Bab 36 (A2)

Romance Completed 306520

" Apa maklumat yang engkau dapat?" Mukhriz menjeling tajam kearah lelaki yang berada dihadapannya.

Sampul Surat Coklat di tangan lelaki itu dipandang tidak berkelip. Mukhriz tahu Ada sesuatu yang penting dari dalam sampul surat itu.

" Ini, semua maklumat tentang yang Saya terangkan semalam Ada dalam ini. Tapi kena hati - hati pasal lelaki yang bersama perempuan itu. Dia taraf A.

" A" Mukhriz kerutkan kening bersama senyuman sinis. " Taraf A" sekali lagi bicara itu diulang bersama sengihan. Telah beberapa Kali peraturan itu dilanggar Dan dia kenal beberapa orang yang dalam kategori yang sama. Salah seorang dari Taraf itu adalah Datuk Mumtaz.

" Dia Tak boleh apa - apa Kan aku. Engkau pun tahu pasal perjanjian mereka dengan orang - orang taraf A. Siapa penaung utama." Mukhriz mengingatkan lelaki dihadapannya.

Ternyata hanya anggukan dari kepala lelaki itu beserta sedikit senyuman. " Ini maklumat penting yang kami sempat dapat semalam.Intipan kami masih buat." Lelaki itu menerangkan walaupun tiada arahan dari Mukhriz.

" Bagus!" Anggukan kepala Mukhriz bersama tangan laju membuka sampul Coklat Besar dihadapannya.

Sebaik Mata Mukhriz memandang seraut Mata biru wanita mengandung didalam gambar. Hati Mukhriz berdetak kencang.

" Mawar!"

" Siapa Mawar Bos ?" Lelaki hadapan Mukhriz bertanya .Hal itu disebabkan dia tahu tentang sesuatu. Tentang nama yang dipanggil oleh seseorang.

" Perempuan dalam gambar ini? Apa nama dia?"

" Roselle" nama dia Roselle, perempuan Terry.

" Terry? sebaris nama itu kembali menjelma membuatkan wajah Adham kembali dalam pemikiran Mukhriz.

"Adham dengan Terry! Kenapa mereka berdua muncul lagi!"
Mukhriz dalam persoalan bersama kerutan di muka.Nampak mudah namun segala terjadi begitu sulit.Segala yang terjadi buatkan lelaki dihadapan Mukhriz dapat mengetahui Ada sesuatu yang mengusarkan.

" Bos Ada yang Tak kena ker? atau nak kami lebih detail Kan siasatan tentang perempuan itu."

Perincikan siasatan tentang perempuan ini.Saya nak tahu lebih lanjut.Lebih - lebih lagi siapa dia sebenarnya.Lebih penting asal usul perempuan ini. " Mana alamat yang Saya mintakan semalam?" Mukhriz begitu berminat dengan maklumat yang Baru dia dapat.

" Alamat Ada dalam sampul itu sekali dengan gambar Bos. Bos nak Saya aturkan pertemuan dengan dia?" Lelaki berpakaian kulit gelap memberikan cadangan. Itu telah menjadi rutin pekerjaan mereka.

Setiap orang Mempunyai sisi gelap dalam kehidupan masing - masing.Hal itu Tak terkecuali bagi Mukhriz.

" Aturkan pertemuan Aku dengan Terry disini jam 2.00 petang. Aku Tak sabar nak Dengar penjelasan dia dalam Hal ini." Mukhriz pasti dia tidak tersalah orang.

Kehilangan Mawar dalam hidup Keluarga Anggerik mungkin berkaitan dengan Terry. Kebetulan atau terserempak. Semua Hal itu perlukan penjelasan yang sejelas- jelasnya.

Walaupun penampilan Mawar telah berubah, Mukhriz amat pasti wanita itu ialah Mawar. Penampilan sama sewaktu Mawar dipertemukan Mukhriz dulu sewaktu wanita itu ditugaskan bekerja di syarikatnya. Berambut Blonde Dan bermata biru. Itu penampilan Mawar.

Seraut Mata yang menyerupai Anggerik, Mukhriz takkan lupa.

" Itu engkau Mawar! Aku pasti, tapi kenapa engkau macam Tak kenal aku! Apa agaknya muslihat dia selepas hilang sekian lama?"

****

" Awak pergi Mana Terry? Kenapa tinggal Kan Saya seorang dekat sini.Dan siapa lelaki ini ?"

Majalah dilemparkan kearah Terry bersama bukaan Besar terpampang mengenai berita sensasi tentang perkahwinan pasangan yang sama cantik Dan padan, Alex Dan Sherry bersama berita bertajuk " Sherry pilih Alex sebagai pasangan " menghiasi tajuk utama Majalah Bintang Popular.

" Siapa lelaki ini?" Terry mencuba untuk mengingati seraut wajah yang terpampang Besar didepan Majalah, menunjukkan seorang lelaki yang berwajah cina berkening lebat hitam menghiasi setiap ruangan.

" Alex!"

" Aku tahu dia Alex? nama dia tapi apa kaitan dengan aku, engkau?" Mata Terry memandang kearah perut Roselle yang sedang sarat membuncit.

Serta merta Terry teringatkan Anggerik.Keadaan Anggerik Dan Roselle sama.Hanya menunggu Masa untuk melahirkan.

" Wajah dia, penampilan dia...Macam Saya selalu lihat dia..Saya Tak pasti perasaan Saya apa.Tapi pasal Masa silam Saya.Alex Ada kaitan?" Mata Roselle tidak lepas melihat kearah Alex. Satu persatu gambar Alex diperhati lama.

Senyuman lelaki itu bagaikan sesuatu yang berkaitan Alex membuatkan hati Roselle senang.

Pak! " Dah Tak perlu nak lihat lagi atau fikir.Alex, dia ini memang selalu masuk majalah. Model lelaki terkenal.Memanglah engkau Suka lihat.Dia selalu menghiasi majalah antarabangsa." Terry Cuba bermain helah.Yang sebenarnya dia pun dah Tak kenal lelaki itu siapa. Wajah lelaki yang cepat berubah.

Tanpa Terry mengesyaki sesuatu. Sesuatu yang Besar dalam hidup Roselle.Alex Dan Mawar berkawan baik.

Sesuatu yang bukan dalam fikiran Terry.

" Tadi Saya nampak awak dengan seorang perempuan.Siapa dia Terry?"

Soalan kedua Roselle yang membuatkan pandangan Terry berubah kepada Roselle.

Soalan Roselle membuatkan Terry terlepas laku.Dalam tidak sedar tangan Terry mencengkam rahang Roselle dengan kuat bila kerjanya diganggu.

" Apa yang engkau nampak?" Wajah Terry berubah bengis bersama rahang Roselle dalam cengkaman.

Mata Roselle terus berair bila perlakuan Terry berubah kasar kepada dirinya.Itu adalah pertama Kali Terry memperlakukan dirinya begitu.

Selama mereka hidup bersama Terry melayannya dengan penuh kasih sayang Dan kelembutan.Hanya kecurangan yang jelas di Mata Roselle dengan kelakuan Terry sebelum ini.

Sakit, Sedih Dan Marah..Itu perasaan Roselle ketika ini.Apa yang terpandang dihadapannya tadi benar - benar remukkan perasaan Roselle.Lebih - lebih lagi bila gadis yang bersama Terry sebentar tadi, yang berada dalam pelukan Terry juga sama sarat mengandung seperti dirinya.

" Siapa gadis mengandung tadi. Apa hubungan awak dengan dia.Awak Sakitkan Saya lagi" Air Mata Roselle mengalir laju.

" Itu bukan urusan engkau Roselle, berapa Kali aku nak cakap.Jangan nak masuk campur.Macam Mana engkau boleh keluar dari sini." Kedegilan Roselle benar - benar mencabar kewarasan Terry.

" Awak duakan Saya berkali - Kali Terry. Tapi Kali ini dengan keadaan perempuan itu macam itu, Saya dah Tak boleh tahan. Awak mengandungkan Saya begitu juga dengan dia.Awak bawa dia kebilik.Dia siapa Dan Saya siapa?"

" Dia seorang yang istimewa dalam hidup kami.Aku Tak perlu terangkan satu persatu apa yang aku buat dalam kerja.Berkali - Kali aku titipkan pesan, tapi nampaknya engkau Roselle masih ulang kesilapan sama!".Kemarahan Terry berganda bila Roselle masuk campur urusannya.

" Awak buatkan hati Saya sakit! Betul apa yang Abang Adam kata.Saya Tak pasti Terry dengan perasaan awak.Adakah Kita berdua bercinta?" Soalan Roselle yang mematikan cengkaman Anggerik.

" Shit! Adam, apa lagi yang engkau rasuk fikiran Roselle sampai jadi macam ini.Apa aku buat tadi?" Kali ini Terry Baru tersedar akan kesilapan dirinya. Baru sebentar tadi dia dikejutkan dengan kehilangan Anggerik dari tempat persembunyian mereka.

Lebih memudaratkan dia telah mendapat panggilan dari seorang lelaki.Panggilan yang membuatkan fikiran di kepala Terry serabut.

" Mukhriz nak jumpa aku waktu ini.Masaklah aku kalau Mukhriz tahu aku yang culik Anggerik.Lebih parah kalau Anggerik hilang.Apa aku nak jawab?"

" Roselle, Saya Tak Ada niat Sakitkan awak tadi.Tapi Saya benar - benar dalam masalah.Tunggu Saya selesaikan sesuatu Dan Saya akan kembali terangkan semua," Terry berbicara dengan lembut.

Walaupun dapat dilihat air Mata Roselle masih menurun laju.Dia tiada pilihan, seseorang perlu ditemui dalam menyembunyikan Hal yang tersembunyi dari pengetahuan umum.

Sembunyi itu mudah tapi Kebenaran lebih menyakitkan..

Luv PB..

Plz Vote, Komen and Reward... TQ Support..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience