Bab 5

Romance Series 15713

TENGKU AYIE memegang tepi bibirnya. Pedih. Sungguh dia tidak percaya apa yang telah berlaku semalam. Semua yang berlaku masih berlegar-legar di fikirannya. Dia buntu memikirkan penyelesaian untuk kejadian itu.

"Kau buat apa dalam bilik adik aku ni?" tanya Airil yang masuk ke dalam bilik Airaa.

Dia masuk ke dalam bilik itu pun untuk melihat keadaan Airaa yang pening tadi. Tapi dia dikejutkan pula dengan kehadiran seorang lelaki yang dia kenal berada di dalam bilik itu.

Airil memandang Tengku Ayie yang berdiri di hadapannya. Selepas itu, pandangannya jatuh pada dua butang baju paling atas milik lelaki itu. Butang itu telah terbuka.

"Tak guna kau!"

BUK!

Belum sempat Tengku Ayie berkata, satu tumbukan mengena tepat di pipinya. Dia merasakan ada cecair yang hangat mengalir di tepi bibirnya. Darah!

Hanis yang melihat keadaan itu segera menelefon Encik Aizhar dan Puan Zahrah untuk naik ke bilik Airaa. Risau jika Airil tidak dapat dihalang dan terus menumbuk lelaki itu.

"Awak sudahlah tu. Mati budak tu nanti."

"Hanis, awak nampak tak apa yang dia dah buat dekat Airaa? Airaa adik saya tau," jerit Airil. Turun naik dadanya.

Hanis segera mendekati Airaa. Perbuatannya terhenti bila terdengar satu suara.

"Jangan kejutkan. Dia tengah sakit kepala tu." Tengku Ayie bersuara walaupun bibirnya berasa sakit. Dia memegang tepi bibirnya yang pecah akibat tumbukan daripada Airil.

"Kau siapa nak cakap macam tu? Kau bukan abang dia, jauh sekali suami adik aku!"

Airil mencengkam kolar baju Tengku Ayie sebelum mengangkat penumbuknya. Penumbuk dijatuhkan bila namanya diseru.

"Airil Syafik! Apa kamu buat ni?" soal Encik Aizhar yang sudah masuk ke dalam bilik itu. Bila dia datang, dia melihat Airil yang sudah mengangkat penumbuk.

"Airil nak bagi pengajaran dekat lelaki ni. Dia masuk bilik ni dan ambil kesempatan dekat Airaa, pa." Acuh tak acuh sahaja Airil berkata. Tangannya yang menggenggam kolar baju Tengku Ayie dilepaskan dengan kasar. Dia memandang orang yang berada di belakang papanya iaitu Tengku Mustafa.

Puan Zahra sudah berada di sisi Airaa. Diusap rambut anaknya yang sedang lena itu sebelum memandang wajah Encik Aizhar. Akhirnya, air mata seorang ibu menitis tatkala anak perempuannya diperlakukan seperti itu. Andai kata terjadi sesuatu, dia mahukan lelaki itu bertanggungjawab ke atas Airaa. Maruah mereka sekeluarga habis dipijak.

Tengku Mustafa yang berada di belakang Encik Aizhar terus melangkah masuk mendekati anaknya. Dia melihat tepi bibir Tengku Ayie berdarah. Dia mengetap bibir.

"Betul ke apa yang Airil cakapkan tu, Along?"

Tengku Ayie hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepala memandang lantai. Mulutnya terasa berat untuk membalas soalan itu. Tidak, tuduhan itu palsu. Dia tidak buat apa yang dikatakan oleh Airil itu.

PAK!

Tangan kanan Tengku Mustafa menampar kuat pipi sebelah kiri Tengku Ayie. Baginya, tamparan itu belum cukup namun bila difikirkan sahabatnya berada di situ, dia batalkan saja niatnya. Jelas kelihatan merah pada wajah tua itu kerana marah.

Tengku Ayie mendesis dengan perlahan. Tamparan daripada daddynya cukup kuat untuk dirinya. Dia memegang pipinya.

Tengku Mustafa tidak menyangka sikap Tengku Ayie seperti itu. Dia tidak pernah mengajar anaknya tentang itu semua. Dia rasakan dia gagal dalam mendidik anak-anaknya. Bukti? Sudah terbukti di depan matanya sendiri. Anak lelakinya masuk ke dalam bilik wanita.

Tengku Zainab memandang Tengku Ayie sebelum mengalihkan pandang ke arah lain. Dia juga sakit hati dengan sikap anaknya itu. Baginya, perbuatan Tengku Ayie itu seperti menconteng arang ke wajah mereka.

"Daddy tak pernah ajar Along jadi macam ni. Tak cukup lagi ke apa yang daddy bagi selama ini? Daddy malu dengan perangai Along. Daddy malu!"

Melihat anaknya itu hanya mendiamkan diri, dia segera mendekati Encik Aizhar. Dia melepaskan keluhan yang berat. Mungkin ini saja cara yang ada untuk menutup malu di antara mereka.

"Aizhar, anak aku akan bertanggungjawab atas apa yang dia buat pada anak kau. Aku akan pastikan. Mana aku nak letak muka ni, Har? Aku harap esok tak kecohlah benda ni."

Encik Aizhar hanya mengangguk. Dia juga tidak tahu apa yang harus dibuat ketika ini. Melihat keadaan anaknya itu membuatkan hati tuanya menjadi sedih. Sedih bila maruah anaknya yang dijaga selama ni telah hancur.

"No, daddy. Along tak buat semua benda tu. Tolong percayakan Along. Ini semua salah faham je," rayu Tengku Ayie dengan melutut di hadapan Tengku Mustafa.Tidak bersetuju dengan apa yang daddynya katakan. Dia tidak bersalah dan mengapa pula dia harus bertanggungjawab? Sedangkan semuanya hanya salah faham.

"Along suka ataupun tidak, Along tetap akan bertanggungjawab. Along dah malukan daddy dalam hotel ni, dekat kawan daddy dan staf daddy. Lepas tu nak lepas tangan je? Tak sangka, rupanya daddy ada anak yang pengecut," kata Tengku Mustafa sebelum keluar daripada bilik tersebut. Bahunya sempat ditepuk oleh Encik Aizhar.

Tengku Zainab dan Tengku Arin juga mengikuti Tengku Mustafa dari belakang. Mereka ikutkan saja apa keputusan Tengku Mustafa.

Tengku Ayie tersentak bila ada satu tangan menepuk bahunya. Dia menoleh ke sebelah kiri.

"Sakit lagi ke pipi Along tu?"

Tengku Arin mengambil tempat di sebelah Tengku Ayie.

"Hmmm, sakit sikit je," kata Tengku Ayie sambil memandang Tengku Arin. Dia tidak sedar bila adiknya masuk ke dalam bilik. Senyuman nipis di bibir diberikan kepada Tengku Arin.

"Adik percayakan Along?" soal Tengku Ayie tapi dengan nada yang serius. Senyumannya sudah hilang dari bibir. Adiknya dipandang untuk mendengarkan jawapan.

Tengku Ayie menghela nafas berat tatkala adiknya itu hanya mendiamkan diri.

"Jadi, adik memang tak percayakan Along lah?"

"Bukan macam tu maksud adik, Along." Tengku Arin mula berkata selepas mendiamkan diri.

"Kalau adik percayakan Along, tolong pujukan daddy dengan mummy. Along tak nak kahwin lagi. Dan lagi satu Along bukannya kenal sangat dengan perempuan tu." Tengku Ayie meraup rambutnya ke belakang. Dia buntu. Apa lagi cara yang dia ada untuk meyakinkan semua orang? Dia tak salah.

"Along tak nampak ke muka daddy tu macam mana? Silap hari bulan, adik pula yang kena penampar nanti. Tak naklah." Kasihan juga Tengku Arin melihat keadaan abangnya yang agak serabai.

Tengku Ayie mengusutkan lagi rambutnya. Jiwanya sudah tidak tenang bila memikirkan keputusan daddynya semalam.

Akhirnya Tengku Arin membuat keputusan untuk keluar dari bilik itu supaya Tengku Ayie dapat menenangkan fikiran.

**********

"KAHWIN? Pa, Airaa masih muda lagi nak kahwin. Airaa tak setuju dengan keputusan papa. Tolong, jangan desak Airaa," bentak Airaa yang berada di samping Puan Zahra. Siapa saja yang tidak mengamuk bila tiba-tiba dipaksa untuk berkahwin.

"Apa? Adik tak nak kahwin?" sampuk Airil yang duduk di sebelah Encik Aizhar. Adiknya yang duduk di sofa lain dipandang tajam.

"Adik dah tahukan apa yang berlaku semalam. Kenapa adik tak nak lelaki ni bertanggungjawab? Dia ugut adik ke?" Tambah Airil sambil memandang Tengku Ayie bila dia menyebut perkataan 'lelaki ni'.

Tengku Ayie hanya mendiamkan dirinya dengan menundukkan kepalanya. Dia perlu bersabar kerana belum tiba masanya untuk berkata.

Airaa terus mendiamkan diri. Sudah diceritakan kepadanya tentang apa yang berlaku semalam. Dia percaya tidak ada hal yang serius berlaku semalam di antara dia dan Tengku Ayie.

"Percayalah, kami tak buat apa-apa pun semalam. Kau orang semua dah salah faham. Cuba dengar dulu penjelasan daripada kita orang," kata Tengku Ayie secara tiba-tiba. Matanya tertumpu pada Airil yang duduk berhadapan dengannya. Dia mesti menjelaskan apa yang berlaku semalam kepada semua orang.

"Kalau kau kata semua tu cuma salah faham, macam mana kau boleh ada dalam bilik adik aku? Salah masuk bilik ke?" tanya Airil dengan sinis dan tidak lupa juga dengan senyumannya yang cukup sinis.

'Tak habis-habis dengan salah faham dia. Itu je alasan yang dia ada,' desis Airil dalam hati. Ikutkan hati, mahu saja dia melayangkan penumbuknya namun disabarkannya dalam hati.

"Sudah terang lagi bersuluh, Along ada dalam bilik Airaa. Apa yang Along nak katakan lagi? Tak malu ke selepas apa yang Along buat dekat kami semua? Dekat Airaa? Masih juga tak nak bertanggungjawab?" duga Tengku Mustafa. Badan disandarkan pada sebuah sofa yang tersedia di dalam pejabatnya. Mereka sekarang berada di dalam bilik pejabat Tengku Mustafa. Mereka masih berada di hotel.

"Tapi daddy..."

"Tak ada tapi-tapi, Along tetap kena kahwin juga. Ini keputusan daddy dengan uncle Aizhar. Muktamad. Along tak boleh bantah."

Tengku Ayie meraup mukanya dengan kasar. Fikirannya agak serabut. Mahu saja dia berteriak di situ. Besar sungguh dugaan yang menimpa dirinya.

"Papa dengan uncle Mus dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu berdua. Minggu depan, hari Jumaat dekat kampung Mak Tok," ujar Encik Aizhar kepada Airaa.

Sedih juga dia melihat mata anak perempuannya itu yang sudah basah dengan air mata. Kalaulah kejadian semalam tidak berlaku, pasti mereka semua akan menikmati dengan percutian itu. Tapi semua berlaku dengan kehendak-Nya, tiada siapa yang dapat menghalang. Hanya mampu serahkan semuanya kepada Allah SWT.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience