Bab 50

Romance Series 15713

"OH, patutlah kau beria tadi belanja aku shopping konon. Rupanya ada udang di sebalik batu."

Airaa berdiri seraya tangan kiri mengurut bahu manakala tangan kanannya memegang telefon. Selepas majlis tadi, dia mengemas rumah. Bukan seorang diri tapi dengan suaminya.

"Eh, kau jangan salah aku. Salahkan suami kau tu. Dia yang rasuah aku tadi, tau," balas Amira.

Airaa tergelak perlahan. Boleh pula suaminya merasuah kawan baiknya. Dia tidak terfikir yang Tengku Ayie akan buat kejutan untuk dirinya.

"Orang dah kena rasuah, manalah nak bagitahu, kan."

"Siapa yang kena rasuah?"

Airaa terkejut mendengar suara garau itu.

"Awak ni, terkejut sa... Argh! Kenapa awak pakai tuala je ni? Mana baju awak?"

Airaa menghadap ke hadapan semula sambil mata terpejam. Niatnya mahu memarahi Tengku Ayie kerana mengejutkannya. Tapi kenapa lain pula jadinya.

Tengku Ayie melihat dirinya. Dia baru saja habis mandi. Air di tubuhnya masih belum kering. Dia cuma mahu mengusik isterinya yang tercinta.

"Saya pakai tuala je kan. Bukan tak pakai langsung. Badan saya belum kering."

Tengku Ayie meletakkan kedua belah tangannya di besi balkoni. Perbuatannya membuatkan Airaa terperangkap di tengah-tengah.

"Siapa yang awak call tu?" tanya Tengku Ayie. Dia tersenyum lebar melihat Airaa yang sudah menunduk wajahnya. Malulah tu.

"Amira," jawab Airaa perlahan dengan posisinya yang tidak berubah. Dia malu melihat suaminya yang hanya memakai tuala paras pinggang. Tak boleh ke keringkan badan dekat dalam?

Tengku Ayie sekadar mengangguk.

Airaa membuka matanya sebelum mengerling ke belakang. Nampaknya lelaki itu masih belum beredar. Tidak sejukkah lelaki itu tanpa memakai baju? Dia yang berdiri dari tadi pun dah rasa sejuk.

"Ergh... awak masuklah dulu, sejuk dekat luar ni. Saya nak cakap dengan Amira kejap," pinta Airaa tanpa memandang wajah suaminya.

"Tak apa cakap je. Lagipun bukannya sejuk sangat. Saya takkan ganggu awak," kata Tengku Ayie.

Tangannya mengemaskan rambut Airaa yang sedikit kusut ditiup angin. Tipulah kalau dia tidak rasa sejuk. Ikutkan hati mahu saja dia masuk ke dalam namun dia mahu mendengar perbualan Airaa dengan Amira itu.

Airaa memutar bebola mata. Kata takkan ganggu tapi tangan bergerak. Suka hatilah.

"Hello, Amira?"

Tiada balasan.

Airaa melihat skrin telefonnya, rupanya Amira sudah memutuskan talian mereka. Dia menghela nafas panjang. Mungkin Amira sudah terdengar perbualannya dengan Tengku Ayie tadi.

"Itulah, awak jerit kuat sangat sampai Amira pun boleh dengar. Dia dah salah fahamlah tu. Nasib baik jiran tidak dengar."

Airaa hanya mengangguk. Salahnya juga sebab jerit terlalu kuat namun kuatnya tidak sampai ke rumah jiran sebelah.

"Dah, jangan pergi mana-mana. Saya nak masuk dalam dulu."

"Awak nak buat apa?" soal Airaa dengan kening dikerutkan. Dia masih tidak menoleh ke belakang.

Tengku Ayie ketawa perlahan. Adoi, isteri dia ni, nak kata naif pun tak juga. Dia mencuit bahu Airaa dengan perlahan.

Airaa pantas menoleh sebelum dia menutup mata menggunakan kedua belah tangannya.

"Oh, okey-okey. Awak masuklah dulu. Saya tunggu dekat sini."

"Betul ni? Kalau nak ikut juga, jomlah," pelawa Tengku Ayie dengan sengihan di bibir. Dia masuk ke dalam selepas melihat Airaa yang mengangguk dengan laju.

Airaa mengintai di celah-celah tangannya. Risau jika lelaki itu masih berada di hadapannya. Buat malu saja. Baru saja dia mahu bertanya dengan Amira, tapi gadis itu sudah memutuskan talian. Dan sekarang dia bosan. Dia menunduk kepala memandang tangannya yang bermain antara satu sama lain.

Terdengar bunyi tapak kaki yang sedang menghampiri dirinya. Airaa segera mendongak. Terlihat Tengku Ayie sedang melurutkan rambutnya yang masih basah dengan jarinya.

"Fikir pasal apa tadi?"

Airaa menggeleng sebelum memusing badan menghadap pemandangan dari balkoni bilik mereka. Sedar tak sedar perkahwinan mereka hampir masuk tujuh bulan.

Airaa terkejut melihat seutas rantai yang berada hadapan matanya. Dia memerhati rantai itu. Rantai tersebut berwarna silver dan ada buah rantai sekali.

A

"A untuk Airaa dan Ayie," jelas Tengku Ayie walaupun dia yakin yang isterinya tahu mengenai itu. Sengaja dia memilih huruf berbanding dengan corak yang lain.

"Awak beli? Cantiknya," puji Airaa apabila rantai tersebut sudah berada di tangannya. Pandai suaminya memilih.

"Ya, masa awak dengan Amira keluar. Saya minta maaf sebab keluar dengan Aqilah tengah hari tadi. Saya harap awak tak buang rantai tu."

Airaa mengangkat kening. Kenapa pula dia nak buang? Kalau dia buang, maksud dia tidak menghargai pemberian daripada suaminya.

"Sebab mesti awak fikir yang rantai tu Aqilah yang pilih, kan," tutur Tengku Ayie seraya menggenggam tangan Airaa. Dia takut kalau isterinya berfikiran seperti itu.

Airaa menggelengkan kepala.

"Tak. Saya percaya yang rantai ni awak yang pilih. Awak ada sebab kenapa awak pilih huruf A."

'Walaupun hati saya sedikit terkilan sebab awak keluar dengan dia. Tak apa, saya percaya yang awak takkan curang belakang saya. Selagi tak ada bukti, selagi tu saya percayakan awak.' Sambung Airaa dalam hati.

Hatinya sedikit sedih melihat kemesraan Tengku Ayie dengan Aqilah. Dia mahu rapat dengan lelaki itu pun mengambil masa yang lama. Tapi Aqilah, mungkin beberapa hari ataupun minggu.

Tengku Ayie berdiri di belakang Airaa. Rantai tersebut diambil. Rambut yang tidak terikat itu diselak ke tepi sebelum dia memasang rantai tersebut.

Airaa tersenyum lalu tangan naik mengusap rantai tersebut. Dia akan jaga dengan sebaik mungkin rantai itu seperti mana dia menjaga hubungan mereka suami isteri.

Tengku Ayie mengucup lama tepi kepala Airaa. Kasih dan sayangnya pada gadis itu tidak terhitung jumlahnya. Dia tidak sanggup berpisah kerana dia sangat perlukan Airaa untuk menceriakan hidupnya. Andai satu hari gadis itu minta dilepaskan, dia akan buat apa saja agar gadis itu kembali bersama dengan dia.

"Jangan buka rantai ni, sayang. Apa pun yang berlaku biar je sayang pakai rantai ni. Boleh?" tanya Tengku Ayie selepas memeluk isterinya dari belakang.

Airaa sekadar mengangguk.

Mereka mula mendiamkan diri. Menikmati pemandangan bulan yang terang bersama dengan bintang yang menghiasi dada langit. Sungguh indah pemandangan itu bila dinikmati bersama orang yang tersayang.

Airaa mengusap tangan Tengku Ayie. Dia harus membiasakan dirinya dengan keadaan sebegini. Dia perlu mengawal sifat malu agar dia selesa dengan suaminya sendiri. Mungkin sifat malunya itu boleh membuatkan hubungan mereka menjadi jauh.

"Oh ya, awak belum tanya saya lagi. Semalam cuma saya je yang tanya awak. Awak bagilah pula soalan dekat saya."

Airaa menoleh sedikit ke belakang. Manalah tahu suaminya itu tertidur ke?

Tengku Ayie ketawa perlahan. Dia ingatkan gadis itu sudah lupa tentang soal jawab mereka. Nasib baiklah dia sudah memikirkan soalan untuk isterinya.

"Ya, saya ingat. Okey, first soalan saya ialah..."

Tengku Ayie berdeham perlahan. Dia memperbetulkan posisi mereka. Dagu diletakkan di bahu Airaa.

"Andai terjadi sesuatu pada rumah tangga kita, awak pilih untuk tetap atau pergi?"

Tengku Ayie melihat Airaa yang sedang meleraikan pelukan tersebut. Gadis berpusing menghadap dirinya lalu pipinya dipegang.

"Saya akan tetap dengan awak sebab saya percaya yang itu adalah ujian buat kita. Allah SWT nak uji sejauh mana hubungan kita. Kalau saya pergi pun, masalah takkan selesai," balas Airaa sambil tangan mengusap pipi Tengku Ayie. Benar. Sejauh mana pun dia pergi, status tetap sama. Seorang isteri.

Tengku Ayie mengangguk faham. Dia percaya Airaa tidak akan tinggalkan dia. Dia memusing Airaa semula sebelum memeluknya lagi dari belakang.

"Soalan kedua?"

"Okey, soalan dua dan tiga saya nak tukarkan kepada permintaan, boleh?"

Airaa sekadar mengangguk. Dia ikutkan saja apa yang lelaki itu mahukan. Dia harus patuh dengan perintah suaminya.

"Boleh tak kita tukar panggilan? Ya, macam suami isteri yang dekat luar tu," pinta Tengku Ayie. Dagunya diletakkan di bahu isterinya. Dia pun mahu juga seperti pasangan suami isteri di luar sana. Yang panggilan dia orang sweet-sweet je.

Airaa ketawa perlahan. Apalah suaminya makan tadi sampaikan boleh jadi macam ni.

"Awak nak saya panggil apa? Anje, darling, hubby, bie, ataupun habib? Pilih."

Tengku Ayie tersenyum lebar. Dia ingatkan Airaa tidak mahu, rupanya wanita itu juga menginginkan. Siap bagi cadangan lagi.

"Tak nak nama-nama macam tu. Panggil abang je. Okey, sayang?"

Airaa mengangguk sekali lagi. Dia malu mahu memanggil lelaki itu 'abang'. Kalau dengan Airil bolehlah sebab abang kandung dia.

"Cakaplah cepat," desak Tengku Ayie. Mahu betul dia mendengar Airaa memanggilnya 'abang'.

Airaa menggaru belakang keningnya.

"Okey, a... a.... abang."

Tengku Ayie tersengih. Tak apa, awal-awal memang macam tu. Kalau Airaa berlatih hari-hari, mungkin boleh lancar.

"Dahlah, apa pula permintaan ketiga?" Airaa cuba melarikan topik mereka. Pipinya sudah berubah menjadi warna merah. Panggilan je pun.

Tengku Ayie mengetatkan pelukan tersebut. Dalam hati berharap permintaannya tidak akan ditolak. Tapi kalau kena tolak macam mana?

"I want you..."

Cup!

Bahu Airaa dicium perlahan.

"To be mine..."

Cup!

"Tonight."

Cup!

Airaa memejamkan matanya. Dia faham akan maksud lelaki itu. Tapi dirinya malu.

"Ergh... awak. Ada orang call saya. Saya masuk dulu, ya."

Airaa meleraikan pelukan tersebut. Seram sejuk dirinya apabila Tengku Ayie berkata seperti itu.

"Sayang..." panggil Tengku Ayie dengan meleret. Dia mengikuti langkah isterinya. Malu-malu pula gadis itu. Dia menutup pintu balkoni itu.

********

KEDENGARAN bunyi rancak yang dimainkan di dalam club tersebut. Ramai pemuda serta pemudi yang rancak menari tanpa menjaga batas mereka.

Aqilah duduk di sebuah bangku seraya minuman keras itu diteguk sehingga habis. Fikirannya menjadi celaru.

'Aku perlu teruskan plan aku. Aku nak tengok dia orang hidup menderita. Aku nak tengok dia orang mati depan aku,' bisik Aqilah dalam hati. Mengingatkan dua sejoli itu membuatkan dia panas hati.

"Bulan depan buat macam yang aku suruh. Aku nak plan tu sebelum plan yang satu lagi. Kau faham tak?" arahnya pada seorang lelaki yang bertubuh tegap. Lelaki tersebut orang upahannya.

"Beres bos. Tapi aku nak, bulan depan dua kali ganda dari sebelum ni. Boleh, bos?"

Aqilah menghentakkan gelasnya di meja kaca. Kuat bunyi namun masih belum cukup untuk melawan bunyi yang dipasang dalam club tersebut.

"Hey, kau ingat mak bapa aku ni cop duit ke? Hari tu aku ada bagi kau duit. Sekarang ni kau nak duit lagi? Tunjukkan dulu kerja kau yang dah selesai tu, baru aku bagi. Selagi tak selesai, selagi tulah aku tak bagi kau duit. Faham?"

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala dengan perlahan. Apa boleh buat bila dah kerja dengan bos yang kedekut. Dia terus beredar dari situ.

Aqilah meneguk semula minuman keras tersebut. Dia mahu menenangkan fikirannya yang kusut itu. Sudah satu jam dia berada di club itu. Minuman keras itu pula sudah tiga botol dia dihabiskan.

Dia berdiri lalu menari mengikut rentak lagu tersebut. Matanya dipejam rapat dengan sengihan di bibir.

"Hey you, seorang je?" soal seorang lelaki yang tinggi lampai.

Aqilah berhenti lalu lelaki itu dihampiri dengan senyuman yang menggoda.

"Hey, you boleh tolong I tak," pintanya.

"You nak I tolong apa?" Lelaki itu merapatkan telinganya ke mulut Aqilah. Dia tidak dengar dengan jelas suara gadis itu.

Baru saja Aqilah mahu membalas, ada satu suara yang menghalangnya. Dia melihat seorang gadis yang berpakain seperti dia juga. Terdedah sana sini.

"Kau memang perempuan yang tak sedar diri, kan Aqilah. Asyik nak menghabiskan duit daddy aku je. Kalau aku tahu, aku dah suruh daddy aku untuk halau kau dari rumah."

Aqilah tersenyum sinis. Diana, kawan rapatnya atau lebih dikenali sebagai anak tirinya. Dia memandang gadis itu dari atas sehingga ke bawah.

"Dah tu, kenapa tak suruh je? Ke sebab daddy kau dah tak dengar cakap kau dah? Daddy kau tu gilakan aku. Dia sayang aku je, kan anak mummy," kata Aqilah lalu menepuk perlahan pipi milik Diana.

Dia pun tidak inginlah untuk tinggal serumah dengan anak-anak tirinya. Layanan mereka kepada dia tidak sama seperti Dato Darwin melayannya.
Dia berkahwin pun sebab duit je. Nak bercinta dengan orang tua tu? Memang taklah.

Diana menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Ikutkan hatinya yang panas itu, mahu saja dia layangkan penumbuk. Namun daddynya sudah berpesan yang dia tidak boleh memukul mak tirinya itu.

Dia kesal dengan sikap daddynya. Mummynya baru meninggal dua bulan, daddynya sudah berkahwin dengan Aqilah. Sekarang sudah 10 bulan, mummynya pergi meninggalkan mereka.

"Dah sekarang ni, aku nak kau balik! Balik sekarang sebelum daddy aku yang datang sini!"

Diana mula menarik tangan Aqilah agar pulang ke rumah. Dia pergi ke situ pun disebabkan daddynya yang suruh untuk bawa perempuan itu balik ke rumah.

"Kau janganlah tarik tangan aku kuat sangat! Kau nak tangan mak tiri kau ni putus ke?"

Aqilah mengikut Diana dari belakang. Dia sudah tidak larat untuk berjalan lagi. Dia mahu tidur sekarang.

"Bye, darling. Nanti kita jumpa lagi," tutur Aqilah kepada lelaki yang menegurnya tadi. Terlihat lelaki itu hanya tersenyum sinis.

Mereka berdua menuju ke tempat letak kereta. Diana menolak Aqilah untuk duduk di kerusi penumpang.

"Ergh, ada mak tiri pun menyusahkan. Tak boleh senangkan aku langsung," rungut Diana dengan perlahan.

Dia memandu menuju ke rumah daddynya manakala Aqilah sudah tertidur di kerusi penumpang.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience