Bab 41

Romance Series 15713

TENGKU AYIE mengalihkan pandangannya ke arah lain sambil memeluk tubuh. Dihiraukan pandangan orang lain terhadap dirinya.

"Cucu menantu nenda ni sihat? Baru sekarang kita dapat berjumpa. Rasa rindu walaupun tak pernah berjumpa, kan," gurau Tengku Mariam, nenda kepada Tengku Ayie. Tubuh Airaa yang berada di hadapannya dipeluk erat.

"Nenda, cucu nenda dekat sini. Yang nenda peluk tu, cucu menantu. Tadikan nenda jerit cucu, bukannya cucu menantu, " balas Tengku Ayie dengan tidak puas hati sebelum bibir dicebikkan.

Tengku Mariam menghiraukan kata-kata cucunya itu. Dia menarik tangan Airaa untuk masuk ke dalam rumah.

Airaa pula hanya tersengih-sengih. Masih tidak biasa dengan Tengku Mariam. Dia ingatkan wanita itu seorang yang tegas, rupanya peramah dan tidak lupa juga kelakar.

"Kau..." Tengku Ayie menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang menahan gelaknya.

"Apa?" tanya lelaki itu. Tangan dibawah ke mulut, seolah-olah gelaknya bakal meletus.

"Kau tolong aku angkat bagasi ni. Beratlah."

"Kau angkatlah sendiri. Beg kau, bukannya beg aku. Okey, aku nak masuk dulu." Lelaki itu berjalan ke arah tangga dengan lenggoknya seperti wanita. Bukan saja cara jalannya tetapi cara percakapannya juga nampak seperti wanita.

"Amboi! Bukan main sombong lagi kau, ya. Tak apa, aku bagitahu nenda yang kau tak tolong aku. Biar padan muka kau." Amaran diberikan kepada lelaki yang berpewatakan seperti wanita itu.

"Ish, yalah-yalah. Asyik nak mengugut orang je kerja kau, kan."

Beg bagasi milik Tengku Ayie bertukar tangan. Dia dan Airaa hanya berkongsi satu beg memandangkan mereka semua berada di situ selama tiga hari saja.

Beg tersebut diangkat dengan kasar ketika menaiki tangga.

"Kau ni, bawalah elok-elok. Kang rosak beg aku yang mahal tu, kau nak ganti? Tadi bukan main lembut lagi kau jalan," bebel Tengku Ayie seraya bercekak pinggang. Kasut yang tersarung di kakinya ditanggalkan.

"Kalau macam tu, rosaklah kuku aku. Kuku aku ni lebih mahal daripada beg kau yang... opsss, barang terpakai ke ni? Lagi satu, kau ni selalu marah-marah, tak takut ke cepat tua?" Lelaki itu tergelak apabila melihat wajah Tengku Ayie. Itulah nak berdebat lagi. Dia tak tahu mulut lelaki separuh perempuan ni macam mana.

"Kau!" Tengku Ayie mengejarnya dari belakang.

Laju saja lelaki itu berlari masuk sebelum menghampiri Tengku Mariam yang sedang memegang satu cawan.

"Nenda! Ada gergasi datang!"

Tengku Mariam terus melatah saat lelaki itu mendekati dirinya yang hendak minum.

"Nyuuu. Eh! Selamat hari raya! Eh, kamu ni kan!" latah Tengku Mariam dengan bibir dimuncungkan sebelum memukul lelaki itu.

Lelaki itu terus membongkokkan badannya seperti sujud dengan tangan terletak di atas kepala. Sedar dengan kesilapannya yang menyebabkan wanita tua itu melatah.

Tengku Ayie mengambil tempat duduk di sebelah Airaa. Dia perasaan yang Tengku Akimi sedang memandang dirinya. Dia berdeham perlahan sebelum membetulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.

"Kan dah kena. Buatlah lagi, biar nenda ni masuk hospital."

"Ampun, nenda. Sally janji, Sally tak buat lagi. Sally minta maaf ya, nenda."

Tengku Ayie mengetawakan lelaki yang bernama Sally itu. Sampaikan wajahnya menjadi merah. Bukan dia saja yang terhibur tetapi orang yang berada di ruang tamu itu juga.

"Kau ni Saleh, Pak Lang dah bagi kau nama yang elok, kau tak nak guna. Nak juga nama Sally tu. Gediklah."

Muhammad Saleh atau nama famousnya, Sally merupakan sepupu Tengku Ayie. Ibu Saleh, Tengku Mastura ialah adik perempuan Tengku Mustafa. Hamid, bapa Saleh hanyalah pekerja buruh yang bekerja di sebuah kilang di kampung tersebut. Walaupun sudah ditawarkan pekerjaan oleh Tengku Mustafa, dia tetap menolak dengan alasan pekerjaan tersebut sudah cukup untuk menampung mereka anak-beranak.

"Biarlah, nama aku, kan. Bukannya nama kau," tutur Saleh. Sempat lagi dia menjeling Tengku Ayie yang duduk di hadapannya.

"Biarlah, nama aku, kan. Bukan nama kau." Tengku Ayie mengajuk semula kata-kata sepupunya. Dengan gerakkan bibir sekali dia tiru.

"Eh, dah-dah. Kau orang ni bila jumpa je, mulalah nak bergaduh," sampuk Tengku Mustafa dalam perbualan antara Tengku Ayie dengan Saleh.

"Bukan Along, daddy."

"Bukan Saleh, Pak Long."

Serentak mereka berdua berkata untuk mempertahankan diri masing-masing.

"Ni bonda, mana ayah? Tak nampak pun dari tadi." Mata Tengku Mustafa mencari figura Tengku Aziz. Sudah lama tidak bertemu dengan ayahnya itu. Mereka bertemu pun semasa hari raya Aidilfitri pada dua tahun yang lalu.

"Dia pergi ke pekan tadi. Katanya nak belikan bahan-bahan untuk masak malam nanti," balas Tengku Mariam.

Tengku Mustafa hanya mengangguk. Faham dengan sikap ayahnya. Sanggup buat apa saja apabila cucu kesayangannya balik kampung.

Tengku Mustafa berpindah dari Pulau Langkawi ke Kuala Lumpur. Selepas saja dia berkahwin dengan Tengku Zainab, bonda serta ayahnya pula berpindah pula ke Johor. Ayahnya kata suasana kampung lebih seronok dari suasana bandar. Sebab itulah mereka berpindah.

"Lama kita tak berjumpa, kan Zahirah," ujar Tengku Mariam kepada Zahirah yang duduk bersebelahan dengan Tengku Akimi.

"Ya, nenda. Nenda sihat?" Satu senyuman lebar diberikan kepada wanita yang sedang dimamah usia itu. Pada pandangan Zahirah, Tengku Mariam nampak kuat walaupun badannya sedikit kurus.

"Biasalah, sihat orang tua katakan. Macam nilah."

"Macam mana bonda boleh kenal dengan Zahirah?" celah Tengku Mustafa. Bukan niat ingin masuk campur dalam perbualan dua orang wanita itu tetapi dia pelik. Tengku Akimi belum memperkenalkan lagi Zahirah kepada Tengku Mariam. Bagaimana pula Tengku Mariam boleh kenal dengan Zahirah?

"Kimi belum cerita perkara yang sebenar dekat daddy dengan mummy kamu?"

Melihat gelengan daripada cucu angkatnya itu, dia terus melepaskan keluhan berat. Tahulah dia yang Tengku Akimi masih belum bersedia.

"Sebenarnya, Kimi dengan Zahirah kahwin dekat sini. Ayah Zahirah, kamu kenal? Yang kamu selalu panggil Pak Mad tu. Dia dah bagi restu untuk dia orang berdua ni." Tengku Mariam menjelaskan semuanya. Kalau boleh dia tidak mahu merasiahkan yang satu itu.

Baru saja Tengku Mariam mahu menyambungkan percakapannya, Tengku Ayie sudah bersuara.

"Saleh, jom. Kita pergi pusing-pusing kampung ni. Dah lama aku tak datang sini." Tengku Ayie mengangkat kaki menuju ke luar rumah. Sakit hatinya mendengar cerita tentang abang angkatnya itu. Kahwin tak bagitahu, hidup lagi pun tak bagitahu.

"Nak ikut! Kau guna kereta BMW X6 M ke? Aku nak pandu, boleh?"

"Nampak ni." Penumbuk ditunjukkan kepada sepupunya itu. Mereka bergerak dari ruang tamu tersebut.

"Tak ada, nanti calar pula kereta aku tu."

"Dah tu, kau nak naik apa? Jangan cakap yang kau nak jalan kaki pula. Habis hitam muka aku yang lawa ni."

"Kau tolonglah cerminkan diri kau ni. Muka hitam, ada hati kata lawa. Kita naik tu." Tengku Ayie memuncungkan mulutnya ke arah sebuah motor yang berada di bawah pokok mangga itu.

"Oh, kalau macam tu, jomlah." Saleh berjalan seperti wanita melayu terakhir ke arah motosikalnya. Pandangan Tengku Ayie kepada dirinya dihiraukan.

"Biar aku bawa motor ni."

"Kalau calar nanti, macam mana?" balas Saleh sambil memeluk tubuh.

'Kereta dia, aku tak boleh pandu. Bila motor aku pula bukan main lagi dia nak bawa. Dasar sepupu hantu!' desis hatinya.

"Alah, nanti aku gantilah. Itu pun nak kecoh. Dah, jom." Motor tersebut dibonceng sehingga keluar dari kawasan rumah Tengku Mariam.

Bunyi motor tersebut membuatkan mereka yang berada di ruang tamu itu tersentak. Tahulah mereka yang dua orang bersepupu itu sudah pergi.

"Harap bonda tak terasa dengan Along. Ada lah tu yang dia tak puas hati," jelas Tengku Mustafa kepada bondanya. Bukan apa, hati orang tua ni cepat terasa.

"Tak apa. Nanti malam bonda sambung cerita, ya. Ni Arin, tolong bawakan kakak ipar kamu masuk bilik. Mesti penatkan." Mata Tengku Mariam menghala ke arah Airaa.

"Okey, nenda. Jom, akak." Tengku Arin menunjukkan bilik abangnya. Bilik itu memang khas untuk Tengku Ayie apabila pulang ke situ.

Airaa sekali lagi mengangguk. Sampai di bilik tersebut, Airaa terus baring di atas katil yang bersaiz queen sebelum dia tertidur. Penatnya masih terasa.

**********

SUARA Tengku Ayie kedengaran khusyuk ketika membaca doa selepas mereka menunaikan solat Maghrib berjemaah. Dia yang mengetuai solat berjemaah itu selepas Tengku Aziz dan Tengku Mustafa menyuruhnya. Mereka hanya berkata.

"Apa salahnya kalau kamu jadi imam untuk solat maghrib ni. Lagipun bukan selalu kamu balik sini."

Sebaik saja doa diaminkan, mereka bersalaman. Selepas itu, mereka bergerak ke dapur untuk mengisi perut sendiri kecuali Tengku Ayie dan Airaa yang masih berada di dalam bilik solat.

Airaa menghulurkan tangan kepada Tengku Ayie. Tangan suaminya disalam dengan penuh hormat dan dikucup dengan perlahan.

Tengku Ayie menjatuhkan bibirnya pada dahi Airaa. Lama. Hatinya dihambat seribu satu perasaan. Dia pasti salah satunya adalah perasaan sayang. Perasaan cinta? Nantilah dia bagitahu.

Airaa tersenyum lebar apabila diperlakukan seperti itu. Terasa seperti saat mereka diijabkabulkan dulu.

"Eh, sukalah tu," usik Tengku Ayie sambil mencuit hidung isterinya. Comel saja wajah Airaa apabila gadis itu malu.

"Awak ni." Dada suaminya dipukul perlahan. Bukan dia yang mahu tapi lelaki itu sendiri yang mencium dahinya.

Tengku Ayie tergelak kecil. Tangannya dibawa ke dada untuk menghalang serangan daripada gadis itu.

"Dah, jom kita pergi dapur. Perut pun dah berbunyi ni."

"Jom, kita makan," kata Airaa selepas melipat telekungnya. Tudung yang tersarung dibetulkan.

Mereka berjalan beriringan menuju ke dapur. Terdengar suara Tengku Mustafa dan Tengku Aziz yang sedang berbual.

"Lamanya kamu berdua ni nak turun. Buat apa dekat atas?" Tengku Aziz memerhati pasangan yang turun tangga itu. Senang hati melihat cucu lelakinya yang sudah berkahwin.

"Atok ni, kacau kita oranglah. Baru je nak manja-manja sikit." Kerusi bersebelahan dengan Tengku Akimi ditarik.

"Kalau nak bermanja pun janganlah waktu nak makan. Dah sekarang kamu baca doa makan. Nanti sejuk pula lauk tu."

Selesai doa dibaca, Airaa mengambil lauk yang diminta oleh Tengku Ayie.

"Terima kasih."

Airaa sekadar mengangguk. Dia melihat Akmal yang duduk di sampingnya.

"Akmal nak yang mana?" tanya Airaa. Akmal nampak keliru untuk memilih lauk. Banyak lauk yang disediakan oleh Tengku Mariam dan Tengku Zainab. Hampir penuh meja panjang itu.

"Cik Su, nak yang tu." Akmal menunjukkan ayam goreng yang berada di tengah-tengah meja. Lauk kegemarannya.

Tengku Mariam tersenyum senang memandang Airaa. Rajin orangnya, suka tolong orang tua dan sopan santun. Semasa dia dan anak menantunya itu memasak, Airaa menawarkan diri untuk membantu tetapi dia tidak mahu.

Dia hanya berkata. "Kamu mesti penat, rehatlah dekat bilik Ayie tu. Selongkar ke bilik dia ataupun pergi ajak Arin keluar jalan-jalan." Namun gadis itu hanya duduk di meja makan.

Selepas saja mengisi perut, mereka berkumpul di ruang tamu. Masing-masing menumpukan perhatian pada televisyen.

"Sebenarnya, ada sebab ayah panggil kamu balik sini," ucap Tengku Aziz. Semua mata yang tertumpu pada televisyen kini beralih pada dirinya.

"Sebab apa ayah?" soal Tengku Mustafa.

"Ayah nak buat kenduri kesyukuran untuk Ayie sebab dah kahwin. Mulanya nak buat untuk Ayie je tapi bila ayah tengok Akimi pun dah ada. Ayah ingat nak buatkan untuk Akimi sekali." Tengku Aziz menjelaskan sebab dia menyuruh Tengku Mustafa balik ke kampung.

"Oh, kalau itu yang ayah nak buat, saya ikutkan je. Bila nak buatnya?"

Mereka yang lain hanya mendengar perbualan itu. Tidak ada rasa mahu masuk campur. Tengku Ayie yang duduk di sofa bersebelahan dengan Airaa itu mengusap kepala isterinya.

"Ish, boleh tak tangan awak ni duduk diam-diam?" bisik Airaa dengan tegas. Lelaki itu senang-senang saja mengusap kepalanya di hadapan keluarga mereka. Tak tahu malu betul.

"Boleh..."

Tangan Tengku Ayie berhenti daripada mengusap kepalanya.

"Tapi bukan sekarang." Sambung lelaki itu.

Malas mahu berkata, tangan kasar itu dibiarkan mengusap kepalanya. Kang tak pasal-pasal dia juga yang disuruh diam.

"Eloklah kalau macam tu. Rasanya nak buat tengah hari esok memandangkan kamu semua balik lusa. Masa majlis nanti bolehlah kenalkan menantu kamu dekat saudara-mara."

Tengku Mustafa mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Aziz.

Tiba-tiba kedengaran bunyi azan yang dilaungkan tanda menyeru umat islam untuk menunaikan solat. Mereka pun solat isyak berjemaah yang diimamkan oleh Tengku Akimi.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience