"KITA putus!"
Tengku Ayie tercengang mendengar ayat yang keluar dari mulut gadis yang dia cintai itu. Mulutnya seakan-akan tidak dapat berkata.
"Cukup sampai sini je hubungan kita." Tambah gadis itu lagi.
"Apa yang awak cakap ni? No Ika, saya tak benarkan itu terjadi. Tolong tarik balik kata-kata awak tadi, sayang. Awak tahukan yang saya cintakan awak. Tolong jangan putuskan hubungan kita," rayu Tengku Ayie kepada seorang gadis yang bernama Zalikha.
Sungguh dia menyayangi gadis itu dengan sepenuh hati. Gadis yang telah lama menakluki hatinya, tiba-tiba saja ingin memutuskan hubungan mereka. Siapa yang tak marah?
"Saya minta maaf, Ayie. Saya terpaksa buat semua ni. Papa saya nak kahwinkan saya dengan anak kawan dia. Jadi, lepaskan saya. Awak cari kebahagiaan awak sendiri sebab saya bukan untuk awak."
Zalikha juga tidak mahu perkara tersebut berlaku. Tapi apakan daya, dia harus mengikuti kehendak bapanya.
"Tak boleh! Kita dah janji yang kita akan kahwin. Awak dah lupa ke dengan janji kita tu? You said you loved me, Zalikha."
Tengku Ayie mendekati Zalikha yang sedang memandang ke arah tasik di hadapan mereka. Berdebar degupan jantungnya saat melihat wajah gadis tersebut. Namun hatinya tidak keruan saat mendengar bahawa gadis itu ingin memutuskan hubungan mereka.
Adakah semua ini salahnya? Kalau betul pun salahnya, dia masih boleh meminta maaf.
"Apa kata kita kahwin lari? Kita kahwin dekat Siam, ya. Mesti tak ada yang tahu tentang perkahwinan kita nanti. Saya tahu yang awak masih sayangkan saya, kan. Please, Ika." Tambahnya lagi apabila melihat gadis itu diam membisu. Dia tidak mahu berfikiran negatif dulu.
"Awak cakap apa ni? Walaupun saya masih sayangkan awak, saya tetap takkan pilih untuk malukan papa saya. Saya takkan buat benda terkutuk macam tu. Faham tak?"
Zalikha yang mahu melangkah pergi itu, memusingkan badannya menghadap Tengku Ayie.
"Dan satu lagi, tolong jangan cari saya lagi lepas ni. Hubungan antara awak dan saya cukup sampai di sini saja. Tolong jangan ganggu saya lagi. Sebab awak dah jadi masa silam saya." Dengan tegas dia berkata kepada Tengku Ayie sebelum melangkah ke sebuah kereta berwarna hitam.
Tengku Ayie terus terduduk di atas kerusi panjang. Pemergian gadis itu dipandang dengan mata yang sudah berair. Di mana silapnya dalam mencintai gadis itu? Hina sangatkah cintanya kepada Zalikha?
Dia melihat seorang lelaki yang membuka pintu kereta untuk Zalikha sebelum tersenyum sinis ke arahnya. Dia pasti itulah lelaki itu yang dimaksudkan oleh Zalikha. Lelaki yang bakal menggantikan dirinya dihati Zalikha. Lelaki yang bakal dicintai oleh Zalikha. Dirinya menjadi lemah. Lemah kerana kehilangan gadis yang dicintai.
Dia menjerit di hadapan tasik tersebut tanpa menghiraukan pandangan orang lain terhadap dirinya.
Tasik itulah menjadi tempat pertama dia dan Zalikha bertemu. Tempat di mana dia telah jatuh cinta buat kali pertama dengan seorang gadis yang bernama Atirah Zalikha.
"ZALIKHA!"
"Saya nak awak ingat satu benda. Saya takkan sesekali sayang dan cintakan perempuan lain termasuk diri awak. Ingat tu."Â jeritnya. Baru saja dia mahu melamar Zalikha menjadi isteri, dirinya sudah ditolak. Katakan, hati siapa yang tidak sakit dengan perbuatan itu? Dia datang dengan penuh harapan tetapi sayangnya cuma harapan palsu. Bukan seperti ini yang dia harapkan untuk berlaku.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan bunyi pintu yang kuat menyentakkan lamunan Tengku Ayie sebentar tadi. Dia sudah lama bangun sebelum duduk di kerusi yang menghadap pantai. Sedang dia ralit melihat pemandangan, boleh pula dia teringat dengan kisah tiga tahun yang lalu itu.
"Along, jom kita turun sekarang. Dah pukul berapa ni. Mummy dengan daddy dah tunggu dekat bawah." Tengku Arin mengetuk berkali-kali pintu bilik abangnya. Namun hampa bila tiada sahutan daripada dalam.
Pintu bilik dibuka daripada dalam. Tengku Ayie keluar dengan berpakaian hoodie hitam putih seperti pakaian sukan yang selalu digunakan. Tidak lupa juga cermin mata hitam yang terletak di mata.
"Dah, jom. Nanti kita lambat pula."
"Eh dia yang lambat, adik pula yang disalahkan. Tunggulah dulu, Along." Tengku Arin berlari untuk mendapatkan Tengku Ayie.
**********
AIRAA dan Hanis menyiapkan diri selepas menerima pesanan daripada Encik Aizhar. Mereka mendapatkan Encik Aizhar, Puan Zahra dan Airil. Mereka duduk di bawah pohon besar yang menghalang cahaya matahari.
"Kenapa papa panggil kami datang sini?" tanya Airil sambil mengipas badannya menggunakan kedua-dua belah tangannya. Panas betul cuaca.
"Saja. Nak luangkan masa dengan family. Kata nak bercuti, kan. Takkan nak terperap aje dalam bilik," balas Encik Aizhar dengan senyuman lebar.
Mereka turut tersenyum memandang Encik Aizhar. Peluang hanya di depan mata. Peluang untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Mungkin bila mereka balik ke Kuala Lumpur nanti, mereka akan didatangi dengan kesibukan.
"Mama, Airaa nak pergi ke tandas sekejap?"
Puan Zahra mengangguk tanda mengizinkan anak bongsunya pergi ke tandas.
"Nak akak teman?" pelawa Hanis.
"Tak apalah akak. Airaa boleh pergi sendiri. Lagipun dekat je tempatnya." Airaa tersenyum. Tidak salah abangnya itu memilih calon isteri. Sudahlah cantik, baik lagi.
Airaa berjalan menuju ke tandas yang berdekatan sambil mata memandang telefon di tangan. Dia membalas segala mesej yang dihantar oleh Amira dan diikuti dengan ketawa. Tanpa dia sedari, dirinya telah terlanggar badan seseorang.
"Aduh! Sakitnya." Airaa mengerang kesakitan apabila dia sudah terjatuh ke lantai. Matanya memandang figura seseorang yang berada di hadapannya.
Dup Dap Dup Dap!
Degupan jantung Airaa menjadi laju seperti sedang berlari dalam acara 400 meter. Hampir saja jantungnya mahu tercabut.
"Dia?" gumamnya dalam hati.
"Cik ni dah kenapa langgar orang tiba-tiba? Mata tu letak kat mana, hah? Sayang je tuhan bagi mata tu tapi tak digunakan. Asyik sangat main telefon sampaikan tak pandang depan."
Turun naik dada lelaki itu bila dilanggar oleh Airaa. Dia marah dengan sikap Airaa yang leka bermain telefon sambil berjalan.
'Macam tak boleh berhenti sekejap je perempuan ni,' monolog lelaki itu.
Airaa dengan cepat bangun dan membetulkan dirinya.
"Saya minta maaf awak. Saya tak sengaja tadi. Sorry." Telapak tangannya segera dicantumkan untuk meminta maaf.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Perempuan memang macam ni ke? Buat salah, then minta maaf. Lepas tu buat lagi. Tak sedar diri langsung."
"Saya dah minta maafkan. Saya sedar apa yang saya buat tadi. Tapi ENCIK jangan nak jatuhkan maruah saya. And one more thing, tak semua perempuan sama ya, Encik Hoodie Hitam," ujar Airaa sambil memeluk tubuh. Kening sebelah kanan diangkat.
Tidak tahan untuk berada di situ, lelaki itu segera beredar. Ikutkan hati, mahu saja dia membalas kata-kata gadis itu tetapi disabarkan kerana mereka berada di tempat umum. Malu jika orang lain memandang mereka.
"Dia kata aku tak sedar diri. Asal lelaki tu? Gila ke? Aku dah minta maafkan. Annoying betullah. Nasib baik aku nak pergi tandas kalau tak, aku dah kejar lelaki tu and then belasah dia cukup-cukup. Hish! Geramnya aku," bebel Airaa lalu menuju ke tandas perempuan. Kaki dihentak-hentak.
'Tapi kenapa aku rasa yang aku pernah tengok muka dia eh? Tapi dekat mana? Aduh, kenapalah aku boleh lupa pula. Nanti-nantilah aku ingat balik.'
TBC
Share this novel