Bab 11(A2)

Romance Completed 306520

Anggerik telah awal - Awal pagi menghilang. Semalam Mukhriz tidak
tahu di mana Anggerik tidur. Jika sebelum ini tubuhnya yang dicari Anggerik untuk pelukan. Kini Mukhriz terpaksa tidur sendiri tanpa Anggerik lagi disisi, semua itu buat kan hari - hari Mukhriz kosong.

Baru dia hendak kejutkan Adham sekali lagi Mukhriz menahan kerutan diwajahnya. Adham juga telah dibawa pergi oleh Anggerik,Hilang entah kemana. "Mungkin dibawa kerumah Oyang." Mukhriz sedap kan hati sendiri. Tapi perasaan Mukhriz takut jika Anggerik dengan keadaanya tinggalkan dia.

" Mana pula Mak buyung ini bawa Adham." Kepala yang sakit dpicit Mukhriz perlahan. Fikirannya masih kusut dengan segala perkara yang berlaku. Entah macam manalah Adham dengan Anggerik.

" Mana engkau bawa Adham Anggerik! Jangan lah buat hal!" Mukhriz meraup wajahnya menyesali perbuatan diri Dan Anggerik yang menjauhkan diri. Belum perkara itu diselesaikan dengan perbincangan. Anggerik telah membuat keputusan sendiri.

Reaksi Anggerik Jelas di mata Mukhriz. Wajah Cantik Anggerik berkerut dengan mata Hazel Milik Anggerik, bagaikan ada sahaja yang tak kena  tentang Mukhriz.

Selepas kejadian itu Mukhriz insaf. Tak sangka begitu penangan Anggerik dalam hal itu.

" Cemburu buta Anggerik bagaikan sembilu yang lukakan hati Mukhriz mendalam. Anggerik tak tahu sesuatu dari zaman silam dia. Semua kejadian yang buatkan Mukhriz berjauhan dari keluarga."

" Peristiwa penting dalam hidup Mukhriz. Kalau Anggerik tahu Kisah apa yang jadi? Tentu hal seperti ini tak terjadi. Anggerik tersilap salah sangka pada diri dia. Memang salah dia tak berterus terang. Tapi Anggerik Belum faham sikap dia yang sebenar, macam mana?"

Jika Anggerik tahu perkara yang berlaku. Pasti Anggerik Takkan salah faham pada dia!

" Hissssishhh, Anggerik!"

*****

"Datuk !" Anggerik menyapa Datuk yang kelihatan tercengang melihat kehadiran Anggerik yang awal datang kerumah mereka.

" Awal kamu datang hari ini Anggerik? Mata Datuk melihat kearah Jam Dan Adham dilihat masih tidur dalam pangkuan Anggerik.

" Letak dulu Adham Anggerik dalam bilik. Kasihan Opah tengok dia. Selesaikan dia dulu. Mari ikut opah Anggerik, hantar dia ke bilik. Pagi lagi, penat agaknya dia." Wajah Opah biasa namun dari lirikan mata Opah mempunyai maksud tersendiri melihat kearah Datuk.

Datuk yang memahami hanya melirikkan mata kearah jam. Nampaknya dia masih lagi  sempat menemui Anggerik. Hatinya telah merasa ada sesuatu yang tak kena, dia hanya berharap, hubungan Anggerik dengan Mukhriz akan kembali Baik seperti sebelum ini.

Anggerik Selesai meletakkan Adham. Mata Anggerik menjeling melihatkan sesuatu dari luar bilik Adham. Dia mengelak dari bertembung dengan  susuk tubuh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Datuk.

Opah telah menghilang dari tadi. Anggerik tahu kemana tubuh tua itu melangkah. Tentu sahaja Opah sedang sediakan makanan pagi untuk Datuk sebelum ke pejabat.

Setelah suasana tenang kembali Dan Adham anaknya masih diulit mimpi yang lena. Baru lah Anggerik melangkahkan kaki. Namun langkahnya masih berhati - hati takut kan pertembungan Wajah bersama seseorang yang Anggerik pasti sedang menunggunya.

Anggerik mengetapkan bibirnya sambil jalan perlahan - lahan tanpa bunyi. Dia takut jika dia tersilap langkah, segala perbuatan Anggerik waktu ini akan disedari. Dia sebenarnya Ingin mengelak. Entah kenapa hal semalam dia terlepas laku pada Datuk.

Selamat keadaan itu diselamatkan Mukhriz. Mukhriz dengan tindakan drastik, mengarahkan mereka berdua pulang. Hal itu menyebabkan  kemarahan Datuk. Dia mahukan Anggerik berterus terang. " Apa yang terjadi.?"

Tapi sikap Mukhriz yang tidak mengambil peduli menyebabkan persoalan Datuk tergantung bersama keluhan Di wajah Opah kelihatan semalam.

Anggerik berasa serba salah dengan apa yang berlaku. Dia terlepas laku. Tak sepatutnya dia cerita kan masalah rumah tangga mereka kepada Datuk Dan Opah. Membuatkan mereka berdua risau dengan perhubungan dia dengan Mukhriz.

Dia serba salah Tapi perbuatan itu tidak boleh diputar kembali. Dia terlalu mengikut perasaan hatinya Dan kemarahan dengan perbuatan Mukhriz tanpa mengawal perasaannya terlebih dahulu.

" Betul cakap Jun. Semua yang berkaitan dengan Mukhriz, aku hanya Nampak salah lelaki itu tanpa aku beri peluang. Tapi aku rasa bila difikirkan kembali  , tindakan aku Dan juga perbuatan Mukhriz ada yang salah Dan kurang dalam perhubungan kami."

" Aku dengan Mukhriz sebenarnya tak tahu siapa yang perlu ada disisi kami Dan siapa yang perlu jauh dari kehidupan kami."

Anggerik kembali menyingkap pertemuan  lama dia mengenali Mukhriz..

"Hati kami berdua masih keliru. Kami sebenarnya masih tak tahu siapa yang kami Cinta dan Sayang dalam mencari pasangan. Kami  berdua terperangkap dengan kemunculan Adham Dan Bayi dalam kandungan, itu yang buatkan kami keliru untuk memilih!"

" Huhhhhh!" Anggerik melepaskan keluhan. Ketika ini dia telah berjaya keluar dari rumah Datuk tanpa disedari oleh Anggerik...

seseorang telah muncul  dari sisi dirinya. Mata itu melihatkan keluhan Dan keresahan Di wajah Anggerik.

Dengan tersenyum lelaki itu menepuk bahu Anggerik lembut.

" Jauh kamu termenung Anggerik? Apa yang kamu fikir?" Suara lembut Datuk sambil tangannya mempelawa untuk Anggerik duduk istirehat bersama dengannya di sebuah kerusi menunggu.

" Datuk? Suara kejutan dari nada Suara Anggerik. Dia telah Jauh mengelamun tanpa tersedar kehadiran Datuk disisinya.

... Melihatkan wajah lelaki berusia itu membuatkan Anggerik bersedih. Dalam kehidupan Anggerik dahulu, mereka berdua yang banyak menolong Anggerik.

Dia tidak Kaya Dan dipinggirkan keluarga. Kepada mereka berdualah dia bergantung harap. Datuk dan Opah.

Jun telah menghilang dibawa arus sempadan negara. Tiada lagi tempat Anggerik mengadu. Jika terjadi sesuatu antara dia dengan Mukhriz. Dia takut ikatan yang terjalin selama ini akan berantakan diatas segala keputusan Anggerik nanti.

Itu dikira Anggerik sebagai takdir. Dia telah lama membukakan peluang, Tapi jika keadaan memaksa dia tiada pilihan.

Tapi sesuatu yang Anggerik tak sangka, nasibnya masih seperti dulu ditinggalkan sekali lagi dalam keadaan dirinya mengandung. Itu adalah musibah Atau takdir Anggerik dalam melalui kehidupan itu.

" Anggerik nak Cepat Datuk, ada tempahan yang Anggerik perlu siapkan hari ini. Anggerik pergi dulu!" Anggerik menciptakan alasan. Berdepan dengan Datuk Dia tidak kuat. Dia takut dia akan membocorkan rahsia Mukhriz. Biarlah dia mengalah kali ini.

" Iyelah, Anggerik! Kamu pun nak Cepat. Datuk bukan apa. Sebenarnya nak berbual dengan kamu Tentang Mukhriz. Memandangkan dia tak ada dengan kamu. Datuk rasa ini masa yang terbaik. Selalu sangat kamu berkepit dengan dia. Sampai Datuk tak dapat cerita pasal Mukhriz sebelum ini. Cerita pasal perkahwinan kamu dulu Anggerik.

Sebenarnya perkahwinan kamu dulu dengan Mukhriz rancangan keluarga. Tapi ada sesuatu dari sebalik semua itu. Memandangkan kamu sibuk hari ini Anggerik. Lain kalilah kita bicara kan hal ini. Itupun kalau Datuk sempat jumpa kamu lagi."

Datuk penuh keluhan dalam luahan bicara hatinya. Angerik nampak lihat wajah Datuk dipenuhi kesedihan. Untuk dia membantah, Anggerik tak sampai hati. Wajah kehampaan Datuk buatkan Anggerik Susah hati.

" Datuk ! Hmmm. Anggerik temankan Datuk sekejap disini. Bukan Anggerik tak boleh lama, Tapi Anggerik ada kerja."

....Pasal Anggerik dengan Mukhriz semalam. Maaf Anggerik terlepas bicara. Tak sepatutnya Anggerik tunjukkan perangai Anggerik semalam. Anggerik penat. Tiada apa yang berlaku. Anggerik dengan Mukhriz dah berdamai. Datuk tak perlu risau keadaan kami Datuk.

" Datuk tak risau kan keadaan kamu Anggerik. Datuk tenang lihat kamu bahagia. Tapi perkara Datuk nak terangkan waktu ini berkaitan Mukhriz?"

... "Sejarah silam dia. Penting untuk kamu kenal dengan siapa kamu Kahwin Anggerik. Bila kamu kenal dia yang dulu, baru lah kamu buat keputusan dalam kehidupan kamu Anggerik.

... "Datuk dengan Opah tak akan halang lagi. Kamu buat lah pilihan yang terbaik, dalam perkahwinan kamu berdua. Kami tak akan masuk campur.!"

Datuk mengembuskan nafas yang berat Seakan apa yang dimaklumkan nanti akan membuatkan Anggerik faham.

Apa yang mengusarkan Anggerik, zaman silam Mukhriz. Apa yang lelaki itu sorokkan darinya. Sepanjang perkahwinan mereka Dan dari tempoh dia mengenali Mikhriz. Masih tiada apa  yang berubah dari sikap Mukhriz bagi Anggerik..

" Tapi kenapa Datuk membicarakan hal itu Seakan telah terjadi sesuatu pada Mukhriz? Kejadian apa?"

" Datuk Apa Maksud Datuk, Anggerik tidak kenal sepenuhnya Mukhriz? Apa yang jadi?"

"Begini......!!!!!!?

****

" Apa arahan aku untuk aku upah engkau kerja Dekat sini? Bahagian mana yang Engkau tak faham?" Kali ini Alex benar - benar menunjukkan taringnya kemarahan dengan kejadian yang berlaku kepada Sabrina.

" Tadi..tadi yang datang itu dia kata Ibu Tuan Alex?" Leslie meneruskan bicara. Dia mahu terangkan Maksud sebenar dari kejadian yang berlaku tadi.

" Ibu?" Alex memandang Leslie dengan pandangan tajam dengan anak mata yang merah berhadapan dengan Leslie.

Kelihatan Leslie telah menunduk takut dengan reaksi Alex Tentang kebenaran dari cerita itu. Mata Alex masih tepat memamdang kearah dirinya.

Sabrina masih membantu di tempat duduknya. Dia Cuba untuk membantu Leslie Tapi Dia takut kemarahan Alex bertukar kepada dirinya pula.

Pertama kali Sabrina melihat Alex marah sebegini dengan kehadiran Janet yang mencekik lehernya. Nasib baik Alex sempat pulang. Jika tidak dah lama Sabrina menjadi mayat. Nyawa melayang tanpa sesiapa membantu.

Tapi Sabrina masih pelik? Kenapa Janet buat dirinya begitu. Sedang kan dia tiada musuh Dan membenci Janet. Tapi kenapa perempuan itu layan dia sebegitu.

" Alex mungkin ada salah faham dari perkara ini. Leslie tak bersalah atas apa yang jadi pada saya." Akhirnya Suara halus sebenar Sabrina muncul mempertahankan Leslie.

Mata Alex mencerlung kearah Sabrina.

" Aku tak perlukan engkau campur tangan dalam hal ini Sabrina. Aku tak minta pendapat engkau!" Mata Alex mencerlung. Tubuh Sabrina yang takut mengelak dari bertembung dengan mata Alex.

" Engkau Leslie mulai hari ini aku tak benarkan lagi engkau jejakkan kaki disini. Engkau aku pecat tanpa notis!" Suara Alex bergema bersama tindakan seorang lelaki yang hanya menganggukkan Kepala.

" Alex! Jangan buat saya begini? Bukan saya yang benarkan dia masuk Tapi dia yang berbohong pada saya." Leslie masih tidak mahu mengalah mempertahankan tindakan dirinya tadi.

" Leslie tiada apa yang Kita nak tegaskan lagi. Memang salah Awak yang tak baca peraturan kawalan Di rumah Alex. Dia memang tidak benarkan sesiapa masuk dalam rumah ini tanpa kebenaran dari dia. Kali ini saya tak boleh Tolong Awak Leslie." Seorang ketua dari Agensi yang diupah Alex telah muncul bagi menjernihkan perbalahan diantara Alex dengan Leslie.

Kedua - duanya tidak mahu mengalah dengan kejadian yang hampir meragut Nyawa Sabrina.

" Kelihatan Di wajah Leslie telah menampakkan rasa bersalahnya. Dalam baru sehari dia bekerja disitu, tak sangka Leslie dia diuji hingga hilang pekerjaan dirinya. Semua itu membuatkan Leslie geram dengan apa yang berlaku.

" Leslie saya rasa Awak perlu Cari pekerjaan lain. Rasanya syarikat kita Takkan mengajikan awak lagi. Engkau dah buat kesalahan besar dalam perkara ini."

Wajah Taikon telah berubah reaski melihat keadaan Leslie. Tapi dia tak boleh menolong dalam hal itu.

"Lagipun " Ketua Besar" bagi Agensi akan sampai hujung bulan ini. Jika dia dapat Laporan memalukan pasal hal ini. Agensi negara ini akan dapat malu yang besar. Ini bukan kesilapan kecil dalam Bidang kita. Masalah besar. Aku rasa aku tak perlu terangkan hal itu Leslie." Bahu Leslie ditepuk perlahan untuk Leslie bertahan Dan tabah dengan nasibnya.

" Aku faham Taikon Tapi aku masih belum puas hati dengan perempuan yang menipu aku tu. aku masih perhitungan dengan dia selepas ini. Aku takkan biarkan hal ini berakhir di sini." Leslie akhirnya akur dengan kesalahan dirinya yang membahayakan keselamatan pelanggan yang ketika ini adalah Alex.

" Bertabahlah. Banyak pekerjaan lain menanti Tapi bukan dalam Bidang ini. Engkau pun tahu siapa yang berkuasa Dan menguasai bidang ini. Jika dia tahu hal ini engkau Takkan ada masa depan lagi. Jadi pilih jalan yang ditakdirkan Leslie." Taikon tidak berhenti memberikan nasihat. Bekerja dalam Bidang mereka memang memerlukan kekentalan hati yang tinggi Dan disiplin diri dalam menghadapi pelanggan.

" Aku kenal Siapa ketua Besar kita itu. Terry kan nama dia. Tapi belum sempat nak jumpa dia, aku dah kena buang. Tak perlah mungkin bukan rezeki aku!" Aku harap kita Kekal rakan Taikon. Maaf sebab bawa Dan ganggu engkau disini."

" Aku bukan tak nak Tolong Tapi itu adalah peraturan kita, Dan engkau sepatutnya tahu Tentang hal itu. Sebelum mulakan tugas, engkau kena siasat dulu sebab apa perkhidmatan kita diperlukan disini. Satu lagi berkenaan perempuan itu. Dia sebab Alex perlukan perkhidmatan kita. Sesuatu yang engkau terlepas pandang Leslie.!"

" Shit!"

****

" Perkara itu saya dah Selesaikan Alex. Dia tidak lagi bekerja sebagai Pengawal Di syarikat kami. Perkhidmatan Dia telah ditamatkan."

" Baguslah! Tak sangka dia tak Alert Bab - Bab begini. Selamat tadi aku sempat Taikon. Kalau aku terlambat. Nyawa gadis itu telah melayang." Wajah Alex diraup kasar.

" Aku tak sangka Leslie boleh terlepas pandang sampai macam itu. Aku ingatkan aku dah Bagi yang terbaik pada engkau Alex. Maafkan aku. Aku janji perkara ini Takkan lagi terulang." Taikon memberikan jaminan.

" Tadi engkau kata nak maklumkan aku sesuatu dengan pertunjukan aku hujung bulan ini. Apa dia Taikon, apa yang berkaitan dengan engkau pasal hal itu.?"

" Ketua Besar kami akan datang dalam Majlis itu. Dia tetamu kehormat bersama - sama VIP yang lain. Boleh aku kenal kan dia dengan engkau Alex. Rasanya dia kenalan Marc Dan Keluarganya kenalan keluarga kamu Alex."

" Marc?" Bapa aku tu dah lama terputus hubungan Taikon. Dia dalam dunia dia yang tersendiri. Aku nak terangkan pada engkau pun Engkau Takkan faham."

" Aku faham apa yang terjadi Alex. Percaya cakap aku. Dan hanya perhubungan Dan segala macam perkara yang aku lalui. Kalau engkau perlukan bantuan. Aku ada jalannya. Jika tidak boleh jalan lurus? Masih ada jalan gelap Alex Dan semua itu perlukan sebab yang kukuh untuk laksanakan hal itu."

" Maksud engkau Taikon? Apa yang boleh aku buat mengenai hal ini. Engkau pun tahu macam mana Bapa aku Obses dengan dia. Tapi perempuan itu masih lagi ganggu aku!"

" Ada Cara Alex semuanya ada Cara!" Apa kata Kalau engkau tanya kan pada Marc Tentang " Trajedi Scandal Lydia Cynthia Samson", pasti Mark akan faham kan sesuatu?" Sinis senyuman Taikon kepada Alex. Bagaikan ada suatu Maksud yang tersembunyi.

" Trajedi Scandal Lydia Cynthia Samson?" Aku tak faham?"

" Engkau akan faham Kalau Marc sudah hilang kewarasan dia pada perempuan itu. Pada masa itu Alex, engkau bukan perluakan bantuan aku Tapi bantuan " Terry".

" Terry" Ketua Besar engkau tu?" Ada apa dengan dia Taikon.

" Engkau akan tahu nanti. Waktu itu Engkau akan dapat rasakan Aura lelaki itu hadir disitu."

Perbualan Alex Dan Taikon tamat. Alex masih tercari - Cari apa Kaitan Trajedi Scandal Lydia Cynthia Samson dalam hidupnya. Siapa Lydia Cynthia?" ( pembaca boleh baca dalam Bab 31 )

****

“Ohhhh! Sakit tak Sabrina!” Wajah Ivvy dipejamkan menahan kesakitan yang terpampang dalam wajah kecil Sabrina.

Jelas Di wajah Ivvy wajah Sabrina yang telah biru membengkak. Sebahagian bibirnya telah membesar biru. Jika dia ditempatnya, Ivvy dapat rasa macam manalah dia nak lalui perkara sakit itu sekali lagi.

Dulu dia pernah melalui perkara yang sama dijual dan dibelasah dengan teruk. Alex yang selamatkan diri dia. Disebabkan itu dia membalas segala jasa Alex dulu. Setiap perintah Alex dipatuhi, termasuk kali ini. Namun Ivvy tak sangka apa yang terlihat dihadapannya. Sabrina didera.

“ Pedih! Tapi bila Awak dah letak kan ubat. Dah rasa lega macam ada bius Awak letak. Terima kasih Ivvy!” Perlahan Sabrina mengucapkan. Alex hanya memerhati dua wanita yang telah hadir dalam hidup mereka.

Selesai dengan Sabrina, Ivvy mendapatkan Alex untuk penjelasan. Bagaimana Sabrina boleh diperlakukan sekejap itu. Habis keseluruhan wajah gadis itu membengkak. Lebih terserlah pada leher Sabrina yang mula membengkak biru bercampur merah.

“ Apa yang jadi Alex? Kenapa dengan Sabrina?” Wajah Ivvy serius, jika dia dapat tahu siapa yang mendera Sabrina orang itu dia akan hadap. Bersendirian pun tak apa.!

“ Sabrina kena pukul Tapi waktu dia kena tu aku tiada di rumah. Aku sampai Dia dah teruk sampai macam ini. Aku kasihankan dia Ivvy, Tapi aku tak boleh Tolong dia lagi. Semua tu dah jadi.” Alex mengeluh dengan segala yang terjadi pada Sabrina.

“ Dia kena dekat mana? Mana dia jumpa orang Jahat itu?”

“ Dekat rumah aku! Sabrina tinggal Dekat sini. Kejadian itu berlaku disini Ivvy Dan aku tak dapat nak halang Sabrina dari dipukul. Selamat Sabrina masih berjaya aku selamatkan. Kalau tidak macam mana aku nak hadapi keluarga dia.”

“ Sabrina disini? Alex , Awak tahu apa yang Awak buat ini. Siapa Sabrina Alex!”
Perasaan cemburu mulai meledak dalam perasaan Dan diri Ivvy. Jika sebelum ini dia hanya menganggap Sabrina sebagai adik. Kini tidak lagi. Ivvy masih terfikir kan apa hubungan Alex dengan Sabrina. Sehinggakan Sabrina begitu penting dalam Alex. Tinggal sekali disini. “ Tak mungkin Alex yang Gay telah berubah ?”

“Alex !apa yang Awak rancangkan dengan Sabrina. Awak bukan lelaki yang saya kenal berpasangan dengan wanita. Apa sedang berlaku Alex?”

Wajah Ivvy telah menunjukkan kerisauan dalam tindakan Alex. Dia yang hanya duduk dibelakang Alex kini menyesal kerana dia tidak pernah sekali untuk muncul Di mata Alex sebagai pencuri hati lelaki itu.

Dia hanya membiarkan Alex terus hanyut dalam dunianya. Dia tak pernah luahkan perasaan, cukup Rasanya jika dia miliki diri Alex dari jauh.

Tapi kini sebaik sahaja muncul Sabrina Dan pengakuan Alex.. Vivy menyesal kerana tidak mulakan tindakan terlebih dahulu sebelum ini. Semua itu payah untuk Vivvy telan dalam diri.

“ Vivvy aku buat semua ini untuk Mark. Semua untuk kebahagian Mark. Dan aku harap jalan yang aku pilih ini tidak tersilap.”

“ Apa maksud Awak Alex? Jalan apa untuk kebahagiaan Mark? Apa yang Awak mahu buat sebenarnya? Beritahu saya Alex?” Hidup Vivvy tidak tenang. Setiap reaksi Alex Dan perjalanan Karier lelaki itu dia tahu. Tapi sesuatu Tentang Mark? Alex tak pernah bincangkan hal itu dengan dia. Apa yang Alex sorokkan?”

“ Saya akan hasil kan sesuatu dengan Sabrina dengan saranan Mark. Perkara itu akan berlaku dalam masa terdekat ini Ivvy!” Alex perlu berterus terang. Sekurang - kurangnya Ivvy perlu tahu sesuatu dan perkara itu hanya rahsia dia dengan perempuan itu. Alex perlukan masa dengan Ivvy, Dan masa itu akan membuatkan Ivvy sibuk kerana terpaksa menguruskan syarikat sendiri.

“ Hasil? Apa Maksud dengan itu? Hasil apa dengan Sabrina?” Alex lebih Baik Awak cakap dalam bahasa yang saya faham!” Ivvy telah tidak sabar dengan segala penerangan Alex. Dia mahu tahu dengan segera segala perancangan Alex.

“ Anak!” Itu Maksud Mark dari saya dengan Ivvy. Dia mahukan Zuriat dari saya. Tapi Awak faham nafsu saya Ivvy. Benda itu sulit. Kami terpaksa lalui siri beberapa ujian. Dan perkara itu buatkan aku akan sibuk Ivvy.Aku nak engkau uruskan syarikat Agensi seperti biasa.”
Alex terpaksa berterus terang.. dia Amat mengharapkan bantuan Ivvy.

“ Anak! Dari Awak dengan Sabrina. Apa Maksud awak. Sabrina bukan gadis bawah umur Alex. Macam mana Awak pilih dia?macam mana Awak jumpa dia?”

“ Itu semua urusan Mark. Semuanya telah teratur Ivvy. Awak jangan nak risau Tentang hal itu. Semuanya mengikut perancangan, cuma kejadian ini buatkan kami perlukan lebih masa.”

“ Alex Awak tiada cara lain dari lakukan semua itu pada Sabrina. Umur dia Alex? Masa hadapan dia? Mungkin ada cara lain untuk Awak dapatkan zuriat. Fikirkan cara lain Alex. Mungkin ada seseorang yang sanggup Tolong Awak dalam hal ini tanpa balasan.”

“ Tiada yang Free dalam dunia ini Ivvy? Jika mereka tak kerahkan duit saya Dan kekayaan saya. Mereka dah rancang untuk miliki tubuh aku. Aku Takkan percaya Manusia seperti itu hidup lagi Di dunia ini. Manusia dalam golongan itu aku anggap dah mati.” Alex masih dengan wajah serius. Bila berkaitan dengan Sifat Manusia dia tak main - main.

“ Manusia itu masih hidup Alex. Dan saya kenal rapat dengan dia. Dia akan bantu Awak, tanpa harap kan bantuan dari Awak! Percaya saya!”

“ Siapa Ivvy? Aku pun terkejut Manusia itu hidup lagi!” Alex telah ketawa dengan bicara Ivvy yang diraskan mengarut..

Ivvy memejamkan mata menghadam segala kekuatan dalam diri!
“ Saya!”

Kenyataan Ivvy yang membuatkan lutut Dan Bicara Alex lemah dan terdiam..

“ Ivvy.” Awak !”

Komen, Vote, Rewards...

Pena Bicara (PB)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience