Bab 45

Romance Series 15713

TENGKU AYIE dan Tengku Iskandar menjinjit briefcase berwarna hitam masuk ke dalam sebuah kafe yang berdekatan dengan pejabat mereka. Mereka mengambil meja yang berada di bahagian belakang kafe tersebut.

Tengku Ayie menarik sebuah kerusi sambil memerhati ruangan itu.

"Dekat kafe ni ke dia nak jumpa?" tanya Tengku Ayie.

"Ya, kafe inilah," jawab Tengku Iskandar seraya membelek buku menu. Dia tidak perasan perubahan pada wajah sepupunya itu.

Tengku Ayie masih lagi tekun memandang sekeliling ruangan kafe tersebut. Sudah lama dia tidak datang ke kafe itu. Kafe yang dulu sangat bermakna bagi dirinya. Di mana kata-kata cinta dilafazkan. Dilafazkan kepada seorang gadis yang bermakna dalam hidupnya.

"Kau nak order apa? Abang ni dah lama tunggu order kau." Tengku Iskandar mengangkat sebelah keningnya.

"Aku tak ada seleralah nak makan. Minum pun sama," balas Tengku Ayie. Matanya memandang ke arah pintu. Menanti seseorang yang ingin berjumpa dengan mereka.

"Kalau macam tu, abang tambahkan satu minuman yang sama macam saya order tadi."

Pelayan tersebut mencatat pesanan Tengku Iskandar dalam sebuah buku yang kecil. Dia beredar dari situ lalu menuju ke dapur selepas mendapat pesanan.

"Aku tak ada niat pun nak bawa kau datang sini. Tapi nak buat macam mana kalau orang tu nak juga jumpa dekat sini," terang Tengku Iskandar seraya memandang sepupunya itu. Jelas terpancar riak tidak suka di wajah itu.

Tengku Ayie hanya mendiamkan diri. Dia tahu bukan niat sepupunya itu yang memilih kafe tersebut.

'Kenapa kau muncul lagi? Aku dah susah payah nak halau kau tapi kau, senang-senang nak datang balik,' bisik Tengku Ayie dalam hati. Dia sakit hati bila teringatkan kenangan manis bersama Zalikha di dalam kafe tersebut.

"Aku dah tak tahu macam mana nak lupakan dia, Is. Walaupun..."

"Walaupun kau dah ada Airaa? Macam tu?" pintas Tengku Iskandar. Dia faham sangat dengan perangai sepupunya itu.

Cinta pertama untuk selama-lamanya.

Itulah prinsip Tengku Ayie. Jika seseorang itu sudah menjadi cinta pertamanya, maka selama-lamanya mereka akan bersama.

"Kau jangan macam ni, Ayie. Kau kena move on juga. Kelmarin, kau kata dekat aku yang kau dah cintakan Airaa tapi sekarang ni? Bro, kalau niat kau cuma nak mainkan perasaan perempuan, aku rasa tak payahlah. Batalkan je niat kau tu." Tengku Iskandar berhenti berkata apabila pelayan yang tadi itu datang kembali.

Pelayan tersebut membawa minuman yang telah dipesan. Dia meletakkan dengan berhati-hati supaya air dalam gelas tersebut tidak tumpah.

Tengku Iskandar mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut. Pandangannya dialihkan semula ke arah Tengku Ayie.

"Sekali Airaa dapat tahu yang kau masih tak dapat lupakan perempuan tu, aku jamin yang hati dia dah tertutup untuk kau. Kau percayalah cakap aku," kata Tengku Iskandar kepada Tengku Ayie. Dia yang dengar pun, boleh sakit hati. Apatah lagi kalau Airaa yang dengar.

Tengku Ayie hanya menghembus nafas berat. Dia sudah cuba untuk melupakan kenangan tersebut namun semua itu seolah-olah datang dengan sendiri.

"Hei, kau dengar cakap aku. Kalau kau dah tak nak dekat Airaa, kau lepaskan dia. Biarkan dia bahagi dengan pilihan sendiri. Dan kau, mendudalah." Tengku Iskandar mengetawakan Tengku Ayie. Niatnya cuma mahu menghiburkan hati lelaki itu. Dia pasti bayangan Airaa lebih banyak daripada bayangan Zalikha di fikiran sepupunya itu.

"Kau ingat aku nak sangat jadi duda? Memang taklah." Gelas yang berada berada di hadapannya diminum. Menyejukkan hatinya yang sedang marah kepada Tengku Iskandar. Orang serius tapi dia main-main pula. Kang ada yang lebam sekejap lagi.

Tengku Iskandar mula memperlahankan ketawanya apabila beberapa pelanggan di dalam kafe itu memandang mereka. Dia berdeham sebelum menegakkan badannya.

"Kalau kau tak nak menduda, kau move on lah. Takkanlah kau nak duduk dengan kisah silam kau je."

Tengku Ayie sekadar mengangguk. Betul juga apa yang sepupunya itu kata. Sampai bila dia nak tinggal dengan kisah silam sendiri?

"Aku cuba," jawab Tengku Ayie. Pandangan Tengku Iskandar dibalas untuk menunjukkan yang dia betul-betul maksudnya.

"Macam inilah baru sepupu aku. Weh, kau tunggu sini dululah. Aku nak pergi tandas sekejap."

Tengku Ayie mengangguk sebelum mengambil telefon bimbitnya dari poket seluar. Aplikasi WhatsApp ditekan dan mesej Airaa dibuka.

My Wife
- Assalamualaikum.
- Awak, malam ni balik awal tau.

Tengku Ayie
- Waalaikumussalam.
- Kenapa?

My Wife
- Malam ni saya masak banyak lauk.
- Lauk kegemaran awak pun ada.

Tengku Ayie
- Wah, tak sabarnya nak balik!

My Wife
- Nanti awak balik awal sikit, ya.

Tengku Ayie
- Okey, sayang

Tengku Ayie tersengih melihat perbualannya dengan Airaa. Dia tidak menyangka yang mereka bakal sejauh ini. Hidup seperti pasangan suami isteri yang sebenar.

"Hy."

Bersama sengihan di bibir, Tengku Ayie memandang seseorang yang menyapa dirinya.

"Ha..."

Tengku Ayie tersentak saat melihat seorang gadis yang tersenyum ke arahnya. Gadis itu memakai dress paras lutut dan mengenakan kaca mata. Dia tidak lepas daripada memandang gadis itu. Gadis itu tidak asing baginya kerana dulu, mereka sering berjumpa.

Gadis itu duduk di sebuah bangku yang bersebelahan dengan Tengku Ayie. Gadis itu juga membalas renungannya seakan-akan mahu menunjukkan sesuatu melalui mata.

"Apa khabar Tengku Ayie Idlan? Or I patut call you, abang ipar tak jadi?" Gadis tersenyum sinis. Dia tahu, dari mata lelaki itu cukup menunjukkan bahawa lelaki itu terkejut melihat dirinya.

Tengku Ayie mendiamkan diri seraya matanya mengerling ke arah pintu. Dalam hatinya berharap agar Tengku Iskandar segera kembali.

**********

AIRAA menuju ke meja makan sebelum jag yang berisi air oren diletakkan dengan perlahan. Dia puas hati kerana dapat memasak semua makanan terutamanya ayam masak merah. Dia tidak menyangka bakal menyiapkan semua itu sebelum suaminya balik.

Dengar saja pintu utama dibuka, Airaa terus menuju ke arah Tengku Ayie.

"Assalamualaikum," ucap Tengku Ayie.

"Waalaikumsalam, awak," jawab Airaa dengan nada yang ceria. Moodnya hari ini baik sebab tu dia masak lauk banyak.

Airaa pantas mengambil kot dan briefcase lelaki itu. Tugas seorang isteri walaupun dia tidak biasa dengan semua itu. Lagipun dia dapat pahala jika berbuat seperti itu.

"Awak nak mandi atau makan dulu?" tanya Airaa. Pada pandangannya, lelaki itu nampak penat. Yalah, siapa saja yang tidak penat bila buat kerja. Lelaki itu bekerja pun untuk menyara dirinya juga.

"Awak makanlah. Malam ni, saya penat dan tak ada selera nak makan. Saya naik atas dulu," pinta Tengku Ayie meninggalkan Airaa seorang diri. Hari ini, hari yang paling memenatkan bagi dirinya. Seharian dia memikirkan tentang kerja.

Airaa memandang belakang badan Tengku Ayie yang naik ke atas. Dia tahu lelaki itu penat bekerja tapi dia pun penat juga. Penat mengemas ruang tamu dan penat memasak untuk makan malam mereka.

'Tak apa Airaa. Mungkin betul dia penat. Dia penat pun sebab nak sara hidup kau juga,' bisiknya dalam hati. Dia cuba berfikir positif.

Kot dan briefcase diletakkan di atas sofa sebelum melangkah ke meja makan. Suaminya tidak ada selera, dia pun tidak ada selera juga.

Airaa masukkan semua jenis lauk ke dalam peti sejuk. Biarlah dia menyimpannya dulu. Mana tahu tengah malam dia lapar, bolehlah lauk itu dipanaskan nanti.

Keluhan berat dilepaskan. Baru saja dia mahu makan bersama suaminya tapi lelaki itu tidak ada selera pula.

Selesai mengemas meja makan, Airaa menuju ke tingkat atas, bilik mereka. Dia memulas tombol pintu dengan perlahan supaya pintu tersebut tidak mengeluarkan bunyi.

Tengku Ayie yang sedang solat isyak dipandang sebelum dia duduk di birai katil. Dia tidak boleh solat disebabkan dia diberi 'cuti'. Jadi, hanya lelaki itu yang solat seorang diri.

Senyum terlakar di bibir Airaa saat memandang Tengku Ayie yang khusyuk menunaikan solat. Penat macam mana pun, lelaki itu tidak pernah meninggalkan solat.

Airaa terus baring dan berpura-pura tidur apabila lelaki itu sudah menadah tangan. Ralit dia memandang sampaikan dia tidak perasan lelaki itu sudah habis. Selimut ditarik sehingga paras leher. Dia membelakangi tempat tidur suaminya.

Tengku Ayie mengaminkan doanya. Dia menarik nafas panjang sebelum memusingkan badannya ke belakang. Terlihat Airaa yang sedang berbungkus dengan selimut. Dia tidak perasan pula bila gadis itu masuk.

Dia mendekati katil tersebut sebelum punggung dilabuhkan di birai katil. Selimut yang menutupi badan gadis itu ditarik perlahan. Dia dapat rasakan Airaa menahan selimut tersebut.

"Saya tahu awak tak tidur lagi," tegur Tengku Ayie. Dia tahu gadis itu tidak akan dapat tidur jika membelakangi dirinya. Lagi pula tak elok seorang isteri tidur membelakangi suami. Boleh jatuh derhaka nanti.

Airaa membuka matanya sebelum bangun dan menyandarkan pada kepala katil. Wajah suaminya tidak dipandang. Masih terkilan dengan sikap lelaki itu tadi. Kesepian menemani mereka berdua. Masing-masing melayan mood sendiri.

"Hey, kenapa ni? Senyap je dari tadi." Tidak betah Tengku Ayie melihat kebisuan gadis itu. Sebelum ini, ada saja yang gadis itu akan bualkan dengan dirinya. Tangan Airaa dipegang sebelum gadis itu menepis tangannya perlahan.

Airaa hanya menggelengkan kepala. Matanya jatuh memandang tangannya yang mengusap cincin perkahwinan mereka.

Tengku Ayie mengeluh dengan perlahan. Dia tahu gadis itu merajuk kerana dia tidak mahu makan. Salahnya juga tidak mahu makan sedangkan tadi tengah hari dia bersemangat mahu balik ke rumah.

"Dah makan ke?"

Sekali lagi Airaa menggelengkan kepala.

"Saya tak ada selera nak makan. Kalau awak nak makan, pergilah turun. Saya letak lauk dalam peti sejuk, awak tinggal panaskan je," jelas Airaa dengan nada perlahan. Dia baring dan menarik selimutnya semula.

"Tapi saya nak makan dengan awak. Jom, temankan saya. Tak bestlah makan tak ada awak." Jari Tengku Ayie mengelus perlahan lengan Airaa di sebalik selimut itu. Memikirkan tentang ayam masak merah yang dibuat oleh gadis itu, dia menjadi lapar.

Gadis itu tidak bergerak. Tengku Ayie tiada cara lain untuk membuatkan gadis itu bangun. Dia menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Senyuman lebar terbentuk di bibir Tengku Ayie.

Selimut yang menutupi badan Airaa ditarik dengan kuat. Dengan sepantas kilat Tengku Ayie mencempung badan gadis itu turun dari katil.

"Argh!" Airaa terjerit bila terasa badannya terangkat. Dia terkejut sebelum memeluk leher suaminya.

Tengku Ayie ketawa perlahan. Dia tidak sangka Airaa akan terjerit seperti itu. Fikirannya kini sudah tenang saat melihat wajah gadis itu. Gadis itu membuatkan hatinya dipukul rasa takut. Takut untuk kehilangan penghuni hatinya itu.

"Awak jahat, awak jahat, awak jahat." Airaa memukul dada milik suaminya dengan perlahan. Manakala kedua-dua belah kakinya diayunkan.

Tengku Ayie menguatkan lagi pegangan tangannya pada badan Airaa. Kalau dia tak pegang kuat-kuat, ada pula yang jatuh nanti.

"Duduk diam-diam sayang."

Airaa mendengus seraya menjeling Tengku Ayie. Dia panggil sayang pula. Ni yang tak mahu merajuk lagi ni. Dilihat kerutan di dahi lelaki itu ketika mereka menuruni tangga.

"Berat sangat ke saya ni?"

Tengku Ayie tersenyum nipis sebelum menggelengkan kepala.

"Tak ada lah berat sangat. Ringan je."

Setelah mereka tiba di meja makan, Tengku Ayie menurun Airaa.

"You know what, cinta saya lebih berat dari badan awak." Kenyitan mata diberikan kepada gadis itu. Argh, boleh angau dia kalau macam ni.

Airaa melarikan diri ke dapur apabila dia merasakan pipi menjadi merah. Dia menekupkan kedua-dua belah tangan ke pipinya. Tengku Ayie memang sweet talker.

Selesai memanaskan lauk, Airaa menuju ke meja makan bersama sejag air oren. Tengku Ayie sudah bersiap sedia untuk makan. Maklumlah dia kan lapar. Lelaki itu terus membaca doa makan selepas Airaa melabuhkan punggung di kerusi.

"Kenapa satu je? Saya punya mana?" Airaa menunjukkan pinggan Tengku Ayie dengan wajah yang tidak puas hati.

Tengku Ayie mendekatkan kedudukan mereka memandang Airaa berada di sebelahnya. Tangan kiri diletakkan di atas kerusi Airaa.

"Biar saya suapkan awak. Saya tahu awak penat masak semua ni. Penat kemas rumah, kan." Rambut gadis itu diselitkan ke belakang telinga.

Airaa menggelengkan kepala dengan laju. Nak suap dia? Memang taklah. Dia penat pun bukannya sampai tak boleh angkat tangan langsung.

"Tak naklah," ujar Airaa sambil tangan menutup mulut.

"Awak..."

"No, saya tak nak."

"Okey, kalau macam tu saya buat CPR lah." Tengku Ayie menumpukan perhatiannya kepada Airaa.

"CPR?" Airaa menggaru keningnya yang tidak gatal. Dia bukannya sesak nafas ataupun tercekik. Kenapa pula lelaki itu mahu buat CPR?

Tengku Ayie mengangguk kepala. Senyuman yang hampir terbentuk ditahan. Tak susah pun nak suruh gadis itu ikut arahannya.

"Yes, mouth to mouth."

"Oh." Airaa mengangguk faham. Mouth to mouth. Mulut ke mulutlah maksudnya. Apabila tersedar sesuatu, dia terus melihat wajah lelaki itu semula.

"Apa awak cak..."

Tangan Tengku Ayie ligat menggaul nasi dengan ayam masak merah. Matanya kembali memandang Airaa.

"Saya kira sampai tiga. Kalau awak tak buka mulut, saya akan buat benda tu."

"Satu..."

Airaa masih mendiamkan diri.

"Dua..."

Airaa menggigit bibir bawahnya. Takkan nak biar lelaki tu buat CPR pula.

"Ti..."

Airaa segera membuka mulutnya. Dia lebih rela lelaki itu menyuapkannya menggunakan tangan berbanding mulut. Tak pernah dibuat orang benda macam tu.

"Aaaa, kapal terbang nak masuk." Tengku Ayie memperlakukan Airaa seakan-akan budak kecil. Siap dengan tangannya bergerak seperti kapal terbang.

Airaa menahan tawanya daripada meletus. Lelaki itu buat dirinya seperti kanak-kanak. Melihat senyuman lelaki itu, hatinya bertambah tenang. Dia suka melihat senyuman dan layanan lelaki itu. Dia takut untuk kehilangan lelaki itu. Dalam hatinya berharap agar Tengku Ayie tetap bersama sehinggalah maut yang memisahkan.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience