ada dekat mana sekarang ni?"

"Waalaikumsalam, ni dekat pejabat dengan Iskandar. Tadi dia call saya, suruh datang. Kenapa call ni?"

"Tak, macam ni. Rumah kita ni gelap je. Saya takutlah kalau kena pecah masuk ke? Sebab tu saya call awak."

Kedengaran suara ketawa Tengku Ayie di corong telefon bimbit milik Airaa.

"Kenapa awak gelak pula? Saya bukannya buat lawak sampaikan awak nak gelak macam ni."

"Okey-okey. Saya dah tak gelak dah. Saya memang sengaja matikan lampu tu, nak jimatkan bil elektrik. Takut membazir pula kalau tak matikan nanti."

Airaa menghembus nafas lega. Mati-mati dia ingat kena pecah masuk tadi. Dia memandang ke arah Amira. Gadis itu menjongket kening.

"Awak kan kaya, buat apa nak berjimat lagi. Kaya awak tu mungkin takkan habis sampai tujuh keturunan pun," usik Airaa.

Dia menutup pintu kereta Amira sebelum melangkah ke bonet. Dia mengambil beberapa beg kertas yang dibelinya tadi. Amira dipandang hairan apabila gadis itu cuba mengambil beg kertas dari tangannya.

'Biar aku bawakan.'

Amira menggerakkan mulutnya untuk berkomunikasi dengan rakannya itu. Dia tidak mahu masuk campur dalam perbualan suami isteri itu.

"Sebab tujuh keturunanlah saya nak berjimat. Manalah tahu sampai 10 keturunan ke? Bertambah jugalah umat Nabi Muhammad SAW. Tak gitu, Puan Airaa?"

Bibir Airaa mula membentuk satu senyuman lebar. Jantungnya berdengup dengan kencang. Lain macam betul kata-kata daripada suaminya itu.

"Dahlah, saya nak masuk dalam rumah ni. Penat jalan-jalan tadi pun tak hilang lagi."

Airaa mengusap belakang lehernya tanda penat. Geram dengan diri sendiri bila shopping tak ingat dunia. Bila balik ke rumah terus sakit satu badan. Sebab itulah dia jarang mahu keluar berjalan-jalan.

"Yalah, sekejap lagi saya balik rumah. Jaga diri dan kunci rumah tu. Nanti masin mulut awak tu. Bye, love you. Assalamualaikum."

Tut!

Talian diputuskan oleh Tengku Ayie. Airaa menjawab salam dalam hati. Dia suka bila lelaki itu bersikap romantik dengan dirinya. Terasa dirinya sangat bermakna bagi Tengku Ayie.

"Jom, kita masuk," arah Airaa seraya memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.

Dia memandang ke arah Amira yang meletakkan telefon ke cuping telinganya. Dia yakin gadis itu tengah on call dengan Tengku Iskandar. Airaa sekadar mengangkat bahu.

Pintu utama rumah mereka dituju sebelum tombol pintu dipulas. Dia sempat memberi salam.

Gelap.

Aura seram mula mendampingi dirinya. Mahu menunggu Amira, dia takut mengganggu pula perbualan tersebut. Dia terpaksa memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

Belum sempat dia mahu menekan suis, lampu sudah bernyala.

Klak!

"Argh!" jerit Airaa sambil menutup telinganya yang berada di sebalik tudung. Dia takut kalau itu dari cahaya kilat.

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to you, Airaa Syazah,
Happy birthday to you.

Nyanyian 'Happy birthday' bergema memenuhi kawasan ruang tamu. Kawasan yang gelap bertukar terang disimbahi cahaya lampu.

Airaa menutup mulut yang hendak ternganga itu. Dia memandang insan-insan yang dia sayangi berada di hadapannya sekarang. Terkejut dengan suasana tersebut. Encik Aizhar, Puan Zahra, Zahirah, Tengku Akimi, Amira, Tengku Iskandar turut berada di situ.

"Happy birthday, sayang. Dah, tiup lilin ni sekarang."

Airaa memandang pula Tengku Ayie yang sedang memegang kek hari jadinya. Dia mengangguk kepala.

"Yeah!" sorak semua orang yang berada di situ sambil menepuk tangan.

Airaa mendekati Puan Zahra dan Encik Aizhar sebelum tubuh itu dipeluk dengan erat. Air matanya mula mengalir. Dia ingatkan mama dengan papanya tidak ingat tentang hari jadinya.

"Lah, birthday girl ni nangis pula. Hey, baby mama ni, janganlah nangis-nangis. Tengok dah tak cantik," tutur Puan Zahra. Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi Airaa. Dia membalas pelukan anak perempuannya itu. Manakala Encik Aizhar mengusap belakang tubuh isterinya.

Amira mengelap air yang mahu mengalir. Bukan dia tidak tahu tentang majlis tersebut tapi Tengku Ayie yang menyuruh dia untuk merahsiakan perkara itu daripada Airaa.

"Kenapa manja sangat ni dengan papa dan mama?"

Airaa tersengih mendengar soalan daripada Encik Aizhar sebelum menyeka air matanya. Dia dah lama tak bermanja-manja dengan mama dan papanya.

Airil datang menghampiri mereka. Di tangannya terdapat sebuah beg kertas yang berwarna hitam. Hadiah untuk adiknya yang tersayang.

"Abang!" teriak Airaa apabila menyedari abangnya datang menghampiri mereka. Tubuh Airil dipeluk erat.

"Ya Allah, adik. Janganlah peluk abang erat sangat. Kak Hanis je boleh peluk abang macam ni tau." Airil melerai pelukan tersebut.

Airaa mencebikkan bibirnya. Orang nak manja sikit pun tak boleh. Kedekut betul.

Hanis mencubit lengan milik suaminya. Dia tersenyum kepada semua yang memandang ke arah mereka. Nasiblah dapat suami gatal macam ni.

"Nah, hadiah untuk adik."

"Terima kasih, abang, akak."

Airaa memeluk tubuh Airil dan Hanis dengan serentak. Dia beruntung dapat abang kandung dan kakak iparnya yang baik macam Airil dengan Hanis. Hanya doa yang dia titipkan untuk pasangan itu.

Selepas itu, Airaa mendekati Tengku Arin. Dengan pantas tubuh itu dibawa ke dalam pelukan.

"Happy birthday, akak. Semoga panjang umur. Dimurahkan rezeki. Sorry tau, adik tak sempat nak belikan hadiah untuk akak. Nanti kita keluar shopping, ya," ujar Tengku Arin selepas pelukan dilepaskan. Memang betul dia tidak sempat mahu membelikan hadiah. Balik daripada rumah Aqief, terus dia bergerak ke rumah abangnya.

"Tak apalah. Adik datang pun dah cukup. Ni mummy dengan daddy tak datang ke?"

Tengku Arin menggeleng.

"Mummy ikut daddy outstation sebab tu dia orang tak datang," balasnya. Dia terpandang Tengku Ayie yang sedang memberi isyarat kepada dirinya. Dia mengangguk faham tentang isyarat itu.

"Akak... adik rasa ada orang yang tengah tunggu akak sekarang ni. Cuba akak pusingkan badan."

Airaa mengikut arahan daripada Tengku Arin. Tidak tahu siapa orang yang sedang menunggu dirinya.

Bibirnya mengorak sebuah senyuman lebar saat matanya dan mata Tengku Ayie bertaut. Pandangan yang mengalirkan perasaan cinta melalui mata seterusnya ke hati. Suasana menjadi sunyi disebabkan semua orang ingin memberikan peluang kepada mereka.

Airaa berjalan mendekati suaminya yang sedang berdiri menghadap dirinya. Setiap langkahnya memberi debaran di hati kecilnya. Debaran yang kian terasa apabila dia sudah pun berdiri di hadapan lelaki itu.

Tengku Ayie mengambil tangan Airaa sebelum digenggam tangan yang halal itu.

"Ergh, rasanya kita patut makan dah ni. Jom semua, kita pergi dapur. Bagi peluang dekat dia orang tu," arah Encik Aizhar lalu memeluk bahu isterinya. Mereka menuju ke dapur untuk menjamu selera selain memberi ruang kepada pasangan itu.

Setelah memastikan yang lain sudah pergi ke dapur, Tengku Ayie mula bersuara.

"Happy birthday to you, sayang."

Belum sempat Airaa mahu membalas, Tengku Ayie mengucup tangannya. Dia ingatkan lelaki itu tidak ingat ataupun tidak tahu tentang hari jadinya. Sungguh dia tidak percaya.

Tengku Ayie melepaskan kucupan tersebut. Matanya terus bertentangan dengan mata yang berwarna hitam pekat itu. Tangannya naik memegang bahu Airaa. Dia menarik bahu itu sebelum mencium dahi isterinya seperti mana dia lakukan sewaktu akad nikah.

Airaa memejamkan matanya walaupun terkejut dengan perlakuan lelaki itu. Dia cuba mengawal degupan jantungnya. Dalam hati dia berdoa.

'Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau masih memberi peluang untuk aku bersama dengan dirinya. Aku mohon Engkau tetapkanlah perasaan ini dalam hatiku. Engkau yang mengawal hati dan juga perasaan ini. Sesungguhnya aku amat mencintai hamba-Mu yang satu ini. Aku berharap agar aku dapat melalui liku-liku kehidupan bersama dia, ya Allah. Amin.'

Tersedar apabila Tengku Ayie melepaskan ciuman di dahinya, Airaa terus memeluk suaminya. Dia merasakan yang dia sudah berkali-kali jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Baginya, tiada yang dapat memisahkan mereka kecuali ajal dan maut.

Aqilah yang melihat dari kawasan kolam renang itu menghentakkan kakinya. Hatinya panas melihat adegan itu. Sepatutnya dia yang berada di tempat Airaa, bukan gadis itu.

"Tak apa, ada ubi ada batas, lain kali aku pula yang balas. Lain kali tu aku terus sumbat kau orang dalam kubur. Biar puas hati aku. Ingat senang-senang je aku nak lepaskan kau orang? Memang taklah."

Aqila terus berlalu dari tempat itu. Membawa sekeping hati yang semakin marak api kemarahannya.

**********

"SAYA nak kenalkan awak dekat seorang kawan saya."

Terhenti makanan yang hendak Airaa masukkan ke dalam mulutnya. Matanya memandang Tengku Ayie yang sedang makan kek coklat itu. Sudu diletakkan ke pinggan.

"Kawan? Siapa kawan awak tu? Lelaki ke?"

Tengku Ayie menggeleng kepala sebelum memandang Airaa. Dia tersengih melihat wajah isterinya itu.

"Kenapa tersengih? Kawan ke buah hati awak? Cakap cepat!" arah Airaa sambil menunjukkan Tengku Ayie menggunakan garpu. Matanya dipicingkan.

Tengku Ayie menghiraukan arahan daripada isterinya. Ibu jarinya naik mengelap kesan coklat di tepi bibir Airaa. Kesan coklat itu dilap sehingga hilang sebelum ibu jarinya dimasukkan ke dalam mulutnya sendiri.

"Hish, awak! Kan kotor tu. Kenapa nak makan pula?"

Airaa mendengus marah.

"Lah, salah ke kalau nak makan yang isteri punya? You know what, coklat tadi tu manis. Awak makan apa? Saya nak rasa juga," usik Tengku Ayie sebelum dia mahu berdiri. Sengaja mahu mengusik pengarang jantungnya itu. Dia usik manja-manja saja.

Airaa terus menutup bibirnya lalu memukul bahu Tengku Ayie menyuruh lelaki itu duduk semula. Argh, sejak bila pula suaminya itu gatal?

'Dia dah lama gatal dengan kau, Airaa!' jerit hatinya.

"Sakitlah, sayang," adu Tengku Ayie. Dia memejamkan sambil mengusap bahunya dengan perlahan.

Airaa melepaskan tangannya daripada menutup bibir lalu berdiri di belakang suaminya. Rasa bersalah terbit di dalam hatinya kerana telah memukul lelaki itu. Dia mula mengurut bahu Tengku Ayie.

"Sorry...," ucap Airaa perlahan. Dia tak sengaja pukul Tengku Ayie. Salah lelaki tu juga, siapa suruh gatal sangat.

Tengku Ayie mengusap tangan Airaa dengan perlahan. Tak sakit sangat pun. Saja mahu bermanja dengan isteri sendiri. Dari tadi isterinya bermanja dengan mentuanya, kali ini biarlah dia pula yang bermanja.

"Tak sakit pun sayang." Senyuman nipis diberikan.

Airaa sekadar mengangguk. Kedudukan mereka tidak berubah. Mata yang bertemu mata sehingga mengalirkan arus cinta terus ke lubuk hati.

"You, I dah nak balik ni."

Tengku Ayie dan Airaa memalingkan pandangan mereka ke arah pemilik suara tersebut. Tengku Ayie tersenyum lebar manakala Airaa memerhati gadis yang menegur suaminya itu.

"Thank you for coming," tutur Tengku Ayie. Dia berdiri daripada duduknya.

"Untuk you semua boleh. Maksud I, you kawan I, mestilah boleh."

Aqilah memandang Airaa yang berada di belakang Tengku Ayie. Dia melempar senyuman sinis sebelum bertukar kepada senyuman lebar.

"You tak nak kenalkan I dengan wife you ke?"

Tengku Ayie segera memaut bahu isterinya. Lupa pula dia mahu memperkenalkan Airaa kepada Aqilah.

"Sayang, this is my friend, Aqilah. And Aqilah, this is my beautiful wife, Airaa."

Tengku Ayie membalas senyuman Airaa. Dia tahu ini kali pertama isterinya bertemu dengan adik kepada bekas kekasihnya.

"Airaa Syazah."

Airaa menghulurkan tangan kepada Aqilah sebagai tanda perkenalan. Dia meneliti pakaian yang dipakai oleh gadis itu. Dress ketat paras paha dan rambut disanggul tinggi.

"Aqilah Zulaikha."

Mereka bersalaman. Airaa mengerling Tengku Ayie.

'Amboi, senyum lebar nampak. Mata tu nak kena cucuk ke? Mentang-mentanglah seksi.'

"Happy birthday to you, Airaa. Sorry sebab I tak ada hadiah nak bagi dekat you. I buzy uruskan ni semua. You know what, husband you ni kan sweetlah. Ini semua, kami berdua yang buat tau," beritahu Aqilah seraya mengerling Tengku Ayie. Hatinya melonjak gembira apabila melihat senyuman yang menghiasi bibir Airaa semakin pudar.

'Kau ingat aku boleh duduk diam? Dalam mimpilah!' desis hati Aqilah.

Senyuman Airaa menjadi pudar. Dia melihat Tengku Ayie yang sedang mengusap belakang leher itu. Dia tidak sangka suaminya akan meminta orang lain untuk menghiasi majlis tersebut. Dia masih terima kalau orang lain itu, lelaki. Tapi ini... mungkin tidak. Rasanya boleh saja Tengku Ayie meminta bantuan daripada Tengku Iskandar ataupun Tengku Arin. Kenapa? Kenapa mesti gadis itu yang dia tidak kenali juga?

"Ya, thanks again sebab bantu I untuk hias majlis ni. Kalau tak ada you, mungkin dah hancur I buat sendiri."

Tengku Ayie gelak sambil menghiraukan Airaa yang sedang tertanya-tanya di sebelahnya. Tumpuannya masih ke arah Aqilah.

"Itulah. Oh, okeylah, I nak balik dulu. See you soon, kawan lelaki I," kata Aqilah sebelum memberikan lambaian. Dia bergerak menuju ke pintu utama dengan senyuman yang cukup sinis.

'Step by step sebelum plan utama aku akan muncul.'

Dia berjalan ke tempat letak keretanya yang berada di luar kawasan rumah Tengku Ayie. Kereta tersebut diletakkan di situ kerana kawasan depan rumah Tengku Ayie sudah penuh.

Dia membuka beg tangannya lalu mencari kunci kereta.

"Aduh," adu Aqilah apabila merasakan ada seseorang yang memegang kedua belah tangannya dari belakang. Badannya melekat pada cermin kereta. Sukar untuk dia melihat siapa yang melakukan perkara itu.

Dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Tangannya betul-betul sakit.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Aqilah apabila melihat seseorang melalui cermin keretanya.

Tengku Akimi tersenyum sinis sebelum melepaskan pegangan pada tangan gadis itu. Dia tidak tahu macam mana musuhnya itu boleh berada dalam majlis tersebut.

"Aku yang patut tanya kau, kau buat apa dekat sini?"

Aqilah memandang ke arah pintu utama Tengku Ayie. Risau jika lelaki itu keluar. Silap-silap rosak rancangan yang dia rancang selama ini.

"Aku datang majlis kawan aku lah. Eh, kau siapa nak sibuk hal aku? Oh ya, aku tak sangka yang kau ni hidup lagi. Ingatkan dah tinggal tulang."

Aqilah bersandar pada keretanya sambil memeluk tubuh. Senyuman sinis diberikan kepada Tengku Akimi.

Tidak tahan melihat senyuman dan kata-kata itu, Tengku Akimi terus mencengkam bahu Aqilah. Panas betul hatinya melihat wajah yang cukup dia benci itu. Kalau negara Malaysia tidak mempunyai undang-undang, sudah tentu dia akan bunuh gadis itu.

"Aku bagi warning dekat kau. Sekali kau kacau family aku, penjara tempat kau. Kau ingat aku tak ada bukti pasal apa yang kau dah buat? Jangan mimpilah aku nak lepaskan kau!" ujar Tengku Akimi perlahan namun cukup tegas pada pendengaran Aqilah.

Tengku Akimi terus melepaskan tangannya. Kalau bukan gadis itu kawan kepada adik angkat, sudah tentu dia halau tadi. Buat sakit matanya saja memandang gadis itu berada di majlis hari jadi Airaa.

"Ingat apa aku kata tadi."

Selepas memberi amaran, Tengku Akimi terus bergerak masuk ke dalam adik angkatnya itu. Masalahnya semakin bertambah. Mana lagi Tengku Ayie yang tidak bertegur sapa dengan dirinya. Masalah Aqilah lagi.

Aqilah mendengus marah. Dia mengurut bahunya yang dicengkam oleh Tengku Akimi. Dia tidak tahu pula bahawa lelaki itu masih hidup dan bagi masalah bagi dia. Kalau dia tahu, sudah tentu dia matikan terus lelaki itu. Biar rancangannya berjaya.

"Tak apa? Kau api, aku pun api. So, kita tengok api mana yang akan kalah dan api mana yang menang. Kau jangan cabar aku."

Aqilah meloloskan dirinya ke dalam kereta miliknya. Dia menutup pintu dengan kasar. Keretanya pun segera keluar dari kawasan perumahan tersebut.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience