AIRAA memandang satu per satu gambar yang terletak elok di dalam album itu. Dia hanya tersenyum melihat gambar kahwin Maksunya, Zahirah. Airaa memikirkan sesuatu. Bolehkah dia dan Tengku Ayie mempunyai album seperti itu? Mengingatkan saja apa yang dikatakan oleh lelaki itu semalam betul-betul membuatkan hatinya sakit.
'Awak ingat kita kahwin sebab cinta ke, hah? Awak ingat saya boleh tidur dengan perempuan yang saya tak sayang, tak cinta? Dalam mimpi mahupun realiti, saya tak akan terima awak.'
Mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu membuatkan hatinya sakit. Isteri mana yang tak sakit hati bila dikatakan sebegitu. Tipulah kalau dia tidak membenci Tengku Ayie. Tapi dia masih sedar statusnya sebagai isteri. Dia tidak boleh membenci lelaki itu.
'Airaa, kau kena faham yang kau orang berkahwin bukan atas dasar suka sama suka. Jauh sekali bercinta. Kau sepatutnya bagi dia masa untuk sesuaikan diri.' Airaa memberikan kata-kata motivasi kepada dirinya sendiri. Kuatkah dia untuk menghadapi perangai lelaki itu nanti?
"Airaa?"
Pantas air matanya diseka supaya Maksunya tidak nampak dia menangis. Dia menoleh ke kiri.
"Eh, Maksu. Maaf, Airaa tak perasaan tadi." Senyum palsu turut hadir di bibir gadis itu. Risau jika Maksunya tahu yang dia menangis.
"Kenapa menangis ni, hmmm? Bagitahu Maksu siapa yang buat? Atau Airaa ada sorokkan sesuatu?" Satu per satu soalan diajukan kepada Airaa.
Dia tahu yang anak buahnya itu ada masalah tapi tidak pasti masalah apa. Dibiarkannya kerana dengan sendiri gadis itu akan memberitahunya. Sudah banyak kali gadis itu mengadu tentang masalahnya. Boleh dikatakan semua rahsia Airaa dia tahu.
"Tak adalah Maksu. Airaa mana ada sakit. Tadi hah, ada habuk masuk mata Airaa sebab tu keluar air mata," jawab Airaa dengan nada yang gembira walaupun hakikatnya dia tidak gembira.
"Betul ni?" tanya Zahirah sambil merenung anak mata warna hitam pekat milik Airaa.
Air mata Airaa kembali bertakung. Dia tidak boleh menipu Maksunya yang sudah berpengalaman dalam hal rumah tangga. Dengan itu air matanya mengalir semula di pipi.
"Airaa tak kuat Maksu. Dia tak suka dekat Airaa. Dia kata Airaa yang rancang perkahwinan ni. Dia tak boleh terima Airaa dalam hidup dia. Hati Airaa sakit sangat Maksu. Dia ungkit semula apa yang terjadi pada kita orang dekat hotel hari tu. Airaa rasa dah tak tahan." Dengan pantas Airaa memeluk tubuh Zahirah. Dia hanya mahu seseorang untuk mendengar luahannya dan masalah.
Zahirah memeluk tubuh anak buahnya itu dengan erat. Faham sangat dengan apa yang dikataan oleh gadis itu. Melihat Airaa menangis membuatkan dia juga mahu menangis. Tidak! Dia tidak boleh menangis. Dia harus harus memberikan kata-kata semangat kepada anak buahnya itu.
"Airaa tak boleh macam ni. Airaa dengan dia baru je nikah. Airaa kenalah bagi dia masa sikit untuk suaikan diri. Diakan belum kenal Airaa sepenuhnya," balasnya sambil melihat Airaa yang berada didakapannya. Zahirah menyambungkan katanya bila melihat gadis itu mendiamkan diri.
"Macam mana pun dia tetap suami Airaa. Lelaki ni dia penuh dengan sikap ego dalam hati. Tapi Insya-Allah, nanti lembutlah hati dia kalau Airaa buat sesuatu. Airaa kenalah cuba untuk runtuhkan tembok hati dia supaya anak buah Maksu yang cantik ni boleh masuk. Dah tak mahu dah nangis-nangis macam ni." Zahirah mengesat air mata yang mengalir di pipi Airaa. Dia tersenyum dan begitu juga dengan Airaa.
"Airaa nak tahu sesuatu tak?"
"Apa dia Maksu?" tanya Airaa dengan penuh minat.
"Airaa boleh dapatkan hati encik Tengku tu dengan masakan Airaa. Airaa kan pandai masak. Kata orang, nak ikat hati suami mestilah ikat perut dia dulu."
Airaa menguntum senyuman.
"Terima kasih, Maksu."
**********
DARI tadi dia tidak nampak figura isterinya. Mana sajalah gadis itu pergi sampai sanggup meninggalkan dirinya sendirian di rumah. Ruang dapur diperhati tetapi tiada ada juga. Dia mengeluh perlahan.
'Buat apa kau nak cari dia? Kau bukannya kesah pun pasal dia. Entah-entah perempuan tu tengah jumpa buah hati dia. Kau je yang tak tahu,' bisik satu suara di telinganya.
Dia menggeleng kepala. Dia bergerak ke ruang tamu kerana semua orang berada di sana. Baru saja dia mahu mengalihkan badannya.
BUK!
Dia terlanggar seorang budak lelaki. Nasib budak itu tidak terjatuh. Tengku Ayie berlutut untuk menyamai kedudukan mereka. Didongakkan dagu budak lelaki itu.
"Maaf, pakcik. Akmal tak sengaja langgar tadi. Maafkan Akmal ya, pakcik?" pinta budak lelaki yang bernama Akmal itu.
Tengku Ayie tersenyum lebar.
'Hari ini baru aku nampak seorang budak kecil dalam rumah ni. Comelnya, anak siapalah ni?'
"Tak apa pakcik maafkan. Akmal bukan sengaja, kan," kata Tengku Ayie sambil mengusap pipi Akmal.
Akmal hanya mengangguk.
"Pakcik cari siapa?"
"Pakcik cari isteri pakcik. Akmal ada nampak tak?"
"Isteri? Isteri tu apa pakcik?" tanya Akmal. Kening diangkat tanda dia tidak faham.
Tengku Ayie menepuk dahinya.
'Allah! Macam mana kau boleh tanya dia? Sah-sahlah dia tak tahu.' gumamnya sambil mata dipejam.
"Eh, tak apalah Akmal. Jom, kita pergi ruang tamu."
Sekali lagi Akmal mengangguk.
Tengku Ayie berdiri semula. Mereka berjalan sehingga ke ruang tamu. Semua orang rancak berbual.
"Akmal," panggil seseorang yang duduk di kerusi ruang tamu.
"Cik Su," teriak Akmal lalu merapati orang itu. Dia memeluk tubuh itu. Kelmarin dia tidak dapat memeluk kakak sepupunya itu. Uminya sudah memesan supaya tidak mengganggu Airaa.
Tengku Ayie yang tercengang melihat itu pantas duduk di salah satu kerusi berdekatan. Dia memandang Encik Aizhar, Puan Zahra dan Hajah Halima. Semua orang tersenyum. Dia memandang pula wajah isterinya. Ya, suara yang memanggil nama Akmal itu ialah Airaa.
"Akmal memang macam tu, Ayie. Rindu dekat Cik Su dia. Macam tak pernah jumpa setahun. Akmal ni anak kepada Maksu Aira, Zahirah," kata Hajah Halima sambil memandang tingkah laku cucu-cucunya.
"Biasalah mak. Budak-budak, lepas tu rapat pula dengan Airaa," balas Puan Zahra yang duduk bersebelahan dengan Encik Aizhar.
"Ni, Ayie dengan Airaa bila nak balik Kuala Lumpur? Ayie kerjakan?" tanya Encik Aizhar sambil memandang Tengku Ayie. Dia dan isterinya akan berada di situ selama seminggu.
"Insya-Allah, cadangnya nak balik hari ni. Daddy dengan mummy pun dah balik sana. Ayie kerja tapi tak tahu pula Airaa." Isterinya dipandang. Tengku Ayie sendiri pun tidak tahu Airaa bekerja sebagai apa.
"Airaa kerja dengan mama. Mama dah bagi dia cuti sebulan. Lagipun butik mama tu dah banyak ambil pekerja," ujar Puan Zahra.
Airaa hanya mendiamkan diri. Dia menggosok-gosok rambut halus milik Akmal. Kalau Akmal adalah perempuan, sudah lama dia mengikat rambut itu.
Tengku Ayie hanya mengangguk. Dia memandang semula wajah Akmal. Dia memandangnya dari atas hingga ke bawah. Kenapa wajah itu seperti pernah dia lihat? Jika dia pernah melihat tapi di mana?
TBC
Share this novel