07

Romance Completed 306520

***** Adham*****

" Isteri,"
hmmmm.. Mukhriz mengeluh.   Telah lama perkataan itu terpadam dalam kamus hidupnya.

" Apa perempuan itu pakai sampai benda itu Datuk ungkit balik. "
Aku kena cari dia balik, jangan harap Aku akan cari engkau, Isteri ?"
Perempuan itu.

" Mata Hazel itu kembali mengganggu Fikiran Mukhriz, sejak dia bertemu Gadis itu hidupnya tak tenang, dengan kehadiran dia Di pejabatnya, pelaburan Datuk dalam bisnes bunganya, Adham....
Dan terbaru perkara yang tidak lagi dalam fikirannya, Datuk mengingatkan kembali tentang Perkahwinan.
" Apa kaitan aku dengan dia? Aku kena dapatkan jawapan."

Nombor Indah didail oleh Mukhriz untuk dia mendapatkan maklumat tentang perkara yang telah lama bermain di fikiran.

kenapa tentang wanita itu, dia tidak mendapatkan jawapan sahaja sekarang! banyak yang dia perolehi, lebih mudah urusan dia nanti..

" Indah, Saya Mukhriz Awak Tolong semak Alamat Kedai bunga yang syarikat kita ada buat pelaburan dalam bisnes."

" Maksud Tuan? kedai bunga yang Mana?"

" Pelaburan Datuk! Awak semak dulu?"

" Maksud Tuan Mukhriz syarikat yang bekalkan bunga segar pada syarikat kita.?" Setiausahanya Indah cuba mengagak apa yang sedang dimaksudkan oleh Mukhriz.

" Saya tak pasti, Tapi syarikat itu ada Mesyuarat dengan syarikat pembekal bunga dari Perancis minggu lalu, Awak semak balik Indah Dan kalau Awak dah jumpa Alamat. Hantarkan kepada Saya Segera."

Talian dimatikan Tanpa menunggu Indah memberikan keputusan.  Apa yang pasti Dia mahu Indah memberikan Alamat Kedai itu, samada secara Cepat ataupun lambat.

Kelam kabut Indah mencari Kad - Kad nama syarikat yang pernah berurusan dengan syarikat mereka.  Satu persatu nama pelabur disemak, Tapi dia tidak dapat menemukan Alamat kerana kad yang dicarinya tidak berjumpa.

Indah mendapatkan Vas - Vas Dan pasu bunga yang Terdapat di situ, sekitar pejabat Dan syarikat, mencari sekiranya Terdapat Alamat pada pelekat pada Pasu bunga itu. Perasaan dirinya hampa bila puas mencari, hasilnya tetap sama. Tiada satu pelekat pun yang menunjukkan Alamat Kedai bunga tempat bunga - bunga itu dibekalkan.

" Peliklah selalunya waktu - waktu macam inilah Kedai bunga ini nak buat Iklan Atau promosi untuk luaskan lagi perniagaan Kedai dia. Tapi kenapa Kedai ini tak ada. Apa aku nak berjawab dengan Tuan Mukhriz nanti ?" Indah menggarukan kepalanya yang runsing memikirkan Idea.

" Indah Awak cari apa dekat situ? Kenapa tercegat, fikir apa.?" Tubuh Indah yang terbongkok - Bangkok sebentar tadi menjadi perbualan beberapa orang kakitangan mereka.

Firhad yang juga sedang berjalan ke Bilik Pejabatnya juga dapat menyaksikan perkara itu. Pelik baginya bila dilihat Indah memusingkan beberapa pasu bunga syarikat. Bila dilihat Indah seperti putus asa barulah soalan ditanya dari mulutnya.

" Tuan Firhad, Saya tengah cari Alamat syarikat bunga ini. Saya dah cari Kad Kedai itu dalam simpanan Tapi tak jumpa." Indah mengadu dalam masa yang sama dia melepaskan lelah Dan keluhan dirinya kerana masih tak jumpa dengan jawapan yang dicari.

" Alamat, habis tu yang Awak cari pusing - pusing pasu tu buat apa?"

" Saya ingat ada Alamat Kedai itu dekat pasu - pasu ini, kalau - Kalau Kedai itu buat promisi untuk perniagaan mereka."

" Hmm, Betul juga cakap Awak tu. Siapa yang nak Alamat Kedai bunga tu, rakan syarikat kita.?" Firhad ingin mengetahui, memandangkan pagi ini dia tidak sibuk.

" Tuan Mukhriz yang suruh saya cari." Lemah sahaja Suara Indah, fikirannya masih mencari Idea untuk diberikan alasan kepada Mukhriz.

" Mukhriz, dia nak buat apa.?"
Kepala Firhad mula mengkaji memikirkan sesuatu. Akhirnya dia mendapatkan jawapan Dan Sebaris senyuman dilayangkan Kebibir..
" Mukhriz dah kemaruk Aku Rasa!"

" Saya tak tahu."
Kegelisahan Di wajah Indah Jelas dari raut wajah mukanya. Dia susah hati.

"Mukhriz ada Awek baru. "Itu jawapan yang difikirkan dalam fikiran Firhad.

" Indah Awak tak perlu susah - susah, Awak pergi telefon PA Datuk, minta Alamat Kedai bunga itu dekat sana.  Sebelum ini pelaburan itu Datuk yang uruskan. Tak payahlah Awak cari dekat pasu itu Indah. Kain Awak singkat, jangan bagi wayang Free pagi - pagi ini. Saya gerak dulu."

" Kenapa aku tak fikir pasal benda itu,"
Indah menyumpah dirinya Dan Segera pergi mendapatkan PA Datuk. Dia tak boleh lagi  berlengah, dia perlu Segera kerana dia tahu jika dia lambat lagi, Mukhriz akan hubunginya.

Alamat LILY florist telah berada dalam tangannya, Indah merasa lega. Dengan cepat Indah taip Satu persatu Alamat itu bila butang SEND berjaya ditekan. Dapat Indah rasakan hatinya kembali tenang.

Tit.!
Mesej dari Indah masuk ke dalam mesej Mukhriz. Butang buka ditekan Segera oleh Mukhriz, dari tadi mesej itu telah dinanti. Setelah diteliti lokasi Alamat Kedai LILY Florist, enjin kereta dibuka Dan minyak ditekan untuk kereta meluncur laju menuju ke destinasi.

****

" Puan Lily ada pelanggan nak jumpa Puan Di luar, katanya dia nak jumpa Pemilik Kedai ini, mustahak ." Kata Salah seorang pekerja Anggerik yang ditugaskan untuk menjaga kaunter dan bunga dihadapan kedainya. Kelihatan dari wajah gadis itu, dapat dilihat Anggerik terdapat keresahan.

" Sarah, kenapa awak nampak macam gelisah jer, pelanggan lelaki ?" Anggerik telah dapat mengagak dari kegelisahan yang terpamer di reaksi pekerjanya.

" Ya Puan, Saya dengan Seha dah cuba layan dia Tapi dia macam tak berminat,  dia nak jumpa sendiri pemilik Kedai ini. Dia nak Puan sendiri designkan untuk dia." Terang Sarah lagi menyampaikan Maksud pelanggan lelaki tadi kepada Puannya, Lily.

" Awak layan dulu dia Dan sediakan apa yang patut, sekejap lagi saya datang. Saya cuma nak selesaikan beberapa perkara Dekat sini. Sekejap lagi saya jumpa pelanggan lelaki itu."

"Baik Puan, Sarah berlalu pergi kehadapan meninggalkan Anggerik."

Beberapa kuntum bunga Anggerik potongkan hujung batangnya sementara menunggu untuk Jun kembali disitu. Dia perlu selesaikan beberapa perkara, kerana hari ini dia menerima tempahan untuk sebuah majlis.

Kakitangan kedainya yang bercuti membuatkan dirinya terpaksa kembali disitu disebabkan kekurangan pekerja Dan tempahan di waktu kemuncak. Untuk Anggerik menolak permintaan itu dia tidak sampai hati, kerana Majlis yang akan dijalankan adalah Majlis Ulang tahun Perkahwinan pasangan yang telah bersama selama 30 tahun.

Anggerik Senyum sendiri bila mengingati tentang  diri dia dengan Mukhriz,  Dalam tak sedar, sudah tiga tahun perkahwinan mereka.  Untuk  menganjak ke perkahwinan selama itu 30 tahun, sesuatu yang  Mustahil bagi Anggerik.

" Perkahwinan Aku dengan Mukhriz berbeza. " Pak!  satu batang lagi bunga Ros Hitam Anggerik potong dalam pegangan tangannya.

" Macam batang ini, aku dengan Mukhriz Takkan bersama lagi." Anggerik melihat cebisan batang bunga yang telah terpisah menjadi dua. Satu batang dibuang Dan satu batang yang mempunyai bunga dipacakkan dalam ubat penahan.

" Hah, Engkau cakap apa Anggerik.?"
Jun mengejutkan Anggerik yang dilihat seakan bercakap sendiri dengan bunga. Dia tahu ada sesuatu yang Anggerik luahkan disitu.

" Aku bayangkan Mukhriz, itu batang yang aku bayangkan dia, aku dah buang dalam tong sampah, macam aku buang dia dalam hidup aku.!" Tenang Anggerik terangkan perkara itu kepada Jun, baginya Jun adalah tempat dia boleh luahkan segala isi hatinya.

Dia Takkan simpan dalam hati perkara itu, jika disimpan Dia takut akan menjadi tekanan masalah dalam dirinya.

" Sian batang bunga ini jadi mangsa engkau Anggerik," Jun sekadar mengusik. "

“ Mana aku nak Tolong ini.?" Jun tidak sabar untuk menolong, sarung tangan telah dipakaikan semula ke tangannya Dan satu alat telah diambil, hanya menanti arahan dari Anggerik.

" Jun engkau Tolong potong semua batang bunga ini dan engkau masukkan dekat situ, engkau anggap jer batang bunga tu Mukhriz, pasti engkau senang nak potong nanti.” Anggerik ketawa.

“Aku nak ke depan kejap. Ada pelanggan cari aku.!" Anggerik memberikan arahan sambil memberikan sengihan kepada Jun dengan gurauan dirinya.

" Kejam," Jun membalas gurauan Anggerik sambil tangan meneruskan potongan.

Apron yang menutupi tubuh hadapannya dibuka. Sambil Anggerik memerhati Jun yang telah selesa dengan kerjanya.

" Siapa nak jumpa engkau Anggerik.?" Jun masih sibuk dengan kerja sambil mulutnya bertanya.

" Entah, Tapi aku dah suruh Sarah uruskan dahulu lelaki itu. Biasalah lelaki Jun, kalau Kaya mulalah nak demand."

" Lelaki ? Maksud engkau demand yang macam mana.?" Jun pelik dengan maksud Anggerik.

" Dia tak nak Sarah dengan Seha layan dia, Engkau ingat Sebab alasan apa? Mesti lelaki itu nak beli untuk teman wanita dia nak yang special dengan limited Edition, maknanya dia nak aku gubah sendiri untuk dia, kira bakat gubahan aku, satu dalam sejuta." Anggerik menambah.

" Tapi betul pun Anggerik, gubahan engkau lain dari yang lain, kreatif macam yang Engkau cakap tadi. Sebab itu dia nak engkau sendiri yang gubah untuk dia" Jun tersengih dia tidak mahu mengulangi Ayat itu dia tahu Anggerik akan mencantas dia sekejap lagi.

" Aku tahu,  Tapi Seha dengan Sarah pun berbakat apa.?" sama jer gubahan aku dengan pekerja aku." Anggerik tidak senang dengan situasi itu.

" Engkau ikut jer lah dia Anggerik, dah nama pun pelanggan! engkau layan jer lah. Dia nak bakat engkau gubah bunga untuk dia, dah kerja engkau kan." Jun menasihati Anggerik.

" Aku tak kisah Kalau aku tak sibuk Jun, Tapi tempahan malam ini yang aku serabut, aku dah lah tak Cukup staf. Anggerik mengeluh dengan kepenatan dirinya, Dan bantuan yang terpaksa dia minta Tolong dengan Jun.

" Aku ada selesaikan kerja dekat sini, engkau pergi uruskan pelanggan dekat depan tu. Apa - apa bantuan engkau panggil aku dekat belakang." Jun memberikan semangat Dan bantuan kepada Anggerik.

" Aku pergi tengok kejap dekat depan, selesaikan aku kembali Jun."

Anggerik melangkah kehadapan, Pintu bilik belakang menempatkan  Jun membuat kerja- kerjanya ditutup. Anggerik ingin melihat siapa lelaki yang ingin bertemu dengannya dan apa keinginan lelaki itu tentang gubahannya.

" Sarah mana pelanggan tadi?" Anggerik bertanyakan kepada pekerjanya.

" Dekat sana Puan, Saya sediakan minuman untuk dia dulu. Dia tunggu Puan." Sarah menerangkan kepada Anggerik.

" Tadi dia nak apa sebenarnya, dia nakkan saya gubah jambangan bunga untuk dia ke macam mana. Apa yang dia hendak.?" Anggerik bertanya lanjut.

" Dia nak Puan pilih dan gubah jambangan bunga untuk dia." Sarah menerangkan lagi kedatangan lelaki itu.

" Bunga yang dia pilih.?" Mata Anggerik meliar melihat berdekatan lelaki itu.

" Belum pilih lagi, dia nak berurusan segalanya dengan Puan."

" Okay saya kesana sekarang. Pelanggan yang lain Awak dengan Seha uruskan, ada apa - apa masalah maklum pada saya Segera."

Setelah menerangkan pekerjaan mereka waktu itu Anggerik mendapatkan lelaki itu.
Lelaki itu menghadap belakang dirinya yang membuatkan Anggerik tidak dapat Jelas melihat wajahnya. Tapi dari perwatakan lelaki itu dari belakang, dapat Anggerik tafsirkan lelaki itu menepati Firasat dirinya sebentar tadi.

" Maaf saya terlambat, Saya Puan Lily, encik cari saya."

Tubuh lelaki itu berdiri dan berpaling menghadap Anggerik.  Buat pertama kali Anggerik tercegat di kedudukan dirinya, bila seraut wajah lelaki itu benar - benar serapat itu dengan dengan dirinya.

Lelaki yang Dia ingin elakkan dalam hidupnya, berada dihadapan mata Anggerik.

Senyuman terukir di wajah lelaki itu yang membuatkan kebencian timbul semula dihati Anggerik.

" Puan Lily, kenal saya lagi.?" Cermin mata diwajahnya ditanggalkan menampakkan garis mata bundar Mukhriz yang tidak pernah ternampak Di mata Anggerik sebelum ini.

Anggerik tidak menjawab persoalan Mukhriz, sebaliknya dia Hanya Tersenyum membuangkan gugup dihatinya. " Ada apa Saya boleh bantu Encik.?"

" Awak tak kenal saya.?" Sekali lagi soalan itu dilontarkan kepada Anggerik untuk dia dapatkan jawapan.

" Encik Cucu Datuk Mumtaz, Anggerik
Memberikan jawapan." Mata dilajukan dari memandang wajah lelaki yang dibencinya. Kalau boleh Anggerik ingin lari dari situ, Tapi kerana urusan kerja dia perlu bersabar. Dia tidak mahu lelaki itu mengesyaki apa - apa.

" Bagus, Saya Mukhriz, Saya kenal kan diri saya pada awak Dan Saya nak Awak ingat nama ini."

Anggerik cuba bersikap profesional, dia tidak mahu Mukhriz duduk lebih lama dikedainya. Untuk itu dia akan pastikan urusan Mukhriz dikedainya Selesai dengan segera.

" Apa yang Saya boleh bantu, Saya dengar En. Mukhriz nak Belikan jambangan Bunga. Boleh saya tahu butiran pasal itu ?"

Mukhriz dilihat Anggerik berjalan mundar - mandir dikeliling kedainya. Dia tidak pasti kenapa lelaki itu bersikap begitu. Tapi dia menunggu Mukhriz dengan jawapan soalan darinya sebentar tadi.

" Saya nak Belikan Jambangan bunga untuk teman wanita saya?" Mukhriz memulakan helah, kerana tiada Idea dia terfikirkan Sherry dalam fikirannya. Kebetulan Sherry akan kembali dari luar negara hari ini. Untuk itu dia akan Hadiah kan jambangan bunga itu untuk buah hatinya.

Anggerik tersenyum, Tak sangka suaminya Mukhriz dah ada kekasih, lebih senang urusannya nanti.
" Terangkan maklumat tentang  teman wanita En. Mukhriz itu, Saya akan buat pilihan bunga." Anggerik memainkan peranannya, sambil matanya melihat kearah bunga - bungaan yang telah terduduk indah dikedainya.

" Dia Cantik, tinggi, kuat. Bekerjaya, bijak pilihan wanita dalam hati saya. Mukhriz memuji dalam masa sama dia melihat reaksi Anggerik pada pujiannya.

Anggerik sibuk memilih Satu persatu bunga yang menepati apa yang disampaikan, hinggalah tangannya terhenti bila tiada lagi pujian.. " lagi.?"
Mata Hazel milik Anggerik terpandang anak mata Mukhriz yang melihat kearahnya.

Kedua - duanya terpaku seketika, sebelum Anggerik melarikan wajahnya.

Langkah Mukhriz bergerak kearah Anggerik membuatkan Anggerik melangkah kearah yang lain.

" Ada apa - apa lagi En. Mukhriz nak maklumkan pada saya.?" Tangan Anggerik mengambil lagi beberapa kuntuman bunga untuk dia selitkan dalam gubahannya.

" Kenapa tak pandang mata aku, bila bercakap dengan aku, macam engkau buat Bila dengan Datuk?" Soalan Mukhriz tajam dan mengeras..

" Apa Maksud En. Mukhriz? Saya anggap Itu sahaja maklumat tentang teman wanita En. Mukhriz ?"

Langkah Anggerik dilajukan mengambil semua bahan - bahan bunga untuk gubahan Dan langkahnya terus ke ruangan kerja, diikuti Mukhriz dibelakangnya.

" Engkau faham maksud aku Lily, hubungan engkau dengan Datuk. Apa sebenarnya? Terangkan dekat aku?”
Dia masih tidak berpuas hati..

Tangan Anggerik masih bekerja, satu persatu bunga dipotong kemas.
" Saya cuma pemilik Kedai kecil ini dan Datuk Mumtaz pelabur.” Mata Hazel milik Anggerik menjeling.

“Apa yang jadi kesalahan dengan benda itu." Kerja diteruskan. Lebih Cepat dia siapkan kerja itu., lebih cepat lelaki sebelahnya pergi.

" Aku kenal Datuk, dia Takkan sewenang - wenangnya nak melabur pada sesuatu yang Takkan menguntungkan bagi dia. Tapi pada awak Lily dia boleh berubah. Apa yang engkau Janji dengan Datuk sampai dia boleh buat semua perkara mengarut ini."
Mukhriz masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang masih belum dia dapat dari wanita dihadapannya.

" Saya Takkan jawab soalan itu, Encik Mukhriz boleh tanya pada Datuk sendiri, itupun Kalau Datuk beritahu. Tapi Saya percaya, En. Mukhriz belum dapat jawapan kan. Sebab itu En. Mukhriz datang cari saya."

Anggerik memasukkan beberapa bungaan dalam jambangan Dan jambangan bunga itu bagaikan dia kekurangan Dan terlupakan sesuatu. Dia kembali ke tempat bunga dan mengambil bunga yang tertinggal sebentar tadi oleh dirinya.

" Saya nak siapkan jambangan bunga ini En. Mukhriz, jangan ganggu saya." Anggerik memberikan amaran.

" Engkau rasa Kalau Datuk aku tak ada, boleh ker engkau cari pelabur lain selain dari Datuk aku? Aku takut nanti Adham menderita. dia masih kecil lagi.”’
Mukhriz memainkan helah, sambil wajah dan reaksi Anggerik dipandang.

"Pap."

" Jangan kaitkan Adham dalam perkara ini. Dia tak bersalah dalam perkara ini. Apa yang Encik Mukhriz nak dengar dari saya. ?"
Segala kerja - kerja gubahannya terbengkalai disebabkan melayan lelaki gila hadapannya. Anggerik menahan geram dalam hati.

" Engkau Lily memang ada hubungan dengan Datuk aku. Begitu juga dengan Adhamkan. Macam mana Opah aku boleh terima semua ini, engkau Dan hubungan itu.?"
Mukhriz terus terang dengan hubungan Anggerik dengan Datuknya yang Dirasakan Anggerik adalah perempuan simpanan Datuknya.

" Sebab saya ada Adham, Sebab itu Opah  Awak terima saya." Mudah Dan hakikat yang Awak kena terima En. Mukhriz. "
Saya dengan Datuk memang ada hubungan."

Kaki Mukhriz berganjak kebelakang, masih cuba menerima hakikat, tapi hatinya masih bertenang dengan kenyataan itu. Cermin mata kembali dipakaikan dimatanya, menunggu Lily menghabiskan gubahan bunganya.

Satu bunga terakhir dimasukkan kedalam jambangan bunga. Hanya satu kuntum bunga ros hitam diletakkan Anggerik Di tengah - tengah gubahannya.
" Siap Encik Mukhriz, untuk Teman Wanita. Saya harap En. Mukhriz suka dengan layanan saya Dan gubahan ini. En. Mukhriz boleh bayar Di kaunter." Anggerik Senyum galak. Habis lah Mukhriz Kalau teman Wanita dia dapat jambangan itu, bunga Ros hitam. Maksud makna disebalik warna itu.

Anggerik boleh bernafas lega Bila Mukhriz meninggalkan kedainya dengan gubahan bunga darinya sebentar tadi.

" Anggerik hensem kan lelaki tadi, dia ke yang Sarah kata banyak karenah tu.  Kalau dapat macam ini, hari - hari pun boleh layankan, kan Anggerik."
Jun masih mengarahkan pandangan matanya kearah pintu, berharap matanya dapat lagi melihat tubuh lelaki yang baru hilang dari pandangan mata mereka.

" Mukhriz", pendek sahaja ayat yang disebut Anggerik.

" Choi, tak payahlah nak sebut nama itu tengah kita seronok- seronok usha lelaki hensem ini. Buang memori Betullah engkau ini Anggerik." Jun masih tidak memahami.

" Itulah Mukhriz."

Jun terkedu Bila Sebaris nama itu Anggerik ulang. " Maksud engkau Bapa Adham."  Jun termenung seketika. Terkedu Dan terkejut agaknya, fikir Anggerik. Dia masih sibuk membuat kerja. Kebetulan Mukhriz Di situ. Lebih baik dia kenal kan kepada Jun.

" Patutlah anak aku tu hensem Anggerik, Muka sebiji Bapa dia. Mata ikut engkau lagi." Jun masih termenung.

" Ada apa - apa lagi Engkau nak puji." Anggerik seakan menyakat Jun dengan sikap Jun yang tergamam bila diri Jun dimaklumkan berita tadi, tentang Siapa Mukhriz.

" Anggerik aku tarik balik kata - kata pujian aku tadi untuk Mukhriz."
Jun tayang muka senyum pada Anggerik.

" Bagus, macam itulah kawan aku, Selalu sokong Sahabat." Aku Sayang engkau Jun.

" Oi Mak Cik gelilah."

Berderai ketawa kedua - duanya..

*******

Mukhriz terus hidup kan enjin kereta dia telah dapat jawapan Bagi soalannya, Tapi sebaliknya dia tidak dapat menghukum Lily Tentang perkara itu, disebabkan Opah telah menerima wanita itu Dan anaknya dalam hidup keluarga Opah Dan Datuk.

" Nampaknya aku dah tak boleh masuk campur hal itu. Biar diorang yang selesaikan sendiri. Aku cuma nak tahu kebenaran." Mukhriz pujuk hatinya sendiri, Walaupun Dirasakan hatinya sakit dengan kebenaran Lily adalah  Perempuan Simpanan atau Isteri Datuknya. Hal itu yang dia belum pasti.

Kereta dipandu laju melewati bangunan - bangunan Terdapat di situ, yang paling penting kini dia akan kembali ke pejabat untuk menyibukkan dirinya dengan bekerja.

Tubuh dihempaskan ke Sofa pejabatnya. Penat ! itu yang dirasakan bila dia kembali dari Lily Florist.

"Plak.!"
Pintu biliknya dibuka.

Mata yang seakan baru terlelap kini telah terjaga terkejut dengan kehadiran seseorang disitu.
" Engkau lagi!" Lemah sahaja Suara Mukhriz melihat susuk tubuh lelaki dihadapannya, siapa lagi kalau bukan Firhad.

" Apahal penat semacam engkau ini, mengulat jer tahunya tidur dalam pejabat." Mulut pedas Firhad perli Mukhriz.

" Aku penat ini, tak payahlah engkau nak perli aku. Engkau datang pejabat aku ini pun dah mengulat Firhad. Kenapa ? ada Apa masalah pula kali ini.?" Mukhriz renung Firhad tajam, tujuan sepupunya kesitu.

Firhad tersengih Bila Mukhriz dapat baca tujuan dirinya kesitu. Entah kenapa dia banyak sangat Idea nak bincang Dan tanya dengan Mukhriz akhir - akhir ini. Sebab itu ada sahaja masa terluang dia akan terus lepak dalam pejabat sepupunya.

" Tadi engkau pergi LILY Florist kan? Engkau pergi Sana buat apa..?"
Firhad teruskan sengihannya hadapan Mukhriz.

"Nasib aku , Sebab dapat sepupu penyibuk macam engkau ini Firhad. Itu jer tujuan engkau Dekat sini." Mukhriz mengelengkan kepalanya, bilalah sepupunya nak berubah. Busy body.

" Kebetulan aku dapat tahu dari Indah, aku jumpa dia cari - cari dekat pasu." Firhad mulakan cerita tidak bertauliah dia.

" Indah cari apa dekat pasu.?" Mukhriz pelik.

" Cari Alamat LILY Florist lah yang engkau suruh dia cari pagi tadi. Kesian dekat dia ." Firhad menambah.
" Engkau buat apa pergi sana.?" Firhad teruskan soalan.

" Engkau ingat lagi Adham, budak yang Datuk dengan Opah jaga hari tu." yang aku cerita dekat engkau aku jumpa Mommy dia Hari itu." Mukhriz mengingatkan kembali memori Firhad.

" Hmmm kenapa dengan dia?"

" Aku pergi beli bunga untuk Sherry dekat kedai Mommy budak itu, Cuma nak lihat - lihat kedai dekat situ." Mukhriz tidak mahu beritahu kepada Firhad tujuan sebenar dia kesitu.

" Sebut pasal budak tu aku nampak Adham dekat bilik Datuk." Firhad beritahu kepada Mukhriz.

" Buat apa Adham Dekat sini, engkau tak silap ker?" Segar kembali tubuh Mukhriz bila mendengar Sebaris nama anak kecil itu, seakan dia dapat tenaga. Keletihan dirinya sebentar tadi menghilang.

" Aku tak silap lah, aku siap berkenalan dengan budak itu. Tapi kan budak itu muka dia macam .... muka Mukhriz direnung lama. Engkau nak kemana pula ini.?" Pelik dilihat kelakuan Mukhriz yang telah bangun bergegas ingin keluar, Tanpa menunggunya menghabiskan ayat.

" Aku nak jumpa Adham, ini jer peluang aku jumpa dia. Nanti aku tak dapat jumpa dia lagi." Mukhriz bergegas keluar.

" Hoi habis itu aku macam mana.?" Firhad menjerit tak puas hati.

" Pandai - pandailah engkau, " Mukhriz menjerit. sebelum tubuh Mukhriz menghilang dari pandangan.

*****

" Datuk , Mukhriz nak Bawa Adham jalan - jalan." Mukhriz meminta kebenaran dahulu pada Datuknya. Pergaduhan semalam dilupakan demi Mukhriz berjumpa dengan anak kecil itu.

Adham kekal dalam pelukan tubuh Mukhriz. Wajah anak kecil itu direnung, dia tidak dapat membenci Sebaris  wajah kecil dihadapannya.

" Kamu nak Bawa dia kemana ?" Datuknya serba salah dengan hal itu. Macam mana Kalau Anggerik tahu tentang perkara itu.

" Mukhriz pergi dulu dengan Adham, nanti lepas balik Riz hantar Adham pada Datuk." Adham telah dalam dukungan dirinya sebelum Datuknya memberikan kata balas.

" Jangan balik lambat Mukhriz nanti Mommy dia nak ambil Adham dekat sini." Datuknya berpesan kepada cucunya.

" Okay Datuk." Menghilang Kedua - duanya dari pandangan Datuk Mumtaz.

" Teruk dah Mukhriz ini dengan Adham, macam mana Kalau dia nanti tahu kebenaran itu." Datuk Mumtaz gelisah.

*****

" Adham nak Aiskrim Uncle, "Adham menunjukkan sebuah Kedai Aiskrim dideretan Kedai yang berada disitu.

" Okay Uncle Belikan, Adham nak Perisa apa..?" Wajah comel itu dicium dipipinya manja oleh Mukhriz.

" Adham nak Perisa semua, Mulut comel Tersenyum girang bila pemintaannya ditunaikan."

" Boleh,  Adham turun bawah dulu duduk tepi Uncle kita baris ye." Mukhriz memberikan arahan, memandang Adham yang mendengar kata.

" Pak Cik bagi dua Aiskrim, nak semua Perisa," tangannya yang memegang tangan Adham terpaksa dilepaskan untuk memegang Aiskrim.

" Adham ini Aiskrim...... dilihat Mukhriz Adham telah tiada disisi dirinya.

Matanya mencari - cari sekeliling..
Adham..! Adham..dia terus memanggil Tanpa mempeduli penjual Ais Krim yang memanggil dirinya untuk pesanan..

Dilihat disatu tempat orang ramai telah berpusu - pusu diteliti jalan. Hati Mukhriz berdebar, dia berlari kearah lokasi itu dalam berasak - asak dia dapat melihat sekujur tubuh itu terbaring berdarah...

" Adham..!" Aiskrim dilemparkan ke tepi melihat sekujur tubuh budak kecil itu yang telah cedera parah..

"Adham...!!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience