"BOLEH tak, hati-hati sikit? Kalau dah tahu tak pandai nak jaga diri tu, duduk rumah je lah. Menyusahkan orang je, baik tak payah ikut datang sini," ujar Tengku Ayie dengan perasaan marah lalu menolak perlahan bahu Airaa.
Marahnya bukan disebabkan perlakuan Airaa, jauh sekali membencinya. Marahnya tanda dia sayangkan gadis itu. Dia takut jika terjadi apa-apa kepada gadis itu.
Tengku Ayie berdiri sebelum menepuk seluarnya berkali-kali. Pandangan orang di sekelilingnya juga dihiraukan. Mahu tercabut jantungnya ketika melihat sebuah kereta yang dipandu dengan kelajuan yang tinggi itu. Nasib baik dia sempat menarik Airaa ke pinggir jalan.
"Saya minta maaf, awak. Saya..."
"Maaf, maaf, maaf! Awak ingat kalau awak kena langgar tadi, saya tak risau? Tolonglah jaga keselamatan diri tu sikit. Macam mana kalau kita dah be... bercerai nanti?"
Tengku Ayie mengetap bibirnya dengan rapat apabila perkataan cerai keluar dari mulutnya. Sedangkan bukan itu yang dia mahu ucapkan.
Amira yang mendengarkan itu terus memandang Tengku Iskandar. Dia meminta penjelasan daripada tunangnya. Tengku Iskandar pula hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu dan tidak mahu masuk campur.
Air mata Airaa mengalir. Siapa saja yang mahukan perpisahan? Dia tidak menyangka Tengku Ayie akan berkata seperti itu. Mungkin lelaki itu sudah bersedia untuk melepaskan dirinya.
"Aw... awak..."
"Dah jom balik."
Tengku Ayie menuju ke tempat letak kereta. Dia meninggalkan Airaa yang terduduk di tepi jalan raya. Dia sudah tidak ada mood untuk bermain badminton.
Air mata Airaa mengalir laju di pipi. Lelaki itu pergi tanpa mendengar penjelasan daripada dirinya. Sebenarnya, dia mahu mengambil bola budak lelaki itu yang berada di tengah jalan. Dia juga sudah memastikan ketika dia sedang melintas, tiada sebarang kereta pun yang lalu.
Amira segera memeluk seraya mengusap belakang badan Airaa. Dia mahu menenangkan emosi Airaa saat itu. Tidak pernah dia melihat Airaa menangis seperti itu.
"Salah aku ke, Amira? Sebab tak dapat nak jaga diri aku. Betul ke dia nak ceraikan aku? Kau tahukan yang dia cinta pertama aku. Aku nak berjauhan sekejap pun dengan dia dah tak tahan. Macam mana nak berjauhan dengan dia untuk selama-lamanya? Aku sayangkan dia, cintakan dia, Amira."
Airaa menangis dalam pelukan Amira. Sakit di kakinya diendahkan. Kakinya sakit akibat terseliuh semasa Tengku Ayie menarik tangannya tadi.
"Dah, kau tak salah pun, Airaa. Kau kan pandai jaga diri. Dan ya, aku boleh nampak macam mana cinta dan sayangnya kau dekat dia. Aku nampak daripada mata kau dan aku faham perasaan kau."
Amira memejam mata sambil mengeratkan lagi pelukan tersebut. Ya Allah, sakit sangat bila dia mendengar tangisan Airaa. Tangisan yang disebabkan oleh seorang lelaki.
"Tapi kenapa dia tak nampak yang aku cinta dan sayangkan dia? Besar sangat ke dosa Zalikha dekat dia sampaikan aku yang kena hadap semua ni? Aku dah tak tahu nak buat macam mana dah sekarang."
"Kau dah cakap dekat dia yang kau sayang dan cintakan dia? Ada?"
Airaa hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu dikatakan seperti perigi mencari timba. Dia mahu lelaki itu yang dahulu mengungkapkan kata cinta. Namun menunggu lelaki itu mengungkapkan kata cinta mungkin terlalu lama.
Tengku Iskandar masih setia berdiri di situ. Dia mendengar semua apa yang Airaa katakan. Dia merasakan mungkin ada sedikit salah faham antara Airaa dan Tengku Ayie. Namun mereka mempertahankan ego masing-masing.
Amira membantu Airaa untuk bangun. Walaupun sakit, Airaa tetap berusaha supaya bangun.
"Dah, jangan menangis lagi. Aku tahu kau kuat. Aku doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kau untuk dapatkan cinta dia. Percayalah, semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Allah dah rancang jalan cerita cinta kau orang. Sabar ya."
Lengan Airaa diusap-usap. Bagi dia, Airaa adalah gadis yang kuat dan tabah. Buktinya, Airaa masih bertahan dengan sikap Tengku Ayie walaupun banyak kali diendahkan oleh lelaki itu. Kalau terjadi dekat dia, mungkin baru sebulan mereka berkahwin, sudah mahu bercerai.
"Terima kasih sebab kau dah banyak bantu aku. Bagi aku kata-kata semangat. Tak pernah jemu dengan aku. Terima kasih, Amira." Laju tubuh Amira dipeluknya selepas menyeka air matanya.
Pelukan dibalas.
"Aku dah anggap kau macam adik-beradik aku sendiri, Airaa. Dah jom, nanti suami kau marah lagi."
Airaa hanya mengangguk sebelum berjalan dengan perlahan-lahan menuju ke tempat letak kereta. Kakinya terhinjut-hinjut menahan kesakitan.
**********
SEMINGGU kemudian...
Tengku Akimi meletakkan telefon bimbitnya pada telinga kiri ketika ingin keluar dari restoran itu.
"Dah. Aku dah letak pun dekat atas meja tu. Kau tengoklah elok-elok. Takut kau terlepas pandang pula nanti. Kalau kau dah jumpa fail tu, letak je dalam bilik aku." Tangannya kanan menolak pintu kaca itu keluar. Masa nak jumpa klienlah, fail boleh pula tertinggal dekat pejabat.
"Okey."
Telefon disimpan ke dalam kocek seluarnya. Tanpa memandang hadapan, dia terlanggar seorang wanita yang sedang memimpin tangan seorang budak lelaki.
"Maafkan saya, puan," ucap Tengku Akimi seraya menolong wanita itu untuk bangun. Disebabkan dia yang tergesa-gesa, wanita itu terlanggar.
"Puan tak apa..."
Tengku Akimi mengamati wajah wanita itu. Bermula dari atas hingga ke bawah. Persis seperti seseorang yang dia kenal. Jantungnya berdengup dengan kencang.
'Ya Allah, betul ke?' desis hatinya. Matanya jatuh memandang ke arah seorang budak lelaki.
"I... I... Irah, isteri abang. Zahirah kan?" tanya Tengku Akimi dengan gugup. Matanya memandang semula wanita itu.
Perasaan yang sukar dia gambarkan ketika itu. Benarkah wanita yang berada di hadapannya ini adalah wanita yang dia rindukan? Wanita yang selalu bertandang ke mimpinya. Jika benar, syukur alhamdulillah.
"Abang, suami Irah. Tengku Akimi?"
Wanita itu bertanyakan soalan kepada Tengku Akimi. Tanpa dia sedari, matanya sudah dipenuhi dengan air mata sebelum mengalir ke pipi.
"Ya Allah!"
Tubuh wanita yang bernama Zahirah itu ditarik sebelum dibawa ke pelukannya. Tepi kepala wanita itu dicium dengan mata yang dipejam. Akhirnya, isterinya yang dia cari selama ini telah dijumpai. Alhamdulillah, Allah SWT telah mendengar doanya. Syukur, ya Allah.
"Abang pergi mana selama ni? Irah rindu dekat abang."
"Abang pergi cari sayanglah. Merata tempat abang cari tapi tak jumpa. Sayang jangan risau, lepas ni abang takkan tinggalkan sayang," kata Tengku Akimi. Dia meleraikan pelukan lalu mengusap air mata yang mengalir di pipi isterinya.
Dia terpandang budak lelaki yang berdiri di samping isterinya. Senyuman lebar terlukis di bibirnya. Tengku Akimi menyamakan kedudukannya dengan budak lelaki itu.
Dia melihat dengan teliti. Wajah yang sama dengan wajahnya.
"Ini anak abang, kan?" Tengku Akimi mendongak memandang Zahirah.
Zahirah hanya mengangguk. Air mata disekat menggunakan hujung tudungnya.
"Ya, anak abang."
Tengku Akimi memeluk tubuh kecil itu. Dia meninggalkan anaknya sewaktu berumur dua tahun. Tatkala dia sudah menjumpai, anaknya itu berumur lima tahun.
"Apa khabar, anak ayah? Dah besar dah anak ayah ni. Makin kacak macam ayah dia."
Tangan naik mengusap-usap rambut Akmal. Rindu betul dia pada anaknya itu. Setiap hari dia berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi isteri dan anaknya daripada sebarang musibah.
Akmal mendongakkan kepala untuk memandang Zahirah dengan kerutan di dahi.
Zahirah mengangguk sebelum menyamakan kedudukannya dengan Akmal. Pipi Akmal dipegang.
"Ni ayah Akmal. Ayah yang Akmal cari. Akmal kata nak tengok ayah, kan? Ni ayah dah ada. Ayah dah balik sayang."
"Betul ke ni ayah Akmal? Ayah dah balik?" tanya Akmal dengan teruja. Dapat dia lihat air mata yang mengalir di pipi ayahnya.
Tengku Akimi membalasnya dengan anggukan. Semua yang berada difikirkannya kini telah lenyap kecuali isteri dan anak lelakinya itu. Baginya, keluarga amat penting jika hendak dibandingkan dengan harta benda yang duniawi kerana keluarga adalah segala-galanya.
"Kenapa ayah tinggalkan Akmal? Ayah tahu tak yang Akmal rindu sangat dekat ayah. Hari tu masa dekat sekolah, kawan-kawan ejek Akmal. Dia orang kata yang ayah Akmal dah mati. Tapi Akmal tak percaya. Akmal percaya yang ayah masih hidup," aduh Akmal kepada ayahnya.
Tengku Akimi yang mendengar itu hanya memandang dengan perasaan yang bersalah. Kadang dia terfikir, kenapalah Allah menguji dia dengan ujian yang berat seperti ini? Tapi sekarang, baru dia faham yang semua benda yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT.
"Maafkan ayah sebab tinggalkan Akmal dulu. Ayah pun rindu dekat Akmal juga."
Tengku Akimi berdiri sambil tangannya rajin mengusap-usap rambut anaknya. Matanya beralih memandang isterinya.
"Cari apa?"
Zahirah terus melihat ke arah Tengku Akimi. Senyuman lebar diberikan.
"Abang buat apa dekat sini? Abang kerja ke?"
"Ya tapi bila nampak sayang dengan Akmal, abang terus malas nak buat bekerja. Apa kata hari ni abang ambil cuti. Lepas tu, kita jalan-jalan? Akmal nak tak?" Pantas tubuh Akmal diangkat.
"Wah, Akmal nak! Nak beli mainan!"
"Eh, tak boleh," pintas Zahirah.
"Kenapa pula?" tanya Tengku Akimi dengan kening dijongketkan. Berasa pelik dengan isterinya yang berkata tidak boleh itu.
"Abang kan kerja. Mana boleh ponteng. Nanti apa kata bos abang?"
Tengku Akimi melepaskan tawanya.
"Abang mana ada bos. Abang lah bos tu. Dah sekarang ni kita pergi jalan-jalan. Tak ada bantahan. Dengar cakap suami." Tengku Akimi menggunakan kuasa vetonya. Hanya itu saja cara yang ada.
"Baiklah, abangku sayang."
Tengku Akimi menarik tangan Zahirah lalu menggenggamnya dengan erat. Tangan yang dia sudah lama tidak genggam. Mereka bertiga menuju ke satu pusat membeli-belah yang berdekatan.
TBC
Share this novel