Bab 9

Romance Series 15713

ENCIK Aizhar menghampiri Tengku Ayie yang sedang menyusun kerusi. Sudah lama sebenarnya dia memerhati tingkah laku anak menantunya itu. Rajin orangnya.

Dia menepuk bahu Tengku Ayie yang sedang melakukan kerja. Terhinjut bahu lelaki itu.

"Papa rupanya, ingat siapalah tadi. Kenapa pa?" tanya Tengku Ayie sambil mengusap dadanya. Ingatkan siapalah tadi yang menepuk bahunya. Hampir-hampir saja jantungnya gugur.

"Maaflah kalau papa buat kamu terkejut. Ni kamu tak penat ke dari tadi pagi sampai sekarang buat kerja? Pergilah masuk bilik, rehatkan badan tu."

"Tak apalah pa, tak penat pun. Nanti kejap lagi Ayie masuk bilik," jawab Tengku Ayie yang masih melakukan kerjanya itu. Bukan dia tak mahu masuk bilik tapi dia malas mahu terserempak dengan isterinya.

'Eh, kau orang dah nikah pun. Nak tak nak terserempak juga. Ego sangatlah kau ni. Dengan isteri sendiri pun nak ego juga ke?' bisik satu suara di telinga kanan.

'Eleh tak payalah kau rendahkan ego kau tu. Kau hiraukan jelah dia. Sukalah tu dia sebab dapat kahwin dengan kau. Entah-entah kejadian malam tu pun dia yang rancang. Perempuan memang macam tu suka putar belitkan cerita.' Kini suara itu kedengaran dari telinga kiri.

Suara itu membuatkan dia makin keliru. Suara mana yang harus didengarinya?

Kanan atau kiri?

Encik Aizhar memandang Tengku Ayie yang sudah mengelamun jauh. Macam-macam sudah benda sudah dia buat namun menantunya itu masih juga seperti tadi. Sehinggalah dia menjentik jari di hadapan wajah Tengku Ayie.

"Jauh kamu mengelamun. Kalau penat pergilah masuk bilik, biarkan je kerja-kerja ni dekat sini. Nanti dia orang boleh kemaskan," kata Encik Aizhar yang masih lagi memerhatikan Tengku Ayie. Takkanlah Tengku Ayie menyesal berkahwin dengan anak perempuannya itu sampaikan mengelamun jauh.

"Hah? Apa papa cakap tadi? Sorry, Ayie tak dengar."

"Papa cakap jauh kamu mengelamun tadi. Kamu ada masalah ke?"

"Oh, biasalah pa, masalah dekat pejabat. Banyak kerja yang tertangguh sebab tu mengelamun tadi," balas Tengku Ayie. Dia risau kalau bapa mentuanya itu tahu yang dia masih belum boleh menerima Airaa dalam hidupnya.

"Ingatkan masalah apalah tadi. Rupanya masalah dekat pejabat." Encik Aizhar tahu akan kerjaya Tengku Ayie selepas Tengku Mustafa memberitahunya.

"Ni papa nak minta tolong boleh?"

"Tolong apa, pa?" Berkerut dahi Tengku Ayie. Apa pula yang diminta tolong oleh bapa mentuanya itu. Nampak macam penting saja.

"Tolong jagakan Airaa untuk papa. Sekarang ni, Airaa bukan lagi tanggungjawab papa. Papa yakin kamu boleh jaga amanah papa ni. Airaa tu sebenarnya anak yang manja dan ceria orangnya. Kalau boleh papa taknak sifat manja dan ceria dia itu hilang. Harap kamu bolehlah jaga Airaa lebih daripada papa jagakan dia. Bukan apa, dia satu-satunya anak perempuan papa. Kami sekeluarga sayangkan dia," pinta Encik Aizhar sambil tersenyum kepada Tengku Ayie. Haraplah anak menantunya itu dapat menjaga Airaa. Itu sudah cukup menenangkan hati seorang bapa.

"Insya-Allah, Ayie akan jaga amanah papa ni. Kalau Ayie tak dapat jaga, papa boleh je tumbuk muka Ayie ni," kata Tengku Ayie sebelum diakhiri dengan ketawa.

'Aku harap kau tak abaikan amanah ni. Kau tahukan macam mana sayangnya dia orang dekat Airaa. So, don't you dare to play with fire.' Dia mula mendengar satu bisikan di telinga kanannya.

'Alah, apa sangatlah amanah macam tu. Nak suruh kau jaga? Kau orang kahwin pun sebab terpaksa, ada hati nak suruh kau jaga. Kau kena ingat Ayie, tentang benci kau dekat perempuan. Jangan jadi pengecut, Tengku Ayie Idlan,' sapa satu suara di telinga sebelah kiri. Sapaan itu membuatkan dia berfikir panjang dengan amanah tersebut.

"Papa kalau boleh tak nak buat Airaa terluka. Mungkin dengan tumbuk Ayie itu akan buat dia lebih terluka. Tapi ingat, papa ada cara papa sendiri kalau Ayie tak dapat jaga anak papa tu. Nak tahu apa?" tanya Encik Aizhar. Mata tidak lepas dari memandang anak menantunya itu.

Tengku Ayie sekadar mengangguk. Ingin juga dia tahu apa yang akan dikatakan oleh bapa mentuanya itu. Dia tahu Airaa mempunyai pengawal yang sentiasa memantaunya. Bukan saja Airil malahan Encik Aizhar juga.

"Papa akan bawa dia pergi jauh daripada diri Ayie. Jauh daripada semua orang yang dah sakitkan hati dia dan pergi ke suatu tempat. Tempat yang hanya kami berdua ada. Sebab papa tak tahan anak papa diperlakukan seperti itu. Mungkin Ayie tak faham dengan kata-kata papa tapi satu hari nanti Ayie akan rasa juga benda tu," ujar Encik Aizhar. Lagaknya seperti seorang psycho. Namun itu hanya ugutan daripada seorang bapa kepada anak menantunya.

Tengku Ayie mendiamkan diri sambil berfikir. Bagaimana jika dia sudah dapat menerima Airaa sebagai isteri lalu sesuatu telah terjadi menyebabkan Airaa terluka? Adakah dia perlu menghalang dirinya daripada mencintai Airaa? Ataupun menjaganya sepenuh hati?

**********

SELESAI saja majlis tersebut, ramai tetamu dan sanak-saudara yang terdekat sudah pulang ke rumah masing-masing. Matahari sudah terbenam dan langit yang gelap menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa.

Ahli keluarga Airaa mula mengemas dan membersihkan halaman rumah. Ada yang menyapu, mencuci pinggan yang kotor dan tidak lupa juga makcik-makcik bawang dekat dapur.

Airaa berjalan menuju ke biliknya selepas membantu mengemas di bahagian dapur. Gila tak penat, asyik kena suruh buat itulah, inilah. Tanpa kerelaan hati, dia terpaksa turuti. Sudahlah penat tadi tak habis lagi. Teringat pula dia dengan kata-kata daripada mamanya tadi.

"Perempuan kalau dah kahwin mesti selalu masuk dapur. Nanti taklah suami kita cari yang lain. Tapi syukurlah anak mama ni memang dah pandai masak."

Segera Airaa menggelengkan kepalanya. No, dia tak nak dan takkan bermadu. Seriously, perempuan mana yang nak bermadu? Dengan kemampuan memasaknya, bolehlah dia menambat hati si Encik Suami.

Airaa memulaskan tombol pintu dari luar sambil menumbuk perlahan bahunya. Lenguh! Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil seraya memejamkan mata.

'Wah, seronoknya kalau dapat tidur ni.'

Dia bangun semula lalu memandang baju kurung yang tersarung di tubuhnya. Baju yang dijahit sendiri oleh Maksunya. Peluhnya sudah melekit pada baju kurung itu. Airaa mengambil keputusan untuk mandi.

"Lebih baik aku mandi dulu sebelum dia masuk."

Siapa lagi yang akan masuk kalau bukan Tengku Ayie. Almari dihampiri dan denganĀ  perlahan-lahan dia membukanya. Biasalah kalau almari dah usang, pegang sikit pun dah berbunyi.

TIK!

Airaa memandang ke bawah. Dia rasa ada benda yang jatuh. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga benda tersebut. Rupanya keychain. Ingatkan apalah tadi. Keychain itu diambil lalu dipandang lama sebelum senyuman mula terbit di bibirnya.

Kechain itu mempunyai dua huruf A dan I yang mampu membuatkan dia tersenyum lebar. Alahai hati, mudahnya kau terhibur. Baru pandang kechain, dah buat dia tersenyum, belum pandang tuan punya kechain lagi. Senyum sampai telinga agaknya.

Senyumannya kembali hilang saat terdengar azan isyak sudah berkumandang. Rumah Mak Tok Airaa dan surau kampung boleh dikatakan dekat sebab itu azan kedengaran dengan jelas.

"Lah dah azan dah rupanya." Airaa menepuk dahinya. Hampir-hampir saja dia lupa untuk menunaikan solat isyak berjemaah dengan keluarganya. Keychain tersebut diletakkan semula ke dalam beg tangannya. Tuala dicapai dan kaki melangkah menuju ke bilik air yang berada di bahagian dapur.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience