TENGKU AYIE mengusap wajahnya sambil badan disandarkan pada tempat duduk pemandu. Setelah penat menempuh kesesakan jalan raya, akhirnya sampai juga mereka ke tempat yang dituju. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang.
Dia mengerling ke kiri. Wajah Airaa yang sedang tidur ditatap. Tiba-tiba dia tersenyum lebar. Kepala digelengkan seraya tangan diletakkan ke dada. Dia menghembuskan nafas dengan perlahan. Allahu-Akbar.
Dia merasakan degupan jantungnya yang begitu laju. Mungkin degupan itu memberi tindak balas tentang apa yang dia lihat. Jika dulu, degupan itu disebabkan oleh si 'dia' tetapi kini tidak lagi. Kerana seseorang telah menggantikan tempat si 'dia'.
Tidak salahkan untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk bahagia. Semua orang berhak untuk bahagia.
Tengku Ayie membuka tali pinggang keledarnya sebelum menghampiri Airaa. Nyenyak betul gadis itu tidur.
"Airaa, bangun. Kita dah sampai ni," kata Tengku Ayie dengan perlahan. Kalau tidak dikejutkan, lagi lamalah gadis itu akan tidur. Nasib baiklah mereka sudah solat Asar tadi.
"Hmmm." Airaa mencelikkan matanya sebelum meregang-regangkan badannya. Mulutnya ditutup apabila dia merasakan mahu menguap.
"Kita dah sampai ke?"
"Ya, kita dah sampai, sayang." Perkataan sayang diperlahankan. Tidak berani untuk mengungkapkannya kepada gadis itu. Namun dalam masa yang sama dia malu. Bagaimana kalau Airaa terdengar perkataan sayang itu?
Airaa hanya mengangguk. Dia melihat sekeliling sebelum memandang semula suaminya.
"Kita dekat mana ni?"
"Dekat JB," ujar Tengku Ayie selepas dia melihat sekeliling. Kelihatan dua buah kereta yang terletak di hadapan rumah kayu itu. Kereta milik Tengku Mustafa dan Tengku Akimi.
"Ni ke rumah nenda awak? Sunyi je."
"Ya, rumah nenda. Kejap lagi bisinglah tu sebab budak-budak selalu main dekat sini. Dah, jom kita masuk."
Tengku Ayie tidak membuka pintu tetapi dia menghampiri tempat duduk Airaa. Manakala Airaa memandangnya dengan pandangan pelik. Tali pinggang keledar dipegang dengan kedua belah tangan dan badannya disandarkan. Dilihat lelaki itu semakin mendekat.
"A... awak buat apa ni?" tanya Airaa dengan gagap apabila Tengku Ayie berada betul-betul di hadapannya. Bibir diketap rapat. Bau minyak wangi yang dipakai oleh lelaki itu dapat dia hidu. Matanya dilarikan ke tempat lain.
Idea nakal menjengah di fikiran Tengku Ayie. Mahu melihat bagaimana reaksi gadis itu bila dia melakukan sesuatu. Wajah gadis itu dipandang. Kemudian, dia tersenyum nakal sambil melirik badan isterinya dari atas hingga ke bawah.
Tangan kanannya diletakkan pada cermin kereta manakala tangan kiri pula diletakkan pada belakang tempat duduk Airaa. Gadis itu sudah dikepung olehnya. Perlahan-lahan dia mendekatkan separuh badannya dengan mata yang dipejam.
Airaa terkebil-kebil melihat tingkah suaminya. Dia tidak boleh lari lagi disebabkan dirinya sudah dikepung. Melihat lelaki itu tiba-tiba mendekat dengan mata yang terpejam, dia hanya pasrah. Matanya juga turut dipejam. Apa nak jadi, jadilah.
Bila keadaan menjadi sunyi, Tengku Ayie membuka sebelah matanya. Wajah Airaa dengan mata yang terpejam menyapa pandangan matanya. Senyuman terlakar di bibir. Nampak gadis pasrah dengan apa yang dia mahu lakukan.
"Ehem." Dia berdeham dengan perlahan. Cukup membuatkan mata gadis itu terbuka.
Serta-merta Airaa membuka matanya. Lelaki itu masih sama dengan posisinya. Pipinya sedikit membahang.
'Aduh, Airaa! Kenapa dengan kau ni? Tak pasal-pasal kau yang dapat malu. Kau ingat dia nak cium kau dekat sini ke?' bebel Airaa dalam hati. Mungkin lelaki itu akan mentertawakan dirinya.
Sekali lagi Tengku Ayie mendekati Airaa lalu membisikkan sesuatu di telinga kanan isterinya.
"Nenda kata hati-hati bila dekat kawasan sini. Nanti jatuh."
"Nanti jatuh?" Pelik. Nak jatuh dekat mana pula? Bukannya ada lubang dekat kawasan rumah tu. Matanya kembali melihat Tengku Ayie selepas memandang sekeliling kawasan rumah tersebut.
"Ya, nanti jatuh cinta dekat saya," ucap Tengku Ayie dengan mengeyitkan mata lalu tersenyum.
Selepas itu, tangan kirinya membuka tali pinggang keledar yang dipakai oleh Airaa manakala tangan kanan membuka pintu.
Airaa menahan diri daripada tersenyum. Dia memandang jarinya yang bermain antara satu sama lain. Ya Allah, malunya dia. Kenapalah Tengku Ayie sweet sangat?
'Patutlah gula dekat rumah mama dah habis, rupanya dia yang ambil. Tak payah kata nanti, sekarang pun dah jatuh cinta.'
Tengku Ayie terus membuka pintu lalu bergerak menuju ke bonet kereta. Dia menggaru keningnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
"Aduh, apa aku nak ambil tadi, eh?" Dia berjalan ke kiri sebelum berjalan ke kanan pula.
"Eh, aku nak ambil beglah tadi. Macam mana aku boleh lupa?" katanya pada diri sendiri.
Tanpa membuang masa, dia membuka bonet kereta miliknya. Kereta BMW X6 M. Beg bagasi dikeluarkan. Dia menuju ke rumah kayu tersebut.
Airaa mengikuti Tengku Ayie dari belakang. Perasaan malu masih ada. Apalagi bila berdepan dengan lelaki itu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, cucu aku!"
**********
HANIS mengikuti Airil dari belakang ketika mereka ingin masuk ke dalam rumah. Dia menggenggam tangan suaminya. Kelihatan rumah itu sunyi sehingga menimbulkan persoalan di fikiran Hanis.
"Sunyi je. Mana semua orang?" tanya Hanis seraya memandang sekeliling.
"Papa ada dekat pejabat. Adik balik kampung dengan suami dia. Mama pula biasanya ada dekat dapur. Sebab itulah rumah sunyi je." Airil memberikan senyuman lebar kepada Hanis. Dia meneruskan langkahnya. Tangan kiri memegang beg bagasi manakala tangan kanan menggenggam tangan isterinya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Kelihatan figura Puan Zahra yang datang dari dapur. Dia mengelap tangannya pada sehelai kain.
"Mama."
Airil menyalam tangan mamanya sebelum duduk di sofa. Dia memberikan ruang untuk Puan Zahra dengan Hanis.
"Wah, datang dah pengantin baru ni." Pipi dilagakan dengan pipi menantunya. Dia menarik tangan Hanis untuk duduk bersamanya.
"Nak tidur sini atau tidur rumah sana malam ni?" soal Puan Zahra sambil mata memandang Airil dan Hanis. Gembira bila anaknya sulungnya itu sudah berkahwin.
Hanis terus memandang ke arah suaminya. Dia ikutkan saja apa yang Airil katakan memandangkan lelaki itu suaminya.
"Tidur dekat sinilah, ma. Esok baru kami tidur dekat rumah sana. Kesian pula tinggalkan mama dengan papa. Kalau ada adik, tak apalah juga."
"Yalah. Nanti tak sunyilah rumah ni. Airil bawalah Hanis naik atas. Berehat dalam bilik. Mama nak ke dapur dulu. Nak mengemas apa yang patut." Puan Zahra bangun dari duduknya untuk melangkah ke dapur. Namun belum sempat dia melangkah, Hanis menawarkan diri.
"Mama, nak Hanis tolong? Boleh ringankan sikit kerja mama."
Puan Zahra hanya menggeleng tanda dia tidak mahu dibantu. Bukan sombong tapi dia tahu menantunya itu masih penat. Biarlah Hanis berehat dulu.
"Tak apalah, Hanis mesti penat, kan. Pergilah rehatkan badan dulu. Kalau nak tolong juga, nanti malam Hanis tolong mama, ya." Lembut saja Puan Zahra menolak tawaran daripada Hanis. Kakinya melangkah pergi.
"Dah jomlah naik atas." Beg bagasi yang berwarna biru muda ditarik naik ke atas.
Hanis terpesona dengan bilik suaminya sendiri. Tampak bersih, kemas dan cantik. Airil memang mementingkan kebersihan. Semua yang berada dalam bilik itu berwarna putih kecuali katil yang berwarna kelabu. Televisyen juga ada dalam bilik tersebut. Semuanya lengkap.
Dia menghampiri meja kerja lelaki itu. Tersusun rapi fail-fail kerja di atas meja. Dia melihat ada satu gambar yang terletak elok di tengah-tengah meja tersebut. Gambar itu diperhati. Gambar suaminya dan adik iparnya, Airaa.
"Saya nak mandi. Nanti awak kemaskan baju saya, lepas itu masukkan dalam beg. Beg ada dalam almari."
Airil mengambil tualanya. Sebelum dia masuk ke dalam tandas, sempat lagi dia mengusik isterinya.
"Sayang tak nak ikut abang mandi sekali ke? Abang buat tawaran ni. Tawaran hanya dibuka sekali je kalau tak, melepaslah." usik Airil dengan mata yang dikelipkan.
Perkataan saya dan awak digantikan. Lagipun, tidak salah dia mahu mengusik isterinya memandangkan mereka sudah halal.
Hanis menekup wajahnya dengan kedua belah tangan. Terasa pipinya sedikit membahang. Airil yang masih berdiri di hadapan bilik air itu dipandang. Tak tahu malu betul.
"Gatal! Saya tak nak mandi dengan awak."
"Haih, nak mandi dengan isteri sendiri pun tak boleh. Nampaknya kena tambah seorang lagilah ni."
Membuntang mata Hanis tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.
"Amboi-amboi, ada hati nak tambah seorang lagi," ujar Hanis. Dia bercekak pinggang sambil menghampiri suaminya. Semalam baru kahwin, dah ada hati nak tambah satu lagi. Bahaya betul lelaki macam ni. Dasar buaya!
Pintu bilik air dibuka sebelum membawa dirinya masuk ke dalam. Gelak ketawa Airil bergema di dalam bilik air tersebut. Seronok dapat mengusik isterinya. Merah padam wajah Hanis menahan marah.
"Senangnya dalam hati kalau beristeri dua. Oh, seperti dunia, ana yang punya," nyanyi Airil untuk menambahkan kemarahan Hanis yang berada di luar bilik air.
Hanis mengetuk pintu itu bertalu-talu. Dia meminta lelaki itu untuk membuka pintu. Suaminya memang sengaja menaikkan kemarahannya. Dulu masa mereka bertunang, bukan main lagi lelaki itu serius tapi bila dah kahwin, berubah terus perangai.
Setelah lama dia mengetuk, tiada tanda-tanda pintu itu mahu dibuka. Kedengaran pancuran air dari dalam. Malas mahu menunggu, Hanis melangkah ke almari lalu beg bagasi dicari. Lebih baik dia mengemas baju sebelum turun ke bawah untuk membantu mak mentuanya.
TBC
Share this novel